Advertorial
Home » Catatan Peribadi » Tidak semua pesakit perlukan ubat

Tidak semua pesakit perlukan ubat

 

ambil ubat

 

 

 

Saya pernah bertanya kepada seorang doktor junior semasa buat ‘round’ pada awal pagi di ward bedah.

 

 

 

Beliau adalah doctor Cina yang baru graduasi dari Australia. Cantik. Dan lulus dengan cemerlang.

 

 

 

“How do you define ‘patient’?, Dr Choo”

 

 

 

“Person who come to hospital with disease?” jawabnya ringkas, tetapi berupa pertanyaan semula.

 

 

 

Dia amat menghormati saya walaupun saya hanya graduasi dari India. Mungkin cara beliau dididik dalam keluarga. Atau mungkin dia melihat saya banyak membantu beliau melakukan kerja-kerja wad.

 

 

 

“Do you know, few of them actually no need to give any medicine?”

 

 

 

Dr Choo agak tergamam. Mungkin dia menyangka setiap orang yang sakit harus diberi ubat untuk menyembuhkan mereka.

 

“Why do you say that. They are sick people and should be treated accordingly..” kata Dr Choo lembut.

 

 

 

Saya senyum.

 

 

 

“Say it again..”

 

 

 

Dr Choo diam kerana faham bahawa saya hanya menduganya. Dia senyum.

 

 

 

“I said, no need medicine, but not the treatment..”

 

 

 

Baru dia faham dan menganggukkan kepala.

 

 

 

Sebenarnya apa yang ramai para doctor faham tentang pesakit adalah satu konsep yang sangat sempit dan keras.

 

 

 

Mereka banyak belajar tentang manusia, tetapi lupa tentang kemanusiaan.

 

 

 

Pesakit adalah manusia yang ada penyakit. Ia saling berkaitan. Dan “penyakit” tidak akan wujud jika tiada “manusia”.

 

Doktor selalu mencari diagnose penyakit, melakukan pemeriksaan fizikal, darah, air kencing, x ray dan pelbagai lagi yang hanya menumpukan kepada tubuh seorang pesakit.

 

 

 

Mereka lupa bahawa manusia itu sendiri yang menyebabkan datangnya penyakit dan kemanusiaan manusia ini sedang menderita.

 

 

 

Manusia sebenarnya terbentuk atas unsur fizikal, mental dan spiritual. Dia juga dipengaruhi oleh persikataran, keluarga yang rapat dengannya dan masyarakat di mana dia tinggal.

 

 

 

Memeriksa fizikal hanyalah merawat sebahagian dari keseluruhan pesakit. Doktor perlu memberikan perhatian kepada sudut emosi dan spiritualnya. Inilah rawatan yang saya maksudkan. Rawatan menyeluruh dan bukannya rawatan dengan memberikan ubat saja.

 

 

 

Dalam satu buku yang say baca bertajuk “Care of the soul of the patient” penulis buku itu mengatakan bahawa doctor yang tidak merawat jiwa pesakit adalah ibarat seorang mekanik yang membaiki kereta, padahal manusia mempunyai jiwa.

 

 

 

Jiwa ini yang akan terkesan atas penyakitnya. Ia ibarat kesan sampingan kepada penyakit itu sendiri.

 

 

 

Contohnya ramai pesakit kanser yang murung dan sangat tertekan. Doktor hanya sibuk memikirkan melakukan pembedahan untuk membuang kanser tersebut atau sibuk memberikan kemoterapi dan radioterapi bagi mengecilkan saiz kanser payudara.

 

 

 

Bagaimana pula dengan jiwanya? Bagaimana dengan perasaannya apabila disahkan mempunyai penyakit kanser payudara?

 

 

 

Menyerahkan kepada kaunselor untuk memberikan kaunseling bukanlah jawaban yang terbaik. Doktor yang pertama melihat pesakit dan mendiagnosakan penyakit itu serta memberitahu pesakit tentang penyakitnya.

 

 

 

Tanpa menghargai pesakit sebagai manusia yang mempunyai nilai kemanusiaan, sudah pasti berita tersebut telah menyebabkan kecederaan mental dan spiritual yang teruk kepada mereka.

 

 

 

Jadi ketika kita sebagai doctor, sibuk merawat fizikal pesakit, jangan lupa terhadap sudut kemanusiaan yang lain.

 

 

 

Tidak semua pesakit memerlukan ubat. Mereka memerlukan rawatan sebagai manusia.

 

 

 

Catatan 22 April 2014

 

WALLAHU A’LAM

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: