THEOPHYLLINE UNTUK ASMA
“Assalamualaikum dr.. sy ingin bertanya sy makan ubat neo napacin dr negara seberang yg mengandungi theophylline.. adakah theophylline sejenis dadah? Dan adakah ia elok utk merawat penyakit asma? Terima kasih “
Wa alaikum mus salam.
Theophylline adalah ubat sintetik untuk merawat asthma. Ubat ini digunakan untuk merawat dan mencegah semput dan masalah pernafasan yang disebabkan oleh penyakit paru-paru berterusan (cth, asma, emphysema, bronkitis yang kronik).
Ia berfungsi untuk membuka saluran pernafasan dalam paru-paru dan membolehkan pesakit bernafas dengan lebih baik. Ubat ini tidak berfungsi dengan segera dan tidak boleh digunakan untuk merawat serangan asma secara tiba-tiba.
Untuk mendapat kelegaan yang segera, pesakit harus menggunakan inhaler atau nebulizer ketika serangan asma secara tiba-tiba. Theophylline harus diambil setelah mendapat nasihat dari doktor kerana ia mungkin menyebabkan kesan sampingan
Kesan sampingannya boleh jadi sedikit, tetapi ramai yang mengalami masalah yang serius. Antaranya ialah sakit perut dan kekejangan pada abdomen, rasa loya, muntah-muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sakit kepala, masalah sukar untuk tidur, keresahan, kegelisahan, menggigil, berpeluh dan kerap rasa mahu buang air kecil boleh berlaku.
Jika mana-mana kesan-kesan ini berterusan atau menjadi lebih teruk, elok berjumpa doktor.
Wallahu a’lam