SAYA PENGAMAL UBAT ANTI-KOLESTROLE STATIN. PERLUKAH SAYA AMBIL SUPLEMEN CO-ENZYME Q10?
Soalan: Doktor telah memberikan saya ubat simvastatin untuk menurunkan kolesterol saya. Setelah enam bulan, keadaan saya bertambah baik, tetapi saya mengalami rasa sakit badan, dan kadangkala berasa dada. Saya mendengar bahawa jika kita mengambil ubat anti-kolestrol statin, kita perlu mengambil CoQ10 untuk mencegah masalah keradangan otot. Adakah itu benar?
Jawapan: Terdapat bukti klinikal yang menunjukkan bahawa CoQ10 dapat membantu, sama ada untuk mengelakkan atau merawat masalah keradangan otot akibat penggunaan ubat anti-kolestrol statin .
Co-enzyme Q10 juga dikenali sebagai ubiquinone adalah coenzyme yang membantu otot menghasilkan tenaga yang diperlukan apabila kita melakukan kerja.
Tanpa tahap co-enzyme Q10 yang mencukupi, otot kita akan mengalami keradangan dan tidak mendapatkan tenaga secukupnya. Otot tubuh berada sakit dan kita mengalami kepenatan.
Sesetengah kajian telah menyarankan bahawa kesan sampingan statin ini dapat dikurangkan dengan pengambilan sejumlah Co-enzyme Q10 dalam bentuk suplemen. Ini kerana semakin kita berusia lanjut, tubuh kita tidak mampu menghasilkan sejumlah co-enzyme Q10 yang secukupnya.
Tahap Co-enzyme Q10 yang berkurangan dalam tubuh akibat peningkatan usia, diburukkan lagi dengan pengambilan ubat anti-kolestrol statin boleh menyumbang kepada masalah ini.
Jadi, sesetengah doktor percaya dan mengesyorkan pengambilan suplemen Co-enzyme Q10 kepada jika diberikan ubat anti-kolestrol statin bagi mencegah rasa sakit otot dan rasa cepat letih.
Dalam kajian klinikal, tidak semua kajian menunjukkan bahawa statin mempengaruhi tahap CoQ10 dalam tisu otot itu sendiri. Oleh itu tidak semua pesakit tidak mengalami kesan sampingan ini.
Selain itu terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan suplemen Co-enzyme Q10 tidak membantu pesakit yang mengambil ubat anti-kolestrol statin. Ini kerana kajian ini dilakukan pada sejumlah orang yang terhad dan dos yang rendah diberikan. Hanya beberapa kajian jangka masa yang pendek telah dilakukan.
Dalam kajian klinikal yang lain pesakit yang mengalami sakit otot akibat pengambilan ubat anti-kolestrol statin, menunjukkan selepas 30 hari, mereka yang menerima suplemen Co-enzyme Q10 mengalami pengurangan yang signifikan dalam kesakitan otot berbanding dengan pesakit yang tidak mengambil co-enzyme Q10.
Jadi menggunakan suplemen Co-enzyme Q10 sebagai langkah pencegahan, adalah langkah terbaik untuk pesakit yang mengambil ubat anti-kolestrol statin dan mengalami sakit otot.
Pada masa yang sama, pengambilan Co-enzyme Q10 adalah tidak berbahaya.
Jadi, jika pesakit berminat mencuba, dan mampu membiayainya, kebanyakan doktor tidak akan membantah.
Semoga bermanfaat.
Rujukan:
Banach M, Serban C, Sahebkar A, et al. Kesan Coenzyme Q10 pada Myopathy disebabkan oleh Statin: Meta-analisis Ujian Terkawal Rawak. Mayo Clin Proc 2015; 90:24.
[IKLAN]
Klik pada gambar di bawah ini untuk mendapatkan CoEnzyme Q10 50mg keluaran dari Nutriforte.