KESAN TERUNG PADA KEHAMILAN
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin tanya apakah kesan sampingn pengambilan sayur terung untuk ibu yang hamil. Saya ada terbaca dalam internet bahawa pengambilan terus yang berlebihan boleh menyebabkan keguguran. Betulkah doctor? Mohon penjelasan, terima kasih.”
Waalaikumussalam.
Terung adalah makanan yang mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi. Ia sangat bermanfaat untuk wanita yang hamil.
Pertama, terung adalah sumber folates yang sangat penting diambil sepanjang kehamilan. Kekurangan folate menyebabkan kecacatan neural tube defects pada bayi yang bakal dilahirkan. Ia juga menggalakkan pembentukan sel darah merah.
Kedua, terung adalah seumber vitamin C, niacin, B complex, vitamin A, dan vitamin E. Walaupun kandungannya rendah,ia sangat penting bagi bayi. Terung juga mengandungi mineral seperti potassium, copper, manganese, dan iron, yang sangat pentig dalam metabolisme menghasilkan tenaga.
Ketiga ia adalah sumber karbohidrat kompleks yang kaya dengan fiber. Ia menyebabkan rasa mudah kenyang dan lambat lapar. Jadi bagus untuk menstabilkan tahap gula dalam darah bagi wanita hamil yang mempunyai diabetes.
Keempat, ia membantu melawaskan sembelit yang biasa dialami oleh wanita yang hamil kerana mempunyai kandungan fiber yang signifikan.
Kelima, meningkatkatkan system daya tahan. Terung mengandungi sebatian nasunin, iaitu sebahagian dari sebatian anthocyanin yang memberikan warna pada buah terung. Nasunin bertindak sebagai antioksidan yang melawan sebatian radikal bebas dan seterusnya menghalang kesrosakan sel dan DNA yang akhirnya menyebabkan penyakit dan kecacatan pada bayi.
Walau bagaimana pun pengambilan terung terlalu banyak di awal usia kehamilan, mungkin akan menyebabkan keguguran. Sementara pengambilannya yang sederhana dalam masakan (contohnya seminggu sekali sebagai lauk) tidak memberikan kesan yang tidak baik.
Belum ada kajian yang kukuh yang membuktikan pengambilan terung menyebabkan keguguran.
Keguguran yang berlaku selalunya dikaitkan dengan kandungan phytohormones yang menyebabkan pengecutan otot-otot rahem. Kelahiran pramatang juga boleh berlaku jika ia diambil terlalu banyak setiap hari sebagai hidangan. Namun ia selalunya masalah ini berlaku di awal kehamilan.
Saya mencadangkan agar memasak terung dengan sempurna bagi mengurangkan risiko mendapat masalah keguguran dan kelahiran pramatang.
Semoga bermanfaat.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :