BUAH NAGA UNTUK BAYI
“Assalamualaikum doktor. Saya perlukan pencerahan. Benarkah bayi 8bulan tidak boleh makan buah naga?Terima kasih”
WALAIKUMUSALAM
Sebagai panduan am, bayi yang sudah berusia enam buan ke atas sudah boleh diberikan makanan sampingan. Namun saya mencadangkan agar puan tidak menghentikan pemberian susu ibu. Boleh teruskan sehingga bayi puan berusia 2 tahun.
Makanan yang diberikan haruslah dimulaikan dengan makanan yang lembut, halus dan cair seperti seperti jus buah yang cair atau bubur yang ditambah sayur (sumber serat) dan daging (sumber protein) yang dikisarkan.
Buah naga dapat boleh diberikan pada bayi, tetapi ia haruslah dikisar halus dan cair. Jangan berikan terlalu banyak.
Setakat ini saya belum berjumpa dengan kajian journal yang mengatakan buah naga yang diambil dalam kuantiti yang sederhana berbahaya diambil oleh bayi.
Buah naga mengandung serat, vitamin, mineral dan protein yang baik untuk meningkatkan kekebalan tubuh (daya tahan melawan penyakit) dan menjaga metabolisme tubuh
Buah naga kaya dengan:
1. Kandungan Air yang sangat banyak.
Buah naga adalah salah satu buah yang memilki kandungan air yang sangat banyak sehingga dapat mengelakkan dehidrasi pada bayi.
2. Kandungan Mineral seperti kalsium, magnesium dan fosfor, Ambil dalam kuantiti yang sederhana, jangan berlebihan.
3. Kandungan Serat. Tidak menimbulkan gangguan pencernaan.Oleh kerana memiliki tekstur yang lembut, buah naga yang telah dikisar halus mudah ditelan dan dicerna. Buah naga juga memiliki biji yang tidak berbahaya.
4. Kandungan Vitamin. Mengandungi vitamin B1, B3, C, yang mana semuanya sangat baik untuk tumbesaran dan kesihatan bayi.
Cara membuat:
- Sediakan 200ml air atau susu ibu.
- Sediakan sebiji buah naga (50 gram). Potong kecil.
- Kisar halus kedua-duanya dan campur dengan susu ibu atau air.
- Siap untuk dihidangkan pada si kecil.
Nasihat saya, berilah dalam kuantiti yang sederhana bergantung pada umur bayi. Berikan sesekali, contohnya seminggu sekali. Jika bayi puan ada masalah pencernaan, dapatkan pandangan doktor dahulu sebelum memberikan apa-apa jus buah-buahan.
Semoga bermanfaat.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
One comment
Pingback: Bolehkah Beri Bayi 6 Bulan Makan Buah Naga? - BumBumCak.my