Paraben dalam Produk Kosmetik dan Penjagaan Diri

PARABEN DALAM PRODUK PENJAGAAN DIRI

Parabens adalah sebatian kimia yang banyak digunakan sebagai pengawet dalam industri penjagaan diri dan keluarga. Ia adalah dari sumber sintetik.  Ia lebih murah dan menjadikan produk itu tahan lebih lama.

Paraben yang natural boleh diperolehi dari makanan terutama dari buah-buahan berry.

Antara jenis-jenis parabens adalah:

methylparaben

ethylparaben

propylparaben

butylparaben

isobutylparaben

isopropylparaben

Mengapa pengawet dimasukkan ke dalam produk-produk ini? Pengawet digunakan untuk menghalang kulat dan bakteria membiak dalam produk yang disediakan. Ia akan mengekalkan kestabilan formulasi produk tersebut. Tanpa pengawet, produk-produk ini harus diletakkan di dalam peti sejuk.

Mengapa ada sesetengah produk mengandungi lebih dari satu jenis paraben? Ini kerana setiap jenis paraben bertindak aktif menghentikan pembiakan kulat dan bakteria tertentu. Dengan mencampurkan beberapa jenis paraben, ia melindungi produk itu dari pelbagai jenis kulat dan bakteria.

Parabens selalunya tidak menyebabkan alahan kulit berbanding dengan beberapa jenis pengawet yang lain. Pengawet lain boleh menyebabkan kulit menjadi ruam dan gatal akibat masalah alahan ini (contact dermatitis).

Namun begitu banyak pengeluar produk penjagaan bayi tidak lagi menggunakan paraben bagi meningkatkan mutu pengeluaran produk mereka.

Perlukah kita risau berkenaan dengan paraben? Parabens boleh bertindak seperti hormone wanita, oestrogen dalam tubuh kita. Jika berlebihan, ia dibimbangi akan menyebabkan masalah kesihatan di masa akan datang. Peningkatan tahap oestrogen yang tinggi dalam badan, boleh menyebabkan beberapa jenis kanser.

Namun perlu diketahui juga, kesan paraben yang bertindak sebagai oestrogen ini sangat rendah. Beribu atau berjuta kali lebih rendah berbanding dengan kesan oestrogen yang natural. Apatah lagi jika ia digunakan dalam kuantiti yang sedikit.

Belum banyak kajian berkaitan dengan kesan paraben terhadap wanita yang hamil dan bayi yang masih dalam rahem. Namun apa yang mungkin kita boleh jangkakan ialah jika ada kesan buruk paraben,  kesan itu lebih dirasakan oleh bayi berbanding dengan orang dewasa.

Bayi lebih banyak menyerap paraben jika produk penjagaan diri yang mengandungi paraben diletakkan pada bahagian kelengkang untuk menghilangkan ruam (nappy rash). Ini disebabkan oleh kulit yang mempunyai ruam lebih mudah menyerap paraben kerana lapisan luar kulit telah rosak dan ‘bocor’.

Di Eropah dan Amerika Syarikat, terdapat peraturan yang menghadkan kuantiti  parabens yang harus berada di dalam setiap produk kosmetik. Ini menjadikan produk mereka lebih selamat.

Di Denmark, beberapa jenis paraben seperti propylparaben dan butylparaben diharamkan untuk dimasukkan ke dalam mana-mana produk kecantikan dan penjagaan diri.

Walau bagaimana pun ramai saintis yang menganggap bahawa penggunaan paraben dalam kuantiti yang kecil selamat digunakan untuk orang dewasa tetapi bukan untuk bayi. Paraben adalah pengawet yang telah 80 tahun digunakan dan merupakan pengawet yang paling selamat berbanding dengan pengawet yang lain.

Ini kerana kesan paraben seribu hingga sejuta kali lebih rendah berbandingkan dengan hormone natural oestrogen dalam tubuh atau oestrogen sintetik dalam pil-pil hormon.  Maknanya kesan kemudaratannya sangat kecil.

Namun bagi mereka yang sensitif, contohnya pernah mengalami kanser payudara atau kanser yang melibatkan sistem peranakan (seperti rahem dan ovari) atau mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah yang sama, saya mencadangkan elok mengelakkan diri dari menggunakan produk-produk sebegini.

Cuba cari produk-produk yang tidak mengandungi bahan paraben, terutama untuk kegunaan bayi atau ketika sedang hamil.

Periksa label pada produk sebelum membeli.

Semoga bermanfaat.

[IKLAN]

Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak yang mengambil  Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengecutkan rahem ke saiz asal dan merawat kecederaan dalaman semasa melahirkan anak.  Mereka juga digalakkan diambil bersama vitamin C dan vitamin E.

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu juga dicadangkan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah (dalam dos yang sesuai) bersama vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM, Vitamin C dan Natrieo dengan klik di sini.

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer.

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!