MASALAH KECACATAN PADA JARI KAKI (BUNION) Bunions disebut sebagai hallux valgus atau hallux abducto valgus adalah masalah jari kaki pertama yang membengkok ke dalam sehingga tulang pada pangkal jari kelihatan terkeluar dari penjajaran dan menghasilkan “bonggol”(bunion) itu. Bunions berlaku secara beransur-ansur mengubah sudut tulang selama bertahun-tahun. Semakin lama keadaan akan menjadi lebih teruk. Gejala biasa dialami adalah rasa sakit terutama apabila memakai kasut yang sempit. Doktor akan mengambil x-ray untuk menentukan tahap kecacatan yang berlaku. Jika keadaan tidak terlalu teruk atau sebelum pembedahan, doktor mungkin menyarankan: Memilih kasut yang sesuai yang mempunyai pembukaan jari lebar.Pelapik diletakkan pada kawasan bunion untuk …
Read More »Koleksi Artikel
PERBEZAAN ANTARA RT-PCR DAN RTK-AG
Kita selalu mendengar terdapat dua cara untuk melakukan ujian COVID 19 iaitu RT-PCR dan RTK-Ag. RT-PCR (Real-time reverse transcription-polymerase chain reaction) dapat mengesan virus yang ada dalam badan pesakit dengan lebih tepat. Jika individu didapati positif, ia bermaksud individu tersebut telah dijangkiti virus. Masa yang di ambil untuk mendapatkan keputusan melalui ujian ini adalah satu atau dua hari. Sampel biasanya diambil dengan menggunakan kaedah nasopharyngeal swab. Rapid test kit antigen (RTK-Ag) digunakan untuk mengesan antigen di dalam badan. Antigen adalah suatu bahan asing bagi badan yang akan membangkitkan sistem imuniti untuk menghasilkan antibodi. Sampel diambil juga menggunakan kaedah naspharyngeal swab. …
Read More »APA ITU GASTRITIS?
APA ITU GASTRITIS? 1. Gastritis adalah keradangan pada dinding perut. Ia menyebabkan dinding perut mudah terhakis atau terluka oleh asid perut ketika kita makan. 2. Antara punca gastritis adalah: ✅ Jangkitan bakteria Helicobacter pylori ✅ Ubat tahan sakit anti-inflamatori non-steroidal (NSAID) ✅ Alkohol ✅ Steroid ✅ Stress ✅ Pembedahan ✅ Rokok 3. Wargamas lebih mudah mendapat gastritis. Oleh mereka berhati-hati ketika mengambil ubatan sintetik seperti ubat tahan sakit dan steroid. 4. Pesakit mungkin mengalami : ✅ Pedih ulu hati ✅ Muntah dan loya ✅ Kekembungan perut 5. Jika tidak dirawat dengan baik, ia akan menyebabkan : ✅ Luka pada perut …
Read More »ADAKAH MAKANAN YANG MENGANDUNGI GLUTEN BERBAHAYA PADA KESIHATAN?
Masalah gangguan pencernaan boleh berlaku pada sebahagian orang setelah mengambil makanan yang mengandung gluten. Ia boleh dianggap berbahaya bagi kesihatan. Gluten adalah salah satu jenis protein yang terdapat di dalam gandum dan barli. Jadi protein ini terdapat pada makanan yang diperbuat dari bijiran ini. Ini termasuk roti, kuih dan sereal. Tidak semua orang yang berbahaya mengambil makanan seperti ini. Hanya sebahagian kecil saja yang mempunyai masalah berkaitan dengan protein gluten. Penyakit yang disebabkan oleh gluten adalah: 1. Penyakit celiac. Pesakit akan mengalami keradangan permukaan usus dan mengganggu penyerapan nutrisi makanan. Pesakit akan mengalami masalah pencernaan, sama ada …
Read More »PURPURA HENOCH-SCHONLEIN
Henoch-Schonlein purpura (juga dikenali sebagai IgA vasculitis) adalah masalah yang menyebabkan saluran darah yang kecil pada kulit, sendi, usus dan ginjal mengalami keradaangan dan seterusnya mengalami pendarahan. Ini menyebabkan pesakit mengalami bintik-bintik merah (adakalanya ungu) terutama pada bahagian bawah kaki dan punggung. Apa yang lebih berbahaya apabila Henoch-Schonlein purpura juga boleh menyebabkan masalah pendarahan pada usus, dan sendi (menyebabkan rasa sakit pada sendi). Kadang-kala boleh menyebabkan pendarahan pada ginjal dan menyebabkan kerosakan fungsi ginjal. Henoch-Schonlein purpura boleh menyerangkan sesiapa saja, tetapi selalunya kanak-kanak berusia antara 2-6 tahun. Namun semakin besar, masalah ini akan hilang perlahan-lahan, namun ada juga yang masih …
Read More »PEMBENGKAKAN PROSTATE BUKAN KANSER
Bengkakan kelenjar prostate bukan kanser dikenali dengan beberapa nama, antaranya ‘benign (noncancerous) enlargement of the prostate’, atau ‘benign prostatic hyperplasia (BPH)’. Ia adalah masalah yang kerap dialami oleh lelaki yang sudah berusia melebihi 60 tahun. Kelenjar prostat memainkan peranan penting dalam sistem reproduksi lelaki. Ia bersaiz seperti kacang tanah terletak di bahagian bawah pundi kencing. Ia mengalami dua kali pembesaran, iaitu ketika mula akhil baligh dan ketika berusia 30 tahun. Saiz bertambah dari 20 gram ketika dewasa kepada 40 gram ketika berusia sekitar 70 tahun. Fungsi utama kelenjar prostat adalah mengeluarkan cairan yang melindungi dan memberikan nutrisi kepada sperma. Selama …
Read More »APAKAH CIRIT-BIRIT BERBAHAYA?
Cirit-birit atau diarrhoea berlaku apabila najis yang kita keluarkan menjadi cair. Oleh itu definasi cirit-birit adalah apabila kita mengeluarkan najis yang lembut atau berbentuk cecair melebihi tiga kali setiap hari. Ia berlaku apabila usus kita tidak dapat menyerap cecair yang kita makan atau minum dengan sebaiknya atau usus kita mengeluarkan lebih banyak air ke dalam rongga usus akibat keradangan atau jangkitan kuman. Najis yang dikeluarkan bukan saja kerap, tetapi dalam bentuk cecair tetapi juga mungkin terdapat sedikit darah. Dalam kebanyakan kes, cirit-birit ini bersifat sementara dan tidak perlukan rawatan yang spesifik. Pesakit perlu pastikan minum air secukupnya, jika tidak …
Read More »AMBIL UBAT SAJA
Terima kasih atas perkongsian, Dr Zubaidi. Baru faham kenapa Pusat Kesihatan ambil darah 6 bulan sekali. Smlm rutin check, tak jumpa doktor bertugas pun, jururawat kata darah ok, so ambik ubat je cam biasa. Walaikumusalam. Bagi pesakit diabetes, saya cadangkan beli satu mesin glucometer untuk pemantauan di rumah. Buat seminggu sekali. Pemeriksaan enam bulan sekali itu terlalu lama. Penyakit diabetis adalah penyakit yang progresif. Ia boleh menjadi lebih teruk tanpa disedari. Buat pemeriksaan gula sendiri seminggu sekali. Lepas berpuasa 8 jam (selalunya lepas bangun pagi) Dua jam selepas makan. Catat dalam buku kecil. Jika sudah alami diabetes melebihi 5 tahun, …
Read More »PERBEZAAN TEKANAN SISTOLIK DAN DIASTOLIK
PERBEZAAN TEKANAN SISTOLIK DAN DIASTOLIK Ketika jantung mengepam darah ke seluruh tubuh, otot-otot jantung menolak darah melawan tekanan yang diberikan oleh saluran darah agar saluran darah dapat mengembangkan dan darah dapat bergerak dgn mudah. Inilah tekanan sistolik. Ia ditulis sebagai bacaan atas. Ketika otot jantung rehat, darah masuk ke dalam jantung dengan cepat hasil pengecutan saluran darah arteri. Inilah bacaan diastolik. Ia ditulis sebagai bacaan bawah. Kedua-dua nombor ini menggambarkan tahap kesihatan jantung kita. Bacaan tekanan darah kita ditulis seperti ini: 120/80; dan ia disebut sebagai “120 per 80.” Selalunya bacaan tekanan darah sistolik adalah lebih tinggi, dari bacaan tekanan …
Read More »APAKAH ITU HbA1c?
Kita selalu mendengar tentang ujian darah HbA1c untuk pesakit diabetes apabila mereka melakukan follow up di hospital. HbA1c atau ‘glycated haemoglobin’ adalah ujian yang selalu dilakukan kepada diabetes, bersama pemeriksaan darah yang lain. 2. Ianya terbentuk apabila haemoglobin dalam sel darah merah bergabung dengan gula dalam darah lalu membentuk ‘glycated’. 3. Ia menujukkan purata bagi tahap gula dalam darah sepanjang 3 bulan. Ia juga digunakan untuk mendiagnosa pesakit diabetes. 4. Paras HbA1c yang tinggi bermakna paras kandungan gula dalam badan adalah tinggi sepanjang 3 bulan yang lepas. Ini akan menyebabkan komplikasi kronik kepada pesakit. 5. Bacaan HbA1c : ✅ Normal: …
Read More »BENGKAK KAKI DI KALANGAN WARGAMAS
1. Bengkak di bahagian kaki boleh terjadi di mana-mana bahagian kaki, termasuklah tapak kaki, buku lali, betis dan pergelangan kaki. 2. Pembengkakan kaki (pedal edema) dihasilkan akibat pengumpulan cecair dalam tisu kaki. 3. Punca-punca seperti berikut : ✅ Kegagalan fungsi ginjal ✅ Kegagalan fungsi jantung (cardiomyopathy) ✅ Saluran darah kurang berfungsi (chronic venous insufficiency) ✅ Sistem limfa yang tersumbat (lymphedema) ✅ kesan sampingan ubat tahan sakit NSAIDs seperti ibuprofen dan diclofenac ✅ kesan sampingan ubat-ubatan untuk rawatan kemurungan, diabetes, hipertensi dan rawatan hormon. ✅ masalah berkaitan kegagalan fungsi hati ✅ Duduk atau berdiri terlalu lama ✅ Pembentukan arah beku biasanya di …
Read More »FAKTA BERKAITAN MASALAH DARAH PEKAT
FAKTA BERKAITAN MASALAH DARAH PEKAT 1. Darah pekat adalah satu keadaan dimana darah di dalam badan sangat mudah untuk membeku. Ia dikenali sebagai hypercoagulability. 2. Antara punca darah menjadi pekat adalah: Kanser terutamanya leukemia Polychythemia Vera dimana bilangan sel darah merah terlalu banyak Merokok Systemic lupus Erythematosus (SLE) Pil Perancang Kehamilan Penyakit yang mengganggu fungsi pembeku darah Duduk atau baring terlalu lama. 3. Seorang yang mempunyai darah pekat mempunyai risiko pembentukan darah beku pada kaki (dikenali sebagai Deep Vein Thrombosis). Kaki menjadi merah dan bengkak dan berasa sakit bila dipegang. 4. Dibimbangi, darah yang beli akan pecah dan sebahagian akan …
Read More »PERNAH DENGAR HEPATITIS?
1. Hepatitis A adalah sejenis jangkitan pada organ hati yang disebabkan oleh virus Hepatitis A (HAV). 2. Jangkitan ini berlaku dalam jangka masa yang singkat. Ia jarang menyebabkan kerosakan organ hati secara kekal. 3. VAH berada dalam keluarga Picornaviridae dan genus Hepatorvirus. Tubuh manusia dan haiwan menjadi tempat pembiakan VAH. 4. Secara mikroskopik, HAV mempunyai ‘single-standed RNA’ . Setelah memasuki saluran, HAV akan menuju ke organ hati melalui sistem peredaran darah yang dinamakan “hepatic circulation”. 5. VAH akan membiak dan kemudian dirembeskan ke cecair hempedu dan akan keluar daripada tubuh melalui najis. 6. Selepas memasuki tubuh pesakit, HAV mengambil masa antara 2-6 minggu sebelum menunjukkan …
Read More »KEGUNAAN MESIN CPAP UNTUK PESAKIT SLEEP APNOEA
KEGUNAAN MESIN CPAP UNTUK PESAKIT SLEEP APNOEA Rawatan menggunakan mesin CPAP adalah salah satu cara membantu pesakit yang mengalami sleep apnea. Pesakit sleep apnea mengalami masalah gangguan tidur kerana pernafasan mereka terhenti sementara sebanyak beberapa kali ketika tidur. Orang yang mengalami masalah ini biasanya akan berdengkur, kemudian berhenti bernafas dan tiba-tiba akan tersentak seolah-olah seorang yang yang hampir lemas. Sebahagian pesakit sleep apnea tidak menyedari perlakuan ini. Hanya pasangan mereka yang tidur disebelah menjadi cemas. Tetapi bila bangun tidur, pesakit mengalami rasa sakit kepala, dan sepanjang hari berasa mengantuk, rasa penat dan tidak mampu fokus melakukan kerja. Jika pesakit berhenti bernafas dalam …
Read More »KERAP STRESS MELEMAHKAN SISTEM IMMUNE TUBUH
KERAP STRESS MELEMAHKAN SISTEM IMMUNE TUBUH Stress adalah sesuatu yang membebankan minda kita. Bebanan minda ini berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Mungkin ia merupakan suatu masalah bagi seorang, tetapi ia tidak menjadi masalah kepada orang yang lain. Tahap stress juga berbeza walaupun punca stress adalah sama. Stress ini boleh dibahagikan kepada dua kategori. 1. Eustress. Ia merupakan stress yang baik bagi memberikan tekanan pada seseorang agar menjadi lebih baik. Contohnya seorang pekerja mengalami stress untuk melakukan pekerjaan, sudah tentu ia menjadi sesuatu yang baik bagi beliau jika tidak, dia mungkin menangguhkan kerja. 2. Distress. Ia merupakan stress yang …
Read More »MENGATASI BAU BADAN
Masalah bau badan (bromhidrosis), adalah masalah yang kronik akibat pengeluaran peluh secara berlebihan oleh dua jenis kelenjar pada kulit kita, iaitu kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin. Ini menyebabkan kulit menjadi lembap dan menggalakkan pembiakan bakteria. Kelenjar ekrin mengeluarkan peluh masin ke permukaan kulit dan ia tidak berbau. Ia berada di permukaan kulit seluruh tubuh kita. Kelenjar apokrin lebih banyak pada ketiak, celah paha, kemaluan dan kulit kepala yang merembeskan cecair berminyak dan ia tidak berbau. Bau yang tidak menyenangkan ini berlaku apabila terdapat aktiviti bakteria yang menghasilkan gas ammonia, asid butirik dan asid formik yang mengeluarkan aroma busuk dan tidak …
Read More »PENGAMBILAN BIJIRAN PENUH MEMBANTU MENGAWAL TAHAP GULA, KOLESTROL DAN TEKANAN DARAH
Pesakit metabolik yang kronik dapat mengawal penyakit mereka dengan lebih baik jika mereka mengambil lebih banyak bijiran penuh dalam pemakanan mereka. Saintis di Jean Mayer USDA Human Nutrition Research Center on Aging di Tufts University, Amerika Syarikat mendapat orang dewasa yang makan bijiran penuh sekurang-kurangnya tiga kali sehari dapat mengurangkan keboroian perut (ukur lilit pinggang), tahap gula dan kolestrol dan tekanan darah selepas 4 bulan. Dengan ini mereka dapat mencegah dari mendapat serangan sakit jantung dan serangan stroke. Kajian ini diterbitkan dalam Journal of Nutrition. Mengikut Panduan Pemakanan Amerika Syarikat 2020 – 2025, kita digalakkan mengambil tiga kali hidangan bijiran …
Read More »ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI
ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI Assalamualaikum, doctor. Tahun lepas saya ada buat pemeriksaan kesihatan kerana saya kerapa rasa lemah badan dan pening. Hasil pemeriksaan darah mendapati Hb saya rendah, iaitu 9.4. Doktor yang merawat mencadangkan saya mengambil suplemen zat besi dan asid folik. Setelah amalkan selama setahun, pemeriksaan terbaru menunjukkan hb saya telah normal iaitu 13. Adakah saya perlu mengamalkan terus suplemen tersebut atau saya perlu menghentikannya kerana tahap hb saya sudah normal. Terima kasih. WALAIKUMUSALAM. Anemia adalah bukan penyakit. Ia adalah tanda yang disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan penyerapan nutrient, masalah berkaitan dengan sel darah merah …
Read More »BRAIN ANEURYSM IBARAT BOM JANGKA DI DALAM KEPALA
BRAIN ANEURYSM IBARAT BOM JANGKA DI DALAM KEPALA Pernah dengar berita seorang pekerja yang terlalu stress dengan pekerjaan terpaksa melakukan kerja lebih masa setiap hari, tidak cukup tidur, dan tidak mendapat makanan sesimbang untuk beberapa minggu, tiba-tiba mengadu sakit kepala dan akhirnya meninggal dunia? Tentu menghairankan kerana beliau mungkin tiada penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi). Beliau mungkin mengalami pendarahan dalam otak (haemorrhagic stroke) akibat kebocoran saluran darah pada bahagian yang sangat lemah. Bahagian yang lemah ini selalunya akibat pembentukan aneurysm yang berlaku sejak dilahirkan (faktor keturunan) yang selalunya berlaku pada orang yang muda. Pada orang yang berusia, ia berlakuk akibat …
Read More »OMEGA 3 DAPAT MENURUNKAN TAHAP TRIGLYCERIDE DAN MENGELAKKAN SERANGAN JANTUNG
OMEGA 3 DAPAT MENURUNKAN TAHAP TRIGLYCERIDE DAN MENGELAKKAN SERANGAN JANTUNG Pagi ini saya membaca satu kajian yang menarik berkaitan Omega 3 dan masalah kardiovaskular (serangan sakit jantung). Dalam kajian terbaru (2018) yang dinamakan Reduction of Cardiovascular Events with Icosapent Ethyl-Intervention Trial (REDUCE-IT) yang telah diterbitkan dalam journal terkemuka, New England Journal of Medicine menunjukkan pengambilan ethyl ester dari eicosapentaenoic acid (EPA) yang banyak terdapat dalam minyak ikan dapat membantu pesakit yang mengalami risiko kardiovaskular dari serangan sakit sakit jantung. Sebelum ini memang terdapat persoalan adakah EPA dan DHA yang menjadi sebahagian Omega 3 dapat membantu pesakit kronik terutama pesakit yang …
Read More »OSTEOARTHRITIS: TERUK KE SAKIT SENDI KITA?
Osteoarthritis atau kerosakan pada tulang rawan dalam sendi (terutama sendi lutut dan sendi pinggul) merupakan penyakit degeneratif (kerosakan akibat pertambahan usia) yang banyak terjadi pada usia di 40 tahun ke atas. Semakin bertambahnya usia, sendi semakin kurang menghasilkan lendiran sendi (synovial fluid) dan ini menyebabkan dua tulang bertemu. Inilah yang kemudian menimbulkan rasa sakit. Osteoarthritis memiliki empat tingkatan berdasarkan gejala (rasa sakit apabila sendi dibengkokkan) dan pemeriksaan xray. Tingkatan Pertama apabila rasa sakit sendi ketika banyak melakukan aktiviti yang agresif. Rasa sakit itu biasanya akan hilang setelah berhenti melakukan aktiviti tersebut. Tingkatan Kedua sama seperti yg pertama tetapi rasa sakit …
Read More »MAHU MENCARI KOLAGEN YANG TERBAIK?
Saya ingin berkongsi tentang tips memilih produk kolagen yang terbaik. Produk kolagen ini tidak sesuai diamalkan oleh semua orang. Jadi dapatkan nasihat dulu dari doktor yang merawat. Di farmasi juga terdapat pilihan untuk memilih produk kolagen. Sebelum pilih, bincang dulu dengan ahli farmasi yang bertugas. Ada beberapa tips pemilihan. 1. Ambil bersama vitamin C Tubuh kita tidak menghasilkan vitamin C. Kolagen yang menjadi sebahagian struktur asas kulit pula tidak dapat menghasilkan kolagen tanpa Vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk merangsangkan penghasilan fibroblast, dan meningkatkan penghasilan kolagen. Oleh itu vitamin C sangat penting untuk menjadikan kulit menjadi pejal dan kelihatan lebih …
Read More »MENGUKUR SISTEM DAYA TAHAN KITA?
Ramai bertanya saya, apa tanda sistem daya tahan kita berada di peringkat yang paling rendah? Saya menjawab apabila kita sudah mula sakit, tidak bertenaga dan tidak bermaya. Namun sebelum kita sakit, kita telah mengalami tanda-tanda awal seperti demam, sering bersin dan batuk, sistem penghadaman yang tidak menentu, kulit kerap gatal, sering pening dan sakit kepala. Tetapi itu semua adalah tanda yang tidak spesifik. Yang lebih tepat apabila kita melakukan pemeriksaan darah. Tetapi pemeriksaan ini kebanyakannya tidak dilakukan sebagai pemeriksaan kesihatan yang asas. Mungkin disebabkan harga yang agak mahal. Pemeriksaan boleh dilakukan di klinik swasta atau di makmal swasta terdekat. Antara …
Read More »XEROSTOMIA SALAH SATU TANDA PENYAKIT DIABETES MELLITUS
Salah satu tanda penyakit diabetes mellitus jenis 2 adalah rasa kering dalam mulut, atau dikenali sebagai xerostomia. Tidak semua pesakit diabetis mengalaminya. Pengawalan gula dengan lebih baik dapat mengurangkan rasa kekeringan dalam mulut. Tanda-tanda yang mungkin menyamai masalah ini adalah: 1. Lidah rasa kering dan kasar. 2. Mulut rasa kurang lembap. 3. Rasa pedih dalam mulut 4. Lidah mereka 5. Jangkitan kuman pada gusi 6. Sukar untuk menelan. Tanda-tanda di atas menunjukkan tahap gula yang tinggi untuk jangkamasa yang lama. Buat pemeriksaan doktor. Amalkan pemakanan yang sihat. Semoga bermanfaat. #HealthDrZubaidi
Read More »BRISK WALKING AMALAN TERBAIK INDIVIDU BERUSIA 50 TAHUN KE ATAS
Ramai yang beranggapan bahawa berjalan kaki adalah suatu aktiviti yang biasa, tidak boleh dikategorikan sebagai senaman. Tetapi banyak kajian menunjukkan berjalan kaki dapat memberikan banyak manfaat jika dilakukan dengan betul. Berjalan laju (brisk walking) 2.5 jam setiap minggu dapat merendahkan risiko untuk mati lebih awal akibat serangan sakit jantung dan stroke. Risiko mendapat kanser tertentu juga menjadi rendah. Brisk walking membantu kesihatan otak dan minda. Pemeriksaan MRI selepas melakukan aktiviti anaerobic akan meningkatkan pengaliran darah ke otak dan mengembangkan saluran darah di leher. Jadi saya mencadangkan pengamalan berjalan kaki laju (brisk walking) 30 minit setiap hari untuk 5 hari dalam …
Read More »VITAMIN C DAN PENYEMBUHAN LUKA
VITAMIN C DAN PENYEMBUHAN LUKA Para saintis telah melakukan banyak kajian dan percaya bahawa penyembuhan luka memerlukan pembentukan dan pengumpulan kolagen, dan kolagen ini akan merapatkan tisu yang rosak tadi bagi membentuk parut. Jadi bagaimana mendapatkan kolagen yang mencukupi bagi penyembuhan luka? Kajian menunjukkan pengambilan suplemen vitamin C bagi mendapatkan bekalan yang optima mampu menghasilkan pembentukan parut dan kesembuhan luka yang baik. (1) Banyak juga kajian yang dilakukan untuk menilai peranan ascorbic asid dalam penyembuhan luka kerana ascorbic acid sangat penting dalam merangsang pembentukan kollagen. Oleh itu membekal vitamin C yang mencukupi (daripada makanan dan suplemen) sangat penting dalam penyembuhan …
Read More »KENAPA VITAMIN C PENTING?
Kita memerlukan vitamin C atas dua sebab. 1. Kita tidak menghasilkan vitamin C dalam tubuh. Maknanya kena dapat dari makanan dan suplemen. 2. Penggunaan vitamin C dalam tubuh sangat cepat, terutama mereka yang ada masalah kesihatan seperti pesakit diabetes, hipertensi dan hiperkolestrolemia. Begitu juga wanita hamil, perokok dan pesakit kanser yang baru menjalani rawatan kimo dan radioterapi. Ini disebabkan oleh masalah kesihatan mereka yang menggunakan lebih banyak dan lebih cepat vitamin C untuk merendahkan proses pengoksidaan. Bagi mereka yang muda sudah tentu keperluan vitamin C tidak banyak. Tetapi mereka yang berusia, tiada selera makan (terutama tidak ambil sayur dan buah …
Read More »MENGAPA KITA PERLU VITAMIN C?
Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air (water soluble), oleh itu ia tidak disimpan dalam tubuh dan penggunaannya dalam tubuh sangat cepat. Maksudnya tahap vitamin C akan mudah menjadi rendah dan perlu ditingkatkan setiap masa agar tubuh dapat menjalankan fungsi dengan berkesan. Tubuh memerlukan vitamin C untuk tugas seperti: Membantu tubuh menghasilkan kollagen, L-Carnitine, and beberapa bahan neurotrasmitter. Bertindak sebagai antioksida yg akan melawan reactive oxidative species (ROS) atau juga dikenali sebagai radikal bebas. Membantu penyerapan zat besi Meningkatkan sistem daya tahan melawan virus. Mempercepatkan penyembuhan luka ROS adalah sebatian yang terhasil dari proses semulajadi dalam tubuh (contoh metabolisme), …
Read More »PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI PARU-PARU
PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI PARU-PARU Paru-paru adalah salah satu organ yang penting dalam sistem respirasi (pernapasan). Apabila udara masuk ke dalam paru-paru, berlakulah proses pertukaran antara oksigen dari luar tubuh, dengan karbon dioksida dari dalam darah. Jika paru-paru mengalami gangguan atau masalah, proses tersebut akan terganggu. ANATOMI PARU-PARU Bahagian Struktur Fungsi Rongga nasal Rongga yang terdiri dari tisu lembap dan rerambut halus. Melembapkan udara yang melaluinya serta memerangkap habuk pada udara. Trakea Dinding luaran terdiri dari gegelang tulang rawan, manakala dinding dalamannya terdiri dari dari sel-sel epithelium dengan silia dan sel-sel yang merembeskan mucus. Gelang tulang rawan menghalang trakea daripada …
Read More »BAGUSKAH TIDUR PADA WAKTU SIANG?
BAGUSKAH TIDUR PADA WAKTU SIANG? Tidur pada waktu siang terutamanya pada waktu tengahari adalah digalakkan. Dalam Islam ia disebut qailullah. Ia boleh memberi rangsangan dari segi kecergasan sepanjang hari. Kajian menunjukkan bahawa tidur sebentar pada siang hari membantu menurunkan tekanan darah. Namun demikian, tidur siang tidak dapat boleh menggantikan tidur pada waktu malam. Jika kita sukar untuk lelapkan mata pada waktu malam, kita patut mengehadkan tidur siang (kurang 20 minit). Ambil suplemen melatonin juga membantu jika mengalami rasa susah tidur, bagi mereka yang mengalami jetlag, terlalu penat atau terlalu runsing. Boleh dapatkan dan berbincang dengan farmasi yang berdekatan. #HealthDrZubaidi
Read More »AMBIL SUPLEMEN TANPA PEMERIKSAAN DOKTOR
Assalamualaikum doc,,nak tanya jika seseorang tu tak pernah buat pemeriksaan kesihatan. Tetapi dia selalu penat, sakit dada. Boleh ke dia sekadar mengambil apa2 suplemen tanpa nasihat dr doc. Terima kasih. Walaikumusalam. Paling baik adalah melakukan pemeriksaan darah bagi melihat tahap kesihatan puan. Jika perlu, doktor akan mencadangkan pemeriksaan lain yang lebih mendalam. Bagi rasa tidak selesa yang ringan, bolehlah mendapatkan suplemen dari farmasi. Bagi masalah yang lebih serius, berjumpalah dengan doktor dulu. Suplemen bukanlah ubat yang perlu preskripsi doktor. Ia boleh dibeli terus di farmasi. Berbincang dengan mereka untuk mendapat suplemen yang diperlukan mengikut masalah yang dihadapi. #HealthDrZubaidi
Read More »MUNTAH DI KALANGAN BAYI
Bayi muntah tidak memerlukan rawatan? Ramai di kalangan ibu bapa yang runsing apabila bayi mereka muntah selepas disusukan. Lantas mereka segera membawakan ke Jabatan Kecemasan dan mengharapkan agar bayi mereka diberikan rawatan sewajarnya. Namun mereka kecewa apabila diberitahu bahawa anak mereka tidak perlukan apa-apa rawatan dan dibenarkan pulang. Kerunsingan ibubapa amat mudah difahami. Apabila melihat keadaan bayi mereka yang muntah setiap kali disusukan, ibubapa menyangka tentu adalah masalah besar dengan sistem penghadaman bayi mereka. Sayangnya tiada penerangan yang diberikan, menyebabkan ibubapa akhirnya membawa bayi mereka ke klinik atau farmasi yang memberikan apa saja ubat untuk ’merawat kekecewaan hati mereka’. Saya …
Read More »ANCAMAN KANSER PARU-PARU
PENGENALAN Kanser paru-paru adalah antara kanser ketiga tertinggi dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah antara kanser paling agresif. Bermakna kebarangkalian untuk tidak dapat diselamatkan agak tinggi. Kira-kira 11.8 peratus dari jumlah kanser adalah disebabkan oleh kanser paru-paru. Ia adalah kanser kedua dalam kalangan lelaki dan ketiga paling lazim bagi golongan Wanita. 90 peratus pesakit didiagnosis pada peringkat lanjut, iaitu tahap tiga dan empat. Ramai beranggapan kanser paru-paru adalah penyakit yang hanya dihidapi perokok, pada hal ia jua menyebabkan kanser pada orang yang tinggal bersama perokok. Kanser paru-paru terbentuk apabila sel paru-paru normal mengalami beberapa peringkat perubahan atau mutasi, membiak …
Read More »APA ITU UBAT CAIR DARAH?
APA ITU UBAT CAIR DARAH? Ubat cair darah merupakan salah satu jenis ubat yang digunakan untuk menghalang darah membeku dengan cepat. Jadi risiko utama apabila diambil berlebihan dos boleh menyebabkan pendarahan pendalaman yang teruk. Oleh itu pemeriksaan berskala dilakukan bagi mengelakkan masalah ini. Tujuan pemberian ubat ini adalah untuk menghalang pengubatan dalam saluran darah yang menjadi sebab utama serangan jantung dan stroke. Kesemua ubat cair darah bertindak secara berbeza bergantung kepada jenis ubat. Terdapat 2 jenis ubat cari darah iaitu : 1. Anti-coagulant Ia menghalang fungsi protein dalam pembekuan darah. Contoh : – Heparin– Warfarin– Enoxaparin (Lovenox)– Fondaparinox(Arixtra)– Dabigatran(Pradaxa) 2. …
Read More »TEKANAN DARAH MENINGKAT PADA WAKTU PAGI
TEKANAN DARAH MENINGKAT PADA WAKTU PAGI Tekanan darah kita akan menurun pada waktu malam (terutama kita sedang tidur). Ia meningkat secara perlahan-lahan menjelang waktu pagi apabila kita mula bangun pagi secara semulajadi. Selalunya bermula sebaik saja kita bangun pagi. Ini kerana pada waktu pagi, tubuh kita mula bekerja dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu. Peningkatan tekanan darah ini akan berterusan sepanjang hari, biasanya ia akan sampai tahap yang paling tinggi pada tengahari. Kemudian ia akan menurun secara perlahan-lahan apabila menjelang lewat petang. Tetapi bagi bagi pesakit hipertensi, tekanan darah boleh melonjak terlalu tinggi pada awal pagi sehingga menyebabkan kerosakan pada ginjal, jantung …
Read More »MAKAN BERLEBIHAN DI HARI RAYA
MAKAN BERLEBIHAN DI HARI RAYA10 May 2021 – Tanya DZ – Dr Zubaidi 1- Apakah kesan pemakanan tinggi karbohidrat terhadap diri kita seperti lemang, ketupat, kuah kacang dan rendang? Aidilfitri sudah menjelang tiba. Kita berhari raya selama sebulan. Dengan arahan kerajaan yang menghaldkan pergerakan (perintah kawalan pergerakan), kita ‘terperangkap’ di dalam rumah. Tanpa aktiviti sosial, dan kurangnya aktiviti fizikal kita berkecenderung untuk makan lebih makanan yang berat berkalori tinggi. Makanan dan minuman yang diambil semasa hari raya kebiasaannya mengandungi kandungan lemak, gula, garam dan kalori yang tinggi. Ini kerana kebanyakan juadah tradisi kita berasaskan karbohidrat. Karbohidrat adalah sumber tenaga yang …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
