Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » Ubat Imodium mengandungi Kapsule Gelatin Babi ditarik balik

Ubat Imodium mengandungi Kapsule Gelatin Babi ditarik balik

 

Imodium

 

 

 

Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah mengarahkan syarikat pemegang pendaftaran ubat cirit-birit Imodium Capsule yang disahkan mengandungi unsur babi supaya menarik balik produk itu dari pasaran.

 

 

 

Arahan tersebut dibuat selepas siasatan syarikat itu sendiri mendapati terdapat perubahan pada sumber gelatin yang digunakan oleh pembekal daripada bovine only source (lembu) kepada campuran lembu dan porcine (babi).

 

 

 

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman berkata, pihak pembekal bagaimanapun tidak memaklumkan kepada pengilang dan pemegang pendaftaran ubat berkenaan mengenai perubahan dalam ramuan ubat tersebut.

 

 

 

“Kami sudah meminta mereka tarik balik kesemua bekalan ubat itu dari pasaran dan mengemaskinikan label agar ia menepati ramuan yang digunakan,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! di sini semalam.

 

 

 

Kenyataan beliau itu adalah susulan kepada laporan Kosmo! Ahad pada 4 April lalu yang mendedahkan rasa tidak puas hati seorang pesakit, Datuk Mohd. Hanafiah Omar, 65, yang diberi ubat Imodium Capsule oleh kakitangan sebuah hospital swasta di Hulu Klang pada 29 Mac lalu tanpa memaklumkan ia mengandungi gelatin babi.

 

 

 

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0410&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: