SABAR DAN ISTIQAMAH

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tujuan posting ini hanya untuk memotivasikan. Jika mahu ikut, silakan. Yang banyak alasan dan jika ada rasa irihati dan dengki, tak perlu buat apa-apa. Tengok saja.

Saya dapat lakukan brisk walking sejam hari ini. Brisk Walking maknanya berjalan laju. Macamana tu? Kiraan mudah, paling kurang dua langkah dalam sesaat. Kalau ada alatan, cuba capai degupan nadi antara 110-120 degupan per minit.

Saya buat sejam. Buat 15 minit boleh tak? Boleh. Lebih baik dari duduk layan henfon saja. Tapi Tok Guru Fitness saya kata 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu. Lagi lama lagi bagus, bergantung pada stamina yang ada.

Kalau tak ada alatan, macamana? Berjalan lah laju sehingga semput, kemudian rehat.

Semput saja itu normal. Jangan sampai sakit dada dan rasa tak boleh bernafas. Itu mungkin tanda serangan sakit jantung. Jadi eloklah buat pelan-pelan dan bersederhana.

Bagi yang ada diabetes dan kolesterol tinggi, berjalan laju atau brisk walking memang bagus. Dapat merendahkan tahap gula, dan kolestrol.

Buatlah dengan sabar dan istiqamah. Ibarat belajar naik basikal, mula-mula memang jatuh dan luka. Jangan putus asa. Bila sudah pandai rasa seronok keliling kampung. Itulah perumpamaan.

#FitnessDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!