Assalamu a’laikum doktor. Saya berusia 28 tahun dan baru melahirkan anak 22 Julai yang lalu secara pembedahan.
Ketika hamil 9 bulan, saya mengalami rasa sakit pada bahagian pinggul kiri sehinggakan saya tidak dapat berjalan.Kaki kiri tidak dapat memijak dan pinggang belakang terasa sakit. Bila berbaring, saya tidak dapat bangun dan terpaksa diangkat perlahan-lahan.
Saya juga terpaksa mengesot dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Pihak hospital telah melakukan pemeriksaan xray tetapi menurut doctor, tiada masalah dengan tulang saya. Pemeriksaan ultrasound juga telah dijalankan namun tiada dapat mengesan masalah pada pada kaki kiri saya.
Saya ingin bertanya adakah kesakitan ini akan berakhir dan sembuh dengan sendirinya?
Wa alaikum mus salam…
Saya amat bersimpati dengan ujian yang diterima oleh puan dan mengharapkan puan bersabar dengan segala dugaan yang diterima. Banyaklah berdoa agar kesusahan yang puan tanggung akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik, misalnya anak puan menjadi anak yang soleh.
Saya percaya apa yang berlaku pada puan adalah disebabkan oleh kecederaan saraf yang dikenali sebagai neurapraxia.
Neuropraxia sebanarnya adalah masalah kecederaan saya yang tidak bahaya kepada saraf peripheral nervous system . ia berlaku untuk masa yang singkat dan menyebabkan kehilangan fungsi pergerakan otot dan fungsi deria rasa akibat sekatan pada aliran saraf, selalunya berlangsung antara enam hingga lapan minggu.
Oleh itu pesakit yang mengalami masalah ini selalunya mengadu rasa kebas atau rasa mencucuk-cucuk pada anggota badan dan mengalami rasa tidak kuat untuk menggerakkan anggota tubuhnya.
Banyak punca yang boleh menyebabkan masalah ini, sama ada disebabkan oleh ketidakseimbangan hormone selepas melahirkan anak, penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, atau tekanan fizikal dari luar seperti duduk terlalu lama.
Punca yang biasa berlaku ialah apabila duduk terlalu lama dan kaki berat pada anggota kaki menekan pada kerusi dan menyebabkan peredaran darah kepada saraf menjadi kurang atau lebih serius lagi apabila peredaran darah menjadi tersekat.
Tekanan fizikal pada jangka masa yang lama dan berlaku secara berulang-ulang ini akan menyebabkan pembalut saraf (myelin sheaths) menjadi ‘hampir mati’ (ischemia) dan bengkak (edema) dan akhirnya menyekat pada pengaliran impulse saraf.
Secara microscopic kerosakan yang berlaku hanya pada pembalut saraf (myelin sheath), dan bukannya pada empulur saraf itu. Oleh itu masalah saraf ini hanya menjejaskan pergerakan impulse saraf tetapi tidak menyekatnya. Jika masalah ini melibatkan empulur saraf, maka masalah ini mungkin sukar untuk sembuh.
Proses penyembuhan selalunya berlaku selepas dua hingga tiga minggu dan akan sempurna antara enam hingga lapan minggu. Malah ada pesakit yang sembuh selepas empat bulan.
Tidak banyak ubat yang boleh membantu mempercepatkan penyembuhan saraf kecuali ubat penahan sakit NSAID jika rasa sakit yang mencucuk-cucuk terlalu kuat.
Namun saya mencadangkan agar mengambil beberapa suplemen seperti Vitamin B complex dan CoQ10 yang membantu penyembuhan saraf.
Selain dari itu, melakukan urut minyak panas pada anggota tubuh yang kebas dan lemah akan membantu mempercepatkan penyembuhan saraf. Elakkan dari mandi menggunakan air sejuk.
Banyakkan berdoa kerana doa orang yang sakit selalunya mudah diterima oleh ALLAH.
Wallahu a’lam.
Rujukan:
1) Birch, Rolfe (2005). “Operating on Peripheral Nerves”. In Peter J. Dyck, P. K. Thomas. Peripheral Neuropathy, 4th ed.. Philadelphia: Elsevier Saunders. pp. 1511–532)
2) (Lange, Dale J., Werner Trojaborg (1995). Lewis P. Rowland. ed. Peripheral and Cranial Nerve Lesions. WIlliams & Wilkins. pp. 461–462.)
3) Hall, Susan (2005). Peter J. Dyck, P.K. Thomas. ed. Mechanisms of Repair after Traumatic Injury. Philadelphia: Elsevier Saunders. pp. 1403–1433.
[IKLAN]
Klik pada gambar di bawah ini untuk mendapatkan CoEnzyme Q10 50mg keluaran dari Nutriforte.
assalamualaikum…
saya juga turut bersimpati kepada ibu muda itu, saya kat sini bukan nak promote barang atau menjual..
cuma ingin menolong..
saya syorkan kepada ibu muda itu gunakan rawatan alternatif “CERAGEM”.
Assalamualaikum…
Terima kasis atas info yang amat berguna ini. Saya memang mengalami masalah yang sama semasa kandungan kedeua ini selepas melakukan pembedahan apabila melahirkan anak pertama saya.