Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya sedang hamil 9 minggu dan didiagnosa mengalami kencing kotor. Doktor telah memberikan saya antibiotik zinnat untuk 5 hari 2 kali sehari. Soalan saya adakah dengan memakan antibiotik itu akan menjejaskan kandungan saya? Saya ada bertanya pada pharmacist soalan yang sama dan dia tidak terus menjawab malahan ‘refer’ dahulu di internet baru, jawab tiada masalah. Terima kasih.
Wa alaikum mus salam..
Antibiotik Zinnat mengandungi bahan aktif cefuroxime, iaitu satu bahan antibiotic yang terdapat dalam kumpulan cephalosporin.
Nama lain bagi Zinnat ialah Cefuroxime. Dos biasa bagi sebiji tablet ialah 250mg dan 500mg.
Zinnat adalah antibiotik yang agak baik membunuh kuman bakteria. Apabila berada dalam darah, ia akan menghalang bacteria dari membiak dan membunuh kuman yang sedia ada. Ia berkesan digunakan untuk membunuh banyak jenis baketria yang menyebabkan jangkitan kuman.
Antara jangkitan kuman yang sesuai dirawat dengan zinnat ialah jangkitan pada tekak dan paru-paru, telinga, hidung, kulit, dam tisu lembut (soft tissue).
Ia boleh juga digunakan untuk merawat jangkitan kuman pada saluran kencing atau selalu disebut sebagai kencing kotor.
Ia berkesan untuk rawatan jangkitan kuman disebabkan oleh penyakit kelamin dan penyakit Lyme yang disebabkan oleh gigitan serangga (kutu) pada kulit.
Cara terbaik menggunakan rawatan ini ialah dengan mengambil contoh tisu dan dihantar untuk pemeriksaan culture and sensitivity bagi menganalisa jenis antibiotic apa yang sesuai untuk merawat jangkitan kuman itu.
Namun kebanyakan doctor percaya jangkitan kuman yang disebutkan tadi sesuai diberikan ubat antibiotik itu tanpa perlu dihantar contoh tisu, darah atau air kencing ke makmal.
Bagi wanita hamil terutama di awal kehamilan, pemberian antibiotic Zinnat haruslah dilakukan dengan berhati-hati. Doktor akan memastikan bahawa manfaat yang bakal diterima lebih besar dari kemudaratan yang mungkin menimpa.
Walau bagaimana pun antibiotic ini selamat untuk digunakan untuk wanita hamil dan dikategorikan sebagai not known to be harmful.
Antibiotik ini juga harus digunakan secara berhati-hati oleh wanita yang menyusukan anak kerana sebagahian antibiotic akan masuk ke dalam kelenjar susu dan boleh dipindahkan ke dalam susu ibu.
Walau bagaimana pun ia adalah selamat dan dikategorikan sebagai unlikely to be harmful.
Sebelum mengambil antibiotic ini harus berbincang dengan doctor bagi memaksimakan manfaatnya dan mengurangkan kemudaratannya.