Banyak punca sembelit. Ada kalanya apa yang kita buat sebelum ini tidak pun menyebabkan sembelit, tapi kali ini ia menyebabkan sembelit. Jadi sembelitnya kadang kala bukan disebabkan oleh satu faktor saja, tetapi banyak faktor. Ada kalanya orang lain buat, mereka ok saja. Tapi kita buat boleh menyebabkan sembelit pula. Jadi bergantung pada individu. 1. Antaranya ialah mereka yang ambil ubat gastrik yang mengandungi kalsium atau aluminium. Ubat ini selalu disebut sebagai antacid, sama ada dalam bentuk cecair atau dalam bentuk pil. 2. Ubat-ubat penahan sakit seperti tramadol dan ubat untuk kemurungan boleh menyebabkan sembelit juga. 3. Orang yang kerap mengambil …
Read More »Koleksi Artikel
KESUKARAN UNTUK MENELAN
Kesukaran untuk menelan atau dalam istilah perubatan disebut sebagai Disfagia, adalah terasa seperti makanan tersangkut dalam tekak di bahagian atas dada. Ini mungkin juga dirasai di belakang tulang dada (sternum) atau di leher. Ia juga menyebabkan masalah menelan makanan. Menelan makanan merupakan aktiviti yang kompleks melibatkan mulut, bahagian tekak dan esophagus (saluran yang membawa makanan ke perut). Banyak saraf dan otot memberi kesan kepada fungsi betul bahagian-bahagian ini. Kebanyakan proses menelan adalah tanpa sedar dan sebahagiannya adalah dengan sedar. Sebab yang biasa: 1. Masalah-masalah yang berkaitan dengan bahagian atas mulut dan pharynx (tekak) termasuklah: halangan pada laluan makanan dan minuman. …
Read More »JADIKAN WAKTU MALAM UNTUK BEREHAT DAN MEMPERBANYAKKAN AMAL
JADIKAN WAKTU MALAM UNTUK BEREHAT DAN MEMPERBANYAKKAN AMAL (Peringatan untuk diri sendiri) Allah menyebut dalam al-Quran dalam banyak tempat bahawa Dia menjadikan malam itu untuk manusia berehat dan tidur dan waktu siang dijadikan untuk manusia mencari kelebihan-kelebihan yang dikurniakan oleh Allah. Pertama: “Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” Surah AlMu-min. Ayat 061. Kedua: “Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda …
Read More »BERSENAMLAH WAKTU PAGI AGAR MENDAPAT TIDUR YANG LEBIH LENA PADA WAKTU MALAM
Bagi mereka yang mengalami masalah tidur di waktu malam, cara terbaik ialah melakukan senaman pada waktu pagi. Bila kita bersenam, tubuh akan mengeluarkan hormon yang membantu tubuh untuk mudah tidur dan menjadi lebih sihat. Senaman pagi secara tetap akan membantu kita memperbaiki kitaran tidur (sleep rhythms) dan akan merangsangkan tubuh kita akan mengeluarkan hormon melatonin pada sebelah petang bertujuan untuk kita mudah tidur di waktu malam. Ini bagus untuk mendapatkan tidur yang lena, kata Dr Sofie Laage-Christiansen from Aarhus University, Denmark, menjalani kajian tidur dalam Ph.D nya. “Bersenam pada waktu pagi mendedahkan kita pada cahaya di siang …
Read More »BEBERAPA FAKTA BERKAITAN ANXIETY DISORDER DAN PANIC ATTACK
APA YANG DIMAKSUDKAN OLEH ANXIETY DISORDER DAN PANIC ATTACK? 1. Anxiety Disorder adalah suatu keadaan di mana pesakit secara tetap mudah berasa sedih, takut, risau, tidak tenang dan pelbagai perasaan negatif lain sehingga mengganggu rutin seharian pesakit dan menjejaskan hubungan pesakit dengan keluarga, teman dan rakan sekerja. 2. Panic Attack adalah satu tempuh keadaan tanpa diketahui puncanya, berlaku dengan tiba-tiba berlangsung selama sepuluh minit hingga sejam, pesakit mengalami pelbagai perasaan hingga pesakit tidak mampu bernafas, berasa akan mati. 3. Tidak semua pesakit sedar mereka mengalami Anxiety Disorder. Mereka menyangka kerisauan, kesedihan, ketakutan mereka adalah benar (real). …
Read More »TEKANAN DARAH NAIK BILA BERTEMU DOKTOR (WHITE COAT HYPERTENSION)
Pemeriksaan tekanan darah boleh dilakukan di klinik, atau di rumah sendiri. Seseorang yang sihat umumnya menunjukkan bacaan tekanan darah yang normal walaupun diperiksa di mana saja. Namun, ada beberapa orang yang mengalami tekanan darah yang lebih tinggi apabila diperiksa klinik. Keadaan ini dinamakan white coat hypertension. Mereka mungkin mengalami tekanan darah melebihi 140/90 bila berjumpa doktor atau petugas klinik. Pada hal tekanan darah di rumah adalah normal. Keadaan ini terjadi apabila seseorang individu itu berasa cemas, gementar dan risau ketika pemeriksaan dilakukan. Ia sering berlaku di kalangan pesakit Anxiety Disorder, wanita, warga tua, wanita hamil dan …
Read More »KELEBIHAN PEMERIKSAAN CT-SCAN
Computerized Tomography (CT Scan) menjadi salah satu produk teknologi perubatan yang canggih pada masa ini. CT Scan boleh digunakan untuk membuat imbasan pada pakai seluruh tubuh manusia, mulai dari otak atau kepala, paru-paru, jantung tulang, otot dan bahagian yang lain. Misalnya dalam pemeriksaan jantung, CT Scan boleh mengimbas saluran darah koronari yang berada pada permukaan luar jantung dengan mengetahui dengan tepat diameternya dan mengesan jika ada penyumbatan dalam saluran darah. Ini kerana pemeriksaan CT scan akan melakukan imbasan yang berupa hirisan setebal 1mm. Jadi jika ada perubahan seperti ketumbuhan dalam abdomen sebesar 2mm pun, CT Scan mampu …
Read More »ADAKAH PESAKIT DIABETIS MEMPUNYAI KENCING BERBUIH?
“Doktor, kalau kencing manis tinggi, bolehkah air kencing berbuih?”. Waalaikumussalam. Secara amnya, pesakit kencing manis (diabetes) tidak mengalami masalah kencing berbuih. Tetapi pesakit diabetes yang mempunyai masalah ginjal boleh mempunyai kencing berbuih. Ia bukan disebabkan masalah diabetis, tetapi akibat ginjal mereka yang mula mengalami kerosakan sehingga tidak mampu menapis kehadiran protein. Istilah yang biasa digunakan adalah buah pinggang bocor. Ia membawa gambaran bagaimana alat penapis yang bocor tidak mempu lagi melakukan proses penapisan yang sempurna. Oleh itu pesakit diabetis harus mengawal paras gula supaya kekal normal dengan pemakanan yang betul, dan mengambil ubat yang diberikan. …
Read More »BATUK BERDARAH
Assalamualaikum Doktor. Dua hari lepas isteri saya mengalami batuk berdarah. Pada masa itu beliau sedang tidur, tiba-tiba batuk berdarah darah segar dalam suku botol mineral yang kecil. Saya buat pemeriksaan di hospital dan telah menjalani pemeriksaan darah dan xray. Doktor mrmberitahu keputusan kedua-dua ujian itu normal. Dia tiada rasa sakit tekak atau sukar bernafas. Sekarang beliau batuk berdarah sikit-sikit sahaja. Tidak seperti tempuhari. Mohon nasihat doktor. Terima kasih. Waalaikumussalam. Batuk berdarah adalah sesuatu yang tidak normal, jika ia berlarutan beberapa hari. Apatah lagi jika jumlah darah yang keluar agak banyak (suku botol mineral kecil). Batuk dengan darah …
Read More »MAKAN BUAH TERDAHULU SEBELUM MAKAN MAKANAN LAIN
Dalam satu ayat al-Quran ada menyebut buah-buahan terlebih dahulu sebelum daging, dalam rujukan keadaan luar biasa yang berlaku pada orang yang beriman apabila dihidangkan makanan dalam syurga. “Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih. Serta daging burung (ayam) dari jenis-jenis yang mereka ingini.” [Surah Al-Waqi’ah : ayat 20 – 21] Jadi ada ulamak yang mencadangkan agar kita mengambil dan memakan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan lain seperti karbohidrat, lemak atau protein. Ini bermakna kita digalakkan makan buah sebelum memakan hidangan berat (nasi) kita. Jika tiada buah-buahan, ambillah sayur-sayuran (terutamanya ulam-ulam) dahulu. …
Read More »MINYAK ZAITUN CARA RAWATAN ALAMI MERAWAT BUASIR
MINYAK ZAITUN CARA RAWATAN ALAMI MERAWAT BUASIR Setakat ini tiada ubat spesifik untuk merawat buasir. Doktor akan menasihatkan pembedahan untuk buasir yang bersaiz besar. Rawatan utama bagi buasir adalah tidak meneran semasa buang air besar. Jika meneran, saiz buasir akan menjadi lebih besar. Jika tidak meneran buasir bersaiz kecil akan mengecut dengan sendiri. Sebab itu saya menggalakkan pengambilan minyak zaitun dua sudu besar tiga kali sehari. Di klinik biasanya doktor berikan minyak sintetik minyak Parafin untuk melembutkan najis tinja supaya kita mudah membuang air besar. Tetapi saya mendapati pengamalan minyak zaitun lebih baik kerana ia bukan saja mengelakkan …
Read More »ANEMIA DI KALANGAN WANITA HAMIL
Wanita hamil mengalami kekurangan tahap hemiglobin (anemia), bukan disebabkan kehilangan darah atau kerosakan sel darah merah. Ia disebabkan kecairan darah. Wanita hamil mengalami penyimpanan air dalam tubuh (water retention). Ini akan menurunkan (mencairkan) kepekatan hemoglobin dalam darah. Oleh itu terdapat perbezaan antara tahap hemoglobin yang normal bagi wanita iaitu 12-15 g/dL sementara wanita hamil secara amnya mesti melebihi 10.5 g/dL di akhir kehamilan. Menurut World Health Organization (WHO), wanita hamil dikatakan kekurangan hemoglobin (aenemia) apabila memlunyai tahap hemoglobin kurang dari 11.0 g/dl pada trimester pertama dan kedua, dan kurang dari 10.5 g/dl pada kehamilan ketiga. #HealthDrZubaidi …
Read More »MEMILIH GARAM TERBAIK UNTUK MEMASAK
Kita semua tahu kemudaratan garam. Ia akan meningkatkan tekanan darah dan akhirnya menyebabkan masalah kardiovaskular. Namun kita tidak dapat mengelakkan pengambilannya dalam makanan yang kita makan setiap hari. Kita meletakkan sedikit garam agar makanan kita menjadi sedap. Tetapi apakah manfaat yang dapat dari pemilihan garam yang terbaik? Pengambilan makanan yang berproses (makanan yang dibungkus) yang biasa dijual di rak pasaraya besar selalunya mengandungi kandungan garam yang tinggi. Ia telah ada dalam makanan berproses tersebut. Pengambilan garam tambahan sudah tentu akan menyebabkan tahap pengambilan garam (terutamanya sodium) sangat tinggi. Panduan Kesihatan Eropah dan Ametika Utara …
Read More »MENGURANGKAN KESAN SAMPINGAN KAFEIN
Bagi ramai orang, kopi yang mengandungi kafein sangat diperlukan untuk mendapat kesegaran pada setiap pagi. Tanpa kopi (dan kafein) mereka akan rasa mengantuk dan tidak bersemangat. Tapi apa yang akan berlaku jika kita terlebih minum kopi. Dengan kata yang lain, apakah yang akan berlaku jika kita mengambil kafein berlebihan dos? Badan pemantau kesihatan, U.S. Food and Drug Administration (FDA) mengatakan pengambilan kafein kurang dari 400 mg adalah selamat. Lebih dari dos ini kesan baik akan digantikan dengan kesan buruk. Secara mudah pengambilan 2-3 cawan kopi tidak memberikan kesan sampingan seperti: 1. Degupan jantung laju2. Rasa …
Read More »ADAKAH KEBOTAKAN ITU NORMAL?
Sebenarnya rambut kita akan gugur setiap hari. Dianggarkan rambut kita boleh gugur sebanyak 100 helai tanpa kita sedari. Rambut kita juga akan tumbuh sepanjang paling kurang 1cm setiap bulan. Secara umum keguguran rambut boleh berlaku secara tidak normal apabila seseorang itu: 1. Mengalami sakit yang kronik dan serius 2. Stress yang berpanjangan 3. Setelah mengalami pembesaran yang besar 4. Kekurangan nutrisi tertentu dalam makanan 5. Selepas melahirkan anak 6. Masalah ketidakseimbangan atau kekurangan hormon terutama hormon thyroid 7. Disebabkan penyakit autoimmune Sistemik Lupus Erythematosus 8. Kesan sampingan ubatan seperti : ubat mencairkan darah (warfarin) rawatan kemoterapi pil perancang …
Read More »PERLUKAH MAKAN UBAT CIRIT-BIRIT?
“Salam doktor. Mereka yang mengalami keracunan makanan biasanya mengalami cirit birit. Saya ada terbaca ia adalah salah satu cara badan mengeluarkan toksin. Adakah ia benar? Jika ia benar adakah masih perlu pengambilan ubat untuk menahan cirit birit atau apakah ubat yang biasa diberi dr untuk masalah keracunan.” WA ALAIKUM MUS SALAM Muntah, cirit-birit dan rasa demam selalunya berlaku selepas 3 jam seseorang individu mengambil makanan yang tercemar. Seseorang itu tidak akan bangun pukul 2-3 pagi (ketika kita sedang lena tidur) untuk ke tandas membuang air besar. Ia mununjukkan tanda awal yang kita mengalami cirit birit, berkemungkinan keracunan makanan. …
Read More »BERIKAN RAWATAN JIWA PADA PESAKIT KANSER PAYUDARA
Ini adalah catatan ketiga saya berkaitan kanser payudara, sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara pada bulan Oktober. Sebagai doktor lelaki, terlalu mudah untuk saya menyarankan pesakit segera membuangkan payudara yang telah diserang kanser payudara. Iaitu melakukan pembedahan mastectomy. Apatah lagi saya adalah seorang lelaki dan pesakit bukan pula isteri saya. Bagi saya payudara mungkin hanya sebahagian tubuh. Jika dibuang ia tidak mengganggu hubungan saya bersama isteri. Tetapi bagi seorang wanita yang bersuami, payudara bukan setakat sebahagian tubuh. Ia adalah mahkota kebanggaan diri. Ia adalah sesuatu yang mengekalkan harga diri (self-esteem) di mata suami dan rakan-rakan. Walaupun suami dan …
Read More »TAHAP KANSER PAYUDARA SECARA MUDAH UNTUK ORANG AWAM
TAHAP KANSER PAYUDARA SECARA MUDAH UNTUK ORANG AWAM Kanser payudara merupakan punca utama kematian wanita di Malaysia dan seluruh dunia. Secara mudah (untuk pemahaman orang awam) Tahap Kanser Payudara boleh dibahagikan kepada empat tahap iaitu : 1. Tahap SatuKetumbuhan berada dalam payudara, bersaiz kurang dari 2 cm. 2. Tahap DuaKetumbuhan berada dalam payudara dan merebak ke kelenjar limfa di ketiak, bersaiz antara 2 cm sehingga 5 cm. 3. Tahap TigaKetumbuhan berada di payudara, dan melibatkan kelenjar limfa di ketiak, otot dada dan kulit payudara, bersaiz 5 cm atau lebih. 4. Tahap EmpatKetumbuhan merebak ke bahagian yang lebih jauh seperti kelenjar …
Read More »APA PUNCA BATUK BERTERUSAN?
Saya masih ingat seorang pesakit saya yang agak obese, selalu batuk ketika tidur. Dia terjaga kerana batuk berterusan tanpa henti. Bila minum air kosong baru lega sedikit. Dia sudah cuba pelbagai ubat batuk tetapi tiada perubahan yang baik. Saya tanya bila kali terakhir makan? Dia menjawab selalunya pukul 10pm. Kadang kala lambat sikit. Bila tengah malam lapar, dia pergi ke restoren 24 jam untuk makan roti canai. Saya percaya berkemungkinan besar, dia mengalami refluks. Ada masalah batuk disebabkan penyakit berbahaya. Ada disebabkan oleh masalah yang ringan. Antara masalah batuk yang bahaya adalah: 1. Tibi2. Kanser paru-paru3. Bronchiectasis4. COPD (Chronic Obstructive …
Read More »JANGAN SIMPAN MADU DALAM PETI SEJUK
JANGAN SIMPAN MADU DALAM PETI SEJUK Semalam di Melaka, saya berkongsi berkaitan Pemakanan Untuk Pesakit Kanser di hadapan bekas pesakit kanser. Ada beberapa makanan yang dipantang, ada yang perlu ditambah dan ada yang perlu diganti. Saya juga berkongsi bagaimana madu sangat berkhasiat terutama bagi pesakit kanser. Madu juga mempunyai mineral, vitamin dan enzim dari air liur lebah yang bagus untuk kesihatan terutama untuk pesakit kanser. Carilah madu yang asli, bersih dan dipercayai. Bila simpan madu, kita tidak patut meletakkan madu di dalam peti sejuk. Ini kerana apabila sejuk, madu akan menjadi butiran kristal dan akhirnya boleh menjadi keras …
Read More »KEBAIKAN KOPI
KEBAIKAN KOPI Kopi bukan saja mempunyai rasa yg sedap dan meningkatkan tenaga, tetapi ia juga memberikan manfaat kesihatan. Ini kerana selain memberikan kafein, ia juga memberikan banyak mikronutrien dan antioksida. Saya tidak dapat menafikan sumbangan kopi dalam menurunkan berat badan. Kafein dapat meningkatkan kadar metabolik, iaitu tahap penghasilan tenaga. Oleh itu ia membakar bekalan tenaga yang tersimpan dengan lebih banyak apabila seseorang itu berpuasa dan melakukan aktiviti fizikal. Data dari National Health and Nutrition Examination Survey di Amerika Syarikat menunjukkan wanita yang minum 2-3 cawan kopi sehari mempunyai tahap lemak yang lebih rendah (3.4 %) dari mereka yang tidak minum …
Read More »BAHAYA MAKAN BUAH NAGA?
BAHAYA MAKAN BUAH NAGA? Ada peserta Kelab Sihat yang bertanya kenapa air kencing mereka berwarna merah setelah memakan buah naga. Adakah buah naga menyebabkan air kencing berdarah? Buah naga adalah sejenis buah tropikal daripada beberapa jenis pokok kaktus yang berasal daripada Amerika Selatan. Nama lain bagi buah ini ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid. Dua spesies yang sering ditanam secara komersial ialah Hylocereus undatus (isi putih) dan Hylocereus polyrhizus (isi merah). Buah naga yang berwarna merah kerana kaya dengan sejenis pigment yang dikenali sebagai betalains. Ia menyebabkan air kencing malah najis kita berwarna merah. …
Read More »CELLULITIS VS DENAH
Semasa saya bekerja di hospital, banyak kejadian di mana terdapat jangkitan kuman pada anggota kaki. Terutama bagi pesakit diabetes. Orang kampung mengatakan ini adalah denah. Ia dikatakan disebabkan oleh gangguan makhluk halus, contohnya tersepak busut atau membuang air kecil di tempat yang tidak sepatutnya. Saya tidak mahu menyentuh tentang cerita makhluk halus ini. Saya tiada pengetahuan dan kepakaran berkongsi tentang ilmu ini. Mungkin ada kebenarannya. Namun apa yang saya kongsikan kebanyakan kes begini tidak dapat dirawat dengan cara perubatan kampung yang menggunakan air sirih yang disapu pada tempat yang bengkak kerana pesakit sebenarnya adalah pesakit diabetes. …
Read More »PUNCA KANSER PAYUDARA
Ramai yang bertanya saya tentang punca sebenar kanser payudara. Jika kita tahu, tentu mudah kita elakkan. Maka tidaklah menjadi mangsa kanser payudara yang menakutkan itu. Punca sebenar kanser payudara masih lagi belum diketahui dengan tepat tetapi banyak kajian menunjukkan beberapa faktor yang boleh merangsangkan seseorang wanita kepada mendapat kanser payudara. Pada saya sendiri, terlalu sukar untuk menunjukkan satu faktor yang boleh menyebabkan seseorang wanita mendapatkan kanser payudara. Selalunya ia disebabkan oleh pelbagai faktor yang disatukan. Jadi bagaimana mengetahui kita berisiko. Dalam banyak buku teks Textbook of Surgery menggariskan terdapat dua kategori faktor yang meningkatkan seseorang mendapat kanser payudara. Pertama, faktor …
Read More »KITA PERLUKAN SUPLEMEN
Setiap lapisan masyarakat mungkin memerlukan suplemen yang berbeza. 1. Suplemen untuk lelaki dan wanita. Terutamanya dalam hubungan suami dan isteri dan dalam proses mendapatkan zuriat. 2. Suplemen untuk atlet bagi meningkatkan pencapaian sukan. Jadi pilih suplemen yang organik, bukan “suplemen” yang dicampur dengan dadah atau bahan terlarang. 3. Suplemen untuk meningkatkan daya tahan terutama bagi mereka yang kerap demam dan selsema, ada masalah kulit yang kronik, atau penyakit kronik yang telah menerima rawatan tetapi masih tidak terkawal. Pilih suplemen yang sesuai dan dos yang optima. 4. Suplemen bagi kanak-kanak terutama yang obes akibat kegemaran mereka mengambil …
Read More »TIPS MEMBERIKAN ANAK UBAT
Banyak tips yang dikongsikan untuk memudahkan para ibu bapa memberikan ubat pada anak-anak mereka. Ada kalanya ibu bapa terpaksa “berperang” dengan anak mereka. Antara tips yang hendak saya kongsikan ialah: 1. Jangan memaksa anak. Jika dipaksa dalam keadaan anak tidak bersedia, ia menyebabkan anak akan meronta, memuntahkan semula atau berlari sekelilig rumah. Pujuk, beritahu kenapa mereka harus mengambil ubat tertentu dan berikan dengan penuh kasih sayang. 2. Berikan ubat yang perlu saja. Sebagai contoh jika anak agak sukar mengambil ubat, cuba minta nasihat doktor agar memberikan dua kesan sekali gus. Contoh ubat demam yang dapat mengurangkan rasa sakit. …
Read More »STEVIA UNTUK PESAKIT DIABETES
STEVIA UNTUK PESAKIT DIABETES Dalam merawat pesakit diabetes untuk mendapatkan bacaan gula yang baik, saya mencadangkan penggunaan stevia. Mereka harus menggantikan gula tambah dengan stevia secara konsisten selama empat bulan untuk melihat hasilnya. Selalunya bacaan Hb1Ac akan bertambah baik. Apatah lagi bacaan gula secara berpuasa atau secara rawak. Contohnya jika selalu memesan air limau ais yang selalunya dibancuh bersama gula tambah di restoren, boleh minta air limau kosong (tiada gula) dan campurkan dengan setitik stevia. Stevia adalah pemanis natural tiada kalori dari daun pokok yang banyak ditanam di Amerika Selatan. Stevia mengandungi sebatian steviol glycosides yang menyebabkan ia berasa 200 kali …
Read More »GULA HITAM ATAU KERAK GULA ATAU MOLASSES
GULA HITAM ATAU KERAK GULA ATAU MOLASSES Molasses adalah produk terakhir penghasilan gula. Kebanyakan gula putih di Malaysia dihasilkan dari tebu. Di Eropah, ia juga fihasilkan dari ubi beet. Semasa proses terakhir penghasilan gula, molasses dihadilkan. Oleh itu ia juga dikenali sebagai kerak gula. Molasses berwarna hitam, nama lainnya adalah gula hitam. Perbezaan di antara molasses dan gula putih 1. Satu sudu teh (sudu besar) gula putih 20g mengandungi 80 kalori. Sementara satu sudu teh molasses mengandungi 60 kalori. Ini bermakna molasses mengandungi nilai kalori yang lebih rendah dari gula putih. 2. Tidak seperti gula putih, molasses kaya …
Read More »KRISIS PENYEMBUHAN ATAU KESAN SAMPINGAN?
Apa itu krisis penyembuhan? Krisis penyembuhan adalah fenomena di mana seseorang yang sudah mengalami masalah penyakit yang kronik, apabila diberikan rawatan, akan mengalami masalah seperti masalah kesan sampingan. Berbeza dengan kesan sampingan, krisis penyembuhan berlaku apabila masalah bermula dari seseorang, sementara kesan sampingan bermula dari ubat/suplemen yang dia makan. Bagaimana nak tahu ia adalah krisis penyembuhan? 1. Suplemen yang diambil adalah natural. Tidak banyak melalui proses pengilangan dan tiada kimia. Contoh VCO. Ia adalah perahan pertama yang dimasukkan terus ke dalam botol. Tiada proses pengilangan atau bahan kimia yang diletakkan. 2. Sebelum ini pengamal sudah pun mengalami …
Read More »AIR NIRA
AIR NIRA Air Nira adalah cairan yang manis yang diperoleh dari putik bunga dari keluarga palma seperti nipah kelapa, kurma, nipah, abung dan sebagainya. Air Nira mengandungi antara 10-15% gula sukrosa dan kebanyakannya air. Ia mengandungi mineral dan vitamin dari tumbuhan dan boleh diminum begitu saja. Jika dihangatkan perlahan-lahan dan disadap, ia akan menjadi Gula Merah (atau pelbagai nama lain). Jika diperam dan difermentasikan, ia akan menjadi Air Tuak. Air Nira Tuak pula adalah air beralkohol rendah (antara 4-5%). Jadi pilih air nira yang segar, dan bukan yang telah diperam dan mengalami proses fermentasi. Semakin lama ia diperam semakin tinggi kandungan alkohol. …
Read More »GULA PALMA (PALM SUGAR) BAIK UNTUK KESIHATAN
Secara tradisinya, orang kita mengambil madu dan gula palma sebagai pemanis minuman dan makanan. Apabila kedatangan British, mereka memperkenalkan gula putih atau gula pasir. Oleh kerana terdapat industri yang mengeluarkan gula putih atau gula pasir secara besar-besaran, selepas kemerdekaan, pasaran gula ini semakin mendapat permintaan ramai kerana ia mudah di dapati dan harganya lebih murah berbanding dengan gula palma atau madu. Lama kelamaan, generasi baru biasa dengan gula pasir dan janggal dengan penggunaan gula palma dan madu. Sugar palma adalah pemanis asli (orginal) yang berkalori, diperolehi dari putik bunga pokok palma. Di Malaysia, kebanyakan gula …
Read More »TIPS PENJAGAAN PESAKIT YANG BARU DIBENARKAN KELUAR DARI WAD
Bagi pesakit yang baru dikeluarkan dari wad, berkemungkinan pesakit masih belum berkeadaan betul-betul sihat. Pesakit mungkin masih dalam lemah walaupun keadaan mereka bertambah baik. Mereka terpaksa dikeluarkan dari wad kerana kesesakan dalam wad dan memberikan peluang kepada pesakit lain untuk diberikan rawatan. Keadaan ini mungkin berlaku pada masa-masa tertentu akibat musim jangkitan virus sepertinya jangkitan virus influenza. Bagi ahli keluarga yang menjaga kesihatan pesakit di rumah terutamanya pesakit kanak-kanak, wargatua atau pesakit kronik, ada beberapa tip yang boleh saya kongsikan ketika menjaga mereka di rumah. 1. Perhatikan keadaan demam kerana pesakit mungkin mengalami demam boleh yang …
Read More »‘FROZEN SHOULDER’
‘FROZEN SHOULDER’ ‘Frozen shoulder’ adalah masalah pada bahu yang sakit dan susah digerakkan, menyebabkan pergerakan bahu menjadi terhad. Ia biasa dialami oleh individu yang berumur antara 40 hingga 60 tahun. TANDA-TANDA Pesakit mengalami kesakitan yang berterusan dan pergerakan bahu terhad. Keadaan ini akan menjadi teruk apabila ia dibiarkan. Ia berlaku dalam tiga peringkat yang mengambil masa lebih kurang dua tahun secara keseluruhannya. Peringkat pertama: Pergerakan sendi bahu akan menyebabkan rasa sakit. Tetapi masih boleh digerakkan. Peringkat kedua: Pergerakan bahu menjadi lebih sukar dan terhad kerana sendi menjadi keras dan sakit. Peringkat ketiga: Pergerakan bahu …
Read More »TELUR BUKAN PUNCA PENINGKATAN KOLESTROL DALAM DARAH
Benarkah telur mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dan boleh menyebabkan kenaikan kolesterol dalam darah? Tidak dinafikan kuning telur mengandungi kolesterol yang tinggi antara 180 – 220 mg kolesterol dalam sebiji telur. Ia bergantung pada jenis ayam dan saiz telur yang dihasilkan. Namun kuning telur juga mengandungi sebatian lutein, zeaxanthin dan selenium adalah penting untuk kesihatan. Sebelum ini laporan “American Health Association Dietary Guidelines Revision 2000: A statement for healthcare professionals from the Nutrition Committee of the American Heart Association” mencadangkan pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol had kepada tidak lebih 300 mg sehari untuk orang awam yang …
Read More »PANDUAN KETIKA MELAKUKAN PEMERIKSAAN GULA DI RUMAH
PANDUAN KETIKA MELAKUKAN PEMERIKSAAN GULA DI RUMAH Selain pemeriksaan doktor di klinik, saya selalu mencadangkan agar pesakit diabetes melakukan pemeriksaan gula secara berkala di rumah menggunakan mesin glukometer bagi memastikan tahap gula mereka terkawal. Pemeriksaan doktor hanya untuk dilakukan setiap bulan, malah ada yang tiga bulan sekali. Jika ada peningkatan gula dalam dalam (hiperglisemia), mungkin pemantauan doktor untuk sebulan atau tiga bulan akan datang, agak terlambat. Tanpa kawalan gula dalam darah yang bagus, mereka mungkin mengalami masalah komplikasi seperti kerosakan mata dan ginjal, masalah jantung dan stroke. Paling kurang pun masalah saraf seperti rasa kebas …
Read More »ALTERNATIF MSG
Kita menggunakan MSG untuk menambahkan rasa sedap masakan kita. MSG atau Monosodium Glutamate adalah garam sodium yang terhasil daripada asid glutamik yang terdapat secara semulajadi dalam makanan dan tumbuhan seperti ubi kayu, ubi kentang, setelah menjalani melalui proses penapaian. Secara tradisinya, Jepun terkenal dengan pes Miso yang diperbuat daripada kacang soya yang melalui proses penapaian. Di Thailand menggunakan sos ikan yang ditapaikan. Di Malaysia menggunakan udang yang ditapaikan sebagai belacan. Namun proses penapaian ini adalah secara natural (semulajadi) tanpa sebarang kimia sintetik. Antara sumber semulajadi yang mengandungi glutamate dalan mg/100g. 1. Keju parmesan (11680mg)2. Cendawan (42mg)3. …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
