Masalah Retrograde Ejaculation (RE) banyak ditanyakan kepada saya. Retrograde ejaculation sebenarnya berlaku apabila air mani (semen) masuk ke dalam pundi kencing, ketika berlaku orgasm dan klimaks.
Semasa seorang suami mengalami klimaks semasa jimak, sperma dikeluarkan dari telur zakar (testicles) melalui satu saluran dinamakan (vas deferens) yang membawa sperma ini kepada kelenjar prostate, di mana sperma dan lendiran lain akan bercampur dqan membentuk air mani (semen). Sepatutnya air mani dan sperma ini keluar melalui saluran air kencing lelaki (urethra) untuk sampai ke faraj (vagina) isteri.
Sayangnya hal ini tidak berlaku, air mani masuk ke dalam pundi air kencing. Walaupun RE tidak mendatangkan kemudaratan, namun ia boleh menyebabkan masalah kesuburan bagi lelaki.
(Perbezaan antara air mani dan sperma telah saya sebut di https://drzubaidi.com/blog/?p=1283)
Masalah ini berpunca dari otot yang mengawal pembukaan lubang pada dinding pundi kencing sepatutnya mengecut dan menutup pembukaan ini. Akibat kegagalan otot ini, pembukaan lubang ini terbuka dan membenarkan air mani memasuki punding kencing semasa air mani sedang dipancutkan (ejaculation).
Retrograde ejaculation boleh disebabkan oleh ubat-ubatan untuk masalah kesihatan seperti diabetes mellitus. Ia juga boleh disebabkan oleh pembedahan prostate atau pundi kencing.
Retrograde ejaculation tidak menganggu kenikmatan berjimak atau menghalang seorang suami mendapati kepuasan orgasm. Penderita RE mungkin mengadu bahawa mereka mengalami orgasm yang kering, iaitu hanya sedikit atau tiada langsung air mani yang keluar ketika mereka mengalami klimaks/orgasm.
Selain itu, apabila ke bilik air untuk kencing, mereka mendapati air kencing mereka keruh kerana bercampur dengan air mani. Perkara ini boleh disahkan dengan pemeriksaan air kencing yang menunjukkan banyak sperma terdapat dalam air kencing selepas melakukan jimak dan mendapat klimaks.
Apa yang agak merunsingkan penderita RE ialah masalah belum mendapat zuriat. Oleh kerana air mani tidak keluar ke dalam faraj, ini menyebabkan air mani tidak bercampur dengan telur ovum dalam rahem. Maka tiada persenyawaan antara sperma dan telur ovum berlaku.
Oleh itu jika pasangan suami isteri telah berkahwin melebihi setahun, tinggal bersama dan tidak menggunakan apa-apa pil perancang keluarga atau kondom, dan masih belum mempunyai zuriat eloklah berjumpa dengan pakar kesuburan, terutama jika masalah kehamilan atau kesuburan menjadi isu dalam sebuah perkahwinan.
Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal termasuk pemeriksaan batang zakar (penis), buah zakar (testis) dan kelenjar prostate. Pemeriksaan air kencing juga dilakukan untuk mengesan sperma dalam air kencing selepas mendapat klimaks sama ada mengadakan hubungan jimak dengan isteri atau isteri membantu suami mengeluarkan air mani dengan cara masturbasi.
Jika pemeriksaan air kencing mendapati tiada sperma, maka doktor akan membuat pemeriksaan air mani. Jika pemeriksaan air mani juga tidak mempunyai kuantiti air mani yang mencukupi, ini bermakna masalah kesuburan berpunca dari buah testis yang gagal berfungsi.
Rawatan
Retrograde ejaculation sebenarnya tidak perlu dirisaukan kerana ia tidak melibatkan kemudharatan kesihatan. Ia hanya melibatkan masalah kesuburan.
Ubat-ubatan untuk pesakit hypertensive dan kemurungan juga boleh menyebabkan masalah RE. Bincanglah dengan doktor agar ubat-ubat itu boleh ditukarkan kepada jenis yang lebih baik. Selepas itu, masalah RE akan dapat dirawat dengan sendirinya.
Jika RE ini disebabkan oleh pembedahan yang melibatkan pundi kencing seperti pembedahan kanser atau pembedahan saraf tunjang akibat kecedaraan jalanraya, maka keadaan ini sukar dirawat dengan ubat-ubatan.
Bagi penderita RE yang juga merupakan pesakit diabetes yang tidak terkawal, doktor akan membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Dengan ini kerosakan saraf dapat diperbaiki. Rawatan ubat-ubatan juga boleh diberikan untuk merawat masalah ini kepada mereka.
Ubat untuk merawat RE adalah ubat seperti:
- Chlorpheniramine dan brompheniramine, ubat antihistamines untuk merawat alergi.
- Ephedrine, pseudoephedrine dan phenylephrine, digunakan untuk merawat selsema.
Ubat-ubat ini membantu otot yang mengawal pembukaan pada dinding pundi kencing ketika pemancutan air mani. Harus diingat bahawa semua ubat yang diberikan mempunyai kesan sampingan, tetapi selalunya tidak serius. Bagi pesakit hypertension, ubat-ubat ini boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi dan degupan jantung menjadi laju.
Jika ubat-ubat yang merawat RE tidak berkesan, kemungkinan pasangan suami-isteri ini memerlukan teknologi bantuan reproduksi, (ART) dengan cara sperma diperolehi dari air kencing. Kemudian sperma dan telur ovum ini disenyawakan melalui tabung uji melalui teknik IVF, sebelum dimasukkan semula ke dalam rahem.
Namun begitu kos untuk rawatan ART, termasuk melakukan IVF bukanlah suatu yang murah. Ia mungkin memakan belanja antara RM15K-20K sekarang dan mungkin kosnya akan bertambah di masa akan datang.
Jadi berbincanglah antara suami dan isteri dan fikirkan secara mendalam. Andaikata isu zuriat adalah isu yang boleh menggoncang kebahagiaan suami-isteri, maka ‘melabur’ RM15-20k adalah sesuatu yang berbaloi. Doktor akan memberikan pilihan dan memberitahu risiko yang bakal dihadapi.
Baru-baru ini saya mendapat e-mail (telah diedit). Saya tuliskan semula dalam blog sebagai panduan pembaca yang lain.
As salamu’alaikum doktor, Saya ingin bertanyakan tentang masalah retrograde ejaculation yang dihadapi oleh suami saya. Suami saya berumur 50 tahun, pernah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Beliau mempunyai penyakit diabetes yang teruk, dengan mendapat rawatan suntikan insulin. Di samping itu beliau juga mempunyai penyakit hypertension. Baru-baru ini suami saya mengalami “dry orgasm” iaitu beliau tidak memancutkan air mani ketika mengalami klimaks. Suami telah menjalani pemeriksaan air kencing di Klinik Pakar Urology dan disahkan mempunyai sperma di dalam air kencingnya. Doktor mencadangkan pengambilan ubat Piriton dan Decondine bagi membantu mengeluarkan mani, tetapi tidak berkesan langsung. Ubat-ubat ini hanya menyebabkan beliau sangat mengantuk. Sekarang suami saya mengambil VigRX dan Sudafed. Kesannya sangat memuaskan kerana kerandutnya rasa ‘penuh’ dan ketegangan dapat bertahan. Cuma air mani masih belum berjaya dikeluarkan. Kami dapati Sudafed tidak dijual di farmasi Malaysia buntu mencari alternatifnya. Adakah doktor dapat mencadangkan ubat yang berfungsi seperti Sudafed? Saya mengharapkan agar dapat hamil dengan benih suami saya. Mohon pandangan juga dari doktor. Terima kasih. Jawapan:
Jawapan: Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan ujian yang dihadapi oleh puan dan suami puan. Masalah RE yang dihadapi oleh suami puan telah disahkan oleh pakar urologist yang memeriksa air kencing suami puan, di samping tanda yang dialami oleh suami puan iaitu “dry orgasm”. Saya percaya masalah RE ini berlaku kerana kerosakan saraf akibat penyakit diabetes mellitus suami puan yang tidak terkawal. Ubat untuk mengawal tekanan darah tingginya juga boleh menyumbang kepada RE. Ubat yang diberikan iaitu Piriton dan Decondine adalah ubat ‘antihistamine’ yang biasa digunakan untuk merawat selsema dan alergik. Begitu juga dengan Sudafed. Tidak dinafikan bahawa ubat-ubat yang diberikan oleh pakar Urologist dapat membantu pesakit RE. Malangnya ubat-ubat ini menyebabkan suami puan rasa mengantuk. Puan boleh mencuba Clarinase yang lebih baik kerana tidak menyebabkan rasa mengantuk. Walau bagaimana pun ubat-ubat ini terutama Clarinase, dan Sudafed boleh menyebabkan tekanan darah meningkat dan degupan jantung laju. Oleh kerana suami puan juga pesakit hypertension, maka eloklah berbincang dengan doktor yang merawat beliau. Ubat VigRx sebenarnya adalah ubat Viagra yang digunakan untuk masalah ‘mati pucuk’, sebab itu ketegangan zakar beliau lebih keras. Malangnya ubat itu tidak membantu mengawal masalah RE. Jika masalah RE suami puan tidak dapat dikawal akibat kerosakan saraf yang teruk akibat penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, maka untuk mendapat kehamilan, puan harus melakukan Assisted Reproductive Technology (ART). Oleh itu saya sangat mencadangkan puan berjumpa dengan pakar kesuburan kerana mereka akan bekerjasama dengan pakar Urologist untuk mendapatkan benih dalam air kencing dan melakukan persenyawaan dalam dalam tabung uji (IVF). Wallahu a’lam. |
Saya doakan orang yang bertanya ini diberikan kemudahan untuk merawat masalah RE suami beliau dan semoga beliau boleh hamil. Saya juga berdoa agar beliau sama-sama diberikan pahala dan kebaikan atas perkongsian ini.
Wallahu a’lam.
Rujukan
- Lipshultz LI, Thomas AJ, Khera M. Surgical management of male infertility. In: Campbell-Walsh Urology. 9th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2007:chap 20.
- Heidelbaugh JJ. Management of erectile dysfunction. Am Fam Physician. 2010;81:305-312.
- Bhasin S, Basson R. Sexual dysfunction in men and woman. In: Kronenberg HM, Melmed S, Polonsky KS, Larsen PR, eds. Williams Textbook of Endocrinology. 12th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2011:chap 20.
Susunan: Dr Zubaidi bin Hj Ahmad (190512)
Hari ni, sy dan suami telah bjumpa dr pakar, dan suami telah dsahkan RE.. Rasa gelap masa dpn kami bl doktor tersebut mengatakan RE tiada ubatnya.. Namun stlh membaca blog doktor, saya rs masih ada sinar harapan. Suami saya juga pesakit diabetis… Namun saya masih berpegang kepada KUN FAYAKUN… Semoga Allah permudahkan segalanya…
Semoga ALLAH permudahkan usaha puan.
salam doktor SYA REMAja lelaki berusi 18 tahun . sya menghidap sikap suka melancap ..kdg2 stp hr sya buat ….mslh sya :
1 – ada satu ktika , sya melancap dgn sdikit kuat …kesannya slps itu , sya mdpti zakar sya tidak dpt tegang …..adakh itu tanda2 sya menghidap ERECTILE DYSFUNCTION ?….hrp dpt djwb scepat mungkin …
wsalam. Ya Erectile Dysfunction atau mati pucuk ialah apabila kita tidak mampu mengeraskan zakar di kala kita menghendakinya. Ada yg bersifat sementara dan ada yg kekal.
Salam doc. sy ingin bertanya, ketika si isteri sedang mengandung, bolehkah semasa berjimak, si suami memancutkan air maninya ke dalam faraj isteri….tidak bahayakah kepada kandungan.?
Wsalam. Boleh dan tidak merbahaya. Yang bahaya ialah gegaran ketika melakukan hubunga kelamin itu.
salam Doc..
saya sudah berkahwin hampir 7 tahun dan belum mempunyai cahaya mata…isteri saya mengalami kitaran haid yg tidak teratur, kadang-kadang sampai 4-6 bulan haid isteri saya ada..saya nak tanya? adakah perkara tersebut boleh mempengaruhi suami isteri dapat cahaya mata…terima kasih Doc..
Wsalam. Kitaran haids yang tidak teratur akan mengganggu kesuburan.
assalamualaikum… dr,sekranya air mani terkeluar bersama2 air kencing,perlukah mandi hadas? terkadang ketika membuang air besar,kelihatan ada cairan yg keruh keluar dr kamaluan,apakah cairan tersebut? cairan tu bila disentuh nk kata pekat pun x,nak kata cair pun x…
harap boleh direply ASAP
assalamualaikum… dr,sekranya air mani terkeluar bersama2 air kencing,perlukah mandi hadas? terkadang ketika membuang air besar,kelihatan ada cairan yg keruh keluar dr kamaluan,apakah cairan tersebut? cairan tu bila disentuh nk kata pekat pun x,nak kata cair pun x…
WA ALAIKUM MUS SALAM. Keluar air mani adalah sebab-sebab seseorang wajib mandi wajib. Masalahnya adakah saudara pasti, air mani yang keluar bersama-sama air kencing? Untuk memastikannya harus melakukan pemeriksaan UFEME air kencing. Wallahu a’lam.
assalamulaikum dr,sya brumur 33thun dan suami brumur 35 thun.kami mpunyai seorang chayamata brumur 4 thun.kami mrancang ingin mnambah lagi zuriat,masalahnya apabila kami bersama,suami hanya memancutkan air mani tidak sempat ke dalam faraj..dan akhirnya lemah.apabila kami ingin bersama semula dalam masa yang sama,penis suami tidak tegang..akhirnya kami berasa sngat tidak puas dan untuk mengulangi kami jadi kecewa jka blaku lagi.hal ni sering terjadi dan suami pnah berubat sendiri dgn mgurut zakar dan mengambil ubtan.bagaimna untuk menangani masalah ini.dan bantulah saya.saya juga sering mengalami kekeringan biarpun foreplay telah d lakukan.bantu lah kami