
TIPS MINUM AIR DI BULAN RAMADAN
Bulan Ramadhan, bulan dimana umat islam diwajibkan untuk berpuasa di siang hari. Ini bermakna kita tidak boleh makan, minum dan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan.
Padabulan puasa, ramai yang risau kerana tidak dapat minum air yang secukupnya untuk keperluan badan.
Tujuh puluh peratus daripada badan kita adalah air. Oleh itu tubuh kita amat memerlukan air.
Tanpa air yang cukup, tubuh akan mengalami dehidrasi. Ini mengakibatkan badan kita lemah, letih, tidak bertenaga, pening, sakit kepala sepanjang kita berpuasa di bulan ini.
Oleh itu, dibawah ini saya kongsikan jadual yang boleh kita ikuti sepanjang bulan Ramadan ini.
Minum air :
1 gelas – Selepas bangun dari tidur untuk bersahur
1 gelas – Selepas sahur
1 gelas – Selepas azan maghrib
1 gelas – Selepas solat maghrib
1 gelas – Selepas makan
1 gelas – Selepas solat isyak
1 gelas – Selepas solat tarawih
1 gelas – Sebelum tidur
Dengan mengikuti tips ini, kita telah berjaya melengkapkan hari kita dengan meminum 8 gelas air untuk keperluan harian.
#HealthDrZubaidi
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
