“Salam doctor. Saya ingin bertanya. Saya hamil 32 minggu dan saya mendapati bahawa payudara agak tegang dan kawasan sekitar nipple saya berwarna lebih gelap dan terdapat banyak bintik-bintik kecil disekitarnya. Adakah ini bahaya, doctor?”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Puan jangan risau atas perubahan payudara yang puan alami. Ia adalah perubahan yang normal dan semulajadi.
Sebaik sahaja puan hamil, payudara puan akan mula mengalami perubahan bagi menyiapkan payudara puan mengeluarkan susu.
Oleh itu tanda seorang wanita sedang hamil adalah payudara mereka menjadi lembut dan membengkak. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan wanita itu. Walau bagaimana pun ia bukanlah tanda yang pasti bagi suatu kehamilan.
Pemeriksaan air kencing (UPT) dan pemeriksaan ultrasound dapat membantu seorang wanita mengesahkan kehamilannya.
Berbalik kepada perubahan pada payudara seorang wanita yang hamil tadi, perubahan besar akan berlaku pada kawasan sekitar puting payudara yang berwarna agak gelap sedikit yang dinamakan areola.
Selalunya terdapat bintik-bintik kecil yang jelas kelihatan dan warna areolar semakin gelap mula keluar. Perubahan warna ini bertujuan memberi panduan visual kepada bayi ke mana harus dituju apabila hendak menyusu.
Bintik-bintik kecil di sekitar areola sebenarnya kelenjar yang menghasilkan bahan berminyak untuk membersih, melicin dan melindungi puting daripada jangkitan semasa penyusuan badan.
Menjelang kelahiran bayi, tisu-tisu kelenjar dalam payudara anda akan membesar dua kali ganda.
Apabila susu mula keluar selepas bayi dilahirkan, payudara akan menjadi lebih berat dan penuh. Setiap belah payudara mungkin bertambah berat sebanyak kira-kira 500 gram.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :