“Doktor, apakah peluang untuk mendapatkan kandungan kembar jika menggunakan rawatan kesuburan? Terima kasih”
Peluang untuk hamil bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, bergantung kepada punca masalah kesuburan.
Selalunya selepas pemeriksaan, doktor pakar kesuburan akan memberikan ubat kesuburan yang akan merangsangkan kilang telur (ovari) untuk menghasilkan lebih dari satu telur. Oleh itu kebarangkalian untuk kehamilan kembar akan menjadi lebih tinggi.
Rawatan kesuburan pada peringkat awal, selalunya menggunakan pil subur untuk merangsang kilang telur. Peluang untuk hamil kembar dua dengan menggunakan pil Subur seperti ‘Clomid’ adalah lebih kurang 10%. Manakala kembar tiga adalah hanya 1-2%
Jika tidak berjaya, mungkin doktor akan memberikan suntikan hormon FSH sebelum rawatan kesuburan seperti IUI ataupun IVF diberikan. FSH dapat merangsang kilang telur dengan lebih kuat berbanding dengan clomid.
Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya risiko kandungan kembar adalah lebih tinggi dalam anggaran 30-40%.
Saya selalu mencadangkan pemakanan yang sihat, seperti pengambilan minyak zaitun dan madu (setiap pagi) serta pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah bagi wanita yang ingin hamil dengan kehamilan yang sihat.
Dulu orang kata, kehamilan kembar untuk orang yang ada baka kembar. Sekarang tidak lagi. Makan pemakanan yang sihat membantu ovum dan sperma menjadi lebih sihat.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :