Makan Chocolate semasa Hamil

 

Banyak kajian yang menyokong bahawa wanita hamil seharusnya tidak dihalang daripada memakan produk makanan berasaskan koko termasuk chocolate ketika hamil, kecuali jika wanita hamil itu mempunyai alahan terhadap koko dan chocolate.

Walaupun produk makanan berkoko seperti chocolate mengandungi caffeine, masih tiada bukti saintifik  yang menunjukkan kandungan caffeine yang rendah dalam koko dan chocolate membahaya kepada wanita yang hamil dan bayi mereka.

Chocolate juga kaya dengan magnesium, yang sangat perlu bagi perkembangan otak bayi dalam rahem. Flavonoids dalam chocolate berfungsi sebagai antioxidant membantu kesihatan jantung dan daya tahan untuk melawan sel-sel kanser. Malangnya, bahan bersusu pada chocolate boleh menghalang penyerapan flavonoids .

Buah koko sendiri kaya dengan bahan yang dinamakan theobromine, yang berfungsi merangsangkan saraf dan otak. Semua produk makanan berasakan koko mengandungi theobromine namun kandungan mereka berbeza-beza.  Coklat gelap (dark chocolate), chocolate yang tidak manis dan serbuk koko dikatakan mempunyai kandungan theobromine yang lebih tinggi dari chocolate yang bersusu.

Theobromine juga bersifat diuretic yang memudahkan membuang air kecil. Ada juga kajian yang mengatakan bahawa theobromine membantu melegakan batuk.

(rujuk: Usmani OS, Belvisi MG, Patel HJ, Crispino N, Birrell MA, Korbonits M, Korbonits D, Barnes PJ. “Theobromine inhibits sensory nerve activation and cough”. FASEB J 2005;19(2):231-3.)

Selain itu theobromine juga merangsangkan degupan jantung dan mengembangkan saluran darah. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2008 di Yale University mendapati wanita yang hamil mengamalkan produk makanan berkoko dan chocolate dapat menghalang pre-eclampsia, iaitu penyakit  tekanan  darah yang tinggi ketika hamil dan menyebabkan terdapat banyak kandungan protein dalam air kencing.

Dalam kajian itu, seramai 2,291 wanita hamil  telah diberikan produk makanan berkoko (chocolate) dan apabila bayi telah dilahirkan, contoh darah diambil dari uri untuk menentukan tahap theobromine. Para pengkaji mendapati apabilan kandungan bahan ini tinggi , maka kebarangkalian untuk mendapat pre-eclampsia sangat rendah.

Sebagai kesimpulan kajian ini, wanita hamil yang memakan lima kali sehari chocolate dalam seminggu ketika berada dalam usia kehamilan trimester ketiga mempunyai kebarangkalian 40 peratus lebih rendah untuk mendapat pre-eclampsia berbanding dengan wanita hamil yang hanya memakan chocolate kurang dari sekali dalam seminggu.

Saintis percaya bahawa bahan theobromine mungkin membantu memperbaiki peredaran darah dalam uri (placenta) dalam masa yang sama berfungsi sebagai anti-oxidant.

(rujuk: “Chocolate Consumption in Pregnancy and Reduced Likelihood of Pre-eclampsia”, Epidemiology: Vol 19(3) May 2008, 459–464.)

Chocolate juga membuatkan wanita yang hamil berasa lebih tenang dan gembira. Kesan yang sama boleh terjadi pada bayi yang sedang berada dalam rahem.

Dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 2004 di Universiti Helsinki, Finland seramai lebih 300 wanita hamil disoal untuk menentukan kadar stress bayi mereka dan kadar pemakanan chocolate ketika hamil.

Selepas enam bulan melahirkan anak, ibu-ibu ini diminta  menyatakan  kedudukan emosi bayi mereka ketika sedang menangis, ketawa dan meraung di tengah malam.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang memakan chocolate setiap hari ketika hamil, berada dalam kedudukan yang lebih memuaskan. Bayi-bayi ini kelihatan kurang berasa takut dan menangis dalam suasana baru berbanding dengan bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang tidak memakan chocolate.

Maka pengkaji membuat kesimpulan bahawa bayi-bayi yang lebih gembira dan berkelakuan positif mungkin disebabkan kesan bahan yang terdapat pada chocolate  yang dimakan oleh ibu mereka yang hamil.

(rujuk: “Sweet babies: chocolate consumption during pregnancy and infant temperament at six months”, Early Human Development: Vol 76, Issue 2, 139–145)

Walau bagimana pun saya menganggap kajian ini terlalu lemah.

Nasihat  saya pada wanita penggemar chocolate, ketika hamil pilihlah produk berkoko atau chocolate yang berkualiti. Elakkan  produk yang manis, mempunyai kandungan gula dan lemak yang banyak, berkalori yang tinggi, serta mempunyai bahan pengawet yang berbahaya.

Wanita hamil yang mempunyai diabetis mellitus haruslah berhati-hati dalam memakan produk makanan berkoko atau chocolate yang manis.

Saya lebih cenderung untuk menggalakkan chocolate gelap (dark chocolate)  yang mempunyai gula yang kurang (tidak manis) dan tiada bersusu. Janganlah makan produk makanan berkoko atau chocolate terlalu banyak. Saya bimbang memakan chocolate secara keterlaluan akan mengurangkan selera wanita hamil pada makanan yang seimbang dan berzat.

Wallahu a’lam.

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

One comment

  1. Salam Dr. Thanks utk good info ini. InsyaAllah lpas ni sy akan amalkan memandangkan sy dah mengandung 8 bln.

Leave a Reply

error: Content is protected !!