Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » BAYI BERAK DARAH

BAYI BERAK DARAH

BAYI BERAK DARAH

Assalamualaikum doktor. Boleh ke baby yang cirit birit diberikan minyak zaitun Olive House. Beraknya berdarah. Saya sudah bawakan berjumpa doktor. Dia cuma berikan air garam. Terima kasih.

Walaikumusalam.

Pemberian susu formula kepada bayi akan menyebabkan sesekali bayi mengalami cirit birit dan sembelit. Ini antara punca biasa bayi mengalami berak berdarah yang tidak serius.
Selalunya ia akan berhenti dengan sendiri.

Pemberian air garam tidak membantu menghentikan pendarahan tetapi ia membantu bayi mendapatkan semula mineral (garam) yang hilang akibat cirit birit.

Sembelit juga boleh menyebabkan berak berdarah. Najis yang keras menyebabkan luka pada sekitar dubur (anus) ketika ia dipaksa keluar.

Minyak zaitun hanya sesuai jika bayi mengalami cirit-birit. Puan boleh berikan satu atau dua titik minyak zaitun ke dalam susu formula yg diminum atau terus ke dalam mulut. Boleh berhentikan jika bayi sudah berak dengan mudah. Bagi mengelakkan bayi mengalami masalah sembelit yang berulang, boleh kurangkan bilangan titisan minyak zaitun kepada satu atau dua titik sehari.

Namun jika berak berdarah bertambah teruk, bermakna dari sedikit darah menjadi lebih banyak darah yang merah dalam najis atau bayi mengalami kekembungan dan bayi menjadi gelisah dan menangis kuat,
(mungkin kerana sakit perut), bawalah berjumpa doktor. Mungkin bayi mengalami masalah usus yg berpintal atau usus tersumbat sesama sendiri (intersusception).

Dalam keadaan ini, bayi dalam bahaya dan rawatan segera perlu diberikan.

Semoga menjawab soalan puan.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: