Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » RAWATAN KECEDERAAN TISU LEMBUT

RAWATAN KECEDERAAN TISU LEMBUT

RAWATAN KECEDERAAN TISU LEMBUT

Assalamualaikum Dr, saya mengalami masalah sakit tengkuk dan bahu serta belakang yang agak teruk. Mungkin akibat melakukan kerja-kerja rumah menjelang hari raya baru-baru ini. Saya mula terasa kesakitan tu pada pagi hari raya kedua dan kesakitan tidak berkurang sehingga kini. Terasa lenguh di bahagian tengkuk dan menyebabkan sakit kepala juga. Adakah apa-apa suplemen yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah kesakitan ini. Saya ada apply minyak panas dan juga letakkan koyok, namun kesakitan hanya berkurang sedikit. mohon pandangan dr. Terima kasih.

Walaikumusalam. Mungkin otot dan ligamen puan mengalami stress akibat pergerakan yang kuat dan jarang dilakukan. Contoh kita mengalihkan perabut. Ia adalah pergerakan otot yang kuat. Apatah lagi ketika usia meningkat, otot dan ligamen menjadi lemah. Ini dinamakan kecederaan tisu lembut (soft tissue injury).

Biasanya doktor akan berikan ubat tahan sakit atau ubat sintetik merehatkan otot.

Minyak panas, koyok atau kream methyl salicylate membantu mengurangkan rasa sakit.

Saya juga mencadangan urutan deep pressure massage atau acupressure untuk merehatkan otot dan ligamen yg tegang.

Boleh ambil suplemen dlm bentuk vitamin seperti vitamin C dan vitamin E.

Amalkan minyak zaitun bagi mengurangkan tahap keradangan.

Ada individu amalkan satu cara contoh sapukan minyak panas, ia berasa lega. Ada yang terpaksa ambil ubat penahan sakit, tampal koyok, letakkan kream dan minyak panas, ambil suplemen dan berurut, baru rasa lega. Ini semua bergantung kepada kecederaan yang dialami.

Yang penting (selain dari langkah-langkah rawatan yg saya sebutkan tadi), berehatlah dari melakukan aktiviti fizikal yang berat. Kena bersabar kerana kecederaan tisu lembut di kalangan wargatua memang ambil masa yang lebih lama.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: