PERLUKAH MULAKAN INSULIN

Assalamualaikum Doctor. Tadi sy buat checkup bacaan gula saya 8.1. Dr sarankan sy ambil insulin atas alasan umur sy 41, sy mmg ada ambil metformin sejak 2 thn lepas. Apa pandangan Dr mengenai insulin?

Walaikumusalam.

Saya berpendapat tahap gula puan adalah tinggi tetapi a tidak terlalu tinggi. Masih boleh diperbaiki dengan mengoptimakan dos Metformin, mengurangkan pengambilan karbohidrat ringkas dan mengamalkan Diet Intermittent Fasting atau Puasa Syarie.

Saya rasa lebih elok jika puan buat pemeriksaan gula ketika berpuasa dan HbA1c. Ini akan memberikan gambaran lebih jelas pada tahap kawalan gula puan.

Umur 40an bukanlah satu alasan atau indikator yang puan perlu suntikan insulin. Ia diberikan jika tahap gula (termasuk HbA1c) terlalu tinggi dan tidak dapat dirawat dengan pil.

Insulin adalah hormon yang menyebabkan gula turun denagn cepat. Jika tahap gula tidak terlalu tinggi, saya bimbang ia mudah menyebabkan puan mengalami hipoglisemia. Ini adalah bahaya.

Selain ubat-ubatan, puan perlu melakukan aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, akan menyebabkan sel dan tisu lebih sensitif pada insulin yang sedia ada. Ini akan menurunkan tahap gula dengan lebih selamat.

Berpuasa sunat atau mengamalkan Diet Intermittent Fasting membantu merawat masalah kerintangan insulin (insulin resistance).

Pada saya suntikan insulin pada masa ini bukan cara terbaik mengawal tahap gula puan. Ambillah langkah yang holistik dan menyeluruh dalam mengawal penyakit diabetes puan.

Namun begitu ini adalah pandangan secara am. Puan harus berbincang dengan doktor yang merawat.

Semoga menjawab soalan yang ditanyakan.

Dibawah adalah contoh pesakit yang berusaha bersungguh-sungguh untuk sembuh diabetes.

#HealthDrZubaidi

Dapatkan Pemanis Tanpa Kalori KLIK DI SINI

Leave a Reply

error: Content is protected !!