Semasa memeriksa janin melalui pemeriksaan ultrasound, seorang suami yang menemani isterinya (yang hamil) menegur saya.
“Doktor, kenapa degupan jantung bayi agak laju. Kalau kita selalunya 100 degupan perminit pun sudah dianggap laju. “
Saya senyum.
“Betul tuan. Kalau orang dewasa ia dianggap laju, tetapi untuk janin yang masih berada dalam rahem, ia dianggap normal kerana struktur jantung yang belum matang”
Dia mengangguk setuju dan faham.
Kadar degupan jantung janin dan bayi dalam rahem laju dibandingkan dengan degupan jantung orang dewasa. Selalunya janin akan mula berdegup 3 minggu selepas berlakunya persenyawaan. Namun ia hanya dapat dilihat dengan jelas menggunakan teknik pemeriksaan ultrasound pada usia kehamilan 6 minggu.
Secara amnya, degupan jantung janin dan bayi adalah seperti berikut:
Pada usia 6 minggu : 100 -120/minit. Kemudian pada minggu seterusnya akan bertambah laju.
Pada usia 9 – 10 minggu: 170/minit. Kemudian pada minggu seterusnya akan menjadi lebih perlahan.
Pada usia 14 minggu: 150/minit.
Pada usia 20 minggu: 140/minit
Pada usia 36 minggu: 130/minit
Namun begitu secara amnya, di trimester terakhir, degupan jantung bagi bayi sebanyak 110 – 160 denyutan seminit dianggap normal.
Semoga bermanfaat.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
