GARAM BERIODIN ATAU TIDAK BERIODIN?

 

“Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, garam mana yang lebih baik—beriodin atau tanpa iodin? Saya agak keliru. Terima kasih.”

 

Waalaikumussalam.

 

Pilihan antara garam beriodin dan tanpa iodin bergantung pada keperluan kesihatan anda.

 

Garam beriodin membantu fungsi kelenjar tiroid, mengelakkan goiter (bengkak tiroid) dan masalah hormon.

 

Ia juga penting untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

 

Jadi ia disyorkan untuk mereka yang kurang sumber iodin dalam diet seperti ikan laut, makanan laut, dan produk tenusu.

 

Jika ada masalah hipertiroidisme (tiroid terlalu aktif), perlu kawal pengambilan iodin.

 

Bagi mereka yang sudah cukup iodin dalam diet harian, garam tanpa iodin boleh digunakan untuk mengelakkan pengambilan berlebihan.

 

Secara mudah, boleh saya simpulkan, jika tiada masalah tiroid boleh gunakan garam beriodin untuk memastikan cukup iodin dalam badan.

 

Tetapi jika ada masalah hipertiroidisme, garam tanpa iodin mungkin lebih sesuai (dapatkan nasihat doktor).

 

Sementara individu yang banyak makan makanan laut, garam tanpa iodin boleh digunakan, kerana sumber iodin sudah mencukupi.

 

Semoga bermanfaat.

 

#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#iodin

 

Anda ada banyak soalan? Dapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi melalui Live Zoom, boleh daftar di link https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!