Koleksi Artikel

MAKAN BARLI PENGGANTI NASI

MAKAN BARLI PENGGANTI NASI   Nasi adalah makanan ruji orang Melayu di Malaysia. Ramai yang tidak nampu untuk meninggalkan nasi. Dalam ceramah kesihatan, saya mencadangkan bagi pesakit metabolik seperti pesakit diabetes, hiperkolestrolemia dan hipertensi, agar menukarkan nasi dari beras putih kepada beras perang atau beras rebus (parbolied). Ini kerana beras putih mempunyai nilai GI yang terlalu tinggi berbanding dengan beras yang saya sebutkan tadi. Mengambil barli dalam makanan dikatakan amalan sunnah. (Maaf saya tidak jumpa hadis yang berkaitan). Namun apa yang terbukti, pengambilan barli sangat baik untuk kesihatan. Ia mampu mencegah dan merawat penyakit. Sebagai contoh untuk sarapan, boleh campurkan …

Read More »

MENGAPA MENGANTUK SELEPAS MAKAN?

Hormon melatonin adalah hormon yang menyebabkan kita berasa mengantuk dan hormon serotonin menyebabkan kita berasa tenang. Kedua-dua hormon ini penting untuk memulakan rasa mengantuk untuk tidur. Ada beberapa makanan yang merangsangkan penghasilan hormon-hormon ini. Jadi kita rasa lebih mengantuk jika makanan di makan pada waktu tengah hari. Setengah individu mungkin berasa sedikit mengantuk. Manakala setengah individu yang lain mungkin memerlukan tidur sebentar kerana terlalu mengantuk. 1. NASI PUTIH Nasi putih adalah karbohidrat yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi. Ini bermakna penyerapan gula dengan cepat dan merangsangkan pengeluaran insulin dengan banyak. Kedua-dua gula dan insulin merangsangkan penggunaan asid amino tryptophan untuk …

Read More »

TEMBIKAI MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH

TEMBIKAI MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH     Menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), satu dari empat orang di Malaysia berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah, samada pre-hipertensi atau sudah mengalami hipertensi. Kebanyakan mereka tidak didiagnosakan, tidak dirawat atau tidak mengetahui mereka mempunyai masalah ini. Ada beberapa makanan yang dapat menurunkan tekanan darah, jika diambil bersama diet yang sihat. Antaranya air tembikai. Air Tembikai adalah air yang manis berGI tinggi, tetapi mempunyai nilai karbohidrat yang rendah. Jadi secara keseluruhan, nilai Kandungan Glisemik (Glysemic Load, GL) adalah rendah. Jika ingin minum air tembikai, saya cadangkan jangan ditambah gula kerana ia …

Read More »

KERACUNAN GAS KARBON MONOKSIDA DALAM KERETA

    Setiap tahun ada saja kes kematian berlaku di dalam kereta. Selalunya mangsa terlalu penat memandu, atau mengantuk, lalu rehat dan tertidur di dalam kereta dengan enjin yang masih hidup. Cermin tidak diturunkan dan penghawa dingin dibuka.   Kes-kes begini berlaku akibat keracunan gas karbon monoksida yang masuk kedalam kereta ketika enjin kereta masih hidup.   Ada beberapa punca bagaimana gas ini dapat memasuki ke dalam kereta. 1. Terdapat rongga-rongga pada badan kereta sehingga menyebabkan gas ini masuk secara perlahan-lahan. 2. Masalah pada bahagian ekzos yang menyebabkan lebih banyak gas ini dihasilkan.   Yang terbaharu kes di mana 4 …

Read More »

BAHAYA MAKAN SOSEJ UNTUK ANAK-ANAK

BAHAYA MAKAN SOSEJ UNTUK ANAK-ANAK Dalam banyak ceramah saya mengenai kesihatan, selalu saya ingatkan pada ibubapa terhadap makanan yang diberikan kepada anak-anak. Saya faham keadaan ibubapa yang sibuk dan tergesa-gesa menyiapkan anak ke sekolah. Ada di antara kita sebagai ibubapa yang menyediakan sosej sebagai sarapan pagi atau bekalan makanan ke sekolah kerana ia mudah disediakan. Ia boleh digoreng, direbus, dipanaskan dengan mikrowave dan ketuhar. Secara purata anak-anak memakan antara 3-5 batang sosej yang disediakan oleh ibubapa mereka. Sering memberikan sosej pada anak-anak bersarapan bukanlah suatu amalan yang bagus. Dalam banyak kajian dibuat, sosej tidak memberikan sebarang nutrisi, kecuali daging dan …

Read More »

BAHAYA TIDUR DALAM KERETA, BUKAN SETAKAT KERACUNAN GAS KARBON MONOKSIDA

  Kita sering diberitahu bahawa tidur dalam kereta boleh menyebabkan kematian akibat keracunan gas karbon monoksida. Tetapi ia juga boleh disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen di dalam kereta.   Apabila kita buka penghawa dingin dan menaikkan semua tingkap kereta, menyebabkan udara dalam kereta hanya beredar dalam kereta. Tiada sumber oksigen dari luar.   Tahap oksigen akan semakin berkurang apabila kita bernafas. Sekiranya kita berada lama berada dalam kereta, tahap oksigen makin berkurang. Apatah lagi jika terdapat lebih dari seorang berada dalam kereta tersebut. Semakin ramai, semakin cepat tahap oksigen akan berkurangan.   Apabila tahap oksigen berkurangan kepada tahap 75-80% sahaja, …

Read More »

BARANG YANG TIDAK PERLU DISIMPAN DALAM PETI SEJUK

      BARANG YANG TIDAK PERLU DISIMPAN DALAM PETI SEJUK   Kita selalu meletak hampir semua barang dan makanan yang kita beli ke dalam peti sejuk. Kadang kala ia boleh merosakkan kualiti bahan makanan itu. 1. Bawang Menyimpan bawang di dalam petisejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.   2. Kentang Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar peti sejuk dalam keadaan kering.   3. Sos Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa …

Read More »

BATU DALAM PUNDI HEMPEDU

  Batu dalam pundi hempedu juga dikenali sebagai batu hempedu. Ia ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan kepadatan.   Batu hempedu terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam cecair hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair hempedu yang disimpan dalam pundi hempedu. Ia ‘mendak’ dan membentuk batu kecil.   Lama-kelamaan ia menjadi semakin besar atau semakin banyak. Batu hempedu boleh terperangkap sepanjang saluran hempedu apabila ia keluar dari pundi hempedu.   PUNCA-PUNCA   Antara faktor yang menyebabkan batu hempedu adalah :   1. Jantina. Wanita lebih berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Apatah lagi …

Read More »

SESEKALI ELOK MAKAN NANAS

SESEKALI ELOK MAKAN NANAS Nanas adalah buah tempatan yang terbaik. Ia bermanfaat pada tubuh kerana nanas sarat dengan vitamin C, thiamine, sebatian bromeline dan manganese.   Sepotong nanas mengandungi 80-100 Cal bergantung sama ada ia sudah masak atau tidak.   Vitamin C dalam nanas sangat bagus untuk hapuskan lendir dan kahak pada dinding tekak. Ia bagus untuk cantikkan kulit.   Sebatian bromelain dalam nanas dapat mengurangkan tahap keradangan dalam tubuh. Ia bagus untuk pesakit osteoarthritis, menurunkan berat badan dan menghalang berlakunya penyakit alzheimer.   Fiber dalam nanas bagus untuk kesihatan usus dan bertindak sebagai prebiotik.   Mineral manganese pula sangat …

Read More »

UBAT-UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TERUK

UBAT-UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TERUK   Orang ramai boleh mengalami alahan kepada mana-mana ubat, akan tetapi terdapat sebahagian ubat yang lebih kerap menyebabkan alahan berbanding ubat-ubatan lain.   Antibiotik merupakan punca alahan yang paling kerap dikaitkan dengan alahan ubat. Baru-baru ini, ubat kemoterapi dan antibodi monoklonal juga dikatakan mendorong tindak balas anafilaksis.   Berikut adalah senarai ubat-ubatan yang paling kerap dikaitkan dengan alahan (atau bukan alahan dalam beberapa kes):   1. PENICILLIN . Kira-kira 1 dalam 10 orang melaporkan bahawa mereka mempunyai sejarah “alahan” kepada penicillin. Namun demikian, kurang daripada 10% individu yang berfikir bahawa mereka alah kepada penicillin. …

Read More »

APA ITU SELAPUT PTERYGIUM PADA MATA PUTIH?

  Selaput putih boleh muncul secara tiba tiba pada permukaan mata putih.   Pada peringkat awal ia mungkin menyebabkan rasa tidak selesa dan gatal pada mata, mata menjadi merah, dan akhirnya pemandangan kabur.   Selaput ini dinamakan pterygium. Ia merupakan membran mukosa yang menyelimuti bahagian bola mata putih dan menuju ke anak mata (cornea).   Ia tidak berbahaya, cuma akan mengganggu pemandangan apabila ia matang. Pembedahan kecil untuk membuangnya perlu dilakukan pada masa itu.   Tiada penyebab punca yang diketahui. Ahli saintis berpendapat mungkin akibat rangsangan terdedah pada sinaran ultraviolet yang berlebihan. Selain itu, mungkin terdedah pada jangka masa yang lama …

Read More »

SUP AYAM SANGAT BAIK UNTUK PESAKIT DEMAM SELSEMA

SUP AYAM SANGAT BAIK UNTUK PESAKIT DEMAM SELSEMA . . Sup ayam yang panas adalah hidangan yang boleh dibuat dengan mudah di rumah dan sangat baik diberikan kepada anak yang mengalami demam dan selsema. . Saya mencadangkan agar tidak perlu gunakan minyak untuk menumis bahan-bahan tumisan. Hanya masukkan bahan tumisan dalam air yang medidih dalam periuk, bersama ayam yang telah dipotong dan herba-herba yang lain. Potongan daging ayam sendiri akan menghasilkan minyak yang berkhasiat di dalam sup itu. . Dalam 2000, para saintis di University of Nebraska Medical Center mengkaji kesan tindakbalas sup ayam kepada kesan keradangan (inflammatory response). Mereka …

Read More »

TIPS MUDAH MENGIMBANGKAN SEMULA HORMON DALAM TUBUH WANITA

Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon hingga menyebabkan kitaran haid tidak menentu, emosi yang tidak stabil, rambut keguguran, kulit menjadi berkedut dan kering, muka menjadi kusam dan mudah rasa penat. Pengambilan pil hormon tidak membantu kerana ia hanyalah suatu langkah bersifat sementara. Apabila berhenti pengambilan pil hormon, kita mengalami masalah yang berulang yang sama. Yang terbaik adalah kita membantu tubuh kita mencapai keseimbangan ini dari dalam tubuh. Selalunya bila kita bercakap tentang ketidakseimbangan hormon, tahap hormon estreogen yang terlalu tinggi. Estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab terhadap ciri ciri kewanitaan seperti keanjalan kulit, menstabilkan emosi, menjaga kesihatan rambut, kitaran haid …

Read More »

MENANGANI MASALAH ANGIN DALAM BADAN

Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman. Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari. Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup manakala gejala yang dialami antara individu itu mungkin sama, tetapi punca sebenar masalah pula berbeza. Masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa …

Read More »

BAHAYA MINUM MINYAK ZAITUN MENGGUNAKAN SUDU DAN TERUS MASUK KE MULUT

Saya tertarik dengan pendapat sesetengah orang, termasuk para ustaz dan doktor yang mengatakan bahaya mengambil minyak zaitun terus ke dalam mulut menggunakan sudu. Mereka berpendapat, minyak zaitun harus dicampur dalam makanan dan tidak boleh diminum terus ke mulut. Menurut perspektif sains, tiada banyak bezanya antara ambil minyak zaitun dalam makanan dengan minyak zaitun dimakan terus. Malah tiada bahaya jika diambil terus. Paling teruk pun kita rasa pedih tekak sekejap kerana rasanya kelat dan kita tak biasa. Minum air kosong untuk bilas minyak zaitun yang diminum. Bagi orang tinggal di kawasan Mediterranean, minum minyak zaitun sudah menjadi kebiasaan. Tiada yang mengalami …

Read More »

KESAN PENYAKIT DIABETES PADA KESUBURAN LELAKI

KESAN PENYAKIT DIABETES PADA KESUBURAN LELAKI   Ramai yang mengetahui bahawa penyakit kencing manis atau diabetes mellitus adalah penyakit yang progresif (bermakna keadaannya akan menjadi semakin teruk jika tidak dikawal dengan baik). Ini kerana tahap gula yang tinggi akan merosakkan organ dalaman secara senyap dengan cara merosakkan saluran darah sehingga mengganggu bekalan darah ke organ penting itu. Ada dua mekanisme yang berlaku. Pertama, ia akan menyebabkan seorang lelaki itu akan mengalami mati pucuk (atau Erection Dysfunction) setelah 5-10 tahun mengalami diabetes. Kedua, banyak kajian juga menunjukkan tahap gula yang tinggi menyebabkan kerosakan DNA pada sperma. Jadi bagaimana pesakit diabetes dapat …

Read More »

MINYAK ZAITUN UNTUK ANAK-ANAK. KESIHATAN DAN KEBARAKAHAN

  MINYAK ZAITUN UNTUK ANAK-ANAK. KESIHATAN DAN KEBARAKAHAN   Anak-anak saya berusia 6 tahun hingga 17 tahun. Semuanya lelaki. Kalau anak lelaki tahu sajalah, bagaimana aktiviti lasak mereka. Baik yang kecil atau yang besar. Kita sebagai ibubapa kadang kala tercabar kesabaran kita. Saya banyak buat “pekakkan telinga” dan “buat tak nampak” kalau anak-anak menjerit, pecahkan barang atau bergaduh sesama sendiri. Bila sudah reda sedikit, baru uruskan perkelahian mereka. Kalau tidak boleh dapat serangan sakit jantung, sekurang-kurangan dapat masalah penyakit tekanan tinggi. Nauzubillah.. Teringat masa zaman kita kecil. Dulu kita pun sama. Saya bergurau dengan adik saya Zahari Ahmad sampai pecah …

Read More »

INGIN HAMIL SEMULA SETELAH SEPULUH TAHUN

  “Assalammualaikum doktor. Saya ingin bertanya mengenai ubat subur Clomid 50mg. Saya tidak merancang kehamilan sudah 10 tahun dan sekarang saya berusaha untuk hamil. Kitaran haid saya tiada masalah. Dalam tempoh 3 bulan ini saya ada buat ujian kesuburan menggunakan strip. Dalam sebulan cuma 2-3hari subur. Double line pun samar-sama. Adakah saya boleh untuk mengambil ubat clomid? Tinggi 146Berat 70kg Kelahiran pertama 2007 normalKelahiran kedua 2010 (ceaser) terbelit tali pusat. Apakah pandangan doktor. Terima kasih.”   WAALAIKUMUSSALAM.   Clomid adalah ubat hormon sintetik yang merangsangkan pengeluaran telur ovum. Ini bermakna wanita yang mengalami masalah kesuburan akibat tidak mengeluarkan telur dicadangkan …

Read More »

MINUM KOPI BOLEH MENYEBABKAN TAHAP KOLESTROL YANG TINGGI?

      MINUM KOPI BOLEH MENYEBABKAN TAHAP KOLESTROL YANG TINGGI?   Kebanyakan kita minum kopi setiap pagi. Tetapi bolehkah kopi yang kita minum meningkatkan kolestrol dalam tubuh kita?   Kopi O yang kita minum selalunya tidak ada mengandungi kolestrol. Namun begitu ada beberapa jenis kopi boleh meningkatkan tahap Low-Density Lipoprotein (LDL) atau kolestrol jahat. Antaranya French press coffee, Turkish coffee dan espresso.   Peningkatan tahap LDL atau kolestrol jahat dalam tubuh boleh menyebabkan penyumbatan saluran darah. Sementara peningkatan High-Density Lipoprotein (HDL) atau kolestrol baik, bagus untuk tubuh.   Tetapi jumlah kolestrol jahat dalam kopi O walaupun dari jenis yang …

Read More »

BOLEHKAH ANTIOKSIDA MENINGKATKAN SISTEM IMUNITI KITA?

Antioksida adalah suatu perkataan yang selalu digunakan bila kita membicarakan soal kesihatan dan kesejahteraan (wellness). Memang ada banyak kajian sains yang membuktikan bahawa antioksida mampu ‘melawan serangan’ radikal bebas yang menyerang dan merosakkan struktur DNA, sehingga ia menyebabkan penyakit kronik non-communicable disease dan sesetengah penyakit kanser tertentu. Terutamanya apabila melibatkan organ tertentu seperti kulit, mata, jantung, hati, saraf dan otak, dan ginjal.    Bagaimana antioksida dapat membantu? Tubuh kita menghasilkan radikal bebas apabila kita menjalani fungsi tubuh yang normal. Tetapi jumlahnya sedikit. Ia dapat ditangani dan dikawal dengan mudah. Makanan yang kita makan menghasilkan sejumlah antioksida yang cukup untuk mengawal …

Read More »

MAKANAN YANG MENINGKATKAN DAYA TAHAN DIRI

  MAKANAN YANG MENINGKATKAN DAYA TAHAN DIRI   Dalam kita mengalami wabak jangkitan virus, terutama virus corona COVID-19, banyak langkah pencegahan yang disarankan. Antaranya penjarakan fizikal, memakai penutup hidung dan mulut, mencuci tangan dengan sabun dan menggunakan cecair pembersih (sanitizer) jika tiada sumber air yang berdekatan. Namun kaedah ini dinamakan pencegahan luaran. Selain itu, saya mencadangkan aspek pencegahan dalaman iaitu meningkatkan sistem daya tahan (imuniti tubuh).    Banyak cara kita meningkatkan sistem daya tahan tubuh. Selalunya saya rangkumkan dalam konsep gaya hidup yang saya sebutkan sebagai Gaya Hidup A’Afiyat. Ia merangkumi soal pemakanan (diet), pengambilan air yang mencukupi, tidur yang …

Read More »

BAHAYA MAKAN NASI?

      BAHAYA MAKAN NASI?       Ramai orang keliru tentang nasi yang menjadi makanan ruji orang Asia Tenggara.     1. Nasi tidak bahaya kerana ia adalah makanan sumber karbohidrat yang memberikan tenaga.     2. Jumlah yang diperlukan bergantung pada keperluan kita. Jika kita bekerja menggunakan banyak tenaga, ambillah nasi secukupnya. Jika kita bekerja di ofis, hadkan pengambilan nasi dan banyakkan sayur, buah dan ulam.     3. Ada yang kata, kalau tak makan nasi, kita tak bertenaga. Rasa letih. Jangan risau. Selain dari nasi, karbohidrat (sumber tenaga yang cepat) juga didapati dari sayur, buah, protein …

Read More »

BAHAYAKAH POLIP?

Polip adalah ketumbuhan abnormal yang boleh berlaku di mana saja dalam tubuh kita. Ia boleh tumbuh sendiri atau berkelompok. Ada beberapa polip yang tidak bahaya dan ada juga yang bersifat ganas, dan boleh berubah menjadi kanser. Secara mudah, terdapat dua jenis polip, hiperplastik dan adenoma. Jenis hiperplastik umumnya tidak berisiko untuk kanser. Sementara jenis adenoma pada usus besar pula boleh berubah menjadi kanser. Namun tidak semua kes polip adenoma menjadi kanser walaupun berada dalam usus besar. Oleh setiap kes polip harus diperiksa di bawah mikroskop. Pemeriksaan ini dapat untuk membezakan antara polip hiperplastik dan adenomatosa. Kebanyakan polip muncul di dalam …

Read More »

MASALAH YANG MUNGKIN BERLAKU KETIKA MENGURUSKAN PEMAKANAN MELALUI TIUB

Bagi ibubapa yang mengalami stroke yang besar, mereka tidak mampu menguruskan diri sendiri. Malah mereka mungkin tidak mampu menelan. Mereka memerlukan bantuan tiub yang dimasukkan melalui hidung ke dalam perut untuk mendapat bekalan makanan. Makanan yang dicadangkan adalah susu khas yang penuh dengan nutrien.   Antara masalah yang sering timbul adalah:   1. Tiub makanan tersumbat. Ini disebabkan tiub makanan tidak dibersihkan. Cara membersihkan tiub ini adalah dengan mengalirkan 20-30 ml air kosong sebelum dan selepas pemberian susu atau ubat. Hancurkan ubat sehingga lumat dan cairkan dalam air sebelum diberi melalui tiub. Ubat diberi berasingan & tidak boleh dicampurkan dengan …

Read More »

MENJAGA PUNDI KENCING SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

MENJAGA PUNDI KENCING SELEPAS MELAHIRKAN ANAK Masalah pundi kencing semasa hamil, melahirkan anak dan semasa dalam pantang kerap berlaku. Dianggarkan 20% wanita yang sedang dalam pantang (selepas melahirkan anak) mengalami masalah ini. Semasa hamil, terdapat peningkatan hormon progestrone dalam tubuh yang menyebabkan otot pada pundi kencing akan lebih rehat dan mengendur. Ia berlanjutan sehingga masa selepas melahirkan anak dan beberapa minggu dalam masa pantang. Masalah pundi kencing yang tidak berfungsi sebaiknya ini lebih mudah berlaku pada ibu yang pertama kali hamil dan melahirkan anak, mempunyai masalah punding kencing sepanjang kehamilan atau mengalami masalah kesukaran melahirkan anak. Penggunaan teknik tambah semasa …

Read More »

TUBUH KITA MEMERLUKAN AIR

    “Doktor saya bukan tidak suka minum air. Saya tidak suka pergi bilik air banyak kali” tanya seorang peserta dalam sebuah perkongsian yang dianjurkan oleh Olive House.   Kita semua sedar, kita memerlukan air untuk tubuh kita. Namun masalah buang kecil yang terlalu kerap akibat minum iar yang menyebabkan kita terpaksa menghadkan pengambilan air seharian, sehinggakan kadang kala tidak mencukupi.   Secara amnya tubuh kehilangan antara 5-8 gelas air setiap hari. Ia perlu diganti dengan minum air kosong secukupnya.   “Makcik suka banyak kali pergi ke bilik air atau pergi banyak kali ke hospital ?” saya tanya semula sambil …

Read More »

MENGAPA SAYA MENGAMBIL MINYAK ZAITUN SETIAP HARI

MENGAPA SAYA MENGAMBIL MINYAK ZAITUN SETIAP HARI Ada rakan doktor yang bertanya saya, kenapa saya mengambil minyak zaitun sesudu pagi dan sesudu malam. Padahal mengambil minyak dalam makanan adalah sesuatu yang kontroversial dalam ilmu perubatan moden. Rakan saya seorang doktor berusia 50an. Mempunyai penyakit diabetes dan kolestrol yang tinggi. Satu saluran darah koronari pada jantung telah tersumbat. “Kau fikir bagaimana?” tanya saya semula. Biasalah rakan baik, kami ber-kau dan aku saja. “Entahlah. Sungguh pun kita ni doktor tapi kita juga diuji dengan penyakit. Sudah lama makan ubat tapi belum mencapai tahap kesihatan yang bagus” jawab beliau. “Jadi kau nak tahu …

Read More »

SETIAP PENYAKIT ADA UBAT DAN PENAWARNYA

Selama ini kita lupa bahawa setiap manusia akan diuji. Ujian diberikan bukan untuk menyusahkan kita tetapi untuk mengingatkan kita dan memberikan pahala untuk kita (di samping meningkatkan derajat kerohanian kita). Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT tidak akan terlepas daripada terkena ujian. Antara ujian yang diberikan adalah ujian dengan datangnya penyakit. Dengan datang penyakit, kita akan berasa sakit dan akhirnya kita menemui kematian. Allah SWT mengingatkan kita dalam surah al Mulk ayat ke 2. الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلً Maksudnya: “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu …

Read More »

KEKELIRUAN TERHADAP MINYAK ZAITUN

KEKELIRUAN TERHADAP MINYAK ZAITUN Baru-baru ini berdesup pertanyaan mengenai perkongsian seorang yang terkenal, katanya minyak zaitun tidak boleh diambil terus ke dalam mulut menggunakan sudu. Info itu pula bukan info yg didapati secara sahih, tetapi didengar dari seorang penceramah. Kononnya bahaya ambil minyak zaitun terus masuk ke dalam mulut, kerana boleh menyebabkan penyakit kegagalan ginjal. Saya cuma nak tanya, berapa org pesakit ginjal yg dikenalpasti akibat ambil minyak zaitun ke dalam mulut? Paling kurangkan laporan-laporan testimoni yang menyokong kenyataan ini iaitu pengakuan seorang mengalami penyakit ginjal selepas ambil minyak zaitun masuk ke dalam mulut. Kenapa yg lain ambil minyak zaitun tak …

Read More »

BERSEDEKAH SEBAGAI USAHA PENGUBATAN

BERSEDEKAH SEBAGAI USAHA PENGUBATAN     Dalam masyarakat kita,terdapat ramai yang memelukan bantuan kewangan. Selain daripada membayar zakat yang wajib bagi kita, Nabi SAW juga menggalakkan kita banyak bersedekah.  Ikhtiar untuk mendapatkan kesembuhan dari penyakit juga dengan cara perbanyakkan sedekah.   Nabi SAW bersabda: “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.” (HR. Abu Dawud, At Thabarani dan Al Baihaqi, dihasankan oleh Syaikh Al-AlBani dalam Shahihul Jami’).   Ketika mengulas hadis ini, Syaikh Abdullah Al-Jibrin rahimahullah berkata, “Maknanya bahwa sedekah adalah cara pengubatan yang bermanfaat dan berguna untuk menyembuhkan orang yang sakit serta meringankan rasa sakit (yang dialami), hal …

Read More »

KADAR METABOLISME RENDAH MENYEBABKAN KITA SUKAR KURUS DAN TIDAK SIHAT

Ramai yang mengadu mereka sukar menurunkan berat badan. Ada juga yang mengadu berat badan mereka tidak lagi menurun setelah kehilangan 5kg atau 10kg dari berat asal. Apa sebenarnya yang terjadi?   Saya menjawab “Mungkin kadar metabolisme atau basal metabolic rate (BMR) telah menjadi rendah. Ini mungkin yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk menurunkan berat badan.”   Seperti mana yang kita tahu bahawa BMR adalah kadar penghasilan tenaga dalam badan kita ketika kita rehat dan tidur yang mana ia dikawal oleh enzim dan hormon. Ini bermakna ketika kita rehat dan tidur, tenaga dihasilkan dan digunakan dalam jumlah yang tetap bagi menggerakkan …

Read More »

TIPS MELEGAKAN MASALAH SEMBELIT SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Wanita yang baru melahirkan anak, kerap mengalami masalah sembelit untuk beberapa hari. Selalunya ketika masih berada di hospital, doctor akan memberikan enema bagi mengurangkan masalah ini. Enema adalah bahan selalunya berbentuk cecair yang dimasukkan ke dalam rectum (usus besar) untuk mengeluarkan najis. Jika semasa proses melahirkan anak, seorang wanita diberikan ubat tahan sakit atau suntikan bius pada tulang belakang, usus akan berfungsi dengan lebih perlahan dan ini menyebabkan lebih mudah mendapat masalah sembelit. Begitu juga jika mengambil pil zat besi (untuk menambahkan sel-sel darah merah) semasa hamil, ia boleh menyebabkan sembelit untuk beberapa lama. Koyakan yang teruk semasa melahirkan anak …

Read More »

RASA KEBAS PADA JARI SEBELAH TANGAN KIRI

“Assalamualaikum doktor. Saya berusia 28 tahun. Saya mengalami masalah sakit tangan kiri sudah beberapa bulan. Saya sudah berjumpa dengan doktor di klinik swasta dan diberikan ubat sapu. Sakit ada hilang dan kemudian datang balik. Rasa sakit itu bukan seperti kebas tetapi lebih kepada rasa lenguh2 dan adakalanya terasa semut2 di pangkal tangan dan hujung jari. Saya juga kadangkala rasa sakit di bahagian dada kiri tetapi sakit itu tidak melibat keseluruhan bahagian dada. Sakit itu rasa seperti dicubit sedikit tetapi dalam jangka masa yang sangat singkat dalam beberapa saat sahaja. Saya tidak mengalami sesak nafas pun. Nafas seperti biasa juga. Saya …

Read More »

BENARKAH BAYI YANG DILAHIRKAN SECARA CAESAREAN LEBIH MUDAH MENDAPAT ASMA?

          BENARKAH BAYI YANG DILAHIRKAN SECARA CAESAREAN LEBIH MUDAH MENDAPAT ASMA?       Banyak pendapat pakar perubatan sekarang yang bersetuju bahawa bayi yang dilahirkan secara pembedahan Cesarean mempunyai perbezaan berbanding dengan bayi yang dilahirkan secara normal.     Walaupun isu ni masih lagi dalam perbahasan, tetapi banyak kutipan data yang menunjukkan bayi yang dilahirkan secara normal tidak mudah mendapat asma dan jangkitan usus berbanding dengan bayi yang dilahirkan secara pembedahan Cesarean.     Antara kajian itu adalah kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis di Wellcome Sanger Insitute, University of Birmingham.     Mereka mengatakan bahawa …

Read More »

SUAMI PERLU BANTU ISTERI KETIKA RASA SAKIT MELAHIRKAN ANAK

    Sebagai suami, kita tidak akan faham penderitaan isteri yang melahirkan anak kita. Tidak kira lahir secara normal atau pembedahan caesarean. Kedua-duanya sama sakit.     Kita orang lelaki bila rasa sakit perut, sudah tak tahan dan mengamuk. Ada yang menjerit-jerit macam dicucuk pisau. Apatah lagi sakit melahirkan anak. Suatu yang tidak boleh dibayangkan. Sedang isteri kita mengalami rasa sakit antara 3-12 jam.     Saya belum pernah dengar seorang ibu yang sedang menjalani proses melahirkan anak, bermaki hamun menahan kesakitan. Mereka bersabar, mengucapkan zikir dan bercakap yang baik-baik.     Jadi kita patut berterima kasih kepada isteri kita …

Read More »

Jangan Pandang Remeh Rasa Pening, Kebas dan Tidak Mampu Mengimbangkan Badan

  JANGAN PANDANG REMEH RASA PENING, KEBAS DAN TIDAK MAMPU MENGIMBANGKAN BADAN 4 MEI 2019 Pernah dengar penyakit Multiple Sclerosis (MS)?   Saya ada seorang pesakit 30an yang kerap mengadu pening dan lemah saraf. Bukan dia tak mampu memegang dengan kuat, tetapi deria rasa pegangan tangannya sangat lemah.   Bila memegang barang dia akan terlepas sebab dia tidak merasa apa yang dia pegang. Tetapi apabila disuruh menggenggam, beliau dapat menggenggam dengan kuat.   MS adalah masalah autoimmune yang kronik yang menyebabkan keradangan pada sistem saraf utama (otak). Sistem pertahanan tubuh menyerang tubuh terutama pada sarung saraf (myelin sheath) menyebabkan keradangan …

Read More »
error: Content is protected !!