Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » mahu anak bijak

mahu anak bijak

MAHU ANAK BIJAK, LUANGKAN MASA 20 MINIT

 

 

Di zaman moden ini, kita selalu sibuk. Kita menyerahkan sebahagian masa kita Bersama anak kepada pembantu asing yang ada di rumah. Atau mungkin pada pengasuh di TASKA.

 

Tiada lagi hubungan anak-ibubapa yang akrab.

 

Saya ingin kongsikan tip untuk melatih anak menjadi bijak.

 

Caranya ialah luangkan masa dengan anak selama 20-30 minit sehari. Tutup TV dan jauhkan telefon bimbit.

 

Gunakan masa itu Bersama anak untuk membantu mereka melakukan kerja sekolah, membaca atau melukis. Jika anak masih kecil, habiskan masa itu dengan bermain Bersama anak.

 

Gunakan kebijaksanaan kita untuk  berinteraksi dan bermain dengan anak secara efektif.

 

Ia boleh dilakukan di rumah, di taman permainan atau ketika berada di tempat awam ketika menunggu.

 

Berikan sepenuh perhatian kepada anak. Jangan melayan anak sambal kita melayan telefon bimbit, menonton TV, atau membaca akhbar. Fokus pada anak. Libatkan emosi dan kasih sayang kepada mereka.

 

Semoga bermanfaat.

Dr Zubaidi Hj Ahmad

0197712391

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: