“Assalamualaikum, doktor. Saya ingin bertanya. Rasa malu kerana soalan ini agak sensitif. Saya berusia 32 tahun sudah berkahwin 5 tahun dan mempunyai seorang anak. Pertanyaan saya adakah normal bagi saya hanya mampu melakukan hubungan seksual dengan isteri sekali seminggu? Berat badan saya normal dan saya tiada masalah kesihatan. Terima kasih” WALAIKUMUSALAM Setiap pasangan yang berkahwin dan bahagia mempunyai kadar bilangan hubungan intim yang berbeza. Secara amnya, bagi pasangan muda (berusia 35 tahun ke bawah) yang baru berkahwin 5 tahun ke bawah, kadar hubungan intim yang biasa dilakukan adalah dua kali seminggu. …
Read More »Koleksi Artikel
SETIAP PESAKIT ADA HAK TAHU NAMA GENERIK UBAT
Setiap pesakit ada hak untuk mengetahui nama generik ubat yang diberikan. Nama generik ubat adalah nama sebatian kimia (atau bahan aktif) yang ada ubat tersebut. Sebagai contoh, ‘Paracetamol’ adalah nama generik ubat, nama jenama mungkin berbeza-beza berbanding bergantung kepada nama yang diberikan oleh syarikat pengeluar. Parecetamol mungkin dijual sebagai “Umol”. Jadi bertanyalah kepada farmasi atau doktor yang memberikan ubat tersebut akan nama generik ubat yang diberikan. Semoga bermanfaat.
Read More »PERATURAN PENGAMBILAN UBAT
Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor dan farmasi haruslah diambil dengan cara yang betul. Hal ini mungkin mudah jika ubat yang diberikan hanya satu atau dua jenis. Tetapi ia mungkin mengelirukan jika ubat yang diberikan melebihi tiga jenis. Jadi perlu betul-betul faham cara pengambilan ubat selebum meninggalkan klinik atau farmasi. Dengar arahan yang diberikan dan fahamkan arahan yang ditulis pada sampul plastik ubat. Ini memastikan ubat-ubat itu memberikan kesan yang terbaik dan mengelakkan dari menerima kesan sampingan akibat berlebihan dos. Selalunya ubat dimabil mengikut arahan di bawah: 1. DENGAN PERUT KOSONG(SEBELUM MAKAN) Bermakna makan dengan perut kosong bagi mengelakkan interaksi antara …
Read More »PERNAFASAN BERBAU BUSUK
“Assalamualaikum Dr, saya ada anak berumur 4 tahun, nafas dia berbau. Dia tiada masalah gigi. Gigi anak saya cantik dan dia gemar menggosok gigi. Saya perasaan nafas die berbau sudah lama. Apakah punca yang menyebabkan masalah ini? Macam mana cara untuk atasi doktor? Nanti bila sudah bersekolah mesti dia malu dgn kawan-kawannya. Terima kasih doktor” Walaikumusalam. Pernafasan berbau busuk boleh berpunca dari mulut atau pernafasan seseorang. Selalunya ia disebabkan aktiviti pembiakan bakteria dalam mulut dan hidung yang menghasilkan komponen asid dan sulfur. Kebanyakan bakteria ini bersifat hiduptanpa oksigen dan hidup di …
Read More »NEPHROTIC SYNDROME DI KALANGAN KANAK-KANAK
Nephrotic Syndrome adalah satu keadaan di mana ginjal pesakit membenarkan tubuh kehilangan protein melalui air kencing. Ini akan menyebabkan tahap protein dalam darah menjadi rendah, seterusnya menyebabkan pembengkakan (oedema) di sekitar mata, dan pergelangan kaki. Punca penyakit ini tidak diketahui dengan jelas, berkemungkinan akibat tindakbalas autoimmune. Rawatan yang diberikan oleh pakar nefrologi ialah prednisolone. Penggunaan ubat ini harus dipantau kerana ia memberikan beberapa kesan sampingan. Antaranya: 1, Peningkatan selera makan. 2. Pengumpulan lemak di bahagian perut dan muka (menjadi bulat). Kesan sampingan jangka panjang pula seperti: 1. selaput pada kanta mata …
Read More »TIPS PEMAKANAN KETIKA BERCUTI UNTUK ANAK-ANAK
Cuti sekolah sampai ke penghujungnya. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah dengan membawa anak bercuti. Tidak hairanlah lebuhraya semakin banyak kendaraan terutama di hujung minggu. Dalam pada masa yang sama cuaca pula tidak menentu. Panas di awal pagi kemudian hujan di sebelah petang. Anak-anak akan menjadi cepat keletihan, daya tahan mereka semakin rendah dan akhirnya mudah mendapat jangkitan virus. Terutama apabila bercampur dengan orang ramai di pusat tarikan pelancong. Kita tidak tahi individu yang pembawa virus walaupun mereka kelihatan sihat. Sebagai ibubapa kita perlu perihatin kepada pemakanan anak-anak kita. …
Read More »HALALKAH MULTIVITAMIN YANG KITA MAKAN?
HALALKAH MULTIVITAMIN YANG KITA MAKAN? Salam doc. Saya mahu bertanya. Multivitamin di farmasi halalkah untuk di konsumsi bagi muslim? Terima kasih. Walaikumusalam. Oleh kerana kebanyakan vitamin adalah berbentuk kapsul, ia menjadi sesuatu yang meragukan kerana kapsul dibuat dari gelatin yang bersumberkan dari tulang haiwan. Persoalannya adalah haiwan itu adalah haiwan yang halal dimakan? Kedua adalah haiwan itu disembelih dengan betul? Saya mencadangkanlihat pada botol dan cari tanda HALAL yang diiktiraf. Jika buatan luar negeri, ada beberapa badan berautoriti yang …
Read More »6 MANFAAT MINYAK KELAPA DARA UNTUK BAYI
Minyak kelapa dara (VCO) sudah dikenali mempunyai pelbagai manfaat kesehatan. Ia bukan hanya bermanfaat utuk orang dewasa saja, tetapi untuk bayi dan kanak-kanak. Saya kongsikan enam manfaat VCO untuk bayi dan kanak-kanak. 1. Sebagai minyak urut Melakukan urutan pada bayi dan kanak-kanak yang sukar untuk tidur membantu mereka mendapat ketenangan untuk mudah tidur, memperbaiki kualiti tidur mereka, dan meningkatkan kesihatan mereka. VCO diketahui dapat membuat kulit bayi menjadi lebih lembut dan sihat. Ia memiliki kekuatan regeneratif (memperbaiki kulit) apabila diserap pada jaringan kulit untuk membantu menjaga kulit agar sentiasa tegang. Sapu dan urut dengan lembut pada bahagian …
Read More »BAYI KUAT MENANGIS DISEBABKAN MAKHLUK HALUS?
Setiap bayi yang baru lahir akan menangis secara purata dua jam setiap hari. Ada pelbagai sebab yang menyebabkan bayi itu menangis antaranya adalah mereka lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan merasa sejuk atau panas. Pernah tak alami anak menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu? Bayi pula selalunya anak menangis berlebihan terutama pada waktu petang dan malam, sehingga kita menyangka ada gangguan makhluk halus. Mungkin benar ada gangguan seperti itu. Mak mertua dan ipar selalu menyangka kita tidak …
Read More »bahayakah benjolan di kepala anak kerana kerap terhantuk kepala
BAHAYAKAH BENJOLAN DI KEPALA ANAK KERANA KERAP TERHANTUK KEPALA Salam doktor. Anak saya berusia 2 tahun dan beberapa kali jatuh ke lantai akibat tergelincir. Apa yang saya risau, apakah ia memberikan kesan pada masa akan datang? Sekarang anak saya sihat. Adakah pada masa akan datang kesannya boleh berbahaya? Terima kasih. WALAIKUMUSALAM Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila kepala anak terhantuk ke lantai atau ke dinding, ia menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau otak. Kesan bengkakan (benjolan) atau koyakan (luka) pada kulit sahaja tanpa kecederaan kepada otak biasanya tidak bahaya.Dengan …
Read More »PANDUAN MELAWAT BAYI YANG BARU LAHIR
Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka. Bayi ini dimasukkan wad akibat jangkitan virus, terutamanya yang melibatkan saluran pernafasan seperti pneumonia. Nasihat saya, jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak. Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman. Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa …
Read More »panduan memberikan susu formula pada bayi
PANDUAN MEMBERIKAN SUSU FORMULA PADA BAYI Kebanyakan ibu yang tidak dapat menyusukan susu ibu pada anak mereka, dan segera memberikan susu formula. Saya mencadangkan : 1. Jika menggunakan air dari dispenser, pastikan dispenser tersebut selalu dibersihkan dan diservis. Ini mengelakkan menggunakan air yang mengandungi kuman. 2. Jangan menggunakan air yang mendidih. Jika ada bekalan air bersih (difilterkan), hangatkan air sehingga maksima 70 C sahaja. Ini kerana air yang terlalu panas akan mengurangkan kandungan nutrisi dalam susu formula itu. 3. Jangan simpan baki susu formula dalam botol melebih sejam. Jika susu formula tidak diminum oleh …
Read More »BUAH NAGA UNTUK BAYI
BUAH NAGA UNTUK BAYI “Assalamualaikum doktor. Saya perlukan pencerahan. Benarkah bayi 8bulan tidak boleh makan buah naga?Terima kasih” WALAIKUMUSALAM Sebagai panduan am, bayi yang sudah berusia enam buan ke atas sudah boleh diberikan makanan sampingan. Namun saya mencadangkan agar puan tidak menghentikan pemberian susu ibu. Boleh teruskan sehingga bayi puan berusia 2 tahun. Makanan yang diberikan haruslah dimulaikan dengan makanan yang lembut, halus dan cair seperti seperti jus buah yang cair atau bubur yang ditambah sayur (sumber serat) dan daging (sumber protein) yang dikisarkan. Buah naga dapat boleh diberikan pada …
Read More »cara menghilang bau faraj secara natural
CARA MENGHILANG BAU FARAJ SECARA NATURAL GAMBAR HIASAN Salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh wanita muda ialah masalah bau yang dikeluarkan dari faraj. Ini akan membuatkan seorang wanita itu akan rasa rendah diri dan tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan. Bau yang dikeluarkan dari faraj biasa tidak dapat dielakkan walaupun ia telah dicuci dengan sama ada dengan air bersih atau dengan pembersih (sabun) khas. Ini kerana faraj yang dibersihkan akan mengeluarkan lendiran yang akan menghasilkan bau semula setelah beberapa jam dibersihkan. Bau yang dikeluarkan sebenarnya adalah kombinasi dari lendiran dari dalam vagina, lendiran dari kelenjar peluh apocrine dan accrine, dan …
Read More »anak masuk wad hospital akibat jangkitan paru-paru
Assalamualaikum doktor. Saya nak bertanya doktor tentang ubat montelukast. Anak saya dalam tahun ini dah dua kali dimasukkan wad akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Adakah montelukast dapat menguatkan paru2 untuk mencegah dari terkena jangkitan lagi? Terima kasih, doktor. WALAIKUMUSALAM Montelukast adalah ubat sintetik dalam kelas “leukotriene receptor antagonists” (LTRAs) yang bertindak dengan menghalang berlakunya serangan asthma atau masalah selsema (allergic rhinitis). Jadi montelukast selalu digunakan untuk mencegah masalah yang berkaitan dengan paru-paru seperti pernafasan berbunyi (wheezing), sukar bernafas atau batuk akibat serangan asthma. Ini kerana montelukast digunakan untuk tujuan menghalang pengecutan otot …
Read More »BAGAIMANA CARA MENGURANGKAN GULA DALAM DARAH
Assalammualaikum Dr Zubaidi. Saya nak bertanya dan sekali gus mohon doktor bagi tips sekali. Suami saya umur 34tahun, dia penghidap diabetes type 2. Sebelum ini berat badan suami 68kg tetapi bulan september 2018,berat badannya menurun. Beliau kerap sgt kencing walaupun selera makan tetap ada. Bacaan gula rekod tertinggi 28.2. Lepas itu saya bawa ke klinik, dan doktor klinik tu bagi ubat kencing manis (inventia/ PROGLUTROL G2-500mg). Lepas itu dalam masa yg sama saya berikan suami makan peria katak (dijadikan sbg ulam) dan kekadang saya kisar peria itu dan airnya diminum suami. Selepas tu bacaan gula turun ke 16.0. Tetapi …
Read More »KITA TIDAK MATI BILA KITA LAPAR
KITA TIDAK MATI BILA KITA LAPAR 16 OCT 2018 Berlapar bermakna kita tidak makan atau minum minuman yang berkalori sehingga menyebabkan tubuh kita mengalami penurunan gula. Penurunan gula ini (walaupun dalam tahap yang normal), akan memberikan isyarat pada otak agar segera mencari makanan atau minuman untuk meningkatkan gula. Ia berlaku apabila tidak tidak makan/minum selama 6 jam. Jika kita rasa lapar kurang dari enam jam, berkemungkinan kita sebenarnya tidak lapar. Ia bukanlah ‘lapar sebenarnya’. Saya mengistilahkan sebagai ‘pseudo-hungry sensation’ Rasa lapar dan isyarat yang dikeluarkan oleh otak hanya ‘peringatan ringan’. Ia bukanlah tanda berbahaya. Jika …
Read More »ANAK MENYUSU IBU TETAPI SEMBELIT
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada pertanyaan. Anak saya sepenuhnya breast feeding. Masa baru lahir buang air besar normal, tetapi beberapa minggu kemudian, beliau tidak buang air besar selama 16 hari ketika usia 37 hari. Namun tidak ada tanda-tanda yang membimbangkan. Dia kentut seperti biasa. Tidur lena. Perut tidak keras, buang kencing pun ok. Saya terpaksa bawa beliau ke hospital kerana bimbang dan doktor berikan ubat cecair. Selepas itu baru dia buang air besar. Tetapi lepas itu dia kembali tidak buang air besar kini sudah masuk 6 hari. Apa perlu saya lakukan? Adakah normal baby fully breastfeeding begini? Adakah saya masih …
Read More »KESAN TERUNG PADA KEHAMILAN
KESAN TERUNG PADA KEHAMILAN “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin tanya apakah kesan sampingn pengambilan sayur terung untuk ibu yang hamil. Saya ada terbaca dalam internet bahawa pengambilan terus yang berlebihan boleh menyebabkan keguguran. Betulkah doctor? Mohon penjelasan, terima kasih.” Waalaikumussalam. Terung adalah makanan yang mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi. Ia sangat bermanfaat untuk wanita yang hamil. Pertama, terung adalah sumber folates yang sangat penting diambil sepanjang kehamilan. Kekurangan folate menyebabkan kecacatan neural tube defects pada bayi yang bakal dilahirkan. Ia juga menggalakkan pembentukan sel darah merah. Kedua, terung adalah seumber vitamin C, niacin, B …
Read More »TIPS MEMBERIKAN ANAK UBAT
Banyak tips yang ingin saya kongsikan untuk memudahkan para ibubapa memberikan ubat pada anak-anak mereka. Ada kalanya ibubapa terpaksa “berperang” dengan anak mereka. Antara tips yang hendak saya kongsikan ialah: Jangan memaksa anak. Jika dipaksa dalam keadaan anak tidak bersedia, ia menyebabkan anak akan meronta, memuntahkan semula atau berlari sekelilig rumah. Pujuk, beritahu kenapa mereka harus mengambil ubat tertentu dan berikan dengan penuh kasih sayang. Berikan ubat yang perlu saja. Sebagai contoh jika anak agak sukar mengambil ubat, cuba minta nasihat doktor agar memberikan dua kesan sekali gus. Contoh ubat demam yang dapat mengurangkan rasa sakit. Ubat batuk yang dapat …
Read More »TANDA SEORANG WANITA ITU SUBUR
Kesuburan seorang wanita dan lelaki apabila seorang lelaki (suami) dapat menghamilkan seorang wanita (isteri) tanpa mendapat bantuan perubatan. Ada wanita yang sekali saja melakukan hubungan intim dengan suami, terus hamil. Ada yang berkali-kali (dan bertahun-tahun) tetapi masih belum dapat menghamilkan isteri. Ada yang pula yang berjaya hamil, tetapi tidak berjaya meneruskan kehamilan akibat kekguguran. Untuk menentukan seorang lelaki itu subur atau tidak, pemeriksaan air mani harus dilakukan. Jika bilangan sperma, bentuk sperma, pergerakan sperma dan tiada kecacatan DNA sperma, seorang lelaki itu dikatakan lelaki yang subur. Bagi wanita, agak sukar untuk menentukan tahap kesuburan mereka. Pemeriksaan hormone, …
Read More »Sakit Kepala Semasa Hamil
MENGURANGKAN RASA SAKIT KEPALA SEMASA HAMIL Ramai wanita yang mengalami masalah sakit kepala semasa hamil. Tidak ramai yang mahu mencuba mengambil ubat tahan sakit yang banyak dijual kerana bimbang kesan sampingan pada diri mereka atau anak dalam rahem. Malah ramai yang mendapat ubat tahan sakit dari doctor setelah menjalani pemeriksaan, tetapi masih ada rasa ragu-ragu lagi. Secara amnya ubat tahan sakit selamat digunakan namun saya mencadangkan agar kurangkan pengambilan ubat tahan sakit ketika hamil. Jika rasa sakit yang keterlaluan, bolehlah cuba lakukan tips berikut sebelum mengambil ubat tahan sakit. Urut sendiri bahagian yang sakit di kepala terutama bahagian kening …
Read More »Kanser pangkal hidung dialami Datuk Lee Chong Wei
KANSER PANGKAL HIDUNG (NPC) DIALAMI DATUK LEE CHONG WEI Sebentar tadi (jam 12.00 tengahari pada 24 September 2018) radio BERNAMA menelefon saya untuk interviu secara live, berkaitan dengan penyakit NPC (Nasopharyangeal Cancer). Ini berkaitan dengan penyakit yang menimpa Datuk Lee Chong Wei. Saya tidak membicarakan tentang kes yang dialami beliau, cuma saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan penyakit ini secara am. Nasopharyngeal carcinoma (NPC) adalah kanser yang utama berlaku di kawasan nasopharynx (sebutan: nesofaring) yang terletak di belakang hidung di bahagian atas tekak. NPC banyak berlaku di kalangan penduduk Asia Tenggara. Di Malaysia, NPC adalah kanser yang keempat yang …
Read More »TIDAK HAMIL TAPI UPT POSITIF?
Saya tersenyum bila seorang bakal ibu yang baru saja hamil, tetapi belum bersedia untuk hamil, menelefon saya. “Doktor saya belum bersedia untuk hamil. Saya masih muda. Masih lagi belajar di universiti. Suami saya tinggal berjauhan. Saya anak yatim. Kami belum bersedia…” Ya puan. Apa masalahnya? “Saya sedih doktor. Ujian UPT saya pagi tadi POSITIF. Saya tidak sangka yang saya hamil” Perbualan kami panjang. Sepatutnya kerunsingan ini dikongsikan bersama suami. Fikir apa yang harus dilakukan. Sama-sama berjumpa doktor. Minta nasihat. Kerisauan ini bukan patutnya dihadapi sendirian oleh isteri. Di akhir perbualan, beliau mahu …
Read More »TIP UNTUK ANAK SIHAT DAN BIJAK SEJAK DALAM RAHEM
Pendidikan anak-anak seharusnya bermula ketika mereka masih di dalam rahem. Oleh itu jika kita inginkan anak yang bijak seharusnya dimulai pendidikan seawal seorang ibu disahkan hamil. Pendidikan di awal kehamilan bukan saja membentuk kerangka fizikal otak mereka tetapi membentuk jiwa dan spiritual mereka yang mantap. Dalam satu artikel yang bertajuk “Proses Kejadian Janin dan Peniupan Roh” oleh Ustaz Abu Anas Madani menyatakan bahawa “Yang sahihnya roh akan ditiupkan selepas 40 hari pertama dari umur janin bukan sebelumnya dengan yakin.” Ini bersesuaian dengan mana-mana kajian saintifik bahawa pergerakan jantung (tanda bayi bernyawa) bermula seawal enam minggu selepas disenyawakan. Jadi pendidikan juga …
Read More »GARISAN DI PERUT SEMASA HAMIL
Pagi ini saya mendapat email. Seorang wanita yang hamil begitu risau tentang garisan hitam di perut (abdomen) beliau. Tanda hitam semakin jelas kelihatan setiap hari. Berbanding dengan rakan beliau yang juga hamil, tanda garisan hitam itu tidak begitu ketara. Sebenarnya tanda garisan begitu disebut sebagai Linea Nigran adalah tanda yang normal, bukan bermakna mengalami apa-apa masalah kesihatan semasa hamil. Jadi jangan risau. Garisan ini sebenarnya lebih jelas bagi wanita yang sebelum hamil pun mempunyai garisan ini, cuma mungkin ia tidak berapa jelas. Ia mungkin lebih cerah dan disebut sebagai linea alba. Ada sesetengah wanita garisan ini tidak kelihatan jelas pun. …
Read More »mahu anak bijak
MAHU ANAK BIJAK, LUANGKAN MASA 20 MINIT Di zaman moden ini, kita selalu sibuk. Kita menyerahkan sebahagian masa kita Bersama anak kepada pembantu asing yang ada di rumah. Atau mungkin pada pengasuh di TASKA. Tiada lagi hubungan anak-ibubapa yang akrab. Saya ingin kongsikan tip untuk melatih anak menjadi bijak. Caranya ialah luangkan masa dengan anak selama 20-30 minit sehari. Tutup TV dan jauhkan telefon bimbit. Gunakan masa itu Bersama anak untuk membantu mereka melakukan kerja sekolah, membaca atau melukis. Jika anak masih kecil, habiskan masa itu dengan bermain Bersama anak. Gunakan kebijaksanaan kita …
Read More »MENGAPA BIBIR ANAK TIBA-TIBA JADI BIRU?
Terdapat beberapa sebab mengapa bibir anak boleh berubah berwarna biru secara tiba-tiba. Terutamanya anak yang berumur setahun ke bawah. Ada dua keadaan di mana keadaan yang tidak berbahaya di akibatkan oleh suhu persekitaran yang sejuk, atau mungkin anak telah diberikan makanan yang berwarna biru. Keadaan yang agak berbahaya ialah apabila ada tanda-tanda yang seiring dengan perubahan warna pada bibir anak, iaitu: 1. Pernafasan yang cepat 2. Degupan jantung yang laju 3. Demam 4. Anak merengek sepanjang hari 5. Perubahan warna pada keseluruhan tubuh. Jika tidak pasti apa yang berlaku, …
Read More »BOLEHKAH MAKAN FOLIC ACID KETIKA HAID?
“Doktor, adakah folic acid boleh diambil ketika haid? Pil folic acid sudah menjadi sebagai suatu suplemen yang dekat dengan wanita. Bukan saja setakat ketika hamil wanita disaran mengambilnya, tetapi folic acid juga disarankan kepada wanita yang sedang berusaha untuk hamil. Folic acid adalah sejenis vitamin kompleks iaitu B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan yang untuk membantu wanita yang sedang hamil untuk meningkatkan sel darah merah jika diambil Bersama dengan pil zat besi. Ia juga bagus untuk perkembangan bayi di dalam rahem. Ia juga meningkatkan kesuburan bagi wanita yang ingin mempeunyai zuriat. Folic acid boleh didapati dari pelbagai sumber makanan …
Read More »TAHAP POTASSIUM YANG TINGGI DALAM DARAH
Pisang adalah sumber potassium yang tinggi TAHAP POTASSIUM YANG TINGGI DALAM DARAH Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya mahu bertanya Doktor. Saya ada buat pemeriksaan darah pada bulan Ogos. Keputusan darah saya normal kecuali keputusan tahap pottasium saya tinggi dari julat yang normal iaitu antara 3-5. Tahap potassium saya 6. Saya risau sebab ada membaca kesan pottasium tinggi boleh menyebabkan lemah jantung (heart failure). Bagaimana cara utk turunkan tahap potassium saya Dr? Saya tidak merokok. Dalam result itu ada tulis red blood cell leakage. Bagaimana hendak merawatnya doctor. Saya sangat risau. Terima kasih. Walaikummussalam. Potassium adalah mineral …
Read More »Mengambil Asid Folik ketika Haid
“Assalammualaikum Dr Zubaidi. Bolehkah saya ambil asid folic semasa haid? Terima kasih”. WALAIKUMUSALAM Tiada halangan untuk mengambil vitamin B kompleks atau asid folik semasa haid. Malah ia bermanfaat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization (WHO)) menganggarkan sebanyak 470 juta wanita seluruh dunia yang mengalami masalah kekurangan darah merah (anemia) akibat kehilangan darah selepas pendarahan haid yang banyak. Pengambilan zat besi (iron) dan asid folik atau folate adalah penting sebagai vitamin yang digunakan oleh tubuh untuk membentuk dan mengekalkan tahap sel darah merah dalam tubuh. Oleh itu mengambil vitamin asid folik 5mg bersama zat …
Read More »JANGKITAN GBS SEMASA HAMIL
JANGKITAN GBS SEMASA HAMIL Assalamua’laikum Dr Zubaidi. Saya ada pertanyaan mengenai GBS untuk ibu hamil. Sebelum ini saya pernah hamil anak pertama, selepas bersalin anak saya telah meninggal beberapa hari dan doktor telah mengesahkan kematiannya disebabkan jangkitan kuman GBS. Cuma saya keliru sedikit degan jawaban yang diberikan oleh doctor. Semasa hamil 8 bulan, doctor telah menjalankan pemeriksaan saringan GBS secara kaedah swab selepas saya beritahu saya mengalami keputihan yang banyak. Keputusannya tiada kuman yang berbahaya. Apabila saya telah melahirkan anak, beberapa hari kemudian anak saya meninggal dunia. Doktor beritahu yang anak saya meninggal dunia akibat jangkitan GBS. …
Read More »ambil vitamin semasa hamil menyebabkan saya sakit kepala
AMBIL VITAMIN SEMASA HAMIL MENYEBABKAN SAYA SAKIT KEPALA Assalamua’laikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya sedang hamil 13 minggu. Kenapa saya mengalami sakit kepala bila makan vitamin yang dibekalkan oleh klinik kesihatan. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih. WALAIKUMUSALAM Doktor di klinik dan pusat kesihatan selalunya akan berikan suplemen dalam bentuk pil pada wanita hamil. Selalunya suplemen yang akan diberikan ialah pil multivitamin, pil kalsium dan ada kalanya (terutama di klinik pakar sakit puan dan persalinan swasta) kapsul omega 3. Pil-pil suplemen ini diberikan dalam pelbagai jenama. Pil-pil ini selamat untuk diambil dan …
Read More »HFMD Boleh Membawa Maut Jika..
PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) BOLEH MEMBAWA MAUT JIKA.. Inilah adalah intervieu saya dengan RADIO SALAM pada Khamis 11 Ogos 2018 730am. Alhamdulillah, Kementerian Kesihatan Malaysia pada laporan berita 5 Ogos 2018 telah merekodkan penurunan kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Hal ini telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Sebanyak 770 kes jangkitan baharu dilaporkan, menurun 19.1 peratus berbanding 952 kes pada Khamis 2 Ogos 2018 yang lalu. Walaupun terdapat penurunan laporan, bukan bermakna wabak ini telah tamat. Setiap hari ada laporan jangkitan baru. Cuma kadar jangkitan semakin …
Read More »ambil paracetamol ketika menyusukan anak
BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL PACETAMOL SEMASA MENYUSUKAN ANAK? “Assalamualaikum doktor.Saya ingin bertanya adakah ibu demam yang menyusu anak boleh mengambil paracetamol untuk redakan demam? Berapa biji yang selamat diambil ya doktor. Mohon pencerahan doctor sebab penerangan sebelum ini tidak cukup meyakinkan. Terima kasih” WALAIKUMUSALAM Paracetamol adalah ubat yang dapat menurunkan suhu badan ketika demam dengan selamat. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak, orang dewasa, ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan anak, mengikut dos yang diberikan. Nasihat saya adalah ambil paracetamol bila perlu, mengikut dos yang ditetapkan dan untuk jangka masa yang pendek saja. Dos yang biasa diberikan untuk orang dewasa sama …
Read More »KENAPA SAYA MENGANTUK WALAU MINUM KOPI SEBELUM TIDUR?
Setiap cawan kopi yg kita minum mempunyai kandungan kafein yg berbeza. Lebih penting lagi setiap individu mempunyai kedan kafein yg berbeza. Ramai yg minum kopi kerana untuk mendapat rasa segar kerana merangsang otak dan menyebabkan jantung berdegup laju. Tetapi tidak semua orang mendapat kesan yg sama. Sebagai contoh ada orang yg minum secawan kecil kopi pd waktu maghrib lalu tidak dapat tidur sepanjang malam, tetapi ada juga yg tiada masalah untuk tidur fgn nyenyak. Ini kerana terdapat satu gene PDSS2 yg mempengaruhi bagaimana kafein diproses dalam tubuh. Mereka yg ada gene ini akan memproses kafein dengan lebih perlahan dan lambat …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
