Advertorial
Home » Farmasi » KOMBINASI MAUT

KOMBINASI MAUT

KOMBINASI MAUT

Assalamualaikum Doktor. Emak saya mengalami sakit lutut sejak dari dulu lagi. Umur dia sudah 71 tahun. Pil tu sesuaikah utk dia? Terima kasih.

Walaikumusalam.

Kombinasi ubat tahan sakit NSAIDs (contoh indomethacin, mefanamic acid, diclofenac, brufen) dan steroid (seperti betamethasone, prednisolone) adalah kombinasi maut terutama bagi wargamas yang mengalami sakit lutut.

Bila mereka mengambil dua ubat ini serentak, memang cepat rasa lega, tetapi boleh menyebabkan gastric ulcer dan pendarahan dalam perut. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan ginjal.

Saya sudah lihat ramai wargamas yang muntah darah dan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Wad Pembedahan depan sama kerana mengambilnya dalam masa yang lama.

Ramai juga yang mengalami kerosakan ginjal. Jadi berhati-hati dgn kombo ubat tahan sakit NSAID dan steroid.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: