Koleksi Artikel

Kopi Luwak : Manfaat dan Hukum

  Kopi luwak atau juga dikenali sebagai civet coffee, adalah antara kopi yang termahal di dunia dan ia sangat sukar didapati. Ini kerana pengeluarannya sangat terhad.   Harga kopi luwak boleh mencecah antara US$100 dan $600 sekilo bergantung kepada kualitinya. Kopi yang dihasilkan oleh musang liar dalam hutan lebih mahal dari kopi yang dihasilkan oleh musang yang dijinakkan.   Kebanyakan pengeluaran kopi luwak ini dihasilkan di Pulau Sumatera, Jawa, Bali dan Sulawesi, Indonesia. Ia juga dikeluarkan di Vietnam, Filipina (dinamakan kape alamid) dan Timur Timor (kafé-laku).       Pengeluaran kopi ini bermula apabila bijian kopi yang dimakan oleh  musang …

Read More »

Bahayakah Menggunakan Suplemen ALFALFA?

Ramai yang bertanyakan tentang suplemen yang berasaskan Alfalfa. Pada pendapat saya tidak salah kita mengamalkan suplemen asalkan manfaat yang diperlolehi berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Pastikan juga suplemen itu dikeluarkan oleh syarikat yang boleh dipercayai, terutama dari segi penjagaan keselamatannya. Terserahlah pada pengguna untuk memilih suplemen yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Saya akan menulis secara ringkas mengenai alfalfa. Penulisan ini disesuaikan dari http://www.webmd.com/vitamins-supplements. Saya cuba bersikap lebih adil dan tidak berat sebelah dalam menerangkan mengenai suplemen alfalfa. Alfalfa adalah tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa mempunyai kandungan protein dan kalsium yang tinggi …

Read More »

Epidural Analgesia Semasa Melahirkan Anak

Seorang rakan FB bertanyakan saya dan meminta saya memberikan pandangan terhadap kaedah “epidural” yang sedang popular digunakan, terutamanya di hospital swasta. Rakan FB ini agak keliru dan berasa ngeri apabila membayangkan suntikan jarum di tulang belakang. Perkataan “epidural” biasa digunakan oleh doktor dan orang awam bagi merujuk kepada ‘epidural analgesia’, iaitu satu teknik memasukkan ubat bius yang  disuntik melalui tiub (catheter) ke dalam ruang epidural pada tulang belakang. Suntikan bius ini akan menyebabkan kehilang deria rasa (kebas) dan dapat menghilangkan rasa sakit, dengan menghalang pergerakan isyarat saraf pada saraf tunjang. Jadi ia adalah teknik bius yang sesuai digunakan untuk menghilangkan …

Read More »

Jangkitan Respiratory Syncytial Virus (RSV)

Baru-baru ini seorang rakan FB menandakan gambar anaknya yang sedang dirawat di ICU di sebuah hospital awam ke dalam dinding GB saya. Beliau mengesahkan bahawa nak beliau sedang dijangkiti oleh virus RSV. Melihat gambar bayi yang sedang dimasukkan tiub melalui mulut dan beberapa wayar di beberapa tempat di tubuhnya, saya dapat memahami kepiluan seorang ibu. “Bersabarlah dengan ujian ini, dan harapkanlah yang terbaik dari ALLAH.” Dalam keadaan ini, doctor hanya melakukan rawatan setakat yang mereka mampu. ALLAH yang akan menyembuhkan kanak-kanak ini. Banyaklah berdoa… Jangkitan Respiratory Syncytial Virus (RSV), boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan yang lain, terutama …

Read More »

Peminum kopi menjadi lebih sihat

Baru-baru ini Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (National Institutes of Health) telah mengeluarkan satu kenyataan pada Rabu, 16 May, bahawa peminum kopi mempunyai risiko kematian awal yang rendah. Sudah semestinya ajal kematian seseorang itu hanya diketahui oleh ALLAH SWT, kerana hanya DIA yang memiliki ilmu pengetahuan terhadap perkara-perkara ghaib. Tiada sesiapa yang mengetahui dan tiada sesiapa yang dapat menghalangnya. Namun begitu sebagai usaha untuk hidup lebih lama agar dapat berbakti di muka bumi ini, kita digalakkan untuk mencari ikhtiar agar dapat mencapai tujuan  usaha kita. Jadi ini adalah berita baik untuk penggemar kopi. Kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute …

Read More »

Makanan Segera meningkatkan risiko Diabetes dan Sakit Jantung

Dulu ada seruan memboikot makanan segera seperti McD dan KFC atas alasan kedua-dua syarikat makanan segera ini menyumbangkan keuntungan mereka pada dana Israel. Saya tiada maklumat sahih mengenainya. Di Johor Bahru, McD dan KFC bagaikan cendawan tumbuh. Malah ada yang dibuka 24 jam. Maknanya perniagaan mereka mendapat sambutkan warga JB yang semakin sibuk dan mempunyai kuasa membeli. Saya tidak berasa jengkel atau irihati dengan perkembangan ini. Namun saya hanya berminat mengenai kandungan nutrisi makanan yang dihidangkan.  Jadi skop perbincangan ini, hanya membincangkan mengenai bahaya makanan ringan (fast food) dari sudut nutrisi, tanpa merujuk kepada mana-mana syarikat penyedia ‘makanan ringan’. Bahaya …

Read More »

Berhati-hati menggunakan PONSTAN

Ponstan adalah ubat penahan sakit yang agak terkenal di kalangan pesakit-pesakit yang sering mengalami sakit kepala. Malah ada yang menggunakan ubat ini secara berpanjangan sehinggakan ubat ini tidak lagi membantu mengurangkan kesakitan yang mereka alami. Malah Ponstan ini boleh dibeli secara mudah, tanpa preskripsi, di farmasi dan kedai-kedai ubat. Ia dikenali dengan pelbagai nama, seperti Holostan, ata lebih mudah disebat ‘ubat kuning lonjong’. Ponstan sebanranya adalah ubat yang terkawal, yang seharusnya diambil dengan nasihat doctor atau ahli farmasi. Ini kerana setiap ubat mempunyai risiko dan manfaat. Doktor hanya akan memberikan ubat ini jika mendapati Ponstan memberikan manfaat kepada pesakitnya. Ponstan …

Read More »

Bolehkah bayi minum air mineral?

Baru-baru ini seorang rakan doktor memberitahu ada satu kes seorang bayi berumur 4 bulan mengalami sawan seterusnya koma apabila ibu yang menjaga bayi itu mmberikan terlalu banyak air kepada bayi dalam bancuhan susu formula.   Apa yang berlaku ialah ibu bayi itu adalah seorang ibu tunggal yang kesempitan hidup, lalu cuba mencairkan susu formula yang diberikan dengan lebih banyak air dari kadar sukatan yang sepatutnya.   Setelah diberikan beberapa hari, bayi itu menunjukkan perubahan yang yang tidak baik seperti tidak aktif, menangis dengan suara yang perlahan dan selalu tidur. Tidak lama selepas itu bayi itu mengalami sawan dan mengeluarkan buih …

Read More »

Hamil tetapi mengalami Haids?

  Salah satu tanda kehamilan ialah tidak dating darah haids pada tarikh sepatutnya. Oleh itu saya berasa amat pelik jika ada wanita yang mengaku hamil dan mengalami haids.   Ini satu kekeliruan. Kedatangan haids dan kehamilan ibarat malam dan siang. Mana mungkin malam dan siang berlaku serentak. Begitu juga dengan kehamilan dan kedatangan haids. Mustahil orang yang hamil akan kedatangan haids kerana kedua-duanya tidak berlaku serentak.   Kekeliruan ini juga menyebabkan doctor mengira tarikh dijangka melahirkan bayi (date of delivery) pada tarikh yang salah. Masalah ini selalunya diselesaikan dengan bantuan pemeriksaan ultrasound.   Sebenarnya mereka mengalami pendarahan di awal kehamilan, …

Read More »

Benarkah Soya menyebabkan Kanser Payudara?

Banyak pertanyaan tentang tentang kesahihan khabar angina, sama ada kanser payudara disebabkan oleh meminum air kacang soya atau memakan produk makanan berasaskan soya seperti tauhu dan tempeh? Jawapannya tidak. Memang tidak dapat dinafikan air soya dan produk makanan berasaskan soya mempunyai phytoestrogens, iaitu bahan biokimia semulajadi yang menyerupai hormon estrogen. Oleh kerana hormon estrogen boleh menyemarakkan lagi kanser payudara, maka persoalan seperti ini timbul. Walaupun dalam ujikaji di makmal, phytoestrogens boleh merangsangkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara, tetapi dalam kajian klinikal, ramai saintis gagal membuktikan dakwaan ini.  Malah ada kajian klinikal yang mendapati pengamalan produk makanan berasaskan soya boleh merendahkan kebarangkalian …

Read More »

“Meramal” hayat anak menggunakan teknik Preimplantation Genetic Diagnosis

Seorang rakan FB yang baru kematian seorang anak yang baru dilahirkan bertanyakan kepada saya sama ada ada teknologi perubatan moden yang boleh meramalkan kecacatan yang bakal dihadapi oleh bayi. Ini kerana bayi beliau mengalami penyakit yang berkaitan dengan genetik atau kecacatan kromosom, iaitu  Klinefelter Syndrome. Oleh kerana beliau diberitahu oleh doctor pakar, bahawa kebarangkalian untuk isteri beliau hamil semula dan mengalami masalah yang sama adalah sangat tinggi, beliau mengharapkan dan berdoa agar biarlah selepas ini mendapat anak yang sihat. Perkataan ‘meramal’ adalah perkataan yang agak keras dan sensitif. Saya bimbang rakan saya mungkin akan salah faham. Isu sama ada Islam …

Read More »

Berkahwin semasa belajar dan belum sedia untuk hamil

  Saya memahami kehendak dan naluri orang muda yang sedang belajar terutama jauh di luar negeri. Suasananya mungkin agak berbeza dengan suasana di Malaysia. Di sini kita ada ibubapa yang dekat dan sering memantau perkembangan pelajaran dan kehidupan kita. Di luar negeri mungkin tiada siapa yang dapat kita minta nasihat kerana kebanyakan kita hampir sebaya. Ketika saya belajar di India dulu ketika melanjutkan pelajaran di bidang perubatan, umur saya sudah memasuki 21 tahun dan kebanyakan kami (batch pertama dan kedua) berumur sebaya. Saya tidak nampak di antara kami yang sama-sama selalu berjemaah di masjid di kariah kampus, mampu memberikan nasihat …

Read More »

Merawat Jerawat ketika Hamil

Wanita yang mengalami jerawat ketika hamil haruslah lebih berhati-hati dengan ubat-ubatan yang mereka beli dari farmasi. Ini kerana tidak semua ubat-ubatan yang biasa digunakan, sesuai untuk mereka. Ubat-ubatan itu boleh memberikan kemudharatan pada bayi dalam rahem. Sebenarnya mengalami jerawat (acne) adalah perkara biasa di kalangan wanita yang hamil. Jika jerawat itu tidak berapa teruk, tentu tidak merisaukan. Tetapi jika jerawat itu terlalu teruk, sudah tentu ramai wanita yang berasa malu dan berusaha untuk menghilangkan jerawat itu dengan segera. Punca bagi pembentukan jerawat di kalangan wanita yang hamil ialah akibat hormone terutama di awal usia kehamilan (trimester pertama). Peningkatan hormone ini …

Read More »

Rahem kecil tidak boleh hamil ?

  Saya tertarik dengan satu pertanyaan “ Assalamualaikum doktor,saya nak tanya,kalau rahim kecil ada peluang nak hamil tak?”   Saya segera bertanya semula, “Puan telah membuat pemeriksaan doktor?”   “Hari itu saya ada berurut dengan seorang bidan. Bidan yang beritahu saya bahawa saya mempunyai rahem yang kecil dan akan mengalami kesukaran untuk hamil”   Saya menggelengkan kepala. Tidakkah wanita ini terfikir bagaimana seorang bidan tanpa menggunakan bantuan pengesan dapat mengetahui bahawa wanita itu mempunyai masalah sedemikian. Rahem berada di dalam pelvis, maka sukar untuk menganggak saiz rahem seseorang wanita dengan menggunakan sentuhan tangan ketika berurut kerana posisi rahem berada sangat …

Read More »

Nenas boleh Sebabkan Keguguran?

“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik …

Read More »

Makan Chocolate semasa Hamil

  Banyak kajian yang menyokong bahawa wanita hamil seharusnya tidak dihalang daripada memakan produk makanan berasaskan koko termasuk chocolate ketika hamil, kecuali jika wanita hamil itu mempunyai alahan terhadap koko dan chocolate. Walaupun produk makanan berkoko seperti chocolate mengandungi caffeine, masih tiada bukti saintifik  yang menunjukkan kandungan caffeine yang rendah dalam koko dan chocolate membahaya kepada wanita yang hamil dan bayi mereka. Chocolate juga kaya dengan magnesium, yang sangat perlu bagi perkembangan otak bayi dalam rahem. Flavonoids dalam chocolate berfungsi sebagai antioxidant membantu kesihatan jantung dan daya tahan untuk melawan sel-sel kanser. Malangnya, bahan bersusu pada chocolate boleh menghalang penyerapan …

Read More »

Menghisap ‘rokok elektrik’ adalah amalan sia-sia

  Walaupun setelah sekian lama Kementerian Kesihatan Malaysia cuba mendidik rakyat Malaysia tentang bahaya merokok, namun kempen ini tidak memberikan kesan yang besar. Ramai perokok berusaha menghentikan tabiat merokok kerana harganya semakin mahal, bukan kerana bimbangkan kesihatan mereka terjejas akibat merokok. Tidak hairanlah ramai di antara perokok tegar yang cuba menukarkan tabiat menghisap rokok menggunakan ‘rokok tanpa asap’. Jadi ketika menghisap rokok ini, perokok mempunyai dua niat. Sama ada mahu mengurangkan tabiat merokok atau hanya mahu mengurangkan kos merokok, tetapi masih mahu meneruskan amalan merokok. Idea untuk mencipta ‘rokok elektrik’ (e-rokok) bermula pada tahun 1963 oleh Herbert A. Gilbert. Namun …

Read More »

Makan Durian Ketika Hamil

As salam mu alaikum  doktor.. Saya sedang hamil 5 bulan. Saya mahu bertanya boleh ke wanita hamil makan durian? Nampak macam kelakar je soalan ini, tetapi saya hendak tahu sebab ramai orang kata kalau sedang hamil tidak elok makan durian sebab durian itu panas.. Terima kasih   Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional orang Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu “panas” untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti orang Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan buah durian ini.   Setakat ini tiada sebarang …

Read More »

Kesan membesarkan Payudara menggunakan Suntikan Hyaluronic Acid

  TERDAPAT GAMBAR YANG TIDAK SESUAI DILIHAT Dunia perubatan moden terutama di bidang kecantikan telah berkembang dengan pesatnya. Kalau dulu untuk membesarkan payudara seorang wanita harus menjalani pembedahan besar (major surgery) dan mengambil masa berminggu-minggu untuk sembuh, sekarang banyak prosedur yang ringkas dan tidak menyakitkan dapat dijalankan bagi mencapai tujuan itu. Masalah yang timbul, adakah ianya selamat? Bagaimana dengan kebolehan untuk menyusukan anak apabila payudara telah disuntik dengan bahan-bahan itu? Tidakkah ia membahayakan bayi apabila susu dari payudara yang disuntik diberikan kepada anak?   As salam mua alaikum Doktor. Saya hendak bertanya, selamatkah bayi yang  diberi susu ibu sedangkan saya …

Read More »

Hukum mengecilkan Payudara

HUKUM MENGECILKAN PAYUDARA “TERDAPAT GAMBAR-GAMBAR YANG TIDAK SESUAI DILIHAT” Jarang-jarang kita mendengar wanita yang mahu mengecilkan saiz payudara mereka. Tentu ada yang tersenyum atau melabelkan mereka sebagai “mengada-ngada”.  Ini kerana ramai wanita yang mempunyai saiz yang kecil mahu menambahkan saiz payudara mereka. Namun terdapat wanita yang ditakdirkan mempunyai saiz payudara yang terlalu besar berbanding dengan saiz tubuh mereka. Mereka mengalami perasaan rendah diri dan mengalami masalah fizikal yang tidak tertanggung. Pelbagai ubat yang telah dicuba sehingga mereka terpaksa merelakan untuk menjalani pembedahan. Antara pertanyaan yang saya terima: “ Assalamualaikum doctor, saya berumur 23 tahun..saya mempunyai masalah iaitu payudara jatuh sejak …

Read More »

Dapatkan Buku Ini Di Pasaran!

Petikan ‘back cover’ buku ‘Doktor, Saya Takut Jarum!’ Masyarakat hari ini semakin peka dengan tahap kesihatan mereka apabila setiap hari disogokkan dengan berita-berita kematian mengejut yang disebabkan oleh sesuatu penyakit. Kesedaran itu merupakan satu perkembangan yang positif, tetapi apa yang membimbangkan,terlalu banyak cakap-cakap orang yang tidak benar mengenai perubatan moden hari ini. Malah, ada yang lebih mempercayai bomoh daripada doktor yang bertauliah sekali gus mencetuskan kekeliruan masyarakat mengenai rawatan moden.     ‘DOKTOR, SAYA TAKUT JARUM!’ mengupas beberapa persoalan dan salah faham yang sering ditanya oleh para pesakit. Istimewanya buku ini, setiap topik dipaparkan berdasarkan pengalaman penulis se­bagai seorang doktor berserta kisah-kisah …

Read More »

Ruang Iklan telah Dibuka untuk Disewa

Mengapa Anda Perlu Beriklan di Blog Ini ?   1. Statistik Sentiasa Meningkat Blog ini mendapat trafik yang sangat tinggi setiap hari. Malah dengan kredibiliti Dr Zubaidi yang semakin dikenali ramai melalui Facebook, majalah-majalah dan akhbar, blog ini akan tetap dikunjungi pengunjung-pengunjung sedia ada dan juga pengunjung baru.   Berikut adalah statistik bulanan terkini setakat 1 Mac 2015 (sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)   Statistik bernombor untuk lawatan harian ke blog ini:   Ini menunjukkan blog ini adalah blog yang diminati dan dipercayai untuk mencari maklumat berkenaan perubatan moden. Kami mendapat testimoni dari pelawat bahawa blog ini …

Read More »

Berapa banyak kuantiti susu untuk bayi?

  Saya sering ditanya oleh ibu yang baru melahirkan tentang berapa kali kekerapan bayi mereka harus disusui. Ianya menjadi tekanan kepada mereka kerana bayi-bayi mereka kerap menangis dan seperti mahu disusui segera. “Doktor, saya tidak dapat tidur semalaman kerana anak saya kerap mahukan susu, tidak kira di malam hari atau di siang hari. Saya sangat letih..” Sememangnya, banyak pahala dan jasa ibubapa ketika membesarkan anak-anak mereka. Mereka sentiasa risau tentang keselamatan dan keperluan anak-anak-anak mereka. Adakalanya pula bayi yang telah disusukan mengalami muntah susu. Apa yang membimbangkan mereka ialah bayi akan mengalami ‘tersedak susu’ seperti yang dilaporkan di akhbar-akhbar dan …

Read More »

Hikmah Larangan Jimak ketika Haids

      Setiap dari kita mempunyai nafsu dan akal yang bertujuan untuk menimbangkan antara yang baik dan yang buruk. Nafsu dan akal juga membantu kita membuat pertimbangan agar dapat menyalurkan syahwat ke arah kebaikan, iaitu  melalui perkahwinan yang sah.   Dengan berkahwin, hubungan jimak yang halal dibenarkan asalkan mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh syarak. Malah melakukan hubungan ini secara halal antara suami dan isteri, dikira sebagai ibadah dan diberikan pahala.   Perkara ini dijelaskan oleh rasulullah s.a.w di dalam satu riwayat hadis. “Sahabat-sahabat Nabi bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, …

Read More »

Mengapa minum air sejuk menyebabkan sakit kepala?

                                                        Saya ditanya oleh seorang remaja ketika mengadakan satu ceramah kesihatan bersama KEMAS JOHOR. Remaja itu bertanya mengapa beliau mengalami sakit kepala yang teruk apabila meminum air Coca-cola bersama ais. Apabila beliau menyedut air itu menggunakan straw, kepala beliau tiba-tiba menjadi sakit.   Saya tidak menafikan ramai orang yang mengadu sakit kepala yang keterlaluan apabila sedang minum air yang sangat sejuk (apabila bercampur dengan ais).  Rasa sakit kepala yang menyucuk-nyucuk itu berlangsung beberapa …

Read More »

Sakit pinggang dan abdomen semasa hamil 32 minggu

  Soalan: Salam doctor, saya  bernama XXX dari Pulau Pinang. Saya ingin bertanya masalah yang saya hadapi. Saya sedang hamil 32 minggu. Masalah saya ialah saya kerap mengalami lenguh dan sakit pinggang, terutama di tulang punggung. Sesekali saya mengalami sakit di bahagian bawah abdomen apabila berjalan dalam masa yang agak lama. Sakitnya seolah-olah rahem saya mengeras dan rasa mahu rasa kencing. Kadang kala di tengah malam saya rasa bahagian vagina saya rasa berdenyut dan merasa sakit di bahagian sekitarnya. Saya ada pergi melakukan pemeriksaan tetapi semuanya okay. Apa yang saya bimbangkan ialah saya akan lahir secara pramatang, dan pernah gugur …

Read More »

Menggugurkan Bayi kerana Cacat (Edward’s Syndrome)

  “Assalamualaikum doktor. Saya hamil 26 minggu. Pada kehamilan saya berusia 20 minggu saya telah menjalani pemeriksaan ultrasound dan mendapati fizikal bayi saya mengalami kecacatan, berkemungkinan disebabkan oleh genetic disorder. Saya juga telah menjalani pemeriksaan amniocentesis dan disahkan mengalami Edward’s syndrome trisomy 18. Saya difahamkan oleh doktor bahawa kebarangkalian untuk bayi saya hidup setelah dilahirkan hanyalah 1%. Sebagai seorang Islam saya masih lagi ragu-ragu lagi dgn keputusan yang bakal saya buat. Serelah berbincang dgn pihak keluarga dan suami, kami bercadang untuk menggugurkan kehamilan saya. Apa pandangan doktor?”.   Wa alaikum mus salam.   Saya mengucapkan takziah kepada puan atas dugaan …

Read More »

METFORMIN UNTUK WANITA PCOS

Assalamualaikum Doc, Isteri saya keguguran bulan lepas dan ini keguguran yang kedua. Semasa  saya menemani isteri saya untuk berjumpa doctor pakar perbinan, beliau telah memberikan kami ubat GLUCOPHAGE 500mg, katanya boleh membantu dalam mengatasi masalah hormone. Cara pemakanannya dimulakan dengan 1/2biji 2kali sehari dan berhenti bile isteri saya hamil nanti. Buat masa ini saya tidak membenarkan isteri saya mengambil ubat ini kerana saya  masih lagi keliru. Saya harap doctor boleh membantu saya. Terima Kasih Jawapan: Masalah ketidaksuburan bukanlah suatu masalah yang mudah diselesaikan. Terdapat pelbagai punca ketidaksuburan pada pasangan muda. Antara sebabnya ialah penyakit PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome). Ia berlaku …

Read More »

Bayi Mendapat Jangkitan Hepatitis B Ketika Ibu Hamil

BAYI MENDAPAT JANGKITAN HEPATITIS B KETIKA IBU HAMIL  Ramai pesakit hepatitis B yang mengalami penyakit hepatitis B tanpa mengetahui bahawa mereka mengalami penyakit ini dan tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas.  Bagi seorang wanita yang hamil, jangkitan virus ini boleh menjangkiti anak mereka. Penyakit ini boleh menyebabkan penyakit hati yang serius, menyebabkan kanser dan menyebabkan kematian. Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil berat terhadap isu ini. Apabila seorang wanita hamil melakukan pemeriksaan antenatal, antara pemeriksaan yang dilakukan ialah pemeriksaan darah untuk jangkitan virus hepatitis B (HBV). Hepatitis B mudah berjangkit melalui darah, air mani dan lendiran badan. Pesakit hepatitis B mendapat …

Read More »

KEHAMILAN SEMULA SELEPAS CAESAREAN

  Kini di Malaysia ramai ibu yang telah melahirkan anak secara pembedahan Caesarean, sama ada dilakukan secara elektif atau kecemasan. Pembedahan Caserean secara elektif bermakna pembedahan yang dijalankan untuk mengeluarkan bayi dalam rahem pada tarikh yang dirancang, sementara pembedahan secara kecemasan ialah pembedahan yang dilakukan serta-merta kerana bayi dalam rahem atau ibu yang hamil berada dalam keadaan yang bahaya.   Dalam kedua-dua pembedahan ini, banyak darah yang hilang semasa pembedahan. Dianggarkan seorang wanita yang menjalankan pembedahan Ceseran akan kehilangan antara 200ml hingga 1500 ml, bergantung kepada kesukaran ketika pembedahan. Jika ia dilakukan secara kecemasan, sudah tentu lebih banyak darah yang …

Read More »

Mengalami Masalah untuk Hamil Semula

Anak merupakan salah satu rezeki yang Allah kurniakan kepada pasangan-pasangan yang terpilih. Ada yang Allah berikan anak tunggal, ada yang mendapat bilangan anak yang sedikit dan ada yang mendapat bilangan anak yang ramai. Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas. “Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,  anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia (ALLAH) juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya  mandul. Sesungguhnya Ia (ALLAH) Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Surah Asy-Syura: 50) Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah. Jadi wanita yang pernah hamil dan telah mempunyai anak, tiba-tiba mendapati diri mereka sukar untuk hamil semua, sedarlah bahawa ini semua ujian dari Allah …

Read More »

Jalur Samar di UPT: Adakah Saya Hamil?

Saya mendapati membeli alat pemeriksaan UPT di farmasi dan melakukan ujian sendiri di rumah memang mudah, tetapi ia boleh mendatangkan kekeliruan apabila jalur di kotak ujian mengeluarkan jalur yang agak samar. Keputusan ujian pemeriksaan UPT bagi pengesahan kehamilan seseorang wanita ada kalanya mengelirukan jika tidak diberikan konsultasi oleh doktor. Saya ada menulis satu artikel mengenai ujian pemeriksaan air kencing ini. Boleh baca di https://drzubaidi.com/blog/?p=1107. Pemeriksaan ujian UPT sebenarnya mengesan kehadiran hormone human chorionic gonadotropin (hCG) dalam air kencing seorang wanita yang dikeluarkan oleh uri (placenta) dalam rahem. Ujian UPT yang positif bermakna alat ujian UPT dapat mengesan hormon hCG di …

Read More »

Pancutan Air Mani ke Belakang atau Retrograde Ejaculation

  Masalah Retrograde Ejaculation (RE) banyak ditanyakan kepada saya. Retrograde ejaculation sebenarnya berlaku apabila air mani (semen) masuk ke dalam pundi kencing, ketika berlaku orgasm dan klimaks. Semasa seorang suami mengalami klimaks semasa jimak, sperma dikeluarkan dari telur zakar (testicles) melalui satu saluran dinamakan (vas deferens)  yang membawa sperma ini kepada kelenjar prostate, di mana sperma dan lendiran lain akan bercampur dqan membentuk air mani (semen). Sepatutnya air mani dan sperma ini keluar melalui saluran air kencing lelaki (urethra) untuk sampai ke faraj (vagina) isteri. Sayangnya hal ini tidak berlaku, air mani masuk ke dalam pundi air kencing. Walaupun RE …

Read More »

Mengapa Saya Rasa Seperti Hamil Tetapi Ujian UPT Negatif?

Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka yang seperti sedang hamil. Ini kerana mereka tidak mengalami haid untuk beberapa minggu, tetapi apabila ujian air kencing UPT dilakukan, mereka mendapati ia negatif (mereka tidak hamil). Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah. Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat  darah haids tidak datang pada waktu yang …

Read More »

Ujian Kesihatan Memerlukan Kesabaran

Tawakal bermakna berserah kepada Allah dengan sebulat hati, atas takdir yang ditentukanNYA setelah kita berusaha. Seperti mana seorang pelajar sedang menjalani pengajian di universiti. Setelah berusaha mendalami dan memahami bahan kuliah, maka tibalah masa untuk menghadapi peperiksaan. Maka pelajar itu menjawab soalan-soalan itu dengan cara yang terbaik. Akhirnya berserah dan menunggu sahaja keputusan yang bakal diumumkan oleh pensyarah. Begitu juga sebagai seorang hamba yang berusaha untuk memuaskan hati tuannya. Terserahlah kepada tuannya menilai pekerjaan yang dilakukan. Sabar dalam menerima keputusan yang bakal diterima setelah melakukan yang terbaik. Untuk mendapat kesembuhan penyakit, seorang pesakit harus berusaha mencari ubat dan rawatan terbaik …

Read More »

Berurut Ketika Hamil

Rawatan urutan memberikan faedah kepada wanita hamil. Namun begitu ramai doktor yang agak berat memberikan galakan pada wanita hamil untuk berurut kerana rawatan ini bukan sahaja mendatangkan manfaat, tetapi juga boleh mendatangkan mudharat bergantung kepada cara dan latihan yang ada pada si pengurut. Tidak semua pengurut mahir dalam bidang yang mereka lakukan. Ada di antara mereka yang langsung tidak ada pengetahuan dan berlagak seolah-olah tahu. Ada pula yang mengurut hanya berdasarkan pengalaman dan cuba-cuba. Sudah tentu ini akan membahayakan ibu dan bayi dalam rahem. Urutan tidak digalakkan di awal kehamilan, iaitu apabila usia kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia …

Read More »
error: Content is protected !!