KENAPA PRODUK HERBA DIANGGAP BERBAHAYA.
Saya berikan 10 perkara yang perlu kita perhatikan.
Memang banyak lambakan produk herba di pasaran. Ada yang dimport, dan ada yang dikeluarkan oleh pengusaha. Soalnya bagaimana memilih produk herba yang selamat dan bersesuaian untuk kegunaan sendiri? Saya ingin kongsikan beberapa tip.
Pertama, pastikan kita tahu kenapa kita mengambil produk herba tersebut. Dapatkan pandangan pakar herbalist. Jangan silap tanya pakar. Kalau motorsikal rosak, jangan tanya mekanik kereta. Dia mungkin ada sedikit pengetahuan, tetapi tiada pengalaman dalam membaiki motosikal. Kalau kita ada masalah saraf, kita ambil produk herba yang membantu melegakan masalah saraf kita. Jangan pula ambil produk yang membaiki kerosakan kulit.
Kedua, pastikan mendapat produk herba yang diambil, tidak mengandungi banyak campuran dalam satu formulasi. Formulasi yang mengandungi lebih dari 3 bahan sudah dianggap tidak relevan lagi kerana ia mungkin akan menggunakan lebih banyak stabilier dan pengawet. Contoh 20 herba dalam 1 formulasi. Saya tidak menggalakkan pengambilannya.
Ketiga, cuba periksa syarikat pengeluar produk herba itu. Adakah ia mengikut prosedur GMP yang ditetapkan. Pastikan pihak pengeluar yang bertanggungjawab melakukan pemeriksaan makmal secara berkala. Pemeriksaan ini meliputi pemeriksaan dos, mikrob, dan heavy metal. Masalah yang berlaku sekarang adalah pihak pengeluar hanya melakukan sekali pemeriksaan makmal, padahal pengeluaran produk berlaku sepanjang tahun. Cuba lihat tarikh bila pemeriksaan makmal dilakukan.
Keempat, jangan mengambil produk herba dalam dos yang tinggi atau dalam jangka masa yang lama. Ambil dalam masa yang pendek (mengikut nasihat yang diberikan), bila simptom sudah berkurangan amalkan 2-3 kali seminggu saja. Bukan ambil setiap hari sehingga bertahun-tahun lamanya.
Kelima, kenali penjual produk tersebut. Pastikan dia faham produk yang dia jual. Jika ada masalah, boleh bertanya terus dengan mereka.
Keenam, pastikan individu yang ingin mengamalkan produk herba tersebut tidak berada dalam tahap kesihatan yang kritikal. Sebagai contoh pesakit ginjal, mungkin tidak sesuai untuk mengambil produk herba atau sebarang ubat sintetik sembarangan.
Ketujuh, pastikan individu yang mengambil produk herba itu mengubah gaya hidup (lifestyle) kepada yang sihat. Sebagai contoh ramai orang yang mengambil produk herba untuk mengawal gula dalam darah, tetapi dalam masa yang sama masih lagi tidak mengelakkan pengambilan karbohidrat berproses dan tidak melakukan aktiviti fizikal.
Kelapan, elakkan mengambil produk herba yang “over-claimed“. Sebagai contoh produk herba yang mampu merawat penyakit berbahaya seperti kanser, tanpa menjalani rawatan yang sempurna. Hanya mengamalkan produk tersebut, masalah penyakit kanser akan hilang. Kita mesti tahu bahawa setiap rawatan ada had keupayaannya. Jadi tidak semua penyakit serasi dengan suplemen atau ubat yang diamalkan.
Kesembilan, pastikan produk herba tidak dicampur dengan bahan terlarang atau terkawal. Selalunya produk pelangsing tubuh dicampur dengan bahan silbuteramine, sementara produk untuk masalah mati pucuk (erectile dysfunction) dicampurkan dengan bahan sildenafil. Tujuannya untuk mendapatkan kesan yang segera. Campuran bahan terlarang dalam produk kesihatan ini dapat dikenal pasti dengan kesan sampingan yang dialami.
Bagi produk pelangsing, selalunya bahan terlarang ini menyebabkan jantung berdebar-debar, tidak selera makan dan menyebabkan rasa cepat marah. Bagi produk untuk “tenaga batin lelaki”, biasanya akan menyebabkan sakit kepala, hidung tersumbat atau berair, dan alat kelamin akan keras dalam masa 2 jam.
Kesepuluh, pastikan produk herba ini didaftarkan dengan pihak KKM. Ada nombor pendaftaran dan ada sijil halal. Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa produk herba ini di bawah pemantauan pihak berkuasa.
Sekian, semoga bermanfaat.
-Dr Zubaidi bin Hj Ahmad
IKLAN
Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak dicadangkan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengembalikan semula kesihatan wanita. Mereka juga digalakkan diambil makanan yang mempunyai banyak vitamin C dan vitamin E.
Boleh dapat dari wakil pengedar kami.
Dapatkan juga minyak zaitun OLIVIE dari Morocco.
Boleh dapatkan Olivie, Ekstrak Kacip fatimah dan Vitamin E dar wakil-wakil kami.
Boleh klik pada bendera negeri tuan. http://needsvenue.com.my/Reseller/
Boleh dapatkan Vitamin E tocotrienol dari pembantu saya.
- Afzan (Skudai) 013-7714413
- Azizah Majid (Melaka) 012-2582597
- Hasnah (Sg Buloh) 012-6733955
- Fizah (Kulai) 013-7046851
- Entan (Shah Alam) 017-6965114
- Norlela (K. Terengganu) 019-6538484
- Kamariah (Skudai) 019-7555392