Bolehkah menaiki pesawat ketika hamil

BOLEHKAH MENAIKI PESAWAT KETIKA HAMIL?

 

KAPALTERBANG HAMIL

 

Apabila seorang wanita hamil menaiki kapalterbang, timbul keraguan tentang keselamatan ibu dan anak dalam rahem. Ini disebabkan oleh faktor ketinggian tahap kelembapan rendah serta perubahan tekanan udara di dalam kabin pesawat yang mungkin menjejaskan kesihatan mereka. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan semasa di atas, tiada kemudahan perubatan yang lengkap, kecuali apa yang ada dalam perut kapal sahaja.

 

Faktor yang disebutkan tadi boleh menyebabkan ibu-ibu hamil yang mempunyai masalah kesihatan jantung boleh mengalami kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi naik atau sukar bernafas.

 

Ramai yang bertanya, bilakah masa yang terbaik untuk menggunakan perkhidmataan udara untuk balik kampung atau bercuti? Selalunya masa paling selamat untuk menaiki terbang adalah apabila usia kehamilan dalam trimester kedua iaitu antara 15-30 minggu.

 

 

Ini kerana kebanyakan keguguran bisanya berlaku dalam tempoh trimester pertama (kurang dari 15 minggu) manakala trimester ketiga (selepas 30 minggu) boleh membawa risikonya seperti kelahiran pramatang.

 

Secara amnya tiada sebarang komplikasi pada ibu atau bayi yang rahem yang dirisaukan kecuali jika berlaku pendarahan ketika berada di dalam kapal terbang. Jika ia berlaku, bantuan perubatan dapat diberikan pada tahap minimum. Inilah risiko  yang harus diketahui oleh semua wanita hamil sebelum mengambil keputusan menaiki pesawat. Jika juga menjejaskan waktu penerbangan, dan penumpang lain juga mungkin akan mengalami kelewatan.

 

 

Faktor ketinggian dari paras laut (altitud), menyebabkan tekanan oksigen rendah. Bagaimanapun, bagi penerbangan komersil, perbezaan tekanan oksigen yang kecil. Ini  tidak memudaratkan bayi di dalam rahem. Cuma ibu hamil yang mengalami masalah perubatan seperti anemia dan masalah jantung saja mungkin memerlukan bantuan bekalan oksigen dalam perjalanan.

 

Syarikat penerbangan tidak mempunyai perkhidmatan kesihatan yang mencukupi di udara walaupun kemudahan asas seperti oksigen dan cecair aliran vena ada disediakan. Mereka tidak akan bertanggungjawab jika sebarang masalah kehamilan berlaku.

 

Oleh itu, wanita hamil harus bersedia secara mental untuk menghadapi risiko sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan semasa di dalam penerbangan.

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!