Advertorial
Home » Catatan Peribadi » Jangan terlalu ego dengan ilmu di dada

Jangan terlalu ego dengan ilmu di dada

 

bot

Seorang doktor pakar terpaksa menaiki sebuah bot melintasi sebuah sungai yang panjang untuk pergi ke sebuah rumah pesakit.

Dalam perjalanan yang agak lama, dia bercerita kejayaannya merawat pelbagai jenis penyakit kepada orang-orang di sekeliling. Ada yang hampir mati, berjaya sihat dengan rawatan diberi. Ada yang hampir buta dibantu dengan pelbagai pembedahan.

Pakcik pemandu bot bertanya, “bolehkah doktor memberitahu pakcik mengapa mata pakcik kuning ni..”

Doktor itu memeriksa mata pakcik dan tersebut, dan memberitahu “Ini jaundice. Pakcik tahu apa jaundice..?”

Pakcik itu menjawab “Saya tidak tahu..”

“Oh bahaya pakcik. Penyakit ini jika disebabkan oleh hepatitis B, pakcik akan mati dalam masa 10 tahun”

Tiba-tiba ada orang menjerit dari hujung bot..

“Bot bocor..bot bocor…”

Pakcik itu segera berpaling kepada doktor pakar itu.

“Doktor tahu berenang? ”

Doktor pakar itu menggelengkan kepala..

“Oh bahaya doktor. Jika doktor tak pandai berenang, doktor boleh mati tak lama lagi..”

Akhirnya doktor itu terdiam dan beristighfar atas keangkuhannya.

Cerita ini bukan untuk menyindir doktor, tetapi ia melambangkan kepada seorang orang yang TAKBUR dan EGO..

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: