“Assalamualaikum doktor. Saya nak tanya — setiap kali rukuk, saya rasa sakit di bahagian belakang lutut dan belakang peha. Ubat apa yang sesuai saya ambil? Terima kasih.”
Waalaikumussalam, terima kasih atas soalan.
Sakit di belakang lutut dan belakang peha semasa rukuk selalunya berpunca daripada salah satu perkara berikut:
1. Ketegangan otot hamstring (otot besar di belakang peha)
2. Keradangan atau ketegangan ligamen di belakang lutut
3. Masalah saraf sciatica ringan (jika sakit menjalar dari pinggang ke kaki)
4. Kurang regangan otot akibat posisi duduk lama atau kurang bersenam
Saya mencadangkan, untuk sementara (jika rasa betul-betul sakit).
1. Ubat tahan sakit
✅ Paracetamol 500mg – untuk sakit ringan
✅ Diclofenac sodium 25-50mg atau Celecoxib – jika sakit lebih ketara (elakkan jika ada masalah gastrik atau buah pinggang)
2. Rawatan tambahan
✅ Krim panas atau krim salap anti-radang seperti Voltaren gel atau Counterpain
✅ Letak tuala panas pada belakang peha 10–15 minit 2 kali sehari
✅ Regangan otot hamstring secara lembut setiap pagi
Jika tidak kuat tetapi berulang, boleh ambil suplemen
✅ Magnesium dan Vitamin B-Complex untuk bantu kesihatan otot dan saraf
✅ Collagen atau glucosamine – jika disyaki ada kaitan dengan sendi lutut
Namun jika rasa sakit yang kuat dan tidak lega dengan rawatan di atas, saya mencadangkan agar buat pemeriksaan doktor, terutamanya jika :
✅ Jika sakit makin kuat atau menjalar ke kaki
✅ Jika sakit menyebabkan susah berjalan atau rukuk dengan betul
✅ Jika ada bengkak, kebas, atau kaki lemah
Kesimpulannya, masalah ini biasanya berkaitan otot atau ligamen yang tegang dan boleh pulih dengan rawatan asas serta senaman regangan.
Elakkan rukuk secara tergesa-gesa, dan pastikan posisi betul agar tekanan tidak terlalu kuat di kawasan peha dan lutut.
Semoga bermanfaat.
Boleh dapatkan vitamin B kompleks di :
Anda ada banyak soalan? Dapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi melalui Live Zoom, boleh daftar di link https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz