MAKAN ANTIBIOTIK CEFUROXIME KETIKA HAMIL
“Assalamualaikum Dr. Saya mahu bertanya, bolehkah saya mengambil ubat antibiotik cefuroxime ketika hamil. Malam tadi saya ada bleeding, pagi nya saya ke hospital. Doktor bagi ubat ini untuk kuatkan fetus. Sewaktu pemeriksaa, doktor dapati ada kemerahan dekat dalam vagina. Selamatkah ubat ini dimakan? Terima kasih.”
WALAIKUMUSALAM
1. Doktor tidak berikan antibiotik untuk kuatkan fetus.
2. Mungkin ada salah faham mengenai rawatan puan.
3. Cefuroxime adalah antibiotik yang berada dalam kategori B di bawah kawalan FDA. Ini bermakna ia selamat digunakan oleh wanita yang hamil.
4. Namun ia seharusnya dielakkan jika ia tidak perlu digunakan.
5. Jika ada kekeliruan, saya manasihatkan puan berbincang dengan doktor yang merawat puan.
Semoga bermanfaat.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :