Psoriasis dan VCO

PSORIASIS DAN MINYAK KELAPA DARA

 

Image result for PSORIASIS

 

Asssalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Ahmad berumur 30an tahun dan penghidap penyakit psoriasis.  Sehingga sekarang saya belum tahu apa punca utama sebab baru-baru ini dalam masa sebulan saja (april & may 2018) ia menyerang seluruh badan. Dari bangku sekolah saya ada masalah kelemumur di kepala yang tidak penah sembuh sampai sekarang, dan 6-7 tahun lepas ada psoriasis di betis (pada mulanya saya ingatkan penyakit kurap). Sebelum ini saya ada ambil ubat sapu di klinik pakar kulit (mungkin steroid) tapi ianya bersifat sementara malah naik balik lagi banyak di badan. Sehingga sekarang saya cuma amal minyak kelapa dara untuk sapu di kulit dan minum air reneh rumput beijing seperti yg di sarankan dalam bacaan di FB. Saya cuma tak tahu sejauh mana keberkesanannya pada diri saya. Mohon doktor komen mengenainya.

 

Saya telah membaca artikel tulisan doktor dalam blog mengenai alahan dan sedikit sebanyak dapat faham, saya ucapkan terima kasih kerana manfaat ilmu tersebut, saya juga memohon maaf atas salah dan silap sekiranya tersilap kata dan komen dalam FB doktor sebelum ini. Semoga Allah kurniakan kesihatan yg berpanjangan untuk doktor memberi ilmu yg bermanfaat pada awam.

 

Terima kasih.

 

 

WALAIKUMUSALAM.

 

Saya percaya tuan telah berjumpa dengan pakar kulit (dermatologist), telah disahkan mengalami psoriasis dan telah diberikan informasi berkaitan penyakit ini dan ubat-ubatan.

 

Saya tidak memeriksa tuan tetapi saya percaya penyakit ini telah berlaku antara 10-15 tahun lalu apabila tuan mengalami ‘kelemumur’ yang tidak dapat dirawat dengan baik. Kelemumur ini adalah salah satu tanda penyakit psoariasis yang mungkin tuan tidak sedari atau dimaklumkan oleh doctor yang merawat.

 

Psoriasis adalah masalah kulit yang berlaku apabila jangka hayat sel-sel kulit dipercepatkan. Ini menyebabkan banyak sel-sel menjadi tidak matang dan mudah mati berkumpul di permukaan kulit, menyebabkan kulit kelihatan seperti kering, merah, dan bersisik. Ia juga menyebabkan rasa gatal dan rasa sakit apabila ia merekah.

 

Banyak punca bagi penyakit ini, sama ada keturunan (genetic), pemakanan, tekanan emosi (stress) dan kesan dari toksin persekitaran (terutamanya plastik dan petrochemical).

 

Psoriasis adalah penyakit yang kronik. Tujuan utama rawatan ialah untuk mengurangkan sel-sel kulit yang tidak matang. Oleh itu rawatan harus bertumpu pada peringkat selular (cellular level) di mana peringkat awal kulit-kulit normal ini dihasilkan. Pengambilan nutisi-nutrisi yang tertentu sangat membantu menghasilkan sel-sel kulit yang sihat.

 

Menurut perubatan moden, tiada rawatan yang spesifik dan kekal bagi psoriasis, dan doctor selalunya mencadangkan beberapa ubat-ubatan yang yang melegakan symptom seperti ubat mengurangkan rasa gatal sama ada ubat sintetik antihistamine atau ubat steroid.

 

Oleh kerana ini adalah penyakit kronik, masalah ini harus dirawat segera kerana penyakit ini bersifat progresif, iaitu ia akan menjadi semakin teruk. Bila sudah semakin teruk, rawatan penyakit ini pula mengambil masa yang lebih panjang dan rumit.

 

Selalunya masalah psoariasis yang sederhana boleh dirawat dengan pengambilan beberapa suplemen dan beberapa cream yng diberikan oleh doctor. Namun bagi masalah yang lebih berat, ia perlu mendapat rawatan doctor dengan lengkap.

 

Tanda-tanda masalah psoriasis ini bertambah teruk apabil:

 

  1. menyebabkan rasa sakit, gatal dan tidak selesa
  2. mengganggu routine seharian termasuk mengganggu kerja
  3. menyebabkan penampilan tidak menarik
  4. menyebabkan komplikasi seperti rasa sakit dan bengkak pada sendi

 

Oleh itu saya mencadangkan tuan mendapatkan pemeriksaan doctor yang berpengalaman.

 

Saya juga mencadangkan tuan cuba mengubah gaya hidup terutama jika gaya hidup tuan agak stress. Penjagaan pemakanan juga amat penting dan ini telah banyak saya bincangkan dalam facebook saya https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad/

 

Rawatan yang biasa diberikan doctor perubatan moden biasanya bersifat sementara. Malah perubatan moden menafikan rawatan yang boleh menyembuhkan psoriasis. Tidak salah mengambil ubat-ubat ini bagi mengurangkan rasa gatal atau kekeringan kulit yang melampau.

 

Selain itu saya mencadangkan agar tuan mengambil beberapa suplemen seperti vitamin E, vitamin C, omega  3, selenium, zinc yang memberikan manfaat bagi mengurangkan masalah kematangan sel-sel kulit yang berlaku terlalu cepat.

 

Rujuk: Fairris GM, Lloyd B, Hinks L, Perkins PJ, Clayton BE. The effect of supplementation with selenium and vitamin E in psoriasis. Ann Clin Biochem. 1989 Jan;26 ( Pt 1):83-8.

 

Foto VCO UTM.

 

Saya mencadangkan tuan meneruskan penggunaan minyak kelapa (VCO) sebagai sapuan pada kulit. Penggunaan minyak kelapa juga sangat bagus untuk dijadikan pelembap dan melonggarkan kulit-kulit mati pada permukaan kulit. Ia juga bersifat antioksida yang membantu melindungi dan merawat kulit.

 

Boleh dapatkan dari wakil-wakil kami. https://drzubaidi.com/blog/senarai-pengedar-needs-venue/

 

rujuk: Tzu-Kai Lin, Lily Zhong, Juan Luis Santiago, Anti-Inflammatory and Skin Barrier Repair Effects of Topical Application of Some Plant Oils. Int J Mol Sci. 2018 Jan; 19(1): 70.

 

Tuan juga boleh menggunakan kream sapuan yang berasaskan Kacip Fatimah bagi merangsangkan pertumbuhan sels-sel kulit yang baru bagi menggantikan sel-sel kulit yang tidak matang dan mudah mati. Boleh ke https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

 

Insya Allah saya akan kongsikan info kajian terbaru mengenai psoriasis dalam facebook dan blog saya nanti.

 

Semoga bermanfaat.

 

 

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!