Saya ingin bawakan satu kajian dari ribuan kajian yang telah diterbitkan dalam puluhan journal.
Kajian yang saya teliti ini menunjukkan penurunan Fasting Blood Glucose, Post Prandial Blood Glucose, dan HbA1c dan juga peningkatan tahap ascorbic acid dalam darah pesakit diabetes yang diberikan suplemen vitamin C 500 mg dua kali sehari bersama dengan ubat sintetik Metformin, berbanding dengan pesakit diabetes yang hanya mengambil hanya Metformin.
Kajian ini sesuatu permulaan yang memberikan harapan kepada pesakit diabetes yang hampir putus asa untuk mengawal tahap gula dgn lebih baik.
Sebelum ini ada beberapa kajian yang hampir sama. (2,3).
Masalah yang dihadapi oleh pesakit diabetes adalah kerosakan tisu dalam tubuh akibat kehadiran elemen radikal bebas yang terlalu tinggi dan ia merosakkan tubuh dengan pelbagai cara.
Antaranya proses glucose autooxidation, protein glycosylation, pembentukan Advanced Glycation End (AGE), dan polyol pathway yang menghasilkan gandakan kesan oxidative stress, berbanding dengan orang yang normal. Hanya dengan pengambilan makanan atau suplemen bersifat “free radical-scavenging antioxidants” atau antioksida yang melawan elemen radikal bebas.
Pada masa yang sama pesakit diabetes mengalami masalah dalam penyerapan vitamin C kerana terpaksa bersaing dengan glukosa disebabkan mereka menggunakan enzim yang sama.
Oleh itu keperluan vitamin C yang lebih tinggi bertujuan untuk menampung kekurangan vitamin C yang sedia ada pada pesakit diabetes. (4)
Tanpa tahap ascorbic acid yang mencukupi, kerosakan DNA pasti tidak dapat dielakkan. Ini bermakna pesakit diabetes yang tidak mengawal tahap gula akan mengalami kerosakan tisu yang lebih dahsyat. Maka mereka harus memastikan tahap ascorbic acid dalam tubuh dalam tahap yang optima. (5)
Dengan itu pengambilan makanan yang mempunyai tahap vitamin C yang tinggi atau pengambilan suplemen vitamin C dapat membantu pesakit diabetes mengawal tahap gula mereka dan mengelakkan komplikasi seperti sumbatan pada saluran darah dan kerosakan saraf.
Memang ada beberapa kajian yang menolak kesan baik vitamin C pada pesakit diabetes. Tetapi kajian itu menggunakan dos vitamin C yang lebih rendah, iaitu 500mg dalam sehari.
Dalam kajian yang dilakukan ini pula mengatakan pengambilan 1000mg sehari adalah cara yang mudah, selamat dan berkesan bagi mengawal gula dan mengelakkan komplikasi diabetes. (6,7)
Ini disebabkan kesan antioksida yang dipunyai oleh vitamin C bertindak positif terhadap pusat pengeluaran insulin, iaitu β cells dalam organ pankreas. Ia juga meningkatkan tahap insulin sensitiviti pada sel otot dan lemak.
Apa yang menarik, vitamin C juga meningkatkan tindakbalas vitamin C dalam proses metabolisme non-oxidative terhadap glukosa.
Dalam kajian ini juga memberitahu bahawa dos vitamin yang diambil dari makanan sahaja tidak mencukupi. Oleh itu pengambilan suplemen yang mempunyai dos yang lebih tinggi (tetapi tidak overdos) sangat penting bagi pesakit diabetis. (8,9)
Jadi tidak sia-sialah kita mengambil suplemen vitamin C 500-1000mg. Asalkan jangan overdose (melebihi 2000mg) dan tidak cukup minum air. Insyaallah kita mendapat kebaikannya.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
019 702 2391
#JombervitaminC
#HealthDrZubaidi
Rujukan:
- Supplementation of Vitamin C Reduces Blood Glucose and Improves Glycosylated Hemoglobin in Type 2 Diabetes Mellitus: A Randomized, Double-Blind Study. Ganesh N. Dakhale, Harshal V. Chaudhari, and Meena Shrivastava. Adv Pharmacol Sci. 2011; 2011: 195271. Published online 2011 Dec 28.
- Sridulyakul P, Chakraphan D, Patumraj S. Vitamin C supplementation could reverse diabetes-induced endothelial cell dysfunction in mesenteric microcirculation in STZ-rats. Clinical Hemorheology and Microcirculation. 2006;34(1-2):315–321.
- Ardekani MA, Mohiti J, Amirchaghmaghi E, Modarresi M. The effect of vitamin C supplementation on insulin level, HbA1c and blood glucose in type 2 diabetic patients. Journal of Kerman University of Medical Sciences. 2006;11:12–18.
- Ceriello A, Bortolotti N, Crescentini A, et al. Antioxidant defences are reduced during the oral glucose tolerance test in normal and non-insulin-dependent diabetic subjects. European Journal of Clinical Investigation. 1998;28(4):329–333.
- Vincent TE, Mendiratta S, May JM. Inhibition of aldose reductase in human erythrocytes by vitamin C. Diabetes Research and Clinical Practice. 1998;43(1):1–8.
- 8. Bishop N, Schorah CJ, Wales JK. The effect of vitamin C supplementation on diabetic hyperlipidaemia: a double blind, crossover study. Diabetic Medicine. 1995;2(2):121–124.
- Eriksson J, Kohvakka A. Magnesium and ascorbic acid supplementation in diabetes mellitus. Annals of Nutrition and Metabolism. 1995;39(4):217–223.
- Jukka M, Paul K, Ritva J, Antti R. Dietary antioxidant intake and risk of type 2 diabetes. Diabetes Care. 2004;27(2):362–366.
- Sébastien C, Aline C, Sandrine B, et al. Antioxidant supplementation does not affect fasting plasma glucose in the supplementation with antioxidant vitamins and minerals (SU.VI.MAX) study in France: association with dietary intake and plasma concentrations. American Journal of Clinical Nutrition. 2006;84(2):395–399.
IKLAN
Klik gambar di bawah ini untuk mendapatkan Non Acidic Vitamin C 1000MG With Bioflavonoids keluaran dari Nutriforte.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :