“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Bacaan gula suami saya (tidak berpuasa) adalah 7. Sekarang berumur 44 tahun. Adakah masih ada ruang untuk mendapatkan bacaan normal semula atau kurang dari 7?. Terima kasih.” Waalaikumussalam. Mengenai bacaan gula darah, bacaan normal untuk orang dewasa yang tidak menghidap diabetes biasanya adalah : i. kurang daripada 5.6 mmol/L ketika berpuasa (tidak makan selama sekurang-kurangnya lapan jam) ii. antara 5.0 hingga 6.1 mmol/L dua jam selepas makan. Dalam keadaan suami puan, dikatakan dalam fasa prediabetis. Jadi masih ada peluang besar untuk beliau pulih. Untuk menurunkan bacaan gula darah ke paras normal, …
Read More »DIBETES
PESAKIT DIABETES MENGALAMI MASALAH MATI PUCUK
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya berusia 36 tahun, ada diabetes dan mengambil suntikan insulin. Saya mengalami kesukaran ketika bersama isteri. Doktor beritahu saya mengalami ED tahap 3. Apa maknanya dan bagaimana saya atasi? Terima kasih.” Walaikumusalam Mati Pucuk atau Disfungsi ereksi (ED) tahap 3 merujuk kepada ketidakupayaan yang teruk untuk mencapai atau mengekalkan ereksi yang mencukupi untuk hubungan seksual. Masalah ini yang biasa dihadapi oleh lelaki dengan diabetes kerana kerosakan pada saluran darah dan saraf yang mengawal ereksi. Mati pucuk boleh juga berlaku kepada orang yang tiada masalah diabetes kerana masalah kehitaman yang lain. Berikut adalah …
Read More »SUPLEMEN UNTUK PESAKIT DIABETES YANG ALAMI RASA KEBAS DAN MENCUCUK-CUCUK
“Assalamualaikum. Doktor, apa supplement yang perlu diambil bagi pesakit kencing manis yang mengalami komplikasi masalah saraf kaki iaitu rasa kebas, dan rasa mencucuk-cucuk pada tapak kaki. Kadang-kadang macam ada rasa kena renjatan elektrik. Terima kasih”. Waalaikumussalam. Untuk pesakit kencing manis yang mengalami komplikasi neuropati (saraf kaki), beberapa suplemen boleh membantu mengurangkan simptom seperti rasa bisa dan renjatan elektrik. . Berikut adalah beberapa suplemen yang mungkin bermanfaat : 1. Vitamin E: vitamin E adalah antioksidan yang boleh membantu mengurangkan kerosakan saraf dan meningkatkan peredaran darah ke saraf. 2. Vitamin B12: Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan atau memburukkan neuropati. Suplemen ini boleh …
Read More »DIABETES PUNCA UTAMA NOMBOR SATU KEGAGALAN BUAH PINGGANG
Ini mungkin sebab utama anda perlu menurunkan berat badan. 1. Diabetes adalah punca nombor satu yang menyebabkan kegagalan buah pinggang yang menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD). 2. Dalam kajian, dianggarkan 40 peratus pesakit diabetes jenis 2 akan mengalami CKD. Ini bermakna dalam seorang dalam 3 orang di kalangan pesakit diabetis berisiko mendapat CKD dalam masa terdekat. 3. Penyakit CKD tidak mempunyai ubat yang khusus tetapi perkembangannya dapat diperlahankan, walaupun ada laporan yang menunjukkan pengamalan diet yang betul dan pemakanan yang sesuai untuk pesakit CKD dapat dirawat. 4. Jika tidak dikawal CKD terus berkembang menjadi kegagalan …
Read More »KUDAPAN UNTUK PESAKIT DIABETES YANG INGIN MENURUNKAN BERAT BADAN
Terdapat beberapa jenis kudapan yang boleh diambil oleh pesakit diabetes pada waktu petang. 👉 Coklat gelap (dark chocolate) 1. Coklat gelap mempunyai rasa sedikit pahit tetapi ia cara yang sihat untuk memenuhi rasa manis penghidap diabetes dan individu yang ingin menurunkan berat badan. 2. Coklat gelap kaya dengan flavonoid, sejenis sebatian tumbuhan yang bagus untuk pesakit diabetes. 3. Cari coklat gelap mempunyai sekurang-kurangnya 70% koko. (Minuman keto-koko OLEVAGREEN mengandungi 80% koko). 👉 Buah Pir 1. Buah Pir adalah buah yang mengandungi serat yang banyak. 2. Serat melambatkan penyerapan gula dengan itu menstabilkan paras gula dalam darah selepas makan. 3. Menurut …
Read More »MENGAMALKAN VITAMIN C 1000MG SEHARI MENGAWAL DIABETES DAN KOLESTROL DENGAN LEBIH BAIK
Diabetes mellitus adalah salah satu masalah penyakit metabolik yang biasa di kalangan rakyat Malaysia. Dianggarkan seorang dari lima orang rakyat Malaysia yang menghidap masalah diabetes. Dalam jangka masa yang panjang, antara 10-15 tahun, peningkatan gula dalam tubuh akan merosakkan saluran darah dalam tubuh. Gabungan peningkatan gula dan kolestrol dalam darah meningkatkan risiko untuk mengalami serangan jantung dan stroke. Vitamin C diketahui sangat bermanfaat membantu mengawal tahap gula dan kolestrol. Cuma berapa banyak yang diperlukan? Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam tahun 2007, sekumpulan pesakit diabetes diberikan vitamin C 500mg dan 1000mg secara rawak selama enam minggu. Kemudian bacaan fasting blood …
Read More »BAGI PESAKIT DIABETES CAPAI DAN KEKAL
✅ Pesakit diabetes bukan mesti hanya mengawal tahap gula, tetapi tekanan darah, tahap kolestrol dan berat badan. ✅ Paras gula dalam darah berada dalam julat normalPuasa 4.4 – 6.1 mmol/lTidak puasa 4.4 – 8.0 mmol/lHbA1c < 6.5 % ✅ Paras lemak dan kolesterol dalam julat normalTriglycerides < 1.7 mmol/LHDL cholesterol > 1.1 mmol/LLDL cholesterol < 2.6 mmol/L ✅ Tekanan darah kurang atau sama 130/80 mmHg. ✅ Indeks Jisim Tubuh (BMI) antara 18.5 – 24.9kg/m². Semoga bermanfaat. #HealthDrZubaidi
Read More »BOLEHKAH PESAKIT DIABETES MENGAMBIL BUAH-BUAHAN?
BOLEHKAH PESAKIT DIABETES MENGAMBIL BUAH-BUAHAN? 1. Bagi pesakit diabetes, saya mencadangkan agar memilih dan mengambil buah-buahan dengan kadar yang sederhana. Jika tidak paras gula dalam darah mencanak naik. 2. Sebenarnya fruktosa yang memberikan rasa manis, bukan glukosa. Semakin manis rasa buah, semakin tinggi tahap fruktosa. 3. Fruktosa tidak dapat dikesan melalui alat glucometer, hanya glukosa yang dikesan oleh alat tersebut. 4. Ini tidak bermakna pesakit diabetes boleh mengambil buah-buahan yang manis. 5. Sungguhpun buah-buahan mengandungi banyak fruktosa dan sedikit glukosa, tetapi kandungan fruktosa dalam buah-buahan juga akan ditukarkan kepada glukosa dan meningkatkan bacaan glukosa dalam …
Read More »VITAMIN C DAN DIABETES
Saya ingin bawakan satu kajian dari ribuan kajian yang telah diterbitkan dalam puluhan journal. Kajian yang saya teliti ini menunjukkan penurunan Fasting Blood Glucose, Post Prandial Blood Glucose, dan HbA1c dan juga peningkatan tahap ascorbic acid dalam darah pesakit diabetes yang diberikan suplemen vitamin C 500 mg dua kali sehari bersama dengan ubat sintetik Metformin, berbanding dengan pesakit diabetes yang hanya mengambil hanya Metformin. Kajian ini sesuatu permulaan yang memberikan harapan kepada pesakit diabetes yang hampir putus asa untuk mengawal tahap gula dgn lebih baik. Sebelum ini ada beberapa kajian yang hampir sama. (2,3). Masalah yang dihadapi oleh pesakit diabetes …
Read More »PERLUKAH MULAKAN INSULIN
Assalamualaikum Doctor. Tadi sy buat checkup bacaan gula saya 8.1. Dr sarankan sy ambil insulin atas alasan umur sy 41, sy mmg ada ambil metformin sejak 2 thn lepas. Apa pandangan Dr mengenai insulin? Walaikumusalam. Saya berpendapat tahap gula puan adalah tinggi tetapi a tidak terlalu tinggi. Masih boleh diperbaiki dengan mengoptimakan dos Metformin, mengurangkan pengambilan karbohidrat ringkas dan mengamalkan Diet Intermittent Fasting atau Puasa Syarie. Saya rasa lebih elok jika puan buat pemeriksaan gula ketika berpuasa dan HbA1c. Ini akan memberikan gambaran lebih jelas pada tahap kawalan gula puan. Umur 40an bukanlah satu alasan atau indikator yang puan perlu …
Read More »SUNTIK INSULIN PUN GULA MASIH TINGGI?
SUNTIK INSULIN PUN GULA MASIH TINGGI? Lepas terawih tadi singgah rumah mak. Hantar minyak zaitun OPU dan vitamin E Natrieo. Sepanjang Ramadan tak sempat singgah. Tapi ada berhubung melalui telefon. “Mak ok ke sepanjang Ramadan?” tanya saya pada mak dah berumur 71 tahun. Dia solat di surau depan rumah. Terawih lapan rakaat. Sambung di rumah lagi 12 rakaat. Witir 3 rakaat. “Alhamdulilah, mak boleh puasa dan berterawih”. Syukur. Sebab ramai kawan-kawan mak yang sudah tak mampu berjalan ke surau. Ada yang tak mampu solat berdiri lagi. “Long, ada jiran depan masuk hospital”. Mak memanggil saya Along kerana saya anak sulong. …
Read More »TOSE UNTUK PESAKIT DIABETES
TOSE UNTUK PESAKIT DIABETES Assalamualaikum doktor. Utk pesakit diabetes bole makan ke tosai? Walaikumusalam. Tosai adalah sumber karbohidrat. Sama seperti nasi. Ambil jgn berlebihan. Tose pada asalnya disediakan dengan mengisar beras yang direndam semalaman atau nasi lama ( diamasak 2 atau 3 hari sebelumnya) serta kacang dal hitam sehingga menjadi adunan yang sederhana pekat. Setelah itu, adunan dileperkan di atas kuali leper yang panas sehingga menjadi kuning keemasan dan terus dihidangkan. Asal usul tose sering dikaitkan sebagai sebuah resipi yang digubah untuk menggunakan nasi yang lama untuk menjadi sebuah hidangan baru supaya nasi tersebut tidak terbazir. #HealthDrZubaidi Anda ada banyak …
Read More »