6 MANFAAT MINYAK KELAPA DARA UNTUK BAYI

Minyak kelapa dara (VCO) sudah dikenali mempunyai pelbagai manfaat kesehatan. Ia bukan hanya bermanfaat utuk orang dewasa saja, tetapi untuk bayi dan kanak-kanak.

Saya kongsikan enam manfaat VCO untuk bayi dan kanak-kanak.

  1. Sebagai minyak urut.

Melakukan urutan pada bayi dan kanak-kanak yang sukar untuk tidur membantu mereka mendapat ketenangan untuk mudah tidur,  memperbaiki kualiti tidur mereka, dan meningkatkan kesihatan mereka.

VCO diketahui dapat membuat kulit bayi menjadi lebih lembut dan sihat. Ia memiliki kekuatan regeneratif (memperbaiki kulit) apabila diserap pada jaringan kulit untuk membantu menjaga kulit agar sentiasa tegang.

Sapu dan urut dengan lembut pada bahagian belakang dan bahu bayi dan kanak-kanak bagi memudahkan mereka tidur dan mendapat kulit yang cantik.

  1. Mengurangi sembelit di kalangan kanak-kanak

Bayi dan kanak-kanak biasa mengalami sembelit kerana mereka tidak mengambil banyak serat dalam pemakanan mereka. Faktor dehidrasi dan tidak banyak melakukan aktiviti juga menyumbangkan kepada masalah ini.

Salah satu cara untuk mengurangkan sembelit pada bayi dan kanak-kanak adalah dengan menyapukan dan mengurut perlahan pada abdomen dengan menggunakan VCO mengikut bulatan lawan jam.

Urutan ini akan merangsangkan pergerakan peristalsis usus besar yang telah lama berehat. Bila terlalu lama rehat, najis yang ada dalam usus akan menjadi lebih keras dan sukar membuang air besar.

Urut sehingga kanak-kanak itu membuang angin atau berasa lega. Boleh berikan satu atau dua titik VCO yang asli ke mulut bayi atau satu sudu kecil pada kanak-kanak sebagai pelincir najis agar mudah membuang air besar keesokkan harinya.

  1. Membersihkan kotoran di kepala bayi

VCO sangat berkesan dalam membersihkan “cradle cap”, atau kotoran pada kulit kepala bayi yang menyebabkan pembentukan lapisan kulit yang kering dan menggelupas pada kepala bayi.

Cara membersihkannya adalah mudah. Lumurkan VCO pada kulit kepala bayi dan urut perlahan-lahan menggunakan jari sehingga VCO meresap ke kulit kepala. Teruskan urut perlahan sehingga 10 hingga 20 minit.  Ambil sikat yang biasa digunakan untuk bayi atau menggunakan tuala untuk menyisir keluar kerak yang sudah lembut.

Jika kerak terlalu tebal, biarkan VCO meresap ke dalamnya untuk semalaman. Bungks kepala dengan tuala agar minyak tidak membasahi bantal dan tilam. Keesokan paginya, cuci kulit kepala dengan menggunakan shampo bayi dan air suam.  Gunakan sikat untuk mengeluarkan kerak yang dilonggarkan secara lembut dari kulit kepala bayi.

  1. Menguatkan dan melebatkan rambut bayi

Ada sesetengah bayi yang dilahirkan dengan rambut yang tidak lebat. Selain dari factor genetic dan pemakanan, ia juga disebabkan oleh factor penjagaan. Rambut bayi atau kanak-kanak sebegini harus dijaga dengan lebih teliti.

Membasahkan rambut mereka dengan VCO membantu menguatkan, melembutkan, serta melebatkan rambut mereka. Amalkan setiap hari. Ia mengambil masa beberapa bulan untuk melihat kesan yang baik.

  1. Mengatasi ruam pada kelengkang bayi

Ruam pada kelengkang bayi biasa berlaku apabila lampin yang telah dibasahi dengan air kencing tidak ditukar dengan segera. Ini disebabkan sebatian urea yang ada pada air kencing akan menyebabkan ruam pada kulit. Bayi ruam yang teruk, bawalah untuk pemeriksaan doctor.

Namun ada sesetengah bayi yang mengalami ruam yang berulang. Ini kerana kulit mereka sangat sensitif pada urea yang ada dalam air kencing. Saya mencadangkan bagi bayi atau kanak-kanak ini, sapukan VCO pada kelengkang mereka sebelum memakaikan lampin bayi. Ini akan menghalang urea bersentuhan dengan kulit bayi yang sensitif.

  1. Mengurangkan batuk kanak-kanak

Batuk sering berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ubat batuk sintetik yang dijual di farmasi dan klinik tidak sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun keb bawah. American Academy of Pediatrics juga tidak menyarankan penggunakaan madu yang tidak dibersihkan untuk kanak-kanak yang berusia satu tahun ke bawa kerana ia mungkin mengandungi kuman berbahaya.

Bagi kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke atas, boleh berikan satu sudu VCO yang dicampur dengan satu sudu madu. Boleh campurkan setitik dua perahan lemon atau halia.

Bagi anak yang berusia tiga tahun ke bawah, selain ubat yang diberikan oleh doctor, boleh gunakan formulasi ini sebagai minyak untuk disapu di dada bayi. Campur 3-4 sudu makan VCO, 2-3 titik rosemary, eucalyptus atau kayu putih, dan minyak peppermint. Jika agak sukar diperolehi, boleh campurkan dengan sedikit halia dalam VCO.

Sapukan pada dada dan belakang bayi atau kanak-kanak sebelum mereka tidur. Ia dapat mengurangkan batuk ketika mereka sedang tidur.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

error: Content is protected !!