Koleksi Artikel

PERLUKAH KITA BERDIET? YA MESTI

Berdiet tidak bermakna kita berusaha untuk menjadi kurus. Sepatutnya ia menjadi amalan sepanjang masa kerana definisi diet itu sendiri adalah amalan atau budaya pemakanan. Pemakanan yang betul akan memberikan tenaga dan kesihatan pada tubuh. Pemakanan yang salah akan merosakkan kesihatan. Ada beberapa soalan berkaitan diet atau pemakanan. 1. Adakah makan malam menyebabkan gemuk? Ketika tidur, tubuh kita berada dalam keadaan rehat. Kita akan menggunakan hanya sedikit tenaga pernafasan, kitaran darah dan degupan jantung serta aktiviti otak. Kadar penggunaan tenaga ini dinamakan Basal Metabolic rate (BMR). Sekiranya seseorang itu makan dengan kuantiti yang banyak, terutamanya dari sumber karbohidrat, lebihan tenaga ini …

Read More »

MENAMBAH PENGAMBILAN PROTEIN DAPAT MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

Protein adalah makronutrien yang penting untuk kesihatan tubuh. Dalam kajian yang dilakukan, ia membantu kita berasa kenyang dengan lebih lama dan ini membantu mengurangkan berat badan. Dalam kajian yang diterbitkan jurnal Frontiers in Endocrinology, diet yang tinggi protein menyebabkan kita rasa kenyang lebih lama, memberikan lebih banyak tenaga, meningkatkan pembinaan otot dan mengekalkan berat badan yang lebih lama. Dalam kajian lain yang diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition, menunjukkan jumlah kalori yang sama tetapi dari sumber yang berbeza dapat memberikan tindakbalas menghasilkan tenaga yang berbeza. Maksudnya kita kurangkan pengambilan kalori dari karbohidrat tetapi mengekalkan tahap kalori dengan meningkatkan …

Read More »

APA ITU DIABETIC KETOACIDOSIS (DKA)?

Diabetic Ketoacidosis (DKA) adalah komplikasi serius dikenalpasti apabila bahan ketone dan tahap gula yang terlalu tinggi di kalangan pesakit Diabetes Mellitus. Ia menyebabkan tubuh mengalami keadaan darah berasid. Pada pesakit diabetis, gula tidak digunakan kerana kerintangan insulin. Tubuh mencari sumber lain selain glukosa bagi menghasilkan tenaga. Jadi tubuh menghasilkan ketone dari pencernaan lemak bagi menjadikannya sumber tenaga alternatif. Penghasilan ketone terlalu banyak dan kurang minum air menyebabkan ketone berkumpul terlalu banyak dalam tubuh menyebabkan badan berasid. Keadaan ini dikenali sebagai ketoasidosis. Oleh itu bagi pesakit diabetis, tahap gula yang terlalu tinggi mungkin menunjukkan bahan ketone sedang dihasilkan. Antara simptom DKA …

Read More »

AJARKAN ANAK MAKANAN YANG SIHAT DAN SEDERHANA

Sistem pemakanan kita semakin tersasar. Cuba kita perhatikan. Kita ajarkan (tanpa kita sedari) anak-anak kita makanan yang mempunyai tinggi nilai karbohidrat ringkas, lemak trans (transfat) dan tiada sayur (dan buah). Ada yang membeli makanan di restoran segera setiap hari tanpa rasa bersalah. Sepatutnya kita berikan makanan yang bernutrisi pada anak-anak. Kita patut belajar sikit untuk kebaikan kesihatan anak-anak. Jika kita memberikan mereka makan sebegini setiap hari mungkin, anak kita akan mengalami masalah penyakit metabolik seperti diabetes, hipertensi, tinggi kolesterol jahat dan tinggi asid urik (gout) selepas 10-15 tahun. Selepas 5-10 tahun mengalami masalah metabolik, mereka mungkin pula mengalami komplikasi serangan …

Read More »

KEKAL SIHAT SEPANJANG SYAWAL

Selepas sebulan kita menjauhkan diri dari makan dan minum, kita selalunya makan makanan yang lebih besar pada minggu pertama Hari Raya.   Tidak ada salahnya menikmati juadah Hari Raya selagi ia dilakukan secara sederha\na. Masalah kita apabila kita makan tanpa berhenti. Bila kita tidak lagi lapar, tinggalkan meja makan apabila selesai  makan. Duduk di ruang tamu dan cuba makan kudapan dalam bentuk buah-buahan dan kekacang. Minum air kosong.   Cuba tukar mentaliti dari “mahu kenyang” kepada “tidak lapar”.   Bagi pesakit kencing manis, perlu mengambil langkah tambahan untuk memantau tahap glukosa darah mereka. Mereka mungkin mengalami gejala hiperglisemia atau dehidrasi. …

Read More »

HATI BERLEMAK NON-ALCOHOLIC

Hati berlemak NON-ALCOHOLIC berlaku akibat pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam organ hati akibat dari pemakanan yang tidak sihat. Ia adalah masalah yang biasa terjadi dan kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dan komplikasi. Walau bagaimanapun, jika dibiarkan tanpa rawatan ia boleh menyebabkan keradangan dan parut pada hati seterusnya membawa kepada kerosakan hati dan kanser hati. Selalunya hati berlemak datang bersama dengan masalah berikut: 1. Tahap kolesterol tinggi dalam darah terutamanya triglyceride. 2. Obesiti samada BMI melebihi 30 kg/m2 atau ukur lilit pinggang berlebihan (Perempuan lebih 80cm atau lelaki lebih 90cm) 3. Penyakit metabolik seperti Diabetes Mellitus dan Hipertensi Bagaimana …

Read More »

BATU GINJAL BOLEH KELUAR SENDIRI?

Batu ginjal selalunya terbentuk di dalam ginjal apabila mineral yang dihasilkan tidak dikeluarkan bersama air kencing. Mineral ini mendap dan akhirnya membentuk batu. Ia selalunya terjadi disebabkan seorang individu itu tidak minum air secukupnya. Jadi langkah utama mencegahnya adalah minum air secukupnya. Ramai yang bertanya, bolehkah batu ginjal keluar dengan sendiri? Selalunya saya akan minta laporan pemeriksaan yang telah dilakukan. Ini kerana batu ginjal akan keluar atas beberapa faktor. i. SAIZ Saiz batu adalah faktor penting bagi menentukan sama ada ia boleh keluar sendiri atau tidak. Secara cara amnya: Batu yang bersaiz kurang 4 mm, akan keluar dalam masa 30 …

Read More »

APA PUNCA ASYIK KENTUT?

Kentut adalah perkara yang normal apabila terlalu banyak gas dalam usus besar. Otot anus akan melonggar dan mengeluarkan gas tersebut. Selalunya ia berbau busuk. Gas yang dihasilkan dan berkumpul dalam usus adalah sebahagian dari proses pencernaan dan tindak balas aktiviti bakteria dalam saluran usus besar kita. Kentut berlaku sesekali, tetapi kerap kentut mungkin menandakan ada masalah yang lebih serius. 1. Perubahan pemakanan Apabila kita melancong ke sebuah negara yang agak asing dan makanan yang disediakan sangat berbeza dengan makanan yang selalu kita makan, menyebabkan perubahan proses pencernaan. Mungkin lebih banyak gas dihasilkan dan kita mungkin kentut dengan lebih banyak. 2. …

Read More »

SENDAWA BERLEBIHAN MENANDAKAN PENYAKIT TERTENTU

Sendawa adalah proses yang biasa berlaku apabila udara dari keluar dari perut melalui mulut. Jika tidak dikeluarkan, udara berlebihan boleh menyebabkan perut kembung. Antara punca sendawa yang banyak adalah : 1. Makan atau minum terlalu cepat. 2. Terlalu banyak berbual ketika makan. 3. Mengunyah gula-gula getah. 4. Minum minuman berkarbonat. 5. Merokok. 6. Makan makanan yang berangin Ada beberapa keadaan di mana sendawa disebabkan oleh masalah tertentu : 1. Aerofagia Aerofagia adalah masalah akibat menelan udara terlalu banyak. Jadi tubuh pun cuba mengeluarkannya kembali terutama ketika gugup atau stress. Ini menyebabkania akan kerap bersendawa. 2. Sendawa supragastrik Sendawa supragastrik adalah …

Read More »

APA ITU PANKREATITIS?

Pankreas adalah organ yang mengeluarkan pelbagai hormon dan enzim bagi tujuan pencernaan. Keradangan pankreas dinamakan pankreatitis, dan ia menyebabkan pankreas tidak lagi dapat mengeluarkan hormon dan enzim untuk pencernaan. Pankreatitis boleh dikategorikan sebagai akut atau kronik. PANKREATITIS AKUT berlaku secara tiba-tiba dan menyebabkan rasa sakit pada bahagian kiri abdomen (bahagian atas). Rasa sakit ini boleh merebak ke bahagian belakang. Selain rasa sakit, pesakit mungkin akan mengalami: 1. Loya 2. Muntah 3. Demam Pesakit akan mengalami rasa sakit yang kuat sehingga terpaksa ke hospital. Ramai pesakit menyangka ia adalah serangan gastritis, tetapi setelah buat ujian darah dan pemeriksaan radiologi, barulah diketahui …

Read More »

BAHAYAKAH PRODUK VICKS PADA WANITA HAMIL?

      BAHAYAKAH PRODUK VICKS PADA WANITA HAMIL?     “Assalamualaikum, doktor. Boleh kah ibu hamil pakai inhaler vick?. Terima kasih”     WALAIKUMUSALAM.     Tidak semua produk vicks sesuai digunakan semasa hamiil. Namun begitu, banyak juga produk vicks yang selamat digunakan.     Terdapat beberapa produk vicks yang ada di pasaran digunakan untuk membantu individu yang mengalami batuk, selsema dan hidup tersumbat.     Saya mencadangkan puan membaca kandungan produk yang tertulis pada label pada produk tersebut. Cuma elakkan apa-apa produk yang mengandungi bahan ephedrine. Jika ia mengandungi bahan menthol atau eucalyptus sebagai produk minyak urutan pada …

Read More »

AIR KETUBAN BANYAK

“Assalamualaikum Dr. Saya sedang hamil 30 minggu. Baru-baru ini doktor memberitahu yang air ketuban saya banyak. Saya sangat terkejut. Apakah kesan sampingan kepada bayi dan ibu sekiranya air ketuban banyak dan adakah cara lain untuk mengurangkan air ketuban ini. Mohon pencerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Puan jangan terlalu risau dan banyakkan berdoa. Kandungan air ketuban dalam rahem sukar diketahui dengan tepat walaupun dengan melakukan pemeriksaan ultrasound. Pengiraan kasar ini mungkin tidak tepat. Puan kena faham bahawa jumlah air ketuban maksimum pada usia kehamilan kira-kira 32 minggu. Oleh itu, air ketuban puan nampak banyak, padahal ia adalah normal. Ada …

Read More »

PENGIRAAN AIR TUBAN KETIKA HAMIL

PENGIRAAN AIR TUBAN KETIKA HAMIL “Assalamualaikum doktor, semalam pagi saya ada buat pemeriksaan perut di klinik kerajaan. Dan bacaan air ketuban saya adalah 7. Adakah itu normal? Sebab klinik masih belum berikan apa-apa keputusan untuk saya refer hospital atau tidak. Kandungan saya 36 minggu 5 hari. Mohon nasihat sebab saya risaukan kandungan saya.” Air Tuban juga dikenali sebagai amniotic fluid. Semasa hamil, isipadu air tuban semakin bertambah. Doktor akan memeriksa isipadu air tuban ini menggunakan teknik Amniotic Fluid Index. Amniotic Fluid Index (AFI) diukur dengan membahagikan rahem kepada empat bahagian. Bahagian kanan dan kiri dipisahkan oleh linea nigra iaitu tanda …

Read More »

UBAT SAKIT TEKAK TAK ADA?

UBAT SAKIT TEKAK TAK ADA? Jangan risau. Bukan semua sakit tekak memerlukan ubat apatah lagi antibiotik. Gunakanlah cara alternatif yang telah terbukti berkesan. 1. MADU Madu telah terbukti berkesan untuk melegakan sakit tekak dan batuk. Ambil 1 sudu kecil untuk 2X sehari. Bukan sahaja melegakan sakit, madu juga membantu untuk menyembuhkan luka di tekak. 2. KUMUR AIR GARAM KE TEKAK Air garam yang suam dapat melegakan gejala sakit tekak. Ia juga boleh membantu membunuh kuman dan mengurangkan radang tekak. Kumur setiap 4-6 jam. Hati hati jangan tertelan pula 3. MINUM TEH Teh peppermint dan chamomile boleh membantu untuk mengurangkan radang …

Read More »

SAKIT LUTUT DI KALANGAN WARGATUA

Sakit radang lutut atau ‘Knee Osteoarthritis (OA)’ biasa berlaku di kalangan wargatua. Ia sebenarnya sakit radang sendi lutut akibat daripada proses penipisan lapisan tulang rawan (cartilage) yang berlaku secara beransur-ansur. Ia menjadi bertambah teruk apabila cecair dalam sendi menjadi berkurangan. Ini menyebabkan pesakit mengalami rasa sakit dan kesukaran untuk membengkok lutut sepenuhnya. Oleh itu mereka yang mula mengalami sakit lutut osteoarthritis untuk mula: 1. Kurangkan berat badan. 2. Sentiasa melakukan senaman regangan untuk meningkatkan pergerakan sendi. 3. Suplemen seperti minyak ikan, vitamin E dan minyak zaitun bagi mengurangkan keradangan sendi dan meningkatkan cecair dalam sendi. 4. Jika sakit lutut terlalu …

Read More »

LUKA CAESAREAN BERMASALAH

Pada masa ini kelahiran bayi secara pembedahan Caesarean Section telah menjadi suatu fenomena. Bayi yang dikeluarkan lebih cepat dan ini mengelakkan komplikasi semasa kehamilan. Namun yang menjadi masalah apabila luka pembedahan lambat sembuh. Selain itu luka pembedahan mungkin bermasalah jika: 1. Kesakitan teruk pada bahagian abdomen 2. Kemerahan pada kawasan pembedahan 3. Parut kelihatan bengkak/berair/bernanah 4. Mengalami demam 5. Sakit ketika kencing 6. Keluar discaj bau busuk melalui vagina 7. Pendarahan teruk (pad penuh dalam masa 1 jam) Oleh itu penjagaan selepas pembedahan (semasa pantang) adalah penting bagi memastikan luka sembuh dengan cepat. Selalunya ia berlaku pada: 1. Wanita yang …

Read More »

EMPAT TANDA TIDAK SESUAI MINUM SUSU LEMBU

Ramai yang percaya bahawa kita mendapat kesihatan yang baik apabila kita minum susu lembu kerana ia membekalkan protein dari kalsium yang tinggi. Namun begitu tidak semua orang sesuai minum susu lembu. Dikatakan lima peratus orang di dunia ini mempunyai masalah tidak dapat menghadamkan gula dari susu lembu (lactose intolarence). Simptom bagi masalah penghadaman laktos ini kebiasaannya berlaku dalam tempoh beberapa jam setelah mengambil makanan atau minuman yang mempunyai gula laktos (dari lembu). Ini termasuk: Perut berangin (kembung) Perut memulas Cirit-birit Loya dan muntah Kekerapan simptom di bergantung kepada jumlah pengambilan susu dan tahap sensitiviti seseorang terhadap gula laktosa dari susu. …

Read More »

ALAHAN PADA BIJIRIN OAT

Ramai orang yang mencuba mengambil bijiran oats setiap pagi sebagai sarapan. Ia juga dikatakan bagus untuk menurunkan kolesterol dalam darah. Namun tidak semua orang boleh mengambil bijiran oats sebagai makanan. Ada sebahagian kita mengalami alahan terhadap bijirin oats. Ini kerana mereka mempunyai alahan pada protein avenin yang ada pada oats. Jika kita mengambil bijirin oats dan mengalami sakit perut, cirit-birit dan juga keradangan kulit, kita mungkin mengalami alahan ini. Selain itu, gluten juga boleh menjadi penyebab alahan terhadap oat. Ada pendapat yang mengatakan bahawa bijiran oats tidak mempunyai gluten dalam komposisi mereka, tetapi memperoleh sebilangan bahan ini kerana proses pengeluarannya. …

Read More »

AIR KELAPA TIDAK SESUAI DIAMBIL BERSAMA UBAT ANTI-HIPERTENSI

AIR KELAPA TIDAK SESUAI DIAMBIL BERSAMA UBAT ANTI-HIPERTENSI Pengamalan minum air kelapa sangat bagus di kalangan pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi. Terdapat kajian ringkas yang menunjukkan air kelapa boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi. Ini kerana kandungan potassium dalam air kelapa membantu mengembangkan saluran darah lalu merendahkan tekanan darah. Tetapi amalan minum air kelapa bersama pengambilan ubat anti-herpentensi mungkin boleh menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah dari biasa. Ini menyebabkan rasa pening, tidak seimbang, rasa lemah dan mungkin pitam. Namun jarang boleh mengancam nyawa. Jika berlaku, cuba buat pemeriksaan tekanan darah. Baringkan pesakit. Angkat kaki dan …

Read More »

DOKTOR, APA PERBEZAAN ANTARA ANTASID DAN OMEPERAZOLE

Antasida adalah ubat yang biasa digunakan untuk mengurangkan gejala-gejala gastritis seperti kembung perut dan pedih ulu hati. Ia meneutralkan asid yang berada ada dalam perut yang dikeluarkan ketika kita makan. Dengan ini ia menghalang keradangan perut (gastritis) akibat terlalu banyak asid. Antasid boleh dibeli tanpa preskripsi. Ia boleh diambil ketika perut kosong. Sementara omeprazole adalah ubat yang menghalang pengeluaran asid dari dinding perut. Ia lebih berkesan untuk masalah GERD, Gastic Ulcer, atau masalah perut yang tidak dapat diatasi oleh antacid. Omeperazole selalunya memerlukan preskripsi doktor. Ia diambil sebelum makan. Oleh kerana cara kedua bertindak adalah berbeza, adakalanya doktor memberikan kedua-dua …

Read More »

KITARAN HAID TIDAK MENENTU

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Maaf, saya malu nak bertanya dalam group wassap KELAB SIHAT. Saya pesakit endometriosis. Dulu ada fibroid. Tetapi rasanya fibroid sudah tiada selepas keguguran. Sekarang kalau datang bulan, lebih dari 15hari. Kadangkala sampai 20hari. Apa ubat yang sesuai ya, doktor? Kalau pergi ke KK pun, selagi tak serius memang dia tak layan. Nak tunggu sampai masuk hospital baru nak bertindak. Sekarang saya tidak selesa. Terima kasih atas pandangan doktor”. WAALAIKUMUSSALAM. Saya tidak bertanggungjawab atas layanan yang puan terima. Nasihat saya jika puan sudah berumur 40 tahun, dan mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu ini, elok buat pemeriksaan …

Read More »

ULAMAN YANG MEMBANTU KESIHATAN KITA

ULAMAN YANG MEMBANTU KESIHATAN KITA Kita sekarang sudah jauh dari pola pemakanan yang ditunjukkan oleh datuk dan nenek kita. Jika dikaji secara mendalam, pemakanan tradisional kita adalah yang terbaik kerana ia bukan saja lengkap, tetapi juga seimbang dan bersederhana. Apa yang mungkin kita tidak perasan adalah hidangan semakin tidak mempunyai hidangan sayur-sayuran. Perkataan ulam itu sendiri sudah menjadi sesuatu yang asing pada diri kita dan anak-anak kita. Ulam adalah bahagian tumbuh-tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, distim atau direbus dan dihidangkan bersama hidangan nasi dan lauk-pauk yang lain. Ini termasuklah bahagian pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi atau bunga …

Read More »

BAHAYA DEGUPAN JANTUNG TIDAK SEKATA

Pernah perasan degupan jantung kita ada kalanya berdegup laju dan ada kalanya berdegup perlahan secara tidak sekata? Ia berbeza dengan keadaan apabila bila bersenam, degupan jantung laju kemudian menjadi perlahan ketika kita berehat. Degupan jantung yang tidak sekata menyebabkan seseorang itu rasa tidak selesa pada dada, rasa sukar bernafas dan menjadi resah. Sebenarnya mereka mungkin mengalami fibrilasi atrium (Afib) atau (AF), iaitu sejenis penyakit berpunca daripada degupan jantung tidak teratur (aritmia). Tidak ramai penduduk Malaysia yang mengalami masalah ini. Walaupun selalunya dialami oleh pesakit berumur 60 tahun, namun pola kesihatan sekarang menunjukkan ramai pesakit yang berusia 40an mengalaminya. Ia sangat …

Read More »

ADAKAH BISUL ITU BERBAHAYA?

Bisul berlaku apabila terdapat jangkitan kulit yang biasa terjadi kepada kanak-kanak. Bisul sebenarnya adalah nanah yang terkumpul pada permukaan bawah kulit. Ia disebabkan oleh kehadiran bakteria Staphylococcus aureus yang berkumpul pada liang rerambut pada kulit dan kulit mati yang menjadi media yang sesuai untuk kuman itu membiak. Mereka yang lebih berisiko mendapat bisul ialah mereka yang kurang menjaga kebersihan diri. terutama mereka yang mempunyai sistem imuniti badan yang lemah, kekurangan zat makanan dan pesakit diabetes. Bisul dirawat dengan penggunaan antibiotik yang bersesuaian. Doktor juga mungkin akan melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah. Bisul dapat dicegah dengan menjaga kebersihan diri dengan …

Read More »

MENCEGAH RISIKO MENDAPAT PENYAKIT AUTOIMUN KETIKA TUA

Apabila kita semakin berumur, beberapa perubahan hidup perlu dilakukan. Ia bukan saja mengurangkan risiko mendapat penyakit tetapi satu usaha memanjangkan umur kita agar kita hidup lebih bermanfaat. Antaranya adalah kita memilih makanan bernutrisi dan melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian. Tidur yang cukup, kawal stress dan ambil suplemen yang diperlukan. Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Journal perubatan yang terkenal British Medical Journal (BMJ), pengambilan suplemen vitamin D dan Minyak Ikan Omega 3 membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit autoimun apabila semakin berusia. Kajian ini melibatkan 25,871 pesakit di mana—12,786 lelaki berusia lebih 50tahun, dan 13,085 wanita berusia 55 tahun ke atas. …

Read More »

BERHATI-HATI BILA MAKAN SUSHI

BERHATI-HATI BILA MAKAN SUSHI   Ramai orang yang menggemari makan shusi. Ia adalah makanan jepun yang dibuat dari pulut bersama makanan laut, daging atau sayuran mentah. Ia mempunyai rasa sedikit asam kerana dicampur dengan cuka beras.   Terdapat satu kes yang diterbitkan dalam Jurnal Kes Perubatan British, seorang lelaki Portugal berusia 32 tahun mengalami telur parasit di lapisan ususnya. Ini menyebabkan beliau mengalami sakit perut, muntah, dan demam selama seminggu. Doktor mengesyaki bahawa dia mungkin mengalami anisakiasis setelah mengakui meminati makan sushi.   Anisakiasis ialah satu penyakit parasit yang disebabkan oleh cacing yang boleh menyerang dinding perut atau usus manusia. …

Read More »

APAKAH PENYAKIT TB?

APAKAH PENYAKIT TB? Penyakit TB adalah jangkitan bakteria bakteria ‘Mycobacterium tuberculosis’. Ia disebarkan apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif itu batuk dan kuman disebar kan ke udara. Jika ia melibatkan paru-paru, ia dikenali sebagai Batuk Kering. Dalam istilah perubatan dinamakan Pulmonary tuberculosis. Bakteria ini TB boleh menjjangkiti semua organ dalam tubuh termasuk otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Antara gejala Pulmonari TB adalah: Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih Batuk berdarah Demam dan berpeluh pada waktu petang Hilang selera makan Turun berat badan Mudah letih Datang segera ke hospital untuk: 1. Ujian kahak 2. X-ray dada …

Read More »

ASMA DI KALANGAN KANAK-KANAK

Dianggarkan sepuluh hingga lima belas peratus di kalangan kanak-kanak menghidap penyakit asma. Namun semakin ramai yang mengalami penyakit ini. Asma boleh terjadi kepada kanak-kanak yang tiada sejarah asma di kalangan ahli keluarga. Kanak-kanak yang ada faktor genetik, selalunya ada masalah lain yang dialami bersama seperti eczema, alergik rhinitis dan acute sinusitis. Antara faktor pencetus asma di kalangan kanak-kanak adalah: 1. Jangkitan virus pada sistem pernafasan. 2. Asap rokok. 3. Perubahan cuaca. 4. Alahan pada habuk seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan. 5. Senaman yang agresif. 6. Bau dari minyak wangi, bau cat dan habuk lantai. 7. Alahan makanan …

Read More »

MINUM KOPI SEMASA HAMIL

MINUM KOPI SEMASA HAMIL “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya peminat kopi dan sedang hamil. Bolehkah saya minum kopi? Terima kasih” Walaikumusalam. Sepertimana yang kita ketahui, kopi mengandungi kafein. Inilah yang boleh membahayakan kehamilan jika sekiranya seorang ibu yang sedang hamil minum kopi ketika hamil dengan terlalu kerap. Kopi bersifat asid, oleh itu menyebabkan mudah rasa loya dan muntah. Kafein juga merupakan bahan perangsang dan diuretik (penyebab mudah rasa mahu kencing kerana pundi kencing cepat penuh). Elok ambil kopi selepas ambil sedikit makanan. Pengambilan kopi haruslah dihadkan kepada satu atau dua cawan kopi sehari. Dos kafein yang dicadangkan adalah kurang dari 200mg. …

Read More »

APA ITU CHOLESTEATOMA?

Cholesteatoma merupakan ketumbuhan akibat pengumpulan sel-sel kulit mati, lendir, atau kotoran telinga. Ia boleh membesar dan menghancurkan struktur tulang di kawasan telinga tengah. Ia bukan merupakan kanser, yang terjadi di rongga tengah telinga dalam, tepat di belakang gendang telinga. Ia terjadi kerana telinga yang sering mengalami jangkitan kuman seperti sinusitis atau otitis interna. Ia juga disebabkan fungsi saluran Eustachian yang kurang baik. Cholesteatoma boleh menyebabkan pendengaran terganggu, kehilangan keseimbangan tubuh serta fungsi otot wajah terganggu. Jadi ia adalah situasi yang serius. Gejala akibat cholesteatoma adalah : 1. Terdapat bau dari dalam telinga 2. Masalah pendengaran, dan rasa sakit pada dalam …

Read More »

BAGAIMANA MINUM TEH HIJAU?

BAGAIMANA MINUM TEH HIJAU?   Ramai orang tahu kebaikan teh hijau. Tetapi mereka tidak tahu cara terbaik dan waktu terbaik minum teh hijau. Jadi mereka tidak mendapat manfaat sebaiknya.   Untuk mendapatkan kesan antioksidan yang optima, teh hijau seharusnya diminum sejam sebelum atau selepas waktu makan bagi memastikan catechin (antioksida yang terdapat pada teh) dapat diserap dengan baik.   Tetapi teh hijau tidak diharus diambil ketika perut kosong kerana ia mengandungi kafein yang bersifat asid. Walaupun tahap kafein dalam teh tidak banyak seperti kopi, namun ia menyebabkan rasa pedih ulu hati (tanda gastritis) bagi mereka yang sensitif atau mempunyai masalah …

Read More »

BERAPA LAMA JANGKITAN SINUSITIS BOLEH SEMBUH?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya sering menghidap sinusitis dan doktor telah mendiagnosa saya sebagai pesakit sinusitis yang kronik. Saya sedang dalam rawatan. Hampir dua minggu ambil antibiotik tetapi belum sembuh. Kahak dan hingus masih kuning tetapi bertambah baik berbanding dengan mula-mula dulu. Nampaknya sinusitis kali ini lambat baik. Ada tak suplemen yang saya boleh ambil selain dari ubat yang diberikan doktor? Terima kasih.”   Waalaikumussalam.   Jangkitan sinus atau sinusitis adalah jangkitan kuman pada rongga sinus pada tengkorak dan rongga dalam hidung. Ia menyebabkan lendiran pekat berterusan keluar dari hidung atau ke bahagian tekak. Jangkitan ini juga menyebabkan …

Read More »

FAKTA BERKAITAN INSOMNIA

1. Terdapat empat dari sepuluh orang dewasa di Malaysia mengalami gangguan tidur, menurut sebuah kajian pada tahun 2018. 2. Yayasan Tidur (Sleep Foundation) memberitahu bahawa tidur yang berkualiti meningkatkan sistem imun seseorang, meningkatkan fungsi otak, menaikkan mood dan meningkatkan kesihatan mental secara keseluruhan. 3. Tidur yang mencukupi juga dapat membantu memperbaiki sel-sel tubuh dan mengimbangkan hormon, yang secara beransur-ansur akan mempengaruhi berat badan dan penampilan kita. 4. Sukar tidur (insomnia) berlaku apabila tidak mampu untuk tidur setelah berbaring 30 minit. 5. Terjaga dari tidur dan sukar tidur semula juga sebahagian dari masalah tidur yang tidak berkualiti. 6. Buat pemeriksaan doktor sebelum mengambil sebarang pil …

Read More »

TAHAP HEMOGLOBIN YANG TINGGI

TAHAP HEMOGLOBIN YANG TINGGI Hemoglobin merupakan salah satu kandungan dalam sel darah merah   yang menyebabkan warna merah. Ia adalah protein dalam sel darah merah yang juga bergabung dengan zat besi. Fungsi Hb adalah mengangkut oksigen ke seluruh tubuh, terutama paru-paru. Pesakit boleh mempunyai tahap  yang tinggi walaupun bilangan sel darah merah berada dalam julat yang normal. Tahap hemoglobin yang normal bagi lelaki adalah 14-18 gm/dL, sementara bagi wanita dewasa adalah 12-16 gm/dL. Kadar Hb yang tinggi dalam darah hanya diketahui  ketika melakukan pemeriksaan darah. Ia mungkin berlaku pada sesetengah individu yang: Dehidrasi akibat kurang minum air atau mengalami cirit-birit. Berada …

Read More »

ADAKAH KITA MENDAPAT TIDUR YANG MENCUKUPI?

Adakah kita berasa tidak cukup segar apabila kita bangun tidur pada waktu pagi, dan berasa letih sepanjang hari?   Adakah kita sering berasa mengantuk semasa kita sedang berehat?    Jika jawapan bagi soalan di atas adalah ya, mungkin kita mengalami kekurangan masa tidur. Dalam bahasa mudah adalah  anda kita tidak cukup tidur.   Berapa masa yang diperlukan untuk kita rehat ketika tidur?   Secara am, orang dewasa memerlukan 7–8 jam tidur setiap malam. Namun demikian, bergantung pada individu. Asalkan kita dapat bangun dan rasa segar, bermakna kita mendapat rehat yang mencukupi ketika tidur.   Dalam satu kajian menunjukkan bahawa kebanyakan …

Read More »

TEKAK SELALU BERKAHAK

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya selalu perasan yang tekak saya sentiasa ada lendiran dan kahak. Ini menyebabkan tekak saya rasa gatal dan mahu batuk. Saya berjumpa doktor dan pemeriksaan xray telah dilakukan. Doktor kata paru-paru saya tiada masalah. Sebenarnya apa masalah yang saya alami? Walaikumusalam. Saya percaya tuan mengalami masalah yang dikenali sebagai Post Nasal Drip, iaitu lendiran yang keluar dari rongga sinus, tidak keluar melalui rongga hidung tetapi mengalir ke belakang tekak. Ini menyebabkan tekak akan sentiasa berlendir, berkahak, rasa gatal dan batuk kecil. Oleh itu pemeriksaan x-ray dada adalah sia-sia kerana ia hanya ia hanya melibatkan …

Read More »
error: Content is protected !!