Jalur Samar di UPT: Adakah Saya Hamil?

Saya mendapati membeli alat pemeriksaan UPT di farmasi dan melakukan ujian sendiri di rumah memang mudah, tetapi ia boleh mendatangkan kekeliruan apabila jalur di kotak ujian mengeluarkan jalur yang agak samar. Keputusan ujian pemeriksaan UPT bagi pengesahan kehamilan seseorang wanita ada kalanya mengelirukan jika tidak diberikan konsultasi oleh doktor.

Saya ada menulis satu artikel mengenai ujian pemeriksaan air kencing ini. Boleh baca di https://drzubaidi.com/blog/?p=1107.

Pemeriksaan ujian UPT sebenarnya mengesan kehadiran hormone human chorionic gonadotropin (hCG) dalam air kencing seorang wanita yang dikeluarkan oleh uri (placenta) dalam rahem. Ujian UPT yang positif bermakna alat ujian UPT dapat mengesan hormon hCG di dalam air kencing dan wanita itu dikatakan telah hamil.

Namun begitu tidak semua alat ujian UPT dapat mengesan hormon hCG pada kuantiti yang sama. Hanya alat ujian UPT yang sensitif saja yang dapat mengesan hormone ini dalam kuantiti yang rendah, terutama di awal kehamilan. Alat ujian UPT yang tidak sensitif ada kalanya tidak dapat mengesan kehadiran hormone hCG dalam air kencing padahal wanita itu telah hamil.

Adakalanya pula keputusan ujian UPT mengelirukan apabila jalur pada kotak ujian (test) yang ditandakan dengan huruf ‘T’ menunjukkan jalur yang samar. Ia memberikan pelbagai tafsiran.

Oleh itu pengguna haruslah membaca arahan (instruction) yang tertulis pada pembalut ujian UPT itu. Pada pembalut itu, kilang pengeluar (manufacturer) akan memberitahu setakat mana ujian UPT ini dapat mengesan kehadiran hormone hCG. Sebagai contohnya, ada alat UPT yang dapat mengesan kepekatan hormone hCG pada kepekatan 20 IU/L dan ada alat UPT yang hanya dapat mengesan pada kepekatan 50 IU/L saja. Semakin rendah kepekatan hormone yang dapat diuji, semakin sensitif alat UPT itu dan selalunya ia lebih mahal.

Kebanyakan wanita yang melakukan ujian UPT dan mendapat keputusan jaluran yang samar adalah kerana mereka melakukan ujian ini terlalu awal, hanya beberapa hari selepas tidak datang darah haid. Saya selalu memberitahu pesakit saya agar dapat mengulangi semula ujian UPT selepas seminggu. Ini kerana selepas seminggu kepekatan hormon hCG dalam darah dan air kencing wanita yang hamil, akan bertambah dan lebih mudah dikesan. Oleh itu harus bersabar dan jangan terburu-buru melakukan ujian UPT.

Jika ujian pemeriksaan UPT menunjukkan jalur samar-samar, dan selepas seminggu menjadi negatif, bermakna seorang wanita itu mengalami keguguran pada awal kehamilannya tanpa disedari. Keguguran sebegini berlaku sebanyak 20-30 peratus kehamilan.

Walaubagaimanapun, jika ujian UPT pada kali pertama kali adalah positif dan kemudian selepas sejam, ia menjadi pudar, bermakna kemungkinan seorang wanita itu mungkin hamil, tetapi tidak mempunyai kepekatan hormon yang cukup untuk kekal dikesan semasa melakukan ujian UPT ini. Oleh itu ujian UPT harus diuji semula selepas seminggu.

Secara kesimpulan, antara sebab berlakunya jalur yang samar atau memberikan keputusan negatif pada ujian UPT ialah:

1. Melakukan ujian terlalu awal.

Ujian UPT hanya dapat memberikan keputusan apabila dapat mengesan kepekatan hormon pada peringkat tertentu. Ujian ini harus dilakukan sekurang-kurangnya sepuluh hari selepas masa ovulasi.

Pada Oktober 2001, satu artikel telah diterbitkan di sebuah jurnal perubatan, JAMA menyatakan bahawa kemungkinan untuk seorang wanita mendapat keputusan negatif setelah diuji dengan UPT pada hari pertama tidak datang haids sebanyak 90 peratus, dan kemungkinan untuk ujian UPT menjadi positif adalah 97 peratus selepas seminggu tidak kedatangan haids. (rujuk: JAMA. 2001;286:1759-1761).

Namun begitu haruslah pengguna memilih jenis alat ujian UPT yang sensitif.

2. Salah mengira kitaran haids.

Ramai wanita yang silap mengira hari dalam kitaran haid mereka dan menyangka mereka telah lewat kedatangan haid, padahal tarikh kedatangan haid belum lagi sampai. Jadi ujian yang dilakukan akan menunjukkan keputusan negatif.

3. Air kencing yang cair.

Ujian UPT yang baik harus dilakukan menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi. Selepas sarapan, selalunya air kencing akan menjadi lebih cair dan ini akan mengurangkan kepekatan hormone hCG yang berada dalam air kencing itu, menyebabkan keputusan yang diperolehi adalah negatif atau mendapat jalur samar.

4. Sensitiviti Alat Ujian Kehamilan.

Sesetengah alat ujian UPT lebih sensitif berbanding dengan alat ujian UPT yang lain. Alat ujian UPT yang sensitif akan dapat mengesan hormone hCG pada kepekatan yang rendah, sementara alat ujian UPT yang kurang sensitif tidak dapat mengesan kehadiran hormone itu dalam air kencing. Ia akan memberikan keputusan yang negatif atau jalur yang samar.

5. Telah tamat tempoh habis-guna atau disimpan dengan cara yang salah.

Oleh kerana alat ujian UPT adalah alat yang sensitif terhadap haba, ia harus disimpan dalam stor yang tidak terlalu panas. Selain itu tempoh habis-guna harus diperiksa seperti tertera pada bungkusan alatan itu.

6. Jalur sejatan.

Jalur sejatan berlaku apabila air kencing tersejat dari ujian UPT itu setelah dibiarkan lama. Ini menyebabkan seolah-olah ujian UPT ini menunjukkan tanda positif pada hal wanita ini tidak hamil. Jaluran sejatan (vaporation line) ini selalunya tidak mempunyai warna padanya, hanya menunjukkan jalur yang kabur.

7. Membaca keputusan selepas masa yang dicadangkan. Jalur yang kabur boleh terjadi apabila membaca keputusan ujian ini selepas masa yang dicadangkan.  Sebagai contoh ada alat ujian UPT ini hanya boleh dibaca selepas 5 minit, dan harus buang segara jika tidak ujian UPT ini akan memberikan keputusan yang positif, padahal wanita itu tidak hamil.

8. Kehamilan Kimia (“Chemical pregnancy”).

Kehamilan ini berlaku pada awalnya dan kemudiannya berlaku keguguran tanpa disedari. Ketika diuji air kencing masih mengandungi sedikit kepekatan hormon hCG yang rendah, menyebabkan ia memberikan jaluran samar.

9. Ubat-ubatan tertentu.

Terdapat ubat-ubatan yang mengandungi hormon hCG seperti ubat-ubatan yang diberikan ketika rawatan kesuburan. Ini juga akan memberikan keputusan jaluran yang samar.

Jika ujian yang dilakukan menunjukkan jaluran yang samar, saya mencadangkan agar ujian ini dilakukan semula selepas seminggu. Jika masih keliru , cara lain ialah dengan melakukan pemeriksaan ultrasound atau pemeriksaan kepekatan hormon hCG yang mungkin masih rendah di dalam darah.

Beberapa hari yang lepas, saya mendapat e-mail pertanyaan.

 

Assalamualaikum doktor.

Saya berasal dari Klang. Saya ada pertanyaan untuk doctor. Saya telah melakukan UPT di klinik panel kerana kelewatan period selama 2 bulan. Dan keputusannya, jalur pada kotak ujian (test,T) adalah samar dan tidak sepekat warna di kotak kawalan (control,C). Adakah saya hamil?

Doktor meminta saya untuk hadir semula pada minggu hadapannya. Kerana tidak sabar, pada keesokan harinya, saya telah melakukan UPT sendiri yang dibeli di farmasi dan resultnya masih sama. Saya pergi pula ke klinik kerajaan untuk mengesahkan kehamilan. Doctor di klinik kerajaan memberitahu keputusan UPT saya negetif.

Pada keesokan pagi, saya melakukan UPT sekali lagi pada kencing yang pertama di awal pagi. Dan keputusan terdapat dua jalur terang.  Adakah saya hamil? Dan kenapa klinik kerajaan mengatakan yang ujian UPT saya negetif?

Terima kasih.

 

Saya percaya doktor di klinik panel telah melakukan sesuatu yang betul apabila menasihatkan agar beliau datang semula selepas seminggu. Ini kerana pada awal kehamilan, kepekatan hormone hCG terlalu rendah dan tidak dapat dikesan. Selepas seminggu selalunya kepekatan hormone itu akan meningkat dengan lebih tinggi dan memberikan keputusan yang lebih jelas.

Doktor di klinik kerajaan membandingkan jalur pada kotak ujian dengan kotak kawalan dan mendapati ia tidak sama. Untuk memberikan jawapan pada satu kehamilan yang pasti, selalunya doktor mengharapkan jalur di kotak ujian sama ‘pekat’ dengan jalur di kotak kawalan. Jika tidak, doktor tidak dapat memberikan keputusan yang pasti.

Oleh itu cara terbaik ialah melakukan ujian semula selepas seminggu atau melakukan ujian pemeriksaan ultrasound. Cara lain ialah menguji kepekatan hormon hCG dalam darah kerana ujian ini lebih tepat.

Wallahu a’lam.

 

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (210512)

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

10 comments

  1. saya nya xda line lngsung kat upt tu kosong mcm yg saya beli tp saya dah kncing kat lubng upt tu…tp hsilnya kosong ker upt tu rusak sbb saya da lwat priod dlam 3mnggu saya kncing first kncing pg…

    • sy pun mcm tu dlu… xde result pun lpas wat upt… last2 sy g cek kt klinik, senang, xpyah test upt wktu pgi,bila2 msa pun boleh…

  2. Assalamualaikum Dr,

    Maaf nak bertanya, sejak saya melahirkan anak bulan 11 tahun lepas sehingga skg saya masih belum datang period? Adakah itu normal? Sbb saya tak ambil apa2 pil perancang dan masih menyusukan baby separuh masa(mlm).

    Terima kasih atas pandangan Dr.

  3. mohon di reply doc..salam.. last perios y pd 28 april..smpi kini 7 jun sy tidak peiod.. 2 jun sy buat upt pd pg hari dan positif ttapi sgt samar.. ptgnya sy brjmpa doc ttpi upt yg dibuat doc pula,negatif..doc minta sy tggu smggu lg dn buat smula upt… krna x sbr,5 jun sy buat lg upt dan msih sma positif ttpi sgt samar.. tnda hamil semuanya sy alami..kecuali pembengkakan payudara dan skit payudara.. 2 hari ini, keluar cecair coklat ttpi sgt sedikit.. adakah sy hamil? dn benarkah jika sy melakukan scan skrg, masih x nmpk krna trlalu awal? sy binggung….

  4. hanida binti mohd zin

    salam dr .
    saya pernah keguguran ketika kandungan berusia 6 mgu pada mulanya hanya berlaku darah keluar setompok tp sedikit bila saya ke hosp kerajaan urine test saya gagal tp bila sy scan saya hamil, keesokkannya saya berasa sakit perut n berlaku keguguran . baru2 ini haid saya datang lewat dan bila saya melakukan ujian iar kencing terdapat du jalur yang terang dan doc agarkan saya hamil br 4 mgu lebih tetapi biler scan mmg terlalu kecik . bagaimana kah caranya untuk sy ketahui seandainya kedudukan janin berada di bwh atau di pintu rahim kerana saya jadi takut untuk melakukan apa2 kerja rumah wpun saya bekerja

  5. Assalam dr,

    Di sini saya ingin mintak jawapan dan paNdangan mengenai kehamilan saya..Berharap dr. dapat membantu. Kitaran haid saya adalah tidak normal. Saya berkahwin pada April 2012. Pada June saya tidak datang haid sehingga sekarang. Pergi ke klinik swasta untuk mengesahkan kehamilan,terus doc tersebut scan dan terlihat satu kantung yang kecil sangat. Doc kata usia kandungan saya dalam 6 minggu dan disuruh datang semula sebulan selepas itu.

    Kemudian, selepas sebulan saya pergi semula ke klinik tersebut, Doc tu scan dan saya nampak kantung sudah membesar tetapi kosong.. tiada apa-apa..Doc tu ukur dan dia kata usia kandungan saya mengikut scan baru 6 minggu. Sepatutnye jika dikira dari ari pertama saya Last period, saya sudah 10 week.
    Doc tu terangkan mungkin ade 2 sebab. 1) kandungan x menjadi 2) masih terlalu awal sebab kitaran haid saya tidak tetap.
    Sepanjang saya dah disahkan mengandung, saya tidak pernah mengalami pendarahan.

    Ini menyulitkan saya untuk kira berapa sebenar usia kandungan saya. dan saya tidak tahu usia kandungan berapa minggu dah boleh buka buku merah di KKIA..

    Harap Dr. Dapat membantu saya.

    *tarikh ari pertama saya period = 19 MAY 2012..

    terima kasih.

  6. salam dr
    saya sudah 2 minggu lewat period..bulan lps period saya 28 ari..last saya period 29 jun..seminggu lps lewat period saya melakukan ujian upt tp hasilnye negatif..seminggu lps tu saya melakukan sekali lg ujian upt dirumah tp hasilnye tetap negatif..sehingga ari ni period saya belum keluar..harap doktor dapat beri penjelasan kepada permasalahan saya..

  7. salam dr,
    saya berkahwin sdh 12 tahun dn mempunyai seorang anak perempuan 11 tahun..semasa bulan puasa tahun ini saya didatangi haid cuma 2 hari sja tetapi haid saya berwarna coklat..selepas itu pada bulan hujung bulan ogos iaitu 29 haribulan saya datang haid lgi yg berwarna coklat..ke esokkan harinya haid saya dh tak ada..pada 31 ogos saya datang haid lgi pada dn masih sama berwarna coklat dn sedikit..pada 1 septmber saya datang haid lgi dn haid saya terlalu bnyk sehingga mengeluarkan ketulan darah yg sebesar tapak tangan anak kecil berumur 4 tahun..sebelah mlmnya pula keluar lgi ketulan darh selebar 2 jari dan sepanjang sejengkal..dn perut terasa sakit di ari-ari..haid saya berterusan sehingga 9 haribulan september..pada 22 haribulan september saya haid lgi sehingga 27 haribulan september 2012..

    harap dr dapat membantu masaalah saya ini..adakah kemungkinan saya akan hamil atau tidak..

    terima kasih.

    • salam dr, saya berkahwin sdh 12 tahun dn mempunyai seorang anak perempuan 11 tahun..semasa bulan puasa tahun ini saya didatangi haid cuma 2 hari sja tetapi haid saya berwarna coklat..selepas itu pada bulan hujung bulan ogos iaitu 29 haribulan saya datang haid lgi yg berwarna coklat..ke esokkan harinya haid saya dh tak ada..pada 31 ogos saya datang haid lgi pada dn masih sama berwarna coklat dn sedikit..pada 1 septmber saya datang haid lgi dn haid saya terlalu bnyk sehingga mengeluarkan ketulan darah yg sebesar tapak tangan anak kecil berumur 4 tahun..sebelah mlmnya pula keluar lgi ketulan darh selebar 2 jari dan sepanjang sejengkal..dn perut terasa sakit di ari-ari..haid saya berterusan sehingga 9 haribulan september..pada 22 haribulan september saya haid lgi sehingga 27 haribulan september 2012.. harap dr dapat membantu masaalah saya ini..adakah kemungkinan saya akan hamil atau tidak.. terima kasih.

      Dr Zubaidi Hj Ahmad; Pengesahan kehamilan boleh dilakukan dengan pemeriksaan air kencing UPT. Namun saya yakin puan sedang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon.

  8. Salam dr…
    Period saya sentiasa mengikut kiraan dan tetap masanya.baru2 nie period saya lewat seminggu…dan keesokannye sy period. adakah saya hamil tpi keguguran krana sy mengalami tnda2 seperti hamil.dptkah sy hamil kerana sudah 2 tahun sy berkahwin tetapi belum dikurnia cahaya mata.

Leave a Reply

error: Content is protected !!