UBAT-UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TERUK
 
Kita boleh mengalami alahan terhadap mana-mana ubat, ada beberapa ubat yang dikenalpasti menyebabkan alahan pada kita berbanding ubat-ubatan lain.
 
 
Antara ubat yang dikenalpasti itu ialah:
 
1. ANTIBIOTIK PENICILLIN atau mana-mana antibiotik dalam kumpulan penicillin. . Mereka yang alah terhadap penicillinboleh menyebabkan alahan teruk anafilaksis yang boleh mengancam nyawa. Oleh itu, amat penting untuk memberitahu doktor anda tentang tindakbalas alahan ubat masa lalu anda.
 
2. ANTIBIOTIK CEPHALOSPORIN . Tindak balas cephalosporins hampir menyamai tindakbalas penicillin. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai alahan kepada penicillin, mereka boleh mengalami alahan kepada antibiotik cephalosporins.
 
3. UBAT YANG MENGANDUNGI SULFONAMIDES (termasuk antibiotik, ubat oral diabetik dan beberapa ubat diuretik). Tindak balas ubat ini tidak jelas sama ada disebabkan oleh alahan atau proses immunologi lain. Tiada ujian yang tepat untuk menentukan jika seseorang itu alah kepada ubat-ubatan dalam kelas ini.
 
4. UBAT TAHAN SAKIT NON-STEROIDAL ANTIINFLAMMATORY DRUGS (NSAID), termasuk aspirin, ibuprofen dan naproxen. Kelas ubat-ubatan ini boleh menyebabkan alahan dan bukan alahan seperti gatal-gatal/bengkak, memburukkan lagi asma dan menyebabkan anafilaksis. Tiada ujian yang tepat untuk menentukan jika seseorang itu alah kepada kelas ubat-ubatan ini.
 
5. UBAT BIUS SETEMPAT (Local Anesthetics). Tindak balas alahan kepada ubat bius setempat (novocaine, lidocaine) jarang berlaku, dan biasanya disebabkan oleh bahan-bahan lain di dalam ubat, seperti pengawet atau adrenaline (terdapat dalam local anesthetics untuk membuat ubat tahan lebih lama apabila disuntik).
 
Oleh itu jika pernah mengalami tindakbalas alahan pada mana-mana ubat, cuba kenal pasti ubat tersebut dan beritahu pada doktor yang merawat.
 
 
Semoga bermanfaat.

Lawati facebook kami dengan klik –> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

Leave a Reply

error: Content is protected !!