PERATURAN PENGAMBILAN UBAT

Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor dan farmasi haruslah diambil dengan cara yang betul. Hal ini mungkin mudah jika ubat yang diberikan hanya satu atau dua jenis. Tetapi ia mungkin mengelirukan jika ubat yang diberikan melebihi tiga jenis.

Jadi perlu betul-betul faham cara pengambilan ubat selebum meninggalkan klinik atau farmasi. Dengar arahan yang diberikan dan fahamkan arahan yang ditulis pada sampul plastik ubat.

Ini memastikan ubat-ubat itu memberikan kesan yang terbaik dan mengelakkan dari menerima kesan sampingan akibat berlebihan dos.

Selalunya ubat dimabil mengikut arahan di bawah:

1. DENGAN PERUT KOSONG(SEBELUM MAKAN)

Bermakna makan dengan perut kosong bagi mengelakkan interaksi antara ubat dengan asid perut atau makanan yang dimakan. Ini juga mempercepatkan peyerapan bahan aktif ubat-ubatan tersebut.

2. DENGAN PERUT PENUH (SELEPAS MAKAN)

Sesetengah ubat apabila dimakan dengan perut kosong akan menyebabkan rasa pedih perut (gastritis). Oleh itu ia seharusnya dimakan selepas makan makanan bagi mengelakkan masalah ini. Antara ubat yang diambil selepas makan adalah ubat tahan sakit NSAIDs seperti Mefenemic Acid.

3. BOLEH DIAMBIL SEBELUM ATAU SELEPAS MAKAN.

Ubat yang diberikan tidak diganggu dengan kehadiran makanan atau dengan ketiadaan makanan dalam perut.

4. DIAMBIL SEMASA MAKAN

Ubat yang diserap dengan lebih baik bersama makanan yang dimakan seperti vitamin E.

5. AMBIL WAKTU PAGI SAJA

Sesetengah ubat boleh mengganggu rutin seharian seperti ubat Frusemide yang menyebabkan pundi kencing penuh cepat. Jika diambil di waktu malam, sudah tentu akan bangun beberapa kali untuk buang air kecil.

6. AMBIL WAKTU MALAM SAJA

Sesetengah ubat elok diambil sebelum tidur kerana ia memberikan kesan yang terbaik seperti multivitamin.

7. AMBIL BILA PERLU

Ada ubat dicadangkan diambil bila ada keperluan seperti ubat tahan sakit, untuk mengurangkan kesan sampingan pada tubuh.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

error: Content is protected !!