Koleksi Artikel

HERBA UNTUK SUSU IBU

HERBA UNTUK SUSU IBU   Ramai yang bertanya bagaimana untuk memperbanyakkan susu ibu. Antara herba yang dikatakan membantu memperbanyakkan susu ibu ialah:                         1. Biji Halba (Fenugreek seeds)         2. Bawang putih         3. Biji jintan putih                               4. Habatus sauda                 5. Biji karom       6. Labu       7. Kacang Dhal     8. Lobak merah     …

Read More »

UPT Negatif Tidak Semestinya Tidak Hamil

Ada seorang wanita berusia 30an pernah datang ke klinik saya. Masalah beliau ialah mengalami kelewatan haid selama dua minggu. Ini disebabkan suami beliau berada di luar negara semenjak 6 bulan lepas kerana melanjutkan pelajaran PhD di luar negara. Beliau risau jika beliau hamil ! Saya puas memberitahu bahawa puan tidak hamil jika tiada melakukan hubungan seksual bersama suami (atau dengan mana-mana lelaki). Saya tidak mahu berburuk sangka dan menganggap wanita ini mengalami kekeliruan. Tetapi beliau mendesak saya melakukan ujian UPT bagi memastikan beliau betul-betul tidak hamil. Saya akur dengan permintaan beliau dan melakukan pemeriksaan ujian UPT. Ujian UPT bertujuan untuk …

Read More »

KEMBAR SEIRAS ATAU TIDAK SEIRAS

  “Salam doktor, saya mempunyai dua pasangan orang kembar. Satu pasangan kembar, muka mereka seiras. Sementara satu lagi pasangan, muka mereka tidak seiras. Bagaimanakah kembar yang tidak seiras ini boleh berlaku?”   WA ALAIKUMMUS SALAM   KEMBAR tidak bermakna berpasang. Ada yang kembar tiga, empat dan seterusnya. Namun kebanyakan kembar adalah berpasangan.   Ini berlaku apabila satu ovum yang matang disenyawakan oleh dari satu sperma dan kemudian membahagi kepada dua janin (embrio). Ini akan menyebabkan muka mereka seiras. Ia berasal dari genetik yang sama. Mereka berkongsi satu uri.     Satu lagi kembar berlaku apabila dua telur dipersenyawakan oleh dua …

Read More »

KADAR DEGUPAN JANTUNG JANIN

Semasa memeriksa janin melalui pemeriksaan ultrasound, seorang suami yang menemani isterinya (yang hamil) menegur saya. “Doktor, kenapa degupan jantung bayi agak laju. Kalau kita selalunya 100 degupan perminit pun sudah dianggap laju. “ Saya senyum. “Betul tuan. Kalau orang dewasa ia dianggap laju, tetapi untuk janin yang masih berada dalam rahem, ia dianggap normal kerana struktur jantung yang belum matang” Dia mengangguk setuju dan faham.   Kadar degupan jantung janin dan bayi dalam rahem laju dibandingkan dengan degupan jantung orang dewasa. Selalunya janin akan mula berdegup 3 minggu selepas berlakunya persenyawaan. Namun ia hanya dapat dilihat dengan jelas menggunakan teknik …

Read More »

Janin Saya Tiada Anggota Tubuh

JANIN SAYA TIADA ANGGOTA TUBUH           “Salam doktor, ini kali pertama saya jalani pemeriksaan ultrasound selepas tidak datang haid 2 minggu. Doktor kata saya telah hamil. Tetapi saya tidak nampak pun anggota bayi saya. Mohon pencerahan, doktor. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM.   Bagi wanita yang masih berada di usia awal kehamilan,tanda kehamilan apabila doktor dapat mengesan kantung janin.   Dalam kes puan, usia kehamilan 6 minggu (apabila dua minggu tidak datang haid dari tarikh sepatutnya) doktor akan mengesan   1. kantung janin di dalam rahem   2. degupan jantung janin yang kita …

Read More »

Mengesahkan Kehamilan Selepas IVF

MENGESAHKAN KEHAMILAN SELEPAS IVF Bagi wanita yang menjalani rawatan IVF dan menerima suntikan kesuburan, cara terbaik ialah bukan dengan pemeriksaan urine pregnancy test (UPT) atau menjalani pemeriksaan darah untuk hormon kehamilan B-hcG. Ini kerana suntikan kesuburan seperti Ovidrel dan Pregnyl juga mengandungi hormon B-hcG. Sudah tentu tahap hormon ini akan tinggi dalam darah dan ianya dikeluarkan melalui air kencing. Ini akan memberikan keputusan yang positif (walaupun wanita itu tidak hamil) jika menjalani pemeriksaan urine dan darah. Cara terbaik ialah pemeriksaan ultrasound melalui faraj bagi memastikan seorang wanita itu berjaya dalam rawatan IVF dan sedang hamil. Saya mencadangkan agar pemeriksaan dilakukan sebulan selepas …

Read More »

bila masa sesuai buat ujian kehamilan

BILA MASA SESUAI BUAT UJIAN KEHAMILAN.     “Salam, doktor. Bila masa yang sesuai untuk membuat pemeriksaan kehamilan? Terima kasih” WA ALAIKUMMUS SALAM. Terdapat tiga cara yang biasa saya gunakan untuk mengesahkan kehamilan. Pertama, menggunakan kaedah ‘urine pregnancy test’ (UPT) di rumah. Ia boleh dilakukan pada minggu keenam dari tarikh hari pertama haid yang terahir, atau selepas dua minggu tidak datang haid pada tarikh yang sepatutnya. Kedua, melakukan pemeriksaan ultrasound dengan meletakkan alat pengesan (probe) pada abdomen. Ia boleh dilakukan pada minggu ke lima selepas dari tarikh hari pertama haid yang lepas. Kadang kala imej yang dilihat tidak jelas, bergantung …

Read More »

Kenapa ubat selsema tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak?

UBAT SELSEMA DAN BATUK UNTUK KANAK-KANAK   “Assalamualaikum dokter. Saya ingin bertanya sikit mengenai bayi sy yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur lingkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sgt fobia sbb ank ke empat sy dulu batuk selsema, dokter sebuah klinik swasta kata tidak blh bg pd bayi. Hanya ubat sembur kat hidung…tp msih selsema..Akhirnya anak saya warded sbb byk kahak pd paru2. Kenapa yer dokter? Kalau bg pd dos seumur dgn bayi blh tak? Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Pemberian ubat selsema bergantung kpd pemeriksaan doktor. Secara amnya memang ada garis panduan yang tidak membenarkan kanak-kanak …

Read More »

SALAH FAHAM TENTANG STEVIA BAGI MENGURANGKAN KEKELIRUAN

SALAH FAHAM TENTANG STEVIA BAGI MENGURANGKAN KEKELIRUAN     1. Ramai yang menganggap bahawa Stevia adalah ubat diabetes. Stevia bukanlah ubat yang menggantikan ubat diabetes. Oleh itu ia tidak seharusnya digunakan sebagai pengganti ubat mengawal gula dalam darah. Stevia adalah pemanis natural yang membantu pesakit diabetes untuk meninggalkan gula pasir jika masih tidak dapat menahan ketagihan gula. Dengan ini dapat mengurangkan kemasukan karbohidrate ringkas (atau gula dalam tubuh). Bila kemasukan gula dalam darah semakin sedikit dan terkawal, kawalan terhadap gula dalam darah semakin baik.   2. Ramai yang mengambil stevia, dalam masa yang sama mengambil gula pasir. Ini adalah suatu …

Read More »

PETUA BAGI MENGHILANGKAN PENING

Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh da nada kala rasa seperti ‘mahu pengsan’. Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simtom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kepalterbang atau kenderaan …

Read More »

ENDOMETRIOSIS ADALAH PENYAKIT AKIBAT KERADANGAN DAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON

Ramai yang bertanya saya mengenai masalah endometriosis. Endometriosis adalah masalah yang dialami oleh ramai wanita dan doctor perubatan masih tidak mengetahui punca berlakunya masalah ini. Banyak teori yang diberikan. Namun teori yang diberikan tidak banyak membantu dalam merawat pesakit wanita yang mengalaminya. Saya berpendapat bahawa endometriosis adalah gabungan dari dua masalah utama, iaitu keradangan (inflammation) daan ketidakseimbangan hormone. Endometriosis berlaku apabila tisu normal dalam rahem (lapisan endoendometrium) berada di luar rahem. Tisu ini mengalami perubahan seperti mana tisu dalam rahem, iaitu membesar dan menjadi darah haid, dengan kesan hormone peningkatan estrogen. Ia menyebabkan rasa sakit dan pendarahan yang banyak dalam …

Read More »

ANAK-ANAK YANG LAMBAT BERKEMBANG

    Ramai ibubapa yang risau jika anak mereka tidak mencapai berat tertentu. Berat, tinggi dan ukurlilit kepala adalah perkembangan fizikal yang penting.     Namun ada satu lagi perkembangan pada bayi yang kadang-kadang kita terlepas pandang, hingga bayi kita berusia setahun. Pada masa itu barulah kita menyedari bahawa anak kita mengalami masalah dalam perkembangannya.     Perkembangan seorang kanak-kanak tidak sepatutnya terbantut. Ini kerana ia adalah proses di mana mereka berinteraksi dan belajar menjadi dewasa. Mereka belajar kemahiran yang rumit yang melibatkan kematangan berfikir seperti berjalan, berkomunikasi, bermain dan berfikir.     Kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lewat berlaku …

Read More »

MASALAH KECACINGAN

  Baru-baru ini seorang ibu membawa anak perempuannya ke klinik berjumpa saya. Apa yang merisaukan beliau adalah perut anak beliau yang berusia 9 tahun itu kelihatan membuncit.   Ibunya mendesak saya lakukan pemeriksaan ultrasound, kerana bimbang anaknya hamil. Saya berfikir panjang. Namun saya hanya mengikuti kehendak ibu kanak-kanak ini memandang beliau sangat runsing.   Ini kali ketiga beliau membawa anaknya ke klinik. Sebelum ini pergi ke satu klinik swasta, tetapi oleh kerana tiada kemudahan ultrasound, doctor merujukkan ke pusat kesihatan kerajaan.   Di pusat kesihatan kerajaan pula doctor yang bertugas tidak mahu melakukan pemeriksaan ultrasound kerana tidak percaya kanak-kanak perempuan …

Read More »

Awas 5 Makanan Ini Dilarang Kepada Bayi. Belum Masanya!

AWAS 5 MAKANAN INI DILARANGKAN KEPADA BAYI. BELUM MASANYA!       Kadang kala kita terlalu teruja untuk memperkenalkan makanan kepada bayi yang baharu mula makan makanan pejal. Kita rasa sudah memberikan makanan yang terbaik kepada si manja.   Tetapi tanpa diketahui kita sebenarnya telah memberikan makanan tidak sihat kepada si kecil. Ini kerana bayi tidak memerlukan banyak kalori, apa yang diperlukan adalah makanan yang kaya dengan nutrisi.   Ketahui beberapa jenis makanan yang masih dilarang untuk bayi.   1. Jus Eh! Bukankah jus adalah minuman yang berkhasiat? Ya, jika yang meminumnya orang dewasa atau kanak-kanak sudah besar. Itu pun …

Read More »

15 perkara yang perlu kita tahu tentang garam

15 PEKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG GARAM     1 – Garam atau nama saintifiknya Sodium Chloride, terdiri daripada 2 komponen, iaitu 40% Sodium dan 60% Chloride.   2 – Dalam diet manusia, garam tergolong dalam kelompok MIKRONUTRIEN – yakni nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang kecil saja. Jika kurang mineral ini, pesakit akan mendapat penyakit. Jika berlebihan juga akan mendatangkan penyakit.   3 – Sodium sudahpun wujud secara semulajadi dalam semua makanan, maka pengambilan garam haruslah terkawal agar pengambilan sodium anda tidak terlebih.   4 – Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sodium agak jarang berlaku kerana diet kita …

Read More »

Segera menyahut jika kita sayang

SEGERA MENYAHUT JIKA KITA SAYANG         Seorang suami bertanya pada isterinya : ” Sudah solat asar ke?”   “Belum” jawab isterinya ringkas.   Suami bertanya lagi : “Kenapa belum solat ?”   Lalu isterinya menjawab : ” Saya baru sahaja balik, badan letih sekali dan saya tertidur tadi “   Suaminya menjawab : ” Baiklah … Bangun dan solatlah asar dan maghrib sekaligus. Sebentar lagi sudah masuk waktu Isyak “   Pada keesokan harinya suami pergi untuk bertugas ke Singapura. Si suami selalunya akan menelefon isterinya bila telah sampai ke destinasi. Si isteri menunggu panggilan telefon berjam-jam …

Read More »

Jangan cepat sangka buruk terhadap nasib kita

JANGAN CEPAT BURUK SANGKA DENGAN NASIB KITA     Ini adalah pelajaran tauhid yang sangat bernilai.   Dahulu kala, ada seorang lelaki arab memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah. Ramai yang cuba membeli dari lelaki ini, namun dia tidak mahu menjualnya.   Suatu hari, seorang saudagar kaya dari bandar ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat mahal. Sepuluh ganda dari harga yang biasa ditawarkan.  Lelaki itu masih tidak mahu menjualnya. Teman-temannya mengejek karena dia tidak menjual kudanya.   “Rugi kamu tidak jual kuda putih itu. Mana tahu kuda kamu akan mati esok hari” kata mereka …

Read More »

Bolehkah menaiki pesawat ketika hamil

BOLEHKAH MENAIKI PESAWAT KETIKA HAMIL?     Apabila seorang wanita hamil menaiki kapalterbang, timbul keraguan tentang keselamatan ibu dan anak dalam rahem. Ini disebabkan oleh faktor ketinggian tahap kelembapan rendah serta perubahan tekanan udara di dalam kabin pesawat yang mungkin menjejaskan kesihatan mereka. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan semasa di atas, tiada kemudahan perubatan yang lengkap, kecuali apa yang ada dalam perut kapal sahaja.   Faktor yang disebutkan tadi boleh menyebabkan ibu-ibu hamil yang mempunyai masalah kesihatan jantung boleh mengalami kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi naik atau sukar bernafas.   Ramai yang bertanya, bilakah masa yang terbaik untuk menggunakan perkhidmataan udara …

Read More »

MASALAH MATA ANAK BERAIR SEPERTI MENANGIS

  Pada keluaran kali ini, saya ingi berkongsi jawaban pada pertanyaan yang ditanyakan oleh seorang ibu yang risau terhadap keadaan mata nakanya yang berumur lapan bulan.   Pertanyaan beliau seperti berikut: “Assalamu’alaikum. Dr. maaf saya mengganggu. Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan ini.  Saya merupakan seorang ibu pada seorang anak perempuan. Alhamdulillah sekarang umur anak saya hampir mencecah 8 bulan.   Saya ada satu soalan yang ingin ditanya kepada doktor. Sudilah sekiranya doktor berkongsi pengetahuan bagi soalan saya.  Untuk pengetahuan doktor, mata anak saya sering mengeluarkan cecair seperti (menangis). Ia berlaku sejak dari kecil iaitu …

Read More »

CARA MENGURANGKAN KEMARAHAN

     Salah satu cara untuk mengawal kemarahan , selain kita mengingati ALLAH SWT dan mengambil wudhu’, ialah dengan cara mengamalkan “konsep diam dan berfikir “.     Konsep ini adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan dengan cara rasional. Dengan ini kita dapat berfikir secara rasional tentang diri kita. Oleh itu, konsep ini sangat membantu diri menjadi rasional semasa marah.   Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu:   1) Diam   2) Berfikir     Langkah yang pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan …

Read More »

Awas Bahaya Suntikan oleh staf bukan doktor untuk Cantik

BAHAYA SUNTIKAN OLEH STAF BUKAN DOKTOR UNTUK CANTIK  SEJAK kebelakangan ini semakin ramai orang kelihatan semakin cantik, putih, gebu dan muda dengan mendapatkan pelbagai bentuk rawatan kecantikan tetapi ada antaranya tidak mengikut cara yang betul. Pada mulanya mereka mengambil produk yang terdapat di pasaran tetapi apabila hasil yang didapati tidak memuaskan mereka mula mendapatkan produk yang lebih berbahaya dengan harapan mendapat hasil lebih pantas. Antaranya melalui kaedah suntikan untuk kecantikan. Baru-baru ini ada kes seorang bekas jururawat telah ditahan kerana memiliki produk yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan. Dia turut menjalankan aktiviti suntikan di rumah sendiri yang boleh mengundang bahaya kepada …

Read More »

OMEGA 3 DAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK ELAK NYANYUK 

    Pada tahun lalu, direkodkan bahawa Malaysia mempunyai sebanyak 2.8 juta warga emas (berusia 60 tahun dan ke atas) daripada keseluruhan populasi seramai 31 juta orang. Diramalkan, menjelang tahun 2050, negara dijangka mempunyai 40.7 juta penduduk dengan 23.5 peratus daripada populasi itu terdiri daripada warga emas.   Pada masa sekarang, 1.4 daripada 10 orang dewasa di Malaysia berusia 60 tahun dan ke atas mengalami masalah dementia atau nyanyuk. Insiden akibat gejala tersebut juga meningkat kepada 22.7 peratus dalam kalangan mereka yang berumur 75 tahun dan ke atas.   Dementia adalah masalah yang berkaitan dengan simptom penyusutan memori atau kemahiran berfikir. …

Read More »

BERHATI-HATI DENGAN PENGGUNAAN UBAT BATUK DAN SELSEMA DALAM MERAWAT KANAK-KANAK

Pada lazimnya, masalah batuk dan selesema adalah berpunca daripada jangkitan virus yang mana badan kita secara semulajadi mempunyai mekanisme pertahanan diri untuk melawan jangkitan tersebut. Simptom awal selesema yang dialami pesakit adalah seperti sakit kerongkong, lemah-lemah badan dan diikuti dengan hidung berair dan tersumbat, batuk dan juga sakit kepala. Batuk dan selesema tidak memerlukan rawatan yang spesifik untuk sembuh. Kebiasaannya badan kita akan melawan jangkitan tersebut dan simptom akan beransur pulih dalam tempoh tertentu. Rawatan yang diberi adalah lebih kepada untuk melegakan simptom, mencegah komplikasi serta mengelakkan penyebaran jangkitan tersebut. Ubat yang biasa diberikan adalah dari jenis antihistamin (seperti chlorpheniramine), …

Read More »

BAYI 5 BULAN DIBERIKAN NASI EMPIT

“Salam Dr. Saya ada sorang ank yg raya ni baru 5 bulan..tp fmly n fmly in law dah nak buatkan nasi empit lembik lah..bubur lah..sedangkan sy dah bgtau 6 bulan keatas baru blh mkn..itu pon puree…tp bila sy ckp akan dibgtau..dulu boleh je minum glukos makan bubor umo 2 3 bulan..hidup je smpi skrg? doc ade x penrangan tntang effect bg bby 6m kebawah makan bubur or ape2 slain susu ibu? Thanks doc.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bayi yang berumur enam bulan ke atas saja yang sesuai diberikan makanan separuh pejal. Ini kerana usus dan sistem penghadaman bayi …

Read More »

Bolehkah menyusukan anak ketika ibu demam?

BOLEHKAH MENYUSUKAN ANAK KETIKA IBU DEMAM?   “Assalammualaikum, doctor saya ingin pandangan doctor, apakah kesan pada anak kalau seorang ibu yang demam meyusukan anak itu (breast feeding)?”    WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebagai manusia, kita sering mengalami demam. Cuma ada kalanya kita tidak perasan yang kita mengalami demam, kerana demam yang rendah selalunya akan sembuh tanpa diberikan ubat.   Demam dapat diukur dengan menggunakan alat thermometer. Fever selalu didefinasikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi suhu badan yang normal, iaitu 36.5–37.5 °C (98–100 °F).   Secara am apabila seseorang itu mengalami kenaikan suhu, beliau akan mengalami rasa sejuk walaupun suhu …

Read More »

KITARAN UMUR

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata. Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. …

Read More »

Kesan sampingan ubat theophylline

THEOPHYLLINE UNTUK ASMA     “Assalamualaikum dr.. sy ingin bertanya sy makan ubat neo napacin dr negara seberang yg mengandungi theophylline.. adakah theophylline sejenis dadah? Dan adakah ia elok utk merawat penyakit asma? Terima kasih “   Wa alaikum mus salam.   Theophylline adalah ubat sintetik untuk merawat asthma. Ubat ini digunakan untuk merawat dan mencegah semput dan masalah pernafasan yang disebabkan oleh penyakit paru-paru berterusan (cth, asma, emphysema, bronkitis yang kronik).   Ia berfungsi untuk membuka saluran pernafasan dalam paru-paru dan membolehkan pesakit bernafas dengan lebih baik. Ubat ini tidak berfungsi dengan segera dan tidak boleh digunakan untuk merawat serangan …

Read More »

CoQ10 Meningkatkan Tenaga

  SUPLEMEN CoQ10  MENINGKATKAN TENAGA    Jika mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk, mungkin kita kekurangan CoQ10 dalam tubuh kita. Coenzyme Q10 (juga disebut sebagai CoQ10 atau Q10 saja) adalah suplemen yang baik untuk mereka yang mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk. Salah satu kebaikan pengamalan suplemen CoQ10 adalah menghasilkan tenaga. Jantung adalah salah satu organ yang berkerja berterusan 24 jam tanpa berhenti. Jadi otot-otot jantung (myocardium) memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi dengan baik. Bekalan tenaga ini diberikan oleh “mitokondria” yang berada dalam sel-sel otot jantung. Tanpa bekalan tenaga yang mencukupi, jantung akan bekerja dengan tidak sempurna …

Read More »

Ubat selsema untuk kanak-kanak

Assalamualaikum dokter. Saya ingin bertanya sikit mengenai bayi sy yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur limgkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sgt fobia sbb ank ke empat sy dulu batuk selsema, dokter sebuah klinik swasta kata tidak blh bg pd bayi. Hanya ubat sembur kat hidung…tp msih selsema..Akhirnya anak saya warded sbb byk kahak pd paru2. Kenapa yer dokter? Kalau bg pd dos seumur dgn bayi blh tak? Terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM . Ia bergantung kpd pemeriksaan doktor. Secara amnya mmg ada garis panduan yg tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun diberikan ubat antihistamin (untuk …

Read More »

Telur untuk bayi berumur kurang setahun

“Salam doc kalau nak bg baby 6 bulan lebih telur rebus, kita perlu cuba bg yg mana dulu ye kuning dulu ke putih dulu ya. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Tidak dapat dinafikan bahawa telur (putih telur atau kuning) mempunyai nutrien yang banyak dan memberi manfaat pada orang yang mengambilnya. Namun nilai nutrien ini tidak menyamai nilai nutrien yang ada pada susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi yang berumur setahun ke bawah dan digalakkan untuk meneruskannya sehingga berumur dua tahun. Maknanya jangan gantikan susu ibu dengan mana-mana makanan termasuk telur. Wallahu a’lam

Read More »

MAHU HAMIL SEMULA

  Salam doktor. Saya dan suami telah berkahwin pada usia 29 dan mempunyai seoramg anak setahun selepas ini dan lahir dengan cara pembedahan caeser. Skrg ini anak kami dah hampir berusia 4 thn dan kami sedang berusaha untuk mendapat anak ke dua.  Sy pernah ajak suami saya jumpa pakar kedlsuburan tp dia tidak mahu kerana katanya kami telah pun sudah mempunyai seorang anak.  Tp sy risau sbb suami sy ni gemar mkn maggi, minum air asam dan air berkarbonat. Dia juga tidak suka mkn sayur. Sy puas nasihat tp tetap tidak mahu. Satu hari sy baca artikel di laman blog Dr …

Read More »

Mahu hamil semula selepas dua kali keguguran

” Salam doktor. Saya XXX berumur 29 tahun. 58kg/159cm. Saya pernah mengalami 2 kali keguguran pada tahun 2014& 2015. Incomplete dan complete miscarriage. Keguguran pertama-7w6d. Keguguran ke dua-12w2d. Saya ingin hamil semula . Tempoh perkahwinan 2 tahun 8 bulan. Boleh doktor cadangkan supplement untuk saya dan suami.Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Bagi wanita yang pernah hamil, kehamilan seterusnya lebih mudah dari mereka yang tidak pernah hamil. Dalam kes puan, kedua-dua keguguran ini ini berlaku pada awal kehamilan. Selalunya berpunca dari “masalah janin yang tidak kuat” atau masalah “rahem yang tidak kuat”. Masalah janin yang tidak kuat berpunca dari percampuran sperma …

Read More »

Misoprostol sebagai ubat pengguran janin

MISOPROSTOL SEBAGAI UBAT PENGGURAN JANIN     Cytotec adalah nama pasaran yang digunakan oleh ubat yang mengandungi bahan aktif misoprostol. Ia keluarkan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer. Tujuan  adalah untuk membantu pesakit mengatasi masalah gastrik yang kronik. Ia adalah ubat terakhir yang diberikan oleh doctor kepada pesakit yang telah menjalani pelbagai rawatan gastric tetapi gagal. Ia dijual dalam dos  200µgram setiap tablet.   Namun begitu ia juga digunakan oleh pihak hospital bagi membantu memulakan proses kelahiran, terutama wanita hamil tidak merasakan akan memulakan proses kelahiran walaupun telah mencapai tarikh yang dianggar untuk kelahiran.   Malangnya ia disalahgunakan untuk melakukan pengguguran janin.  …

Read More »

BOLEHKAN IBU YANG HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK MENGAMBIL UBAT CACING?

 “Salam doktor, bolehkah ibu yang hamil dan menyusukan anak mengambil ubat cacing? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Mebendazole adalah ubat cacing yang banyak terdapat di pasaran kita. Ia dikategorikan sebagai kumpulan C, iaitu kajian haiwan di makmal telah membuktikan terdapat kesan ketoksikan dan menyebabkan kecacatan pada janin dalam rahem haiwan yang diuji (teratogen). Namun tiada ujian yang dibuat kepada wanita yang hamil, maka kesannya tidak diketahui. Saya mencadangkan penggunaan ubat cacing hanya diberikan kepada wanita yang hamil, jika ia dirasakan terlalu perlu, contohnya ada tanda jangkitan cacing yang jelas seperti terdapat cacing pada najis di tandas. Jika tidak boleh …

Read More »

KESAN CAHAYA ULTRAVIOLET PADA KULIT

Kesan penuaan pada kulit muka adalah berpunca dari radiasi cahaya ultraviolet dan jumlah sel-sel melanin pada kulit seseorang yang semakin berkurangan. Kesan cahaya matahari juga boleh merosakkan DNA dalam sel-sel kulit secara lansung. Radiasi ultra ungu ini menyebabkan kerosakan pada kolagen kulit dan mengganggu penghasilannya dalam lapisan kulit. Walau bagaimana pun hal ini dapat dkurangkan jika seseorang itu mengambil anti oksidan yang boleh mencegah kesan penuaan kulit dan membantu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit seseorang. Ia harus diambil dalam bentuk pil dan sapuan.

Read More »

VITAMIN C UNTUK KESIHATAN KULIT

  Pengambilan vitamin C melalui sumber makanan seperti buah-buahan (oren, jambu batu, kiwi, mangga, epal) dan sayur-sayuran (sawi, bayam, kangkung, cili) adalah amat penting dan patut diamalkan setiap hari. Pengambilan suplemen Vitamin C tambahan juga boleh diamalkan dengan dos sehingga 1000mg sehari untuk mendapat kesan yang terbaik mencegah penuaan kulit. Tiada kesan sampingan yang merbahaya dengan pengambilan vitamin C yang berlebihan kerana sifat vitamin ini yang larut air menyebabkan ianya mudah disingkirkan dari tubuh jika berlaku lebihan.       [IKLAN] Klik gambar di bawah ini untuk mendapatkan Nutriforte Non Acidic Vitamin C bagi meningkatkan immuniti tubuh badan KONSULTASI BERSAMA DR …

Read More »
error: Content is protected !!