Sembelit ketika hamil

Sembelit adalah masalah yang biasa berlaku pada wanita yang hamil. Hampir kesemua wanita yang hamil mengadu mengalami sembelit terutama berada di akhir kehamilan.

Tahap sembelit pula berbeza-beza. Ada yang mengadu tidak membuang air besar beberapa hari, sehingga rasa tidak selesa pada abdomen mereka. Ada juga yang mengadu najis mereka keras dan sukar dikeluarkan.

Bagaimanakah yang dikatakan benar-benar sembelit?

Adakah wanita yang tidak membuang air besar beberapa hari dikatakan mengalami sembelit? Bila pula wanita yang hamil perlu diberikan ubat bagi melegakan sembelit mereka?

Sembelit sebenarnya lebih bergantung kepada bagaimana kekerasan najisnya. Ini kerana setiap orang mempunyai tabiat pembuangan najis yang berbeza. Ada yang membuangnya setiap hari dan ada yang membuangnya setiap dua hari. Jadi yang menyebabkan seseorang mengadu sembelit sebenarnya bukannya disebabkan kekerapan tetapi ialah kekerasan najisnya.

Orang yang benar-benar sembelit akan mengadu sukar mengeluarkan najisnya kerana terlalu keras. Mereka menggambarkan najis mereka keras seperti batu, sehingga menyebabkan kesakitan ketika najis melalui lubang dubur. Jika kerap berlaku mungkin menyebabkan pendarahan atau buasir.

Agaknya apa yang menyebabkan sembelit ketika hamil?

Sebenarnya banyak factor yang menyebabkan sembelit. Faktor-faktor ini bergantung kepada individu, antaranya rasa kerisuan, kurang pergerakan fizikal dan pemakanan yang kurang serat (fiber).

Selain itu dalam tubuh wanita hamil juga mengandungi hormone progesterone yang banyak, yang menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan. Rahem yang semakin membesar juga akan menyebabkan tekanan fizikal pada usus sehingga yang haling pergerakan najis ke usus besar dan rectum. Ini adalah punca utama sembelit di kalangan wanita yang hamil.

Wanita hamil yang mengalami dehidrasi selalunya lebih mudah mengalami sembelit. Oleh itu mereka harus minum air secukupnya.

Pil suplemen zat besi juga menyebabkan najis menjadi lebih keras dan sembelit. Oleh itu ia harus dimakan dengan berhati-hati dan jika sembelit berlangsung pada waktu yang lama, berbincanglah dengan doctor atay jururawat yang merawat agar pil suplemen itu boleh diganti dengan ubat yang lebih baik.

Ada beberapa tips untuk mengurangkan sembelit di kalangan wanita hamil:

1. Makan makanan yang banyak serat seperti cereals, beras perang, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.

2. Minum air secukupnya, antara enam hingga lapan gelas sehari. Minuma jus orune dan yogurt membantu melancarkan system pembuangan najis. Ramai yang mengamalkan minuma air suam sebaik saja bangun pagi bagi memudahkan membuang air besar di waktu pagi.

3. Melakukan senaman ringan seperti berjalan, menunggang basikal senaman (stationary bike) juga membantu pergerakan usus besar.

4. Jika sembelit disebabkan oleh pil suplemen yang didapati dari pusat kesihatn, berbincanglah dengan doctor dan jururawat.

Ubat-ubatan bagi melembutkan najis adalah cara terakhir untuk merawat sembelit.

Penggunaan enema tidak digalakkan bagi wanita hamil terutama apabila mendekati waktu melahirkan.

Selalunya sembelit ketika hamil tidak berbahaya. Namun jika sembelit bersama-sama dengan masalah lain seperti sakit perut yang keterlaluan, sembelit yang diselang selikan dengan ceret beret atau sembelit yang menyebabkan najis bercampur darah, maka haruslah berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan.

Bagi wanita hamil yang mengalami buasir, sembelit akan menyebabkan buasir mereka bertambah teruk. Apabila mereka meneran, saluran vena sekeliling lubang dubur akan membengkak dan menyebabkan pendarahan.

Buasir atau (hemorrhoids) boleh menyebabkan ketidakselesaan. Ia jarang berlaku tetapi harus dirawat segera kerana buasir akan menjadi lebih besar apabila meneran ketika proses melahirkan anak.

Saya ada menulis dalam blog mengenainya di https://drzubaidi.com/blog/?p=2227. Buasir selalunya akan hilang selepas melahirkan anak namun ia boleh berulang jika tidak dijaga

Leave a Reply

error: Content is protected !!