Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » VIRUS BOLEH MEREBAK MELALUI SEBARAN UDARA?

VIRUS BOLEH MEREBAK MELALUI SEBARAN UDARA?

VIRUS BOLEH MEREBAK MELALUI SEBARAN UDARA?

Assalamualaikum. Betul ke ada berita kematian akibat virus Covid yang disebarkan melalui udara ketika beliau sedang menjemur baju dan kain. Terima kasih.

Walaikumusalam.

Saya tidak pasti tentang kes yang tuan maksudkan.

Tetapi tidak benar, ketika kita sedang jemur baju atau membasuh kereta boleh dijangkiti virus akibat bawaan angin.

Setakat ini belum ada fakta yang kukuh yang sebaran virus boleh merebak dengan jauh, contoh dari satu taman ke taman yang lain. Dari satu rumah ke rumah yang lain.

Sehingga sekarang fakta menunjukkan penyebaran berlaku apabila seorang yang positif batuk dan bersih menerbangkan virus bersama cecair hidung dan tekak sejauh 1 meter. Ia boleh berlaku lebih jauh dengan arus angin yang membawa cecair ini. Tetapi tidak sehingga beberapa meter.

Virus ini akan jatuh ke permukaan dan lantai dan tidak kekal terampai di udara. Jangka hayat virus adalah 3 jam. Jadi elok kita kerap membasuh tangan kerana mungkin permukaan yang kita sentuh terdapat virus yang masih hidup.

Bila seorang berhadapan (bersemuka) dengan pesakit positif COVID yang bersin dan batuk, maka terdapat kebarangkalian untuk dijangkiti.

Jika dia tidak memakai penutup hidung dan mulut, kebarangkalian untuk dijangkiti lebih tinggi.

Sementara jika dia memakai penutup hidung dan mulut, kebarangkalian untuk dijangkiti masih ada tetapi lebih rendah.

Ia juga bergantung pada tahap sistem daya tahan seseorang. Jika dia seorang wargatua atau pesakit kronik (metabolik seperti diabetes, hipertensi; autoimmune atau kanser) kebarangkaliannya untuk dijangkiti, dan menjadi bergejala adalah lebih tinggi.

Jadi paling selamat bagi mereka yang bersiko tinggi agar tidak berjumpa ramai orang dan tinggal di rumah.

Oleh itu sekali lagi adalah tidak benar dan tidak tepat jika terdapat berita yang ditularkan menyatakan bawa virus boleh berjangkit apabila ia berada di tempat jemuran luar rumah ataupun membasuh kereta di luar rumah.

Paling selamat tinggal di rumah, dan amalkan SOP jika keluar rumah.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: