HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN SECAWAN KOPI Ramai di antara kita yang seolah-olah “tidak boleh hidup” jika tidak minum secawan kopi di waktu pagi. Saya suka berkongsi satu kajian, menunjukkan bahawa meminum kopi dikaitkan dengan panjang umur dan kebarangkalian mendapat penyakit kronik termasuk kanser yang rendah. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan yang terkenal, Annals of Internal Medicine. Kajian yang dilakukan di University of Southern California yang melibatkan 185,000 orang selama 16 tahun. Saintis mendapati mereka yang minum satu cawan kopi tanpa gula mempunyai kebarangkalian 12% untuk hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang …
Read More »Koleksi Artikel
KERAP KENCING MALAM. APAKAH PUNCA-PUNCANYA?
KERAP KENCING MALAM. APAKAH PUNCA-PUNCANYA? Kerap kencing malam dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘nocturia‘. Selalunya ketika anda tidur, anda akan menghasilkan air kencing yang sedikit tetapi lebih pekat. Ini bermaksud mereka yang normal selalunya tidak perlu kerap bangun tidur untuk membuang air kencing hingga mengganggu tidur mereka. Jika seseorang itu bangun kerap pada waktu malam untuk membuang air kencing, dia mungkin menghadapai nocturia. Disamping ia mengganggu tidur anda, ia juga boleh disebabkan penyakit lain. PUNCA KERAP KENCING Kencing yang kerap boleh menjadi gejala kepada banyak masalah yang berbeza dari penyakit buah pinggang hinggalah ke masalah hanya minum terlalu …
Read More »PANIC ATTACK MENYERANG PEGAWAI BERSENJATA
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya berasal dari @@@ dan berumur @@ tahun. Saya ingin bertanyakan masalah berkaitan suami saya yang bekerja sebagai pegawai bersenjata. Beliau ada masalah Anxiety Disorder dan Panic Attack hampir 4 tahun. Dahulu masalah beliau terkawal. Tetapi kebelakangan ini beliau tidak dapat mengawal keadaan dan perasaan beliau sehingga beliau difitnah oleh rakan sekerja kononnya beliau mengambil dadah. Keadaan ini menyebabkan beliau semakin tertekan. Ujian DASS menunjukkan beliau mengalami kemurungan dan keresahan (Depression and Anxiety). Bila beliau berseorangan, fikiran beliau juga berserabut dan rasa sesak nafas bila berada di tempat yang terkurung dan sempit. Beliau akan marah pada hal …
Read More »KEBAIKAN MINUM AIR KOSONG
Berikut adalah kebaikan yang ingin saya kongsikan tentang kebaikan minum air kosong. 1. Menguruskan badan Khabar gembira untuk mereka yang sedang cuba menurunkan berat badan. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak. Ia dapat mengurangkan rasa lapar. Dan meningkatkan pembakaran kalori dgn lebih baik. 2. Melancarkan sistem pencernaan Minum air kosong dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit. 3. Awet muda Kekurangan pengambilan air kosong menyebabkan kulit kering dan berkerut. Tubuh kita kelihatan lebih tua dari umur kita. 4. Tubuh lebih segar dan sihat Khasiat …
Read More »MEMILIH MAKANAN YANG SIHAT DAN SEIMBANG KETIKA HAMIL
Kehamilan adalah detik terindah yang sangat bermakna. Bermula saat menjalankan ujian kehamilan sendiri sehingga disahkan doktor diri sedang berbadan dua, ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan. Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir bukan saja cukup sifat, tetapi sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak di dalam kandungan lagi. Malah, pasangan yang merancang memiliki cahaya mata pertama disaran mengambil asid folik tiga bulan sebelum kehamilan bagi memastikan bayi mendapat zat lengkap ketika dalam kandungan. Ini kerana ada kajian menunjukkan ibu yang tidak mendapat penjagaan dan rawatan sempurna semasa hamil …
Read More »ALAHAN MAKAN SOTONG?
Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya. Beberapa hari yang lepas, saya dimasukkan ke wad hospital kerana mengalami kegatalan seluruh badan seperti gegata. Doktor di sana mengesyaki saya mengalami alahan pada sotong yg dimakan sebelum tu. Saya ingin dapatkan pencerahan drp doktor, benarkah jika sebelum ni mknn laut mmg boleh dimkn tanpa apa-apa alahan, tetapi pada suatu masa nanti seseorang itu akan mgalami alahan pada mknn laut tersebut. Dan jika benar, adakah bermakna saya tidak boleh mkn mknn laut sampai bila2 atau dibolehkan dimkn dgn kadar yg sedikit saja. Sampai ke saat ini saya masih lagi belum mkn mknn laut tersebut kerana …
Read More »PENDARAHAN DALAM AIR KENCING
Kencing berdarah disebut hematuria dalam istilah perubatan. Ada yang mengadu air kencingnya menjadi merah kerana terdapat banyak darah. Ada yang tidak menyedari mempunyai air kencing berdarah kerana terdapat hanya sedikit darah dan hanya diketahui dengan pemeriksaan air kencing. Darah dalam air kencing boleh berasal dari glomerular, iaitu struktur asas ginjal yang menapis darah dan menghasilkan air kencing. Selalunya ia menyebabkan sedikit darah yang berada dalam air kencing tanpa disedari oleh pesakit. Pendarahan ini juga boleh berasal dari struktur lain seperti saluran air kencing dan pundi kencing. Terdapat beberapa punca yang biasa berlaku. Antaranya jangkitan kuman ada pundi dan saluran kencing. …
Read More »PUNCA-PUNCA TEKANAN DARAH RENDAH
a) Tekanan Darah Rendah ‘Orthostatic’ Ini adalah keadaan darah rendah yang biasanya akan berlaku apabila anda berubah posisi. Sebagai contoh anda bangun dari tidur atau duduk dengan terlalu cepat lalu menyebabkan tekanan darah anda turun. Penurunan tekanan darah akan menyebabkan anda berasa pening atau pusing. Ianya berlaku kerana tubuh badan anda tidak dapat menyesuaikan tekanan pengaliran darah dengan cepat agar sesuai dengan kedudukan badan anda. Keadaaan ini biasanya akan berlaku untuk beberapa saat sahaja. b) Tekanan Darah Rendah ‘Neurally Mediated’ (NMH) Jenis masalah tekanan darah rendah yang kedua ini berlaku apabila otak dan jantung anda gagal untuk berkomunikasi dengan …
Read More »PERBEZAAN ANTARA OSTEOPOROSIS DAN OSTEOARTHRITIS
Kedua-dua Osteoporosis dan Osteoarthritis adalah penyakit biasa yang berlaku pada peringkat pertengahan hingga akhir. Osteoporosis adalah penyakit tulang di mana tulang menjadi lebih rapuh kerana pengurangan kepadatan mineral tulang. Tulang penderita Osteoporosis mempunyai kecenderungan meningkat kepada patah tulang. Osteoartritis, sebaliknya, adalah penyakit sendi. Ini disebabkan oleh kehilangan rawan (bahan protein yang bertindak sebagai ‘bantal’ di antara tulang sendi) di sendi. Osteoporosis juga boleh dirujuk sebagai ‘tulang berliang’. Dalam penyakit ini, tulang menjadi lebih lemah, dan ia biasanya berlaku selepas usia tertentu, walaupun, penipisan tulang juga boleh menyebabkan penyakit ini. Osteoartritis merujuk terutamanya kepada keradangan sendi. Walaupun jenis arthritis ini juga …
Read More »SAKIT PADA ABDOMEN
SAKIT PADA ABDOMEN SEBAB-SEBAB SAKIT ABDOMEN Sakit perut atau sakit pada abdomen merupakan perkara biasa. Ia bukan sejenis penyakit tetapi merupakan gejala bagi penyakit lain. Tanda-tanda yang mungkin dialami adalah seperti pedih ulu hati, perut kembung dan sendawa. 1. Sebab-sebab psychogenic Sakit yang dialami tetapi tidak disebabkan oleh sebarang penyakit. Ianya timbul mungkin akibat dari tekanan perasaan, kebimbangan dan kemurungan. Walau bagaimanapun, proses ini terjadi tidaklah diketahui. 2. Sebab-sebab functional Sakit ini terjadi disebabkan oleh perubahan fungsi organ akibat tindakbalas badan terhadap persekitaran. Contohnya: a) Penolakan tubuh terhadap laktosa (lactose intolerance) b) Senggugut (dysmenorrhoea) c) Sembelit d) Cirit-birit (diarrhea) 3. …
Read More »BIJI CHIA KAYA NUTRIEN
Biji chia antara makanan paling sihat untuk diamalkan kerana kandungan nutrien yang tinggi, memberi banyak manfaat kepada kesihatan tubuh dan kecerdasan otak. Biji chia yang berwarna hitam berasal dari Amerika Selatan dan dikatakan makanan utama dalam diet kaum yang hidup di zaman purba, Maya dan Aztec, kerana ia mampu memberi kekuatan kepada tubuh mereka. Berikut sebahagian daripada kebaikan biji chia untuk tubuh, sama ada ia dimakan begitu saja atau dimasukkan dalam makanan harian termasuk pencuci mulut. 1. Kaya nutrien Biji chia kaya dengan serat, protein, omega-3, kalsium, mangan, magnesium dan fosforus. Ia juga mengandungi zink, vitamin …
Read More »MENCEGAH PENYAKIT KARDIOVASKULAR
Penyakit jantung dan strok menyumbang kepada satu perempat daripada jumlah kematian di Malaysia dan semakin ramai golongan muda mengalaminya (Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III). Penyakit jantung atau lebih khusus, penyakit kardiovaskular merangkumi penyakit seperti angina, serangan jantung dan strok. Ini berpunca daripada lemak yang terkumpul (atau plak) di dalam arteri dalam jangka masa lama, proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. Apabila arteri menjadi terlalu sempit, sel darah merah yang kaya dengan oksigen tidak cukup untuk sampai ke jantung dan otot lalu menyebabkan sakit dada teramat sangat – ini dikenali sebagai angina. Sebaliknya, jika sebahagian daripada plak pecah, …
Read More »TANDA PENGUMPULAN LEMAK KOLESTROL DALAM TUBUH
Ramai yang tidak tahu bahawa bintil berwarna kuning pada kelopak mata atau bintil lemak pada siku adalah petanda awal pengumpulan kolesterol yang berisiko diserang penyakit jantung. Selain itu bintil ini boleh ada di sendi lutut, pergelangan kaki, dan tangan kerana ia melibatkan tendon yang melintasi sendi yang terlibat. Ia dikenali sebagai xanthelasma. Bukan setakat kelopak mata, pengumpulan lemak boleh berlaku dalam mata (permukaan retina) dan di anak mata. Selalunya mereka ini bila melakukan pemeriksaan darah untuk kolestrol akan menunjukkan peningkatan tahap kolestrol. Jika ada masalah peningkatan kolestrol dan pada masa yang sama ada penyakit kronik …
Read More »PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT DARAH TINGGI HYDROCHLOROTHIAZIDE
Paragraph PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT DARAH TINGGI HYDROCHLOROTHIAZIDE 1. Ubat sintetik ini digunakan untuk mengawal tekanan darah. Ia tidak bertujuan untuk merawat (sembuh), tetapi untuk mengelakkan dari komplikasi seperti stroke, serangan sakit jantung atau kerosakan ginjal. Oleh itu ia harus diberikan dengan preskripsi. 2. Ia berada dalam kumpulan diuretics iaitu ubat sintetik yang menyebabkan kencing. Dengan itu ia mengeluarkan lebih banyak air dan mineral dari tubuh. 3. Ia dapat mengurangkan air yang berlebihan dalam tubuh, yang menyebabkan kaki menjadi bengkak (edema) dan rasa susah bernafas. Oleh itu ia bagus untuk pesakit kegagalan fungsi jantung, hati dan ginjal …
Read More »TEMBIKAI MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
TEMBIKAI MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH Menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), satu dari empat orang di Malaysia berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah, sama ada pre-hipertensi atau sudah mengalami hipertensi. Kebanyakan mereka tidak didiagnosakan, tidak dirawat atau tidak mengetahui mereka mempunyai masalah ini. Ada beberapa makanan yang dapat menurunkan tekanan darah, jika diambil bersama diet yang sihat. Antaranya air tembikai. Air Tembikai adalah air yang manis berGI tinggi, tetapi mempunyai nilai karbohidrat yang rendah. Jadi secara keseluruhan, nilai Kandungan Glisemik (Glysemic Load, GL) adalah rendah. Jika ingin minum air tembikai, saya cadangkan jangan ditambah gula kerana …
Read More »BADAN LEMAH DAN PUNCA-PUNCANYA
Badan lemah membawa maksud seseorang itu merasa letih ataupun tidak bertenaga. Ia bukan membawa maksud rasa mengantuk ataupun rasa pening kepala. Apabila anda merasakan badan anda lemah, anda tidak mempunyai motivasi dan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Badan lemah merupakan salah satu simptom yang disebabkan masalah kesihatan. Ia boleh berpunca dari perkara yang normal sehinggalah perkara yang serius. Jika rasa lemah tersebut masih tidak sembuh selepas mengambil rehat dan makanan yang cukup, pesakit mungkin mempunyai masalah kesihatan yang lain dan perlunya ada pemeriksaan seseorang doktor. PUNCA-PUNCA BADAN LEMAH Ia boleh dibahagikan kepada 3 kategori am iaitu: 1. Gaya hidup2. Masalah …
Read More »GENERASI MILENIAL PALING MUDAH SAKIT DAN MATI MUDA
Generasi milenial seringkali dianggap sebagai generasi yang beruntung kerana berada dalam zaman perkembangan teknologi yang luar biasa. Sayangnya, pakar kesihatan mendapati bahawa generasi ini sebagai generasi yang paling mudah sakit dan memiliki risiko mati muda paling tinggi dibandingkan dengan generasi-generasi sebelumnya. Laporan yang dikeluarkan oleh Blue Cross Blue Shield menyebut generasi milenial mempunyai jumlah yang mati muda lebih banyak berbanding dengan generasi lain. Mereka mengalami pelbagai jenis masalah kesihatan dan lebih cenderung untuk membelanjakan lebih banyak wang merawat masalah kesehatan. Sebagai informasi, Blue Cross Blue Shield adalah salah satu syarikat insurans yang mempunyai lebih dari 100 juta orang yang berdaftar …
Read More »ADAKAH AIR BERALKALI INI BERKESAN?
Air beralkali sangat kontroversi. Ramai pengamal perubatan moden mengambil sikap tidak mempercayai kerana tiada kajian yang terperinci mengenai air ini yang diterbitkan dalam journal perubatan. Namun begitu ada juga kajian yang membincangkan kebaikan air alkali ini dan diterbitkan dalam journal sains yang lain. Contohnya kajian yang dilakukan dalam tahun 2012, mendapati air beralkali yang diperolehi secara semulajadi dari sebuah pergi dengan pH 8.8 dapat menyah-aktifkan enzim pepsin, iaitu enzim yang menyebabkan reflux asid. Dalam kajian lain, dengan mengamalkan air beralkali dapat memberikan kebaikan pada pesakit diabetis, hipertensi dan berkolestrol tinggi. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan kepekatan …
Read More »KENALI AIR BERALKALI
Ramai yang mendakwa air beralkali dapat mengekalkan kesihatan, membuang keasidan dalam darah dan tubuh, malah mencegah/merawat penyakit kronik dan kanser. Sebelum kita bersetuju atau tidak bersetuju, jom kenali apa itu air beralkali. Perkataan alkali merujuk kepada nilai pH dalam air tersebut. Masih ingat pelajaran kimia atau sains panduan dalam SPM dulu? Nilai pH yang mengukur satu air itu asid atau alkali adalah antara nombor 1 hingga 7. Nilai pH 1 bermakna, air itu terlalu berasid, pH 14 bermakna air itu terlalu beralkali. Sementara nilai pH 7 bermakna air itu bersifat neutral. Air yang kita minum …
Read More »ELAKKAN NYANYUK PADA MASA TUA DENGAN BERPUASA DAN MENGAMBIL MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN
Penyakit nyanyuk adalah penyakit yang digeruni oleh kita apabila telah berusia nanti. Penyakit ini dikenali sebagai Dementia dan Penyakit Alzheimir. Pada masa itu kita lupa sama ada kita sudah makan atau belum, sudah solat atau belum, sudah mandi ke belum. Paling malang kita menjadi kanak-kanak yang bermain najis sendiri. Jika kita ada anak yang taat, mungkin dia dapat membantu kita. Namun jika kita berseorangan nanti, sudah tentu keadaan kita tidak terurus. Oleh berusahalah untuk tidak dapat penyakit nyanyuk. Menurut rakan saya seorang ustaz, untuk mengelak penyakit ini, perbanyakkan membaca doa ini. Yang terbaik amalkan doa di bawah 3 kali waktu …
Read More »MENGAPA KACANG KUDA (CHICKPEAS) MENYEBABKAN PERUT KEMBUNG?
MENGAPA KACANG KUDA (CHICKPEAS) MENYEBABKAN PERUT KEMBUNG? Apabila kita memakan sesuatu yang ‘tidak sesuai’ dengan kita, perut kita akan kembung, rasa berangin, memulas dan kadang kala menyebabkan rasa tidak selesa untuk melakukan tugas seharian. Dengan ini tubuh memberitahu kita, elakkan makanan ini atau jangan makan berlebihan. Antara makanan yang kita makan menyebabkan masalah ini adalah kacang kuda. Sebelum itu saya ingin memberitahu tahu satu istilah FODMAP iaitu Fermentable Oligosaccharides, Disaccharides, Monosaccharides and Polyols iaitu jenis gula yang dihasilkan dari karbohidrat, tetapi tidak diserap secara lengkap oleh usus kita. Gula ini apabila sampai ke usus kecil , mula menyimpan air sehingga …
Read More »SAYA TAK PERNAH SURUH BUANG UBAT SINTETIK
Saya pernah beberapa kali pernah bergandingan dengan seorang penceramah agama dari IPTA (sekarang bergelar Datuk). Satu hari dia kata pada peserta dalam satu majlis, “saya tidak bergandingan dengan doktor yang menolak ubat hospital”. Secara kebetulan itu kali terakhir saya bersama beliau. Mula-mula saya terperanjat juga. Adakah saya yang dimaksudkan? Mungkin beliau salah faham mendengar fitnah-fitnah dari orang sekeliling beliau. Paling sedih, patutnya beliau bertanya sendiri dengan saya untuk penjelasan. Kalau betullah saya yang dimaksudkan. Tapi manusia kan.. Kadang kala bila berceramah, pong pung pang, macam bagus. Tapi realitinya tak seperti yang diucapkan dalam ceramah. Jadi macam …
Read More »BERHATI-HATI DENGAN KEKEJANGAN OTOT
Kejang otot yang menyerang sewaktu baru bangun tidur adalah pengalaman yang kurang menyenangkan dan boleh mengganggu ‘mood’ anda sepanjang hari. Biasanya kejang otot ini menyebabkan kesakitan pada jari kaki dan betis, iaitu antara bahagian yang kerap dilanda masalah ini. Berdasarkan kajian American Academy of Family Physicians, 60% orang dewasa yang sering mengalami kekejangan otot pada awal pagi atau sebelah malamnya turut menghidapi masalah gangguan tidur atau insomnia. Meskipun kejang otot adalah perkara biasa, tetapi ada serangan kejang otot tertentu perlu diambil serius kerana boleh menyebabkan komplikasi lebih serius. Disenaraikan lima gejala kejang harus diberi perhatian dan memerlukan …
Read More »JENIS-JENIS PSORIASIS
JENIS-JENIS PSORIASIS Psoriasis ialah sebuah keadaan di mana kulit mengalami kemerah-merahan, gatal-gatal dan mengalami pengelupasan berbentuk sisik. Psoriasis adalah sebuah keadaan yang boleh dialami oleh lelaki dan perempuan, Ia mempunyai boleh mendatangi pesakit di dalam pelbagai bentuk dan lebih banyak berlaku pada beberapa bahagian tubuh badan. Psoriasis merupakan masalah radang yang disebabkan oleh tindakan imuniti badan terhadap sel-sel kulit. Sel-sel imun ini bertindak dengan menyebabkan sel-sel kulit menghasilkan lapisan-lapisan kulit baru dengan lebih kerap daripada biasa. Kesannya, lapisan – lapisan kulit yang baru ini akan menyebabkan lapisan kulit yang normal menjadi lebih tebal dan berwarna kemerah-merahan. Permukaannya juga …
Read More »RASA TERLALU SEJUK DI BILIK BERHAWA DINGIN
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Doc, adakah kalau jenis tak tahan duduk bawah aircond dan tangan jadi sejuk tu bermakna kita kurang darah? Terima kasih.” Waalaikumussalam. Ada berapa faktor yang menyebabkan seseorang tidak tahan menahan sejuk di bilik berhawa dingin berbanding dengan orang lain. Ada yang disebabkan penyakit, ada yang disebabkan tubuh yang terlalu kurus dan faktor keturunan. Selalunya disebabkan faktor BMR yang rendah. BMR adalah kadar tubuh kita menjana tenaga ketika kita rehat. Orang yang mempunyai BMR tinggi dikatakan mengeluarkan haba yang lebih banyak kerana banyak tenaga yang dijanakan. Oleh itu mereka berasa lebih panas …
Read More »TULANG RAPUH (OSTEOPOROSIS)
TULANG RAPUH (OSTEOPOROSIS) Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan kepadatan tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul. Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat), bahan mineral, …
Read More »KENAPA PERLU MAKAN SAYUR HIJAU TERUTAMANYA BAGI PESAKIT KENCING MANIS
KENAPA PERLU MAKAN SAYUR HIJAU TERUTAMANYA BAGI PESAKIT KENCING MANIS Sayur hijau ni penting. Tapi ramai orang tak suka makan sayur sebab tak sedap…pahit, tak boleh nak telan, anak tekak tak terima dan lain-lain lagi. Sebenarnya sayur ini amat penting bagi diet yang seimbang lebih lebih lagi bagi mereka yang sakit. Seelok eloknya amalkan sejak dari muda, jangan tunggu sakit baru nak makan sayur. Apa faedahnya makan sayur hijau? Sayur hijau tinggi dengan serat. Apabila dimakan dengan nasi atau karbohidrat yang tinggi indeks glisemik, serat ini akan membentuk spt jaring yang akan menahan kanji …
Read More »VITAMIN C TERBAIK
VITAMIN C TERBAIK Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air. Ia tidak disimpan dalam tubuh. Jadi ia harus diambil secara berterusan dalam makanan. Banyak makanan terutamanya buah-buahan yang membekalkan vitamin C. Antaranya buah oren dan pelbagai jenis limau tempatan, mangga, cili hijau, brokoli,dan tomato. Ada kalanya pemakanan yang kita makan tidak cukup dengan vitamin C, terutama jika makan makanan yang berproses. Makanan segar yang kita makan membekalkan sebahagian kecil peratusan yang diperlukan oleh tubuh. Jika kita mengambil makanan berproses, tiada vitamin yang dapat dibekalkan ke dalam tubuh. Oleh itu kita perlukan suplemen vitamin C. Untuk mencapai tahap membantu rawatan, …
Read More »ADAKAH UBAT UNTUK RAMBUT BERUBAN?
Pada saya uban di kepala bukanlah suatu yang perlu dimalukan. Ini kerana rambut akan beruban apabila usia kita semakin meningkat. Peningkatan usia juga berkaitan dengan kematangan diri. Jadi beruban adalah suatu yang melambangkan kematangan diri seseorang, kecuali dibuktikan sebaliknya. Maksud saya ada juga orang yang beruban tetapi tahap kematangan mereka rendah. Tetapi beruban mungkin lebih dirisaukan oleh orang yang muda. Ramai rakan saya yang mengalami rambut beruban ketika baru saya berusia akhir 20an atau awal 30an. Lalu ramai yang bertanya adakah disebabkan oleh stress? Saya lebih percaya bahawa rambut beruban ini disebabkan oleh faktor keturunan. Apabila seseorang …
Read More »BANYAK AMBIL PROTEIN SUMBER TUMBUH-TUMBUHAN
BANYAK AMBIL PROTEIN SUMBER TUMBUH-TUMBUHAN Kita banyak disuapkan dengan fakta yang mengelirukan. Antaranya adalah ‘lebih banyak protein yang kita ambil, lebih baik untuk kita untuk pembinaan otot’. Satu lagi kekeliruan adalah ‘protein yang terbaik adalah protein dari sumber haiwan’. Cuba kita kembali kepada fakta yang kita pelajari semasa di sekolah menengah. Terdapat 21 jenis asid amino yang membentuk satu molekul protein. 9 dari asid amino ini disebut sebagai “essential” asid amino kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan asid amini ini. Ia hanya boleh didapati dari sumber makanan. Memang betul kebanyakan “essential” asid amino ini …
Read More »KITA RESAH KETIKA DIUJI?
Kita sentiasa menghadapi dugaan dalam kehidupan kita dan ia tidak akan pergi dengan mudah kerana setiap manusia yang hidup akan diduga. Kita tidak mampu menentukan dan mengawal apa yang bakal terjadi pada peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita. Sebagai hambaNYA, apa yang perlu kita lakukan? 1. Percayalah kita mampu mengubah CARA kita menghadapi dugaan itu. Terima takdir yang ditetapkan ALLAH dengan hati yang terbuka. Ingatlah ianya adalah dugaan yang telah dijanjikan untuk setiap manusia. Ini bahagian kita. Dugaan ini adalah dugaan yang bersesuaian dengan kemampuan kita. Jadi kita mampu menghdapinya. Ada orang yang menerima dugaan yang lebih besar kerana mereka …
Read More »ADAKAH DEGUPAN JANTUNG KITA NORMAL?
Kadar degupan jantung orang dewasa yang normal adalah antara 60 hingga 100 kali seminit. Namun ramai yang bertanya, apakah degupan jantung mereka normal, jika pada waktu rehat, 78 dan selepas berlari ia menjadi 130 degupan perminit. Sebenarnya degupan jantung kita tidak tetap pada satu bacaan sahaja. Ia boleh meningkat dan boleh menurun apabila melakukan aktiviti fizikal atau mengalami tekanan perasaan seperti terlalu takut atau terkejut. Kebiasaannya degupan jantung akan kembali semula pada julat yang normal iaitu antara 60 hingga 100. Sebagai contoh, degupan jantung akan meningkat sehingga 140 per minit apabila berlari, tetapi akan turun semula …
Read More »KRIM BERSTEROID UNTUK ECZEMA?
KREAM BERSTEROID UNTUK ECZEMA? Kebanyakan krim yang diberikan doktor untuk masalah kulit kering, terutama eczema di klinik dan hospital mengandungi steroid. Begitu juga krim yang dijual secara online. Begitu juga di farmasi. Bagaimana kita mengesyaki krim itu mengandungi steroid? Tandanya adalah perubahan yang cepat pada kulit dalam masa beberapa hari. Tiada lagi kekeringan kulit, kulit menjadi tidak gatal dan rekahan pada kulit menjadi hilang. Perubahan yang cepat dan ketara. Penggunaan krim bersteroid tidak mendapatkan kemudaratan jika ia digunakan dalam jangka yang panjang. Bagi mereka yang memilih untuk tidak menggunakan krim bersteroid, tanyakan pada penjual krim atau periksa pada kotak krim …
Read More »APA ITU ANGINA?
Custom Sliders (untuk grafik berkaitan, sila google perkataan ‘angina’. Diharap penulisan Bahasa Melayu ini membantu pemahaman anda berkenaan masalah penyakit ini). Angina adalah sakit dada atau ketidakselesaan yang biasanya disebabkan oleh kekurangan aliran darah ke jantung. Ini biasanya disebabkan oleh penyempitan atau penyumbatan saluran darah dalam badan. Jantung anda memerlukan oksigen yang dibawa oleh darah. Apabila kurang darah yang sampai ke jantung, maka kurang oksigen dihantar pada jantung bagi mengepam darah. Terdapat tiga jenis angina: 1. Angina stabil adalah jenis yang paling biasa. Ia berlaku apabila jantung bekerja lebih kuat daripada biasanya. Angina yang stabil mempunyai corak …
Read More »SALAH FAHAM TENTANG STEVIA
1. Ramai yang menganggap bahawa Stevia adalah ubat diabetes. Stevia bukanlah ubat yang menggantikan ubat diabetis. Oleh itu ia tidak seharusnya digunakan sebagai pengganti ubat mengawal gula dalam darah. Stevia adalah pemanis natural yang membantu pesakit diabetes untuk meninggalkan gula pasir jika masih tidak dapat menahan ketagihan gula. Dengan ini dapat mengurangkan kemasukan karbohidrate ringkas (atau gula dalam tubuh). Bila kemasukan gula dalam darah semakin sedikit dan terkawal, kawalan terhadap gula dalam darah semakin baik. 2. Ramai yang mengambil stevia, dalam masa yang sama mengambil gula pasir. Ini adalah suatu kesilapan. Ibarat kita mahu membersihkan kolam. Kolam akan …
Read More »PUNCA MASALAH RASA PENING
Semalam saya berkongsi tentang masalah pening kepala. Antara punca masalah ini yang saya kongsikan semalam adalah masalah yang berkaitan dengan masalah dalam telinga. (boleh rujuk perkongsian semalam). Selain itu, masalah ini juga boleh disebabkan oleh masalah kekurangan sel darah merah (anemia). Jika mengalami pening, doktor mungkin mencadangkan pemeriksaan darah untuk mengetahui tahap hemoglobin, jika doktor mengesyaki masalah anemia. Selain itu rasa pening kepala boleh dirasai oleh mereka yang mempunyai masalah tekanan darah rendah secara tiba-tiba. Oleh itu pemeriksaan tekanan darah amat penting kerana penurunan tekanan darah secara tiba-tiba bukan saja boleh menyebabkan rasa pening kepala tetapi juga boleh …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
