Koleksi Artikel

PENAMBAHAN OMEGA-3 KETIKA HAMIL

PENAMBAHAN OMEGA-3 KETIKA HAMIL Kelahiran pramatang (bayi dilahirkan sebelum minggu ke-37 kehamilan) adalah faktor utama kecacatan atau kematian bayi yang disedari dalam lima tahun pertama kehidupan mereka. Ini bermakna adakalanya apabila dilahirkan, bayi didapati sihat dan normal. Apabila mereka meningkat usia, baru disedari mereka mengalami masalah kecacatan (yang tidak disedari) semenjak lahir. Pengambilan ikan dan minyak ikan yang mengandungi omega-3 (terutamanya docosahexaenoic acid (DHA) dan eicosapentaenoic acid (EPA)) mampu mengurangkan bilangan kelahiran bayi pramatang dan meningkatkan kesihatan anak dan ibu. Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu-ibu hamil tidak memakan ikan dengan begitu kerap. Dengan menggalakkan ibu hamil memakan ikan berlemak atau mengambil …

Read More »

VITAMIN C UNTUK MENINGKATKAN SISTEM DAYA TAHAN

Semenjak wabak virus Co19 menular ke seluruh dunia, ramai pakar perubatan mencadangkan pengambilan vitamin C selain dari yang kita ambil dari makanan. Ini bertujuan untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Menurut kajian, tahap vitamin C dalam badan yang mencukupi dapat mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus Co19. Untuk mendapatkan tahap vitamin C yang mencukupi dalam badan, ia bergantung kepada kadar penyerapan vitamin C mengikut penyediaan. Jika dalam bentuk pil, penyerapannya lebih rendah (mungkin dalam 40-50%). Ini disebabkan faktor asid yang ada di dalam perut. Jadi jika kita mengambil 1000mg, hanya 400-500mg yang menyerap dalam tubuh. Jika ia ditambah gula, penyerapannya semakin menurun. …

Read More »

VIRUS BOLEH MEREBAK MELALUI SEBARAN UDARA?

Assalamualaikum. Betul ke ada berita kematian akibat virus Covid yang disebarkan melalui udara ketika beliau sedang menjemur baju dan kain. Terima kasih. Waalaikumussalam. Saya tidak pasti tentang kes yang tuan maksudkan. Tetapi tidak benar, ketika kita sedang jemur baju atau membasuh kereta boleh dijangkiti virus akibat bawaan angin. Setakat ini belum ada fakta yang kukuh yang sebaran virus boleh merebak dengan jauh, contoh dari satu taman ke taman yang lain. Dari satu rumah ke rumah yang lain. Sehingga sekarang fakta menunjukkan penyebaran berlaku apabila seorang yang positif batuk dan bersih menerbangkan virus bersama cecair hidung dan tekak sejauh 1 meter. …

Read More »

BAGAIMANA MENGETAHUI KESIHATAN GINJAL?

BAGAIMANA MENGETAHUI KESIHATAN GINJAL? Menurut BERNAMA, dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada March 14, 2021 memberitahu bahawa penduduk Malaysia yang mengalami penyakit ginjal akan meningkat seramai 106,000 pada 2040. Malah sebanyak 30 peratus dari mereka adalah individu berusia 45 tahun ke bawah, yang secara langsung memberikan impaks kepada sosio-ekonomi negara. Sehingga kini, seramai lebih kurang 40 000 pesakit ginjal yang mnerima rawatan dialiasis. Jadi bagi mereka yang ingin mengetahui tahap kesihatan ginjal mereka, apa yang patut dilakukan? Pernah lakukan pemeriksaan darah? Lihat pada bahagian Ujian Fungsi Ginjal (Renal Function Test). Cari dan lihat perkataan GFR? GFR adalah …

Read More »

LUTUT LONGGAR DAN BUNYI MELETUP APABILA SENDI LUTUT DIGERAKKAN

LUTUT LONGGAR DAN BUNYI MELETUP APABILA SENDI LUTUT DIGERAKKAN Kecederaan lutut biasa berlaku pada pemain futsal dan bola sepak. Ini kerana mereka banyak berlari dan berhenti mengejut, menyepak bola dari pelbagai posisi dan menerima terjahan kasut dari pemain lawan. Sendi lutut adalah antara sendi paling utama pada tubuh manusia yang menghubungkan tulang peha (femur) dan tulang kaki (tibia dan fibula). Sendi ini distabilkan oleh pelapik sendi (meniscus) serta beberapa ligamen di sekeliling sendi lutut. Ligamen-ligamen ini termasuk (rujuk rajah) : 1. Anterior Cruciate Ligament (ACL) 2. Posterior Cruciate Ligament (PCL) 3. Medial Collateral Ligament (MCL) 4. Lateral Collateral Ligament (LCL) …

Read More »

APA PUNCA BERAK BERDARAH?

Ada banyak punca berlaku pendarahan di dalam najis. Doktor akan mengambil sejarah berkenaan dengan cara pembuangan najis pesakit. 1. Buasir (haemorrhoid) – disebabkan oleh luka yang berlaku dari pembuluh darah di bahagian lubang dubur. Selalunya pesakit pernah mengalami sembelit. Darah yang keluar adalah darah merah segar selepas membuang najis. 2. Divertikulum – adalah poket-poket kecil yang terdapat sepanjang usus besar. Darah yang keluar adalah darah yang segar dan kadang kala Darah beku yang berketul. Pesakit berasa ingin membuang air besar tetapi yang keluar adalah darah segar, tiada najis. 3. Kanser usus – Darah keluar tanpa sebarang rasa sakit waktu membuang …

Read More »

APA ITU HEALING CRISIS?

Healing Crisis atau krisis penyembuhan merupakan salah satu istilah yang selalu digunakan apabila terdapat tindakbalas tubuh terhadap ubat sintetik atau suplemen yang diambil. Ia adalah jangkamasa penyesuaian untuk tubuh menerima kesan ubat sintetik atau suplemen. Ini berbeza dengan kesan sampingan terhadap ubat sintetik atau suplemen itu. Sebagai contoh setelah menggunakan suplemen tertentu atau Ubat Sintetik yg diberikan doktor, seseorang itu mengalami pening kepala, demam dan rasa lemah. Ini kerana ubat atau suplemen itu mula bertindakbalas terhadap tubuh. Bagi pesakit hipertensi sebagai contoh mengalami pening dan lemah badan setelah makan ubat hipertensi, ia dianggap sebagai healing crisis. Ini kerana pesakit sudah …

Read More »

LIMA MITOS TENTANG TELUR

LIMA MITOS TENTANG TELUR Nak amalkan corak pemakanan yang betul biar berdasarkan fakta bukan mitos. Barulah diet yang dijalankan akan lebih berkualiti dan tidak stress. 1. Telur menyebabkan peningkatan kolesterol? Ramai yang beranggapan bahawa makan telur/udang/kambing dan makanan lain yang mengandungi kolesterol akan meningkatkan kolesterol dalam darah dan seterusnya menjadi penyebab risiko sakit jantung. Faktanya : Kolesterol dalam makanan memang boleh mempengaruhi kolesterol dalam darah, tetapi sebenarnya majoriti kandungan kolesterol adalah dihasilkan oleh tubuh kita sendiri. Kolesterol yang tinggi selalunya disebabkan oleh diet dan hidup yang tidak sihat seperti stress, kurang tidur, merokok, kurang senaman dan lain-lain, bukan sekadar disebabkan …

Read More »

KELEBIHAN MAKAN TEMPE

KELEBIHAN MAKAN TEMPE Tempe adalah makanan yang biasa dimakan oleh orang Jawa di Malaysia terutama di Johor dan Selangor. Ia adalah kacang soya yang melalui proses fermentasi dengan menggunakan ragi. Tempe mempunyai kandungan nutrisi yang hebat. Dalam setiap 100 gram, tempe mengandungi: Air: 55.3 gramKalori: 201 kCalProtein: 20.8 gramLemak: 8.8 gramKarbohidrat: 13.5 gramSerat: 1.4 gramKalsium: 155 mgFosfat: 326 mgZat besi: 4.0 mgNatrium: 9 mgKalium: 234 mgCopper: 0.57 mgThiamin: 0.19 miligramRiboflavin: 0.59 miligramNiacin: 4.9 miligram Tempe mempunyai harga yang agak murah, mudah didapati dan rasanya sedap. Ia merupakan sumber protein dari tumbuh-tumbuhan yang terbaik. protein dari tempe digunakan untuk memperbaiki sel …

Read More »

PENGLIHATAN TERJEJAS KETIKA HAMIL

Apabila seorang wanita hamil, antara yang mungkin mereka alami adalah penglihatan mata yang terjejas atau berkabur di sepanjang kehamilan. Ini yang membimbangkan mereka. Namun masalah ini selalunya bersifat sementara. Penglihatan akan kembali seperti biasa, sama ada selepas melahirkan anak. Atau ada yg lambat sikit, sehingga tamat tempuh berpantang (60 hari selepas melahirkan anak). Ini kerana semasa hamil, terdapat perubahan hormon. Mereka mungkin mengalami kekeringan mata dan bagi mereka yang menggunakan pendakap kanta (contact lens) akan menjadi lebih tidak selesa. Mereka boleh dapatkan menitis mata normal saline di farmasi. Saya nasihatkan agar tidak menggunakan pendakap kanta semasa hamil jika mengalami kekeringan …

Read More »

UBAT UNTUK BATUK BERTERUSAN

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya hendak tanya, saya batuk dah lama dan saya sudah mencuba pelbagai ubat batuk dari farmasi dan toko jamu. Tetapi masih tidak OK. Doktor ada cadangan ubat batuk yang lain. Terima kasih. Walaikumusalam. Kalau batuk berterusan tiada kahak selama 6 bulan, bersama demam rendah pada waktu petang dan kurang berat 10kg dlm masa 6 bulan (tanpa berdiet), kita bimbang ada jangkitan bakteria Tuberculosis pada paru-paru. Tanda-tanda jangkitan TB : 1. Demam rendah pada waktu petang. 2. Batuk tiada kahak. 3. Batuk tidak sembuh dgn pelbagai ubat batuk 3. Turun berat badan 10kg walaupun tidak berdiet. Saya cadangkan …

Read More »

BILA MASA SESUAI UNTUK KITA TERDEDAH PADA CAHAYA MATAHARI BAGI MENDAPATKAN VITAMIN D

Vitamin D adalah vitamin yang unik dan ramai orang yg tidak mendapatkannya dalam jumlah yang mencukupi. Dalam kajian di Amerika Syarikat, dianggarkan seramai 40 peratus penduduk di sana tidak mendapat vitamin D yang mencukupi. Begitu juga dengan Kanada, Eropah dan Rusia kerana negara mereka mengalami empat musim. Matahari hanya bersinar dgn secukupnya pada musim panas. Terutama warga tua, pesakit kronik dan orang kurang upaya yang tidak dapat berada di luar rumah untuk mendapat sinaran matahari. Begitu juga orang muda yang bekerja dalam bangunan untuk jangka masa yang lama. Vitamin D dibuat dari kolesterol yang berada di bawah kulit, dan terdedah …

Read More »

PENINGKATAN BILANGAN PLATELET

Ramai yang bertanya mengenai masalah bilangan platelet yang tinggi dalam darah. Kebanyakan mereka mengetahui masalah ini apabila melakukan pemeriksaan rutin darah dan mendapati bahawa bilangan platelet mereka tinggi. Oleh kerana terdapat peningkatan bilangan platelet, ramai yang risau. Bilangan platelet yang tinggi dikenali sebagai “Thrombocytosis” adalah masalah yang mana tubuh menghasilkan banyak platelet (iaitu unsur dalam darah yang penting untuk proses pembekuan darah). Bacaan bilangan platelet yang normal adalah 150,000 hingga 400,000 permikroliter pada org yang sihat. Ia biasanya disebabkan oleh masalah lain seperti jangkitan kuman. Oleh itu ia dipanggil “reactive thrombocytosis” atau “secondary thrombocythemia“. Sementara jika ia disebabkan oleh masalah …

Read More »

TIP MENGAWAL PEMAKANAN SEPANJANG SYAWAL

Sebagai informasi, kita memerlukan sebanyak lebih kurang 2,000 kalori setiap hari untuk mengekalkan keperluan tenaga (bergantung kepada umur, jantina, berat badan dan pergerakan fizikal). Di bawah dikongsikan beberapa tips yang boleh membantu anda untuk kekal sihat semasa hari raya Aidilfitri: 1.  Seperti biasa selalunya terdapat pelbagai jenis juadah yang dihidangkan di atas meja semasa hari raya Aidilfitri seperti rendang, ketupat, rendang, dan pelbagai jenis kuih muih.  Cara terbaik adalah dengan melihat semua jenis makanan yang terhidang dahulu. Kemudian memilih makanan apa yang ingin kita makan mengikut keperluan kalori. Jika kita makan tiga kali sehari dan sedikit kudapan waktu petang, kita …

Read More »

TIDUR BERKUALITI BANTU CERGASKAN BADAN DAN CERDASKAN MINDA

Tidur berkualiti bantu cergaskan badan dan cerdaskan minda. Tidur yang berkualiti membantu umat Islam mencergaskan badan dan mencerdaskan minda. Kajian saintifik membuktikan bahawa mereka yang kurang tidur mempunyai dua kali ganda implikasi mati disebabkan oleh sakit jantung atau stroke, terutama pesakit diabetes, obesiti, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi. Kajian mendapati  pesakit berisiko mati lebih awal kerana sering tidur kurang daripada enam jam. Di Malaysia ramai yang tidak mendapat kualiti tidur yang berkualiti. Kajian menunjukkan kualiti tidur rakyatnya adalah rendah, terutama bagi mereka yang berumur 13 hingga 64 tahun. Sekurang-kurangnya 10% dari mereka mempunyai masalah tidur hampir setiap malam. Di …

Read More »

PUNCA EYEBAG

PUNCA EYEBAG ‘Eye bag’, atau turut dikenali sebagai kantung mata, merupakan masalah mata yang mengalami sembab, bengkak ringan atau bengkak pada bahagian kelopak bawah mata dan perkara ini adalah satu isu biasa apabila anda semakin meningkat usia. Ia terjadi apabila usia kita semakin meningkat, struktur tisu dan otot yang menyokong kelopak mata akan menjadi lemah. Kulit cenderung untuk menjadi kendur dan lemak di sekitar mata akan bergerak ke bahagian bawah mata. Selain itu, ruang bawah mata juga boleh mengumpulkan cecair, menjadikan ia nampak bengkak. Antara beberapa faktor yang boleh menjadi punca kepada masalah ‘eye bag’ ini adalah seperti: 1. Punca …

Read More »

RAWATAN KECEDERAAN TISU LEMBUT

Assalamualaikum Dr, saya mengalami masalah sakit tengkuk dan bahu serta belakang yang agak teruk. Mungkin akibat melakukan kerja-kerja rumah menjelang hari raya baru-baru ini. Saya mula terasa kesakitan tu pada pagi hari raya kedua dan kesakitan tidak berkurang sehingga kini. Terasa lenguh di bahagian tengkuk dan menyebabkan sakit kepala juga. Adakah apa-apa suplemen yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah kesakitan ini. Saya ada apply minyak panas dan juga letakkan koyok, namun kesakitan hanya berkurang sedikit. mohon pandangan dr. Terima kasih. Walaikumusalam. Mungkin otot dan ligamen puan mengalami stress akibat pergerakan yang kuat dan jarang dilakukan. Contoh kita mengalihkan perabut. …

Read More »

TUALA WANITA KOMERSIAL TIDAK MENYEBABKAN PENYAKIT KANSER

Saya telah diundang berceramah beberapa tahun oleh sebuah badan NGO. Slot ceramah saya berkaitan dengan penyakit wanita pada usia 40an. Mulanya ada seorang doktor wanita yang akan menyampaikannya. Namun atas sebab yang tidak boleh dielakkan, saya terpaksa menggantikan beliau di saat-saat akhir. Memandangkan saya mempunyai masa yang agak terluang, lalu saya bersetuju. Di akhir ceramah saya ditanya mengenai tips pemilihan tuala wanita yang selamat dan adakah tuala wanita yang dijual di pasaran sekarang boleh menyebabkan penyakit kanser. Kebetulan pada masa itu telah menjadi isu viral tentang tuala wanita boleh menyebabkan kanser pangkal rahim. “Betulkah doctor, tuala yang banyak dijual di …

Read More »

MEMANDIKAN BAYI YANG BARU LAHIR

MEMANDIKAN BAYI YANG BARU LAHIR Bagi pasangan muda, tentu agak teragak-agak untuk memandikan anak yang baru dilahirkan. Mereka perlu mendapat tunjuk ajar dari ibu atau bidan yang berpengalaman. Namun memandikan bayi sebenarnya bukan setakat membersihkan tubuh si kecil. Apa yang penting ialah ibubapa dapat meluangkan masa berkualiti bersama dengan si bayi. Walaupun si bayi masih kecil, namun bahasa tubuh dan sentuhan yang diberikan ketika membersihkan bayi memberikan isyarat kasih sayang. Ketika dimandikan sentuhan yang diberikan memberikan rangsangan yang cukup berkesan bagi bagi dalam meningkatkan sistem ketahanan tubuh dan keyakinan diri pada si bayi. Bayi yang berkeyakinandiri selalunya akan lebih ceria, …

Read More »

BAYI BERAK DARAH

Assalamualaikum doktor. Boleh ke baby yang cirit birit diberikan minyak zaitun Olive House. Beraknya berdarah. Saya sudah bawakan berjumpa doktor. Dia cuma berikan air garam. Terima kasih. Walaikumusalam. Pemberian susu formula kepada bayi akan menyebabkan sesekali bayi mengalami cirit birit dan sembelit. Ini antara punca biasa bayi mengalami berak berdarah yang tidak serius.Selalunya ia akan berhenti dengan sendiri. Pemberian air garam tidak membantu menghentikan pendarahan tetapi ia membantu bayi mendapatkan semula mineral (garam) yang hilang akibat cirit birit. Sembelit juga boleh menyebabkan berak berdarah. Najis yang keras menyebabkan luka pada sekitar dubur (anus) ketika ia dipaksa keluar. Minyak zaitun hanya …

Read More »

MERAWAT HATI BERLEMAK?

MERAWAT HATI BERLEMAK? Pada masa ini belum ada rawatan pengubatan untuk hati berlemak. Rawatan paling berkesan untuk penyakit ini adalah kombinasi diet yang sihat, senaman dan kawalan berat badan. Ini kerana punca hati berlemak adalah diet yang tidak sihat, tiada senaman atau aktiviti fizikal dan obesiti. Kebanyakan pesakit yang obes, pesakit diabetes melitus, hipertensi dan kolesterol tinggi mempunyai masalah hati berlemak. Makanan dan minuman yang bersumber minuman berkabonat, lemak trans, karbohidrat ringkas dan makanan berproses boleh menyebabkan masalah ini. Bagi pesakit kronik dengan menurunkan paras gula, tekanan darah, tahap kolestrol dan menurunkan berat badan, dengan diet yang betul, akan mengurangkan keadaan …

Read More »

TIPS MENGURANGKAN PEDIH ULU HATI AKIBAT GERD

Refluks Gastroesofagus (GERD) – menyebabkan rasa pedih ulu hati, yang kerap berlaku beberapa minit selepas makan. Penyakit ini terjadi apabila otot di bahagian bawah saluran esofagus menjadi longgar dan tidak menghalang asid daripada perut naik ke esofagus. Ini menyebabkan asid masuk ke dalam esofagus serta merosakkan dinding esofagus. Asid yang naik, boleh sampai ke kerongkong, menyebabkan rasa pedih tekak dan batuk. Biasanya gejala ini terjadi dalam masa 30 hingga 60 minit selepas makan. PUNCA GERD 1. Mengambil makanan yang pedas dan berempah. 2. Pengambilan kafein/alkohol 3. Makan dalam kuantiti yang banyak (terlalu kenyang) 4. Melakukan aktiviti fizikal atau berbaring sejurus …

Read More »

TIPS MINUM AIR DI BULAN RAMADAN

TIPS MINUM AIR DI BULAN RAMADAN Bulan Ramadhan, bulan dimana umat islam diwajibkan untuk berpuasa di siang hari. Ini bermakna kita tidak boleh  makan, minum dan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan. Padabulan puasa, ramai yang  risau kerana tidak dapat minum air yang secukupnya untuk keperluan badan. Tujuh puluh peratus  daripada badan kita adalah air. Oleh itu tubuh kita amat memerlukan air. Tanpa air yang cukup, tubuh akan mengalami dehidrasi. Ini mengakibatkan badan kita  lemah, letih, tidak bertenaga, pening, sakit kepala sepanjang kita berpuasa di bulan ini. Oleh itu, dibawah …

Read More »

MENCEGAH KEGUGURAN DENGAN MENGIKAT MULUT RAHIM

MENCEGAH KEGUGURAN DENGAN MENGIKAT MULUT RAHIM Bagi wanita yang kerap keguguran semasa hamil, doktor akan melakukan prosedur cervical cerclage. Untuk memudah faham, adalah mengikat atau menjahit mulut rahim (pembukaan peranakan di pangkal rahim). Prosedur ini biasanya dilakukan pada akhir trimester pertama, atau bila-bila masa sepanjang kehamilan bila dirasakan perlu. Ia dilakukan pada wanita hamil yg mempunyai pangkal rahim (serviks) yang lemah dan berisiko keguguran atau melahirkan prematang. Bagi mereka yg pernah menjalani prosedur ini tentu bersyukur kerana mendapat kehamilan yg selamat sehingga melahirkan anak. #HealthDrZubaidi KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik …

Read More »

KATARAKS ADALAH KEBUTAAN YANG BOLEH DIELAKKAN

KATARAKS ADALAH KEBUTAAN YANG BOLEH DIELAKKAN Katarak adalah apabila kanta di dalam mata menjadi putih akibat faktor penuaan atau faktor keradangan.Semasa muda, kanta mata ini berada di dalam keadaan jernih, jadi ia amat membantu dalam memfokuskan cahaya ke atas retina, yang membolehkan kita mendapat penglihatan mata yang jelas. Apabila kita semakin berusia, kanta ini menjadi semakin putih, disebabkan pengumpulan protein di dalamnya. Katarak terbahagi kepada dua, iaitu : Primary cataract adalah yang disebabkan oleh faktor penuaan. Secondary cataract adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain contohnya : – kecederaan atau trauma – keradangan atau inflammation – ubatan-ubatan contohnya steroid. – kencing manis, …

Read More »

AIR KENCING SAYA TIDAK NORMAL!!

Setiap hari kita ke tandas dan membuang air kecil. Namun kita tidak terfikir bahawa air kencing yang berkumpul di mangkuk tandas memberikan kita tanda terhadap masalah kesihatan yang mungkin kita hadapi. Perubahan pada air kencing dari segi warna, bau dan kecairannya menggambarkan tahap kesihatan kita. Air kencing juga boleh memberitahu apa yang dimakan atau diminum oleh seseorang. Dan apa yang lebih penting ialah penyakit apa yang dihadapi oleh seseorang. Melalui analisa air kencing, seorang doctor dapat ‘menoropong pintu kesihatan’ seseorang. Ini kerana banyak bahan yang mengalir dalam darah, termasuk bakteria, kulat, protein yang berlebihan dan gula, akhirnya akan keluar melalui …

Read More »

TAKUT JARUM ADALAH KETAKUTAN YANG BENAR

MUNGKIN kita tergelak melihat sebuah video yang dikongsikan berkaitan dengan individu (selalunya lelaki) yang menjerit ketakutan sehingga terpaksa dipegang beberapa orang kawan sewaktu mahu disuntik dalam program vaksinasi. Kita mungkin terfikir, bagaimana lelaki berbadan besar, mungkin berkumis garang dan memakai uniform keselamatan begitu sekali ketakutannya hanya kerana sebilah jarum kecil? Sebenarnya ketakutan ini adalah suatu ketakutan yang sebenar. Ia bukan lakonan atau adegan mengada-ngada manja, sebaliknya ia bermain di minda. Masalah ketakutan ini dinamakan trypanophobia, ketakutan terhadap prosedur perubatan yang melibatkan jarum suntikan ketika suntikan ubat atau pemeriksaan darah.  Biasanya ketakutan ini dialami oleh kanak-kanak kerana mereka masih belum boleh berfikir …

Read More »

HIPOGLISEMIA DI BULAN PUASA

HIPOGLISEMIA DI BULAN PUASA Hipoglisemia berlaku apabila tahap gula dalam darah terlalu rendah. Selalunya ia berlaku pada pesakit diabetes yang mengambil ubat anti-diabetes, tetapi keadaan ini boleh berlaku pada mereka yang bukan pesakit diabetes. Hipoglisemia berlaku apabila tahap gula seseorang itu kurang dari 4.0 mmol/L. Ia akan memberikan tanda-tanda tertentu. Bila ia semakin rendah dan mencapai 3.0 mmol/L, keadaan ini sangat berbahaya dan harus diberikan rawatan segera. Apabila tahap menjadi semakin rendah mencapai 2.0 mmol/L pesakit boleh pengsan dan jika tidak diberikan rawatan segera, individu tersebut boleh meninggal dunia. TANDA-TANDA HIPOGLISEMIA Setiap orang mempunyai tahap toleransi terhadap tahap gula dalam …

Read More »

SUNTIK INSULIN PUN GULA MASIH TINGGI?

SUNTIK INSULIN PUN GULA MASIH TINGGI? Lepas terawih tadi singgah rumah mak. Hantar minyak zaitun OPU dan vitamin E Natrieo. Sepanjang Ramadan tak sempat singgah. Tapi ada berhubung melalui telefon. “Mak ok ke sepanjang Ramadan?” tanya saya pada mak dah berumur 71 tahun. Dia solat di surau depan rumah. Terawih lapan rakaat. Sambung di rumah lagi 12 rakaat. Witir 3 rakaat. “Alhamdulilah, mak boleh puasa dan berterawih”. Syukur. Sebab ramai kawan-kawan mak yang sudah tak mampu berjalan ke surau. Ada yang tak mampu solat berdiri lagi. “Long, ada jiran depan masuk hospital”. Mak memanggil saya Along kerana saya anak sulong. …

Read More »

PETUA UNTUK MENGELAKKAN SERANGAN GOUT DI BULAN RAMADAN

  PETUA UNTUK MENGELAKKAN SERANGAN GOUT DI BULAN RAMADAN   “Assalamualaikum. Doktor, tidak lama lagi bulan Ramadhan. Apa petua yang boleh diamalkan semasa berbuka dan bersahur? Dan bolehkah saya ambil protein? Saya diberitahu protein akan meningkatkan asid urik saya. Terima kasih”.   Waalaikumussalam.   Apabila menjelang bulan Ramadhan, ramai pesakit yang mengalami masalah sakit sendi terutama sendi kaki, akibat serangan gout.   Ini kerana apabila kita berpuasa, kita tidak cukup minum air ketika waktu sahur dan berbuka. Air kencing menjadi pekat. Asid urik tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh.   Oleh itu salah satu cara mengurangkan tahap asid urik adalah …

Read More »

PANDUAN BERSENAM KETIKA BERPUASA BULAN RAMADAN UNTUK PESAKIT KRONIK DAN WARGA TUA

PANDUAN BERSENAM KETIKA BERPUASA BULAN RAMADAN UNTUK PESAKIT KRONIK DAN WARGA TUA Bagi pesakit kronik dan warga tua (berusia 65 tahun ke atas) saya mencadangkan agar melakukan senaman ringan. Ia juga sesuai untuk mereka yang jarang bersenam (tiada stamina). Lakukan perlahan-lahan dan tingkat aktiviti bila sudah ada stamina. Senaman ringan adalah senaman yang tidak menggunakan kekuatan otot dan memerlukan tenaga yang banyak. Contoh berjalan (brisk walking) 2.5 batu/jam, berkebun, menaiki basikal kurang 10 batu/jam, atau bermain badminton santai. American Heart Association mencadangkan agar kita melakukan sekurang-kurangnya sebanyak 150 minit dalam seminggu. Jika kita buat dalam 5 hari, bermakna 30 minit …

Read More »

MENGUKUR KERADANGAN DALAM TUBUH

MENGUKUR KERADANGAN DALAM TUBUH Rasa sakit badan, lenguh sendi, kekuatan otot semakin menurun dan stamina semakin hilang adalah tanda-tanda am yang menunjukkan tubuh kita mengalami keradangan. Apabila ia tidak dirawat, ia akan menyebabkan penyakit kronik, termasuk kanser. Bagaimana kita mengukur keradangan? Ada ke parameter yg boleh digunakan ketika pemeriksaan darah? Ada. Selalunya kita menggunakan parameter C-reactive protein (CRP). CRP dikeluarkan oleh hati akibat tindak balas keradangan dalam saluran darah arteri dan tisu lain. Jika bacaan CRP tinggi, bermakna risiko untuk mendapat serangan jantung sangat tinggi terutama apabila kita mengalami tahap kolestrol yang tinggi. Apatah lagi jika seseorang itu mengalami hipertensi, …

Read More »

BAHAYA MINUM AIR TERLALU BANYAK

“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bolehkah kita minum air 5L sehari. Saya ingin mengurangkan rasa lapar. Hopefully dapat menurunkan berat badan saya. Terima kasih.” Walaikumusalam Kita minum air untuk kekal hidrasi. Jika tidak, kita akan berasa rasa lemah badan, cepat penat, mengantuk dan mungkin mengalami sakit kepala. Oleh itu ramai pakar yang mencadangkan agar meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari untuk kekal hidrasi. Kuantiti air yang perlu diambil setiap orang sebenarnya bergantung kepada pelbagai faktor seperti berat badan, jantina, persekitaran dan lain-lain. Namun meminum terlalu banyak air boleh memberikan kesan buruk kepada tubuh kita. Minum terlalu banyak air kosong …

Read More »

PEMERIKSAAN RINGKAS UNTUK PENYAKIT KRONIK

PEMERIKSAAN RINGKAS UNTUK PENYAKIT KRONIK Assalamualaikum, dr mohon nasihat dr. Baru ni saya buat blood test, paras kolesterol tinggi 6.8 dan gula atas pagar 6, juga hormon thyroid saya baccan nya 5.8, Mengikut ahli farmasi tu saya ada hypothyroid, bagaimana dan apa yg perlu saya makan utk thyroid dan kolesterol. Perlukah saya makan ubat? Terima kasih. Walaikumusalam. Saya boleh buat kesimpulan bahawa puan menjalani ujian saringan di salah sebuah farmasi. Itu adalah tindakan yg bagus. Tetapi pemeriksaan saringan sebegini tidak dapat menentukan puan perlu makan ubat atau tidak. Ia memerlukan pemeriksaan yang lebih lengkap. Dengan pemeriksaan yang lebih lengkap, selain …

Read More »

RAWATAN HIDUNG BERDARAH

RAWATAN HIDUNG BERDARAH Assalamualaikum. Saya pernah berdarah hidong. Kdg sebulan dua tiga kali juga. Kenapa pakar ENT hanya bg ubt semburan Naso Gel dan Avamys. Sudah tujuh bulan saya pakai ubat tu. Ada sekali sakit kepala dan pening rasa meloyong pejam mata pun berpusing dlm tempoh 30 minit jer. Adakah itu vertigo. Sekarang dah jadi macam tu lg. Terima kasih. Walaikumusalam. Pendarahan dalam rongga hidung dikenali sebagai EPITAXIS. Ia berlaku di kawasan pertemuan pelbagai saluran darah yang kecil. Pendarahan yang berlaku secara tiba-tiba selalunya disebabkan kawasan itu kering. Jika kita mengorek dengan jari untuk mengeluarkan hingus yang kering, kita mungkin …

Read More »

SAKIT TUMIT DI AWAL PAGI

SAKIT TUMIT DI AWAL PAGI Assalamualaikum doc, Lately ni saya bangun pagi tumit sakit bila pijak. Kenapa ya? Terima kasih. Walaikumussalam. Rasa sakit tumit terutama di awal pagi dan beransur hilang apabila menjelang tengahari, disebabkan oleh keradangan tendon yang melekat pada tulang kaki calcaneous ke bahagian hujung kaki (tulang jari kaku). Tendon ini dinamakan Plantar Fascia (atau plantar aponeurosis). Ia berfungsi untuk menyokong kaki ketika berdiri dan menyerap hentakan ketika berjalan dan berlari. Kesakitan yang dirasakan disebabkan keradangan pada tendon ini. Oleh itu ia dinamakan Plantar Fascitis. Antara puncanya adalah masalah berat badan dan masalah keradangan yg berlaku dlm tubuh. …

Read More »
error: Content is protected !!