Cara berdiet dengan pil

CARA BERDIET DENGAN PIL

 

sakanjabeen kurus

 

Kebanyakan pil-pil diet di pasaran mempunyai dua kaedah, sama ada pil yang mengandungi bahan terlarang silbuteramine, yang menyebabkan kita tiada selera untuk makan atau bahan yang mengandungi dulcolax, yang menyebabkan kita membuang air besar secara kerap.

 

Silbuteramine adalah bahan yang menyebabkan selera kita berkurangan, dalam masa yang sama akan menyebabkan tekanan darah meningkat, degupan jantung laju, berpeluh kuat, mudah marah, dan sukar tidur. Kesan sampingannya sangat besar, selalunya menyebabkan pengguna mengalami penyakit darah tinggi, diabetis, kerosakan hati dan kerosakan ginjal.

 

Sementara produk pelangsing yang menyebabkan kita buang air besar kerap pula, mungkin mengandungi bahan dulcolax. Bahan ini akan menyebabkan kita dehidrasi, akhirnya kita kehilangan antara 3-5 kilogram berat badan, dan tidak lebih dari itu. Selalunya pengguna tidak tahan menggunakan produk ini kerana ia menyebabkan sakit perut yang keterlaluan dan apabila ke tandas, tiada apa yang boleh dibuangkan.

 

Banyak produk pelangsing yang kononnya berasaskan herba, tetapi sebenarnya dicampurkan bahan terlarang, terutamanya silbuteramine, kerana kesannya yang agak cepat.

 

Jadi untuk menentukan sama ada produk itu mempunyai bahan berbahaya atau tidak, kita merasakan kesan sampingannya. Jika selepas menggunakannya, kita akan berasa berdebar-debar, panas badan dan sukar tidur, mungkin ia mengandungi bahan silbuteramine. Jika kita mengalami cirit-birit, mungkin produk itu mengandungi bahan dulcolax.

 

Bagi saya, kedua-dua jenis produk pelangsing badan ini berbahaya kerana ia memberikan kesan negatif. Saya mencadangkan kepada pesakit-pesakit saya untuk menjaga pemakanan, untuk mendapat nutrisi dan menurunkan berat badan cara yang selamat.

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!