Saya brunch dengan seorang rakan. Sebaya 40an. “Doc, pagi ini ibu saya menelefon. Minta hantarkan ayah kerana tangan dan kakinya tidak boleh digerakkan. Sebelah badan. Ini baru balik bersarapan. Ibu saya sedang menjaga ayah.” “Walaupun tekanan bapa saya normal, doktor kata bapa saya mungkin diserang stroke… ” jelasnya lagi. Saya bertanya, “Ayah ada diabetes? Merokok?” “Ayah saya tak merokok. Tekanan darah 130/84. Tahap kolestrole normal. Tapi dia ada diabetes” Ramai yang tidak tahu bahawa pesakit diabetes juga boleh mendapat serangan stroke walaupun tidak merokok, tidak mempunyai tahap kolestrole jahat yang tinggi dan tidak mempunyai masalah tekanan darah tinggi. Tahap gula …
Read More »Catatan Peribadi
kenapa produk herba dianggap bahaya
KENAPA PRODUK HERBA DIANGGAP BERBAHAYA. Saya berikan 10 perkara yang perlu kita perhatikan. Memang banyak lambakan produk herba di pasaran. Ada yang dimport, dan ada yang dikeluarkan oleh pengusaha. Soalnya bagaimana memilih produk herba yang selamat dan bersesuaian untuk kegunaan sendiri? Saya ingin kongsikan beberapa tip. Pertama, pastikan kita tahu kenapa kita mengambil produk herba tersebut. Dapatkan pandangan pakar herbalist. Jangan silap tanya pakar. Kalau motorsikal rosak, jangan tanya mekanik kereta. Dia mungkin ada sedikit pengetahuan, tetapi tiada pengalaman dalam membaiki motosikal. Kalau kita ada masalah saraf, kita ambil produk herba yang membantu melegakan masalah saraf kita. Jangan …
Read More »Kisah Pesakit Kanser Payudara
KISAH PESAKIT KANSER PAYUDARA Semasa saya bertugas di Palliative Care Unit, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, iaitu tempat di mana kebanyakan pesakit kanser yang telah disahkan mengalami metastasis (kanser merebak) ke bahagian lain (seperti paru2 dan hati), saya sangat komitted dengan kerja saya. Ini kerana saya diminta mengaturkan wad (selepas kursus selama lima hari di Palliative Care Unit, Hospital Queen E, KK). Saya berseorangan doktor di wad itu, bersama 5 orang jururawat yang bergilir-gilir bekerja secara syif. Sesekali doktor pakar akan datang melihat keadaan wad. Bukan pesakit. Sebab mereka tahu pesakit tiada lagi rawatan yang aktif dari mereka. …
Read More »kerosakan ginjal akibat penyakit autoimmune dan ubat penahan sakit
KEROSAKAN GINJAL AKIBAT PENYAKIT AUTOIMMUNE DAN UBAT PENAHAN SAKIT Dulu saya ada seorang pesakit lelaki berusia 25 tahun. Beliau sering dibawa berjumpa dengan saya semenjak berusia 12 tahun lagi kerana penyakit biasa seperti asma, ruam pada kulit, batuk, selsema dan demam. Lama saya tidak berjumpa dengan beliau. Mungkin sebab saya sudah tidak bekerja di klinik lama, dan berpindah ke klinik yang baru di daerah berlainan. Tetapi ibunya berusaha mendapatkan telefon saya dan menjejaki saya. Mahu membawa anaknya berjumpa saya. Kali ini beliau datang bersama dengan ibunya kerana masalah yang berlainan. Beliau mengalami sakit sendi, sakit badan dan mudah …
Read More »Cara berdiet dengan pil
CARA BERDIET DENGAN PIL Kebanyakan pil-pil diet di pasaran mempunyai dua kaedah, sama ada pil yang mengandungi bahan terlarang silbuteramine, yang menyebabkan kita tiada selera untuk makan atau bahan yang mengandungi dulcolax, yang menyebabkan kita membuang air besar secara kerap. Silbuteramine adalah bahan yang menyebabkan selera kita berkurangan, dalam masa yang sama akan menyebabkan tekanan darah meningkat, degupan jantung laju, berpeluh kuat, mudah marah, dan sukar tidur. Kesan sampingannya sangat besar, selalunya menyebabkan pengguna mengalami penyakit darah tinggi, diabetis, kerosakan hati dan kerosakan ginjal. Sementara produk pelangsing yang menyebabkan kita buang air besar kerap pula, mungkin mengandungi …
Read More »Ibu jari mahu dipotong
IBU JARI KAKI MAHU DIPOTONG Lama saya tidak bertemu dengan rakan saya. Pagi-pagi lagi dia telefon kerana mahu berjumpa saya di klinik. Ada hal mustahak katanya. Saya kata, “datanglah”. Lagi pun saya sudah lama tidak berjumpa dia untuk mengetahui perkembangan dirinya. Lapan bulan lepas dia mengunjungi saya kerana risau jari kakinya mula membusuk. Hujung ibu jari kakinya kemerah-merahan. Membengkak. Dalam keradangan. Tidak sakit. Rasa kebas. Saya percaya tisu-tisu di hujung jarinya sedang mengalami keadaan kekurangan oksigen dan nutrisi, sebab salur darah yang membekalkan keperluan di situ mengalami ‘sumbatan’ dan ‘penyempitan’ Saya minta dia teruskan ubat yang diberikan oleh doktor di …
Read More »Mencari ubat hati
MENCARI UBAT HATI Hari ini untuk pertama kalinya aku pergi ke klinik untuk melakukan medical check up “kerohanian”. Ternyata aku mengidap beberapa jenis penyakit yang serius.. Berikut ialah keputusan check up nya: Ketika tekanan darah diukur, ternyata aku memiliki kelembutan hati yang rendah. Ketika suhu tubuh diukur, termometernya menunjukkan darjah kegelisahan aku hampir mencapai 40 celsius. Ketika jantung ku diperiksa, ternyata saluran arterinya tersumbat oleh berbagai kekecewaan, kesedihan, kesepian, kemarahan dan dendam. Aku juga diberitahu bahawa tulang-tulang banyak yang retak kerana tersandung oleh rasa cemburu dan iri. Ini menyebabkan aku tidak dapat berjalan di sisi saudara saudaraku dengan rasa …
Read More »Guttate psoriasis
Tidak semua antibiotik menyebabkan alahan ubat. Adakalanya doktor terkeliru apatah lagi selepas ubat diberikan, pesakit mengadu mengalami alahan pada kulit. Dalam satu keadaan yang dinamakan “Guttate psoriasis” atau dalam bahasa mudahnya ” letusan psoriasis ” adalah sejenis penyakit kulit psoriasis yang muncul selepas jangkit. Pesakit mengalami demam, selsema dan batuk, lalu diberikan antibiotik. Tidak lama, pesakit datang semula ke klinik dan mengadu mengalahi ruam yang gatal di kulitnya. Ruam sebesar 0.5-1.5 cm diameter, terutamanya pada kulit belakang dan peha. Dalam kes ini, alahan itu bukannya disebabkan oleh alahan ubat tetapi letusan yang berlaku pada seseorang …
Read More »Keratoacanthoma
KERATOACANTHOMAS Seorang petani berusia 68 tahun datang ke klinik dengan menunjukkan masalah yang dialami pada jari kanannya. Seperti ada ketumbuhan (nodule) dan sedikit nanan di tengah-tengahnya. Beliau tidak berasa sakit dan semua jarinya boleh digerakkan tanpa masalah. Selepas biopsy diambil, beliau didiagnosakan mempunyai masalah “Keratoacanthomas” dan sebahagian dari kanser yang dinamakan Squamous Cell Carcinoma dan perlukan rawatan yang agresif. Ia gigitan serangga atau jangkitan kuman.
Read More »pesakit batu karang mengalami tulang yang reput
PESAKIT BATU KARANG MENGALAMI TULANG YANG REPUT Pesakit yang pernah mempunyai batu karang dalam ginjal mungkin mengalami peningkatan risiko untuk mendapat kecederaan patah tulang dengan mudah. Kajian ini diterbitkan dalam “Clinical Journal of the American Society of Nephrology.” Ini kerana pesakit yang mempunyai batu karang dalam air kencing selalunya bermula dengan mengalami peningkatan kepekatan mineral kasium dalam air kencing. Mineral kalsium ini akan perlahan-lahan mendak dalam buah pinggal dan menyebabkan batu karang. Kalsium yang keluar melalui air kencing biasanya berasal dari tulang dalam tubuh. Ini bermakna garam kalsium dari tulang keluar dan menyebabkannya menjadi rapuh dan mudah patah …
Read More »Bahana MSG
Beberapa tahun dahulu ada seorang lelaki berbadan besar datang berjumpa saya, kerana sakit kepala. Bacaan tekanan darahnya agak ‘borderline’ dan saya memintanya datang semula selepas seminggu. Saya tidak memberikannya ubat. Saya minta dia minum air 2L sehari setelah membaca al fatihah dan tiupkan ke dalam air botol itu. Sebelum beliau meninggalkan saya, saya menarik tangannya dan berbisik. “Kalau mahu sihat, tak perlu lagi ke restoran segera seperti McD, Bugger King, KFC.. “ Beliau tidak datang. Selepas enam bulan, pada satu malam dalam perjalanan pulang, saya mengisi minyak di Petronas. Ada seorang lelaki gagah menepuk saya dari belakang. Saya fikirkan saya …
Read More »Doktor juga boleh keliru apabila buah zakar anak tersimpul dan membengkak
DOKTOR JUGA BOLEH TERKELIRU APABILA BUAH ZAKAR ANAK TERSIMPUL DAN MEMBENGKAK Antara cabaran yang besar bagi seorang doctor ialah mendiagnosa masalah yang dihadapi oleh pesakit. Cabaran ini sama besarnya dengan memberikan rawatan yang terbaik bagi pesakit. Mendiagnosa pesakit bukanlah mudah. Ia tidak semudah seperti seorang bomoh yang ‘mendiagnosa’ pesakitnya hanya dengan melihat air dalam mangkuk. Walaupun doctor telah melakukan pelbagai pemeriksaan, sama ada fizikal, xray atau pemeriksaan darah, dalam kebanyakkan keadaan semua keputusan itu umpama, cebisan ‘puzzle’ yang harus dicantumkan sebelum mejadi suatu lukisan yang lebih besar. Semakin besar lukisan itu, semakin sukar untuk meneka …
Read More »Patah tulang buku lali
PATAH TULANG BUKU LALI “Salam doctor, saya mempunyai seorang anak lelaki yang mengalami keretakan tulang kaki kiri (buku lali) akibat terjatuh ketika bermain bola. Beliau diberikan cuti selama 3 minggu oleh doctor. Adakah perlu dia banyak minum susu dan ambil pil kalsium yg berterusan untuk mengurangkan sakit? Dan benar kah selepas simen dibuka, dia tidak boleh aktif sukan semula. Mohon pencerahan, terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Semua kecederaan patah tulang sama ada akibat kemalangan atau pembedahan akan melalui proses penyembuhan yang sama. Proses penyembuhan tulang mempunyai tiga peringkat yang berlaku serentak. Bengkakan (inflamasi), pengeluaran sel-sel tulang …
Read More »Menjadi kurus, tiada selera, demam rendah, batuk berdarah ..tanda santau, kata rakannya
Saya masih ingat apabila saya dipanggil ke sebuah rumah kongsi yang dihuni oleh pekerja warga asing. Ketika itu saya masih bekerja di HSA JB sebagai MO di Jabatan Pembedahan. Petang itu 5.30pm baru selesai kerja. Semalamnya oncall seharian dan wad pembedahan macam biasalah penuh dengan pesakit. 5 pesakit baru yang masuk. Dua kes disyaki acute appendicitis, satu kes kecederaan dalaman (intraabdominal injury) dari Kluang akibat jatuh dari bumbung, satu kes juga kecederaan dalaman setelah jatuh dari motorsikal di Tambak Johor dan satu kes polis apabila seorang lelaki Cina ditikam di perut di hadapan pub. Saya boleh saja cakap “Saya penat, saya …
Read More »Jangan mendengar kata-kata negatif orang sekeliling
Saya bukan dari keluarga yang berada atau terpelajar. Ibubapa saya hanya lulus darjah enam dan ayah saya terpaksa bertungkus lumus bekerja sebagai pemandu kren di sebuah kilang di Singapura untuk membesarkan lima orang adik beradik saya. Kami tinggal di kawasan setinggan berdekatan dengan bandar Johor Bahru. (Alhamdulilah sekarang telah mendapat geran tanah dari kerajaan negeri) Banyak cerita suka duka ketika saya menuntut ilmu. Saya ingin berkongsi cerita yang saya dengar dari guru saya. Mungkin cerita ini bermanfaat pada adik-adik yang masih belajar dan pada sesiapa saja yang masih mengejar impian mereka. Cerita ini biasa didengar dan saya ingin mengulang bercerita …
Read More »Perjalanan kehidupan bukan hanya untuk pencapaian tetapi menikmati kehidupan
Seorang ayah yang amat sibuk dengan kerjanya, akhirnya memenuhi janji untuk membawa anaknya pergi memancing. Dengan hati yang agak berat, dia terpaksa membatalkan beberapa temujanji penting dan akhirnya dapat bercuti untuk bersama anaknya. Mereka menghabiskan masa seharian dengan memancing namun tidak mendapatkan seekor ikan pun. Dengan perasaan marah, si ayah pulang ke rumah kerana ia menganggap cuti yang diambil adalah suatu yang sia-sia. Banyak hal yang dapat dilakukan di pejabat jika dia bekerja pada hari itu. Sedangkan pada hari dia terpaksa membatalkan temujanji yang bakal memetrikan perniagaan yang jutaan ringgit, dia gagal mendapatkan seseekor ikan pun. Namun ia tidak meluahkan …
Read More »MENIPU DIRI SENDIRI
1. Ramai diantara kita yang berdusta terhadap diri sendiri untuk mengelakkan bebanan menerima kebenaran yang mungkin tidak menyenangkan kita. Kita lebih gemar mengelakkan dari memikir masalah yang kita hadapi dan berusaha mengatasinya. Lalu kita cuba menlukan masalah yang tidak diselesaikan sehingga ia menjadi bertambah besar. Ia selalu berpunca apabila kita menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa masalah itu tidak penting, boleh ditangguhkan atau akan selesai dengan sendiri. Sebagai contoh, ramai yang mengalami sakit dada serta dalam keluarga (contoh ayah dan bapa saudara pernah diserang dengan serangan sakit jantung-myocardical infarction), namun kita menangguhkan pemeriksaan jantung dengan memujuk diri bahawa ia mungkin …
Read More »Banyakkan amalan dengan menunjukkan amalan yang baik
Saya percaya amalan-amalan kecil yang kita lakukan memberikan kepuasan pada diri seperti membayar harga kopi kepada orang yang minum di hujung kedai dan kita tidak kenali, memegang pintu untuk orang asing, memberikan senyum kepada penjaga tol atau cashier, membantu mengambilkan barang ayng terjatuh dan pelbagai amalan kecil kepada orang asing yang kita tidak kenali. Tanpa keita sedari atau kita hendaki, orang yang kita bantu itu selalunya akan mengingati perbuatan baik kita dan mungkin untuk mendoa kita semula. Saya pernah berjumpa seorang doctor siswazah di sebuah konvensyen perubatan. Ketika sedang menghirup expresso bersendirian, seorang anak muda yang baru saja menjalani latihan …
Read More »Tidak semua pesakit perlukan ubat
Saya pernah bertanya kepada seorang doktor junior semasa buat ‘round’ pada awal pagi di ward bedah. Beliau adalah doctor Cina yang baru graduasi dari Australia. Cantik. Dan lulus dengan cemerlang. “How do you define ‘patient’?, Dr Choo” “Person who come to hospital with disease?” jawabnya ringkas, tetapi berupa pertanyaan semula. Dia amat menghormati saya walaupun saya hanya graduasi dari India. Mungkin cara beliau dididik dalam keluarga. Atau mungkin dia melihat saya banyak membantu beliau melakukan kerja-kerja wad. “Do you know, few …
Read More »Jangan terlalu ego dengan ilmu di dada
Seorang doktor pakar terpaksa menaiki sebuah bot melintasi sebuah sungai yang panjang untuk pergi ke sebuah rumah pesakit. Dalam perjalanan yang agak lama, dia bercerita kejayaannya merawat pelbagai jenis penyakit kepada orang-orang di sekeliling. Ada yang hampir mati, berjaya sihat dengan rawatan diberi. Ada yang hampir buta dibantu dengan pelbagai pembedahan. Pakcik pemandu bot bertanya, “bolehkah doktor memberitahu pakcik mengapa mata pakcik kuning ni..” Doktor itu memeriksa mata pakcik dan tersebut, dan memberitahu “Ini jaundice. Pakcik tahu apa jaundice..?” Pakcik itu menjawab “Saya tidak tahu..” “Oh bahaya pakcik. Penyakit ini jika disebabkan oleh hepatitis B, pakcik akan mati dalam …
Read More »Pesakit penagih dadah saya yang berubah ..
Seorang doktor siswazah bertanyakan saya, bagaimana memberikan dakwah kepada pesakit. Saya agak terperanjat kerana saya bukannya ustad yang mendalami usul dakwah. Saya diam dan memberitahu “Tunjukkan akhlak yang baik”. Orang yang sakit selalunya mempunyai pelbagai perasaan dalam minda mereka. Mereka mahu dibantu secara fizikal, mental dan spiritual. Semasa saya bekerja sebagai doktor siswazah dulu di Hospital Sultanah Aminah, saya pernah membantu seorang pesakit saya berusia 20an yang terbakar akibat kejutan eletrik kerana cuba mencuri pendawaian elektrik dalam bangunan terbengkalai. Beliau terkial-kial mencapai sudu di atas meja di sebelah beliau. Saya membantu beliau dan dapat menyuapkan beberapa sudu bubur ke mulut …
Read More »Seorang rakan ingin minta saya promosikan “gula tebu hitam” yang cukup hanya setitik dalam minuman atau masakan. Saya mencubanya. “Ini gula tiruan aspartame. Bukan gula tebu hitam..” Ya kah doctor? “Saya pasti. Pertama rasanya macam pahit sikit (metallic taste) dan keduanya aspartame memang sangat manis, iaitu 200 kali lebih manis dari gula tebu. Sebab itu setitik pun sudah cukup. Yang ketiga semua gula tebu sama, Cuma sepsis yang berlainan, tidak mengubah rasa dengan ketara. Keempat menggunakan setitik aspartame memang tiada kalori. Sebab itu ramai pesakit diabetic gunakan sebagai pengganti gula..” Jadi tidak boleh gunalah…? …
Read More »Membantu pesakit dalam penerbangan
Saya sering menaiki kapalterbang. Kadangkala terfikir juga, perlukah saya memberikan reaksi dan pertolongan jika berlaku sebarang kecemasan dalam perubatan. Pengalaman saya dalam perjalanan di sebuah bas, ketika menghadiri Perhimpunan Peladang di Segamat beberapa minggu lepas, amat menyedarkan saya hal ini. Seorang rakan di sebelah saya kebetulan mengalami sawan sehingga mukanya menjadi biru. Alhamdulillah saya membantunya menggunakan kemahiran pertolongan cemas yang saya ada. Dalam masa 15 minit, beliau telah sedar semula. Sejam kemudian, ketika bas berhenti, beliau telah turun dan menikmati minuman panas di sebuah R&R. Bagaimana pula jika ia berlaku dalam sebuah penerbangan? Secara purata dalam dunia penerbangan kormesial, kecemasan …
Read More »Penagih Expresso
Baru-baru ini saya menikmati expresso di kedai kopi Costa di UK. Secangkir kopi espresso menjadi minuman harian bagi kebanyakan warga Britain setiap pagi hari. Oleh itu kedai kopi dipenuhi dengan pelannggan yang menunggu kopi espresso kesukaan mereka. Setelah diminum, mereka terus pergi meneruskan destinasi ke tempat kerja dan tidak berlama-lama di kedai kopi. Sebab itu ia dinamakan expresso. Tidak semua kopi hitam disebut espresso. Hanya kopi hitam dengan buih di bahagian atasnya, harus disebut sebagai espresso. Espresso adalah hasil ekstrak biji kopi hitam dengan mesin khas. Espresso harus dinikmati dalam cawan ukuran kecil, sekitar …
Read More »Jangan hanya mengira sengsara dan bencana tanpa menghitung nikmat dan bahagia
Dalam kehidupan kita, sering kali kira mengira berapa banyak kerugian, kemalangan dan kekurangan yang kita ada, sedangkan jika dicampur ketiga-tiga hal ini tidak sampai 1% jika dibandingkan dengan nikmat kurniaan ALLAH yang berupa kesenangan, rezeki, kenikmatan, keuntungan, kebahagiaan, dan pelbagai lagi kurniaannya. Kita sering mengenang nasib kita yang malang, tanpa menyedari ALLAH telah banyak memberikan kenikmatan sebelum ini. Seorang lelaki yang kehilangan kasutnya dan terpaksa ‘berkaki ayam’ ditanya perasaannya ketika mengetahui bahawa kasutnya telah dicuri, dia segera menjawab, “Saya bersyukur, walaupun kasut saya telah ditakdirkan hilang tetapi saya masih diberikan kesempatan menikmati lagi kedua belah kaki saya yang …
Read More »SYUKUR adalah motivasi terbaik
Saya menganggap diri saya sebagai kurniaan ALLAH yang sangat berharga dan saya sangat bersyukur atas segala pemberian nikmatNYA. Saya bersyukur dengan nyawa, kehidupan, bakat dan rahmat yang diberikan. Saya juga bersyukur dengan jutaan kurniaan yang tidak dapat saya hitung dari mula saya dilahirkan sehingga kini. Setiap saat, jutaan nikmat, rahmat dan kasih sayang ALLAH yang saya perolehi, menyebabkan saya rasa bermotivasi untuk menunjukkan kesyukuran dengan berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang saya ada untuk dimanfaatkan oleh orang ramai. Saya menganggap diri saya sebagai bekas pelajar yang biasa dan sederhana. Saya tidak memperolehi ‘straight As’ sebagai mana rakan-rakan saya yang cemerlang dalam …
Read More »Tidak rugi membantu orang
Gambar hiasan Pagi ini saya agak lambat sedikit ke tempat kerja. Badan rasa tidak berapa sedap. Mungkin perubahan cuaca dan serangan virus yang menyebabkan tekak saya agak perit, berkahak dan rasa mahu demam. Tetapi kerja macam saya mana boleh MC dengan mudah. Siapa mahu menggantikan tempat saya? Jadi mahu atau tidak terpaksalah saya menguatkan semangat, bangun dan meneruskan kehidupan. Selepas menghantar anak ke rumah ibubapa saya untuk dijaga, saya bergegas ke tempat kerja. Memang agak lambat, tetapi masih tiada pesakit menunggu. Saya bergerak ke warung di bawah pokok untuk membeli sarapan. Bungkus sahaja untuk …
Read More »Ruang Iklan telah Dibuka untuk Disewa
Mengapa Anda Perlu Beriklan di Blog Ini ? 1. Statistik Sentiasa Meningkat Blog ini mendapat trafik yang sangat tinggi setiap hari. Malah dengan kredibiliti Dr Zubaidi yang semakin dikenali ramai melalui Facebook, majalah-majalah dan akhbar, blog ini akan tetap dikunjungi pengunjung-pengunjung sedia ada dan juga pengunjung baru. Berikut adalah statistik bulanan terkini setakat 1 Mac 2015 (sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas) Statistik bernombor untuk lawatan harian ke blog ini: Ini menunjukkan blog ini adalah blog yang diminati dan dipercayai untuk mencari maklumat berkenaan perubatan moden. Kami mendapat testimoni dari pelawat bahawa blog ini …
Read More »Azam Untuk Menurunkan Berat Badan
Sambutan tahun baru 2012 sudah selesai. Pada malam itu, saya berada di halaman rumah dan memerhatikan percikan bunga api yang jelas dari pusat bandar. Percikan itu naik ke ruang angkasa, berpecah kemudian meletup. Memberikan pemandangan yang menarik. Saya memandang muka anak saya yang kegirangan melihat percikan bunga api itu. Saya cuba mengaitkan percikan bunga api itu dengan kehidupan realiti. “Bila kita melihat percikan bunga api, elok juga kita menanamkan azam dalam hati..” Dia tercengang dengan penjelasan saya. “Sudah menanam azam?” Saya memandangnya. “Shafiq mahu dapat nombor satu.Tapi matematik susahlah abah.” Saya tahu kelemahannya dalam matematik dan saya tidak mahu dia …
Read More »