“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Jika seseorang mengambil ubat Metformin, Perindopril dan Statin, apakah suplemen harian yang disarankan untuk membantu mengurangkan kesan sampingan ubat-ubatan tersebut? Terima kasih, Dr.”
Waalaikumussalam.
Kesan sampingan ubat sintetik akan terasa apabila seseorang mula mengambil ubat tersebut dalam dos maksima dan dalam jangkamasa yang lama.
Antara kesan sampingan yang utama untuk pengambilan Metformin adalah :
✅ Kekurangan vitamin B12 yang menyebabkan anemia, rasa kebas dan keletihan.
✅Ketidakseimbangan mikrobiota (kuman baik) dalam usus yang menyebabkab masalah perut dan usus seperti cirit-birit, kembung.
✅ Gangguan penyerapan nutrien terutama folat dan coenzim Q10.
Jadi mengalami masalah diatas, suplemen disarankan :
✅ Vitamin B12 (methylcobalamin) – 1000–2000 mcg sehari untuk cegah kebas dan anemia
✅ Folat (aktif: L-methylfolate) – penting untuk darah & saraf
✅ Probiotik – untuk imbangi mikrobiota usus
✅ CoQ10 – bantu tenaga sel dan jantung
Untuk pengambilan Perindopril (ACE inhibitor untuk masalah darah tinggi, kesan sampingan adalah :
✅ Batuk kering yang kronik
✅ Tekanan darah terlalu rendah
✅ Paras kalium meningkat (hiperkalemia)
✅ Kesan terhadap fungsi buah pinggang
Antara suplemen yang membantu adalah:
✅ Magnesium – bantu tekanan darah & fungsi otot
✅ Vitamin D – bantu fungsi imun & tekanan darah
✅ Omega-3 (minyak ikan) – anti-radang, baik untuk jantung
Nota : Elakkan suplemen potassium kecuali diarahkan doktor kerana risiko hiperkalemia.
Kesan sampingan ubat statin yang digunakan untuk menurunkan tahap kolestrol adalah :
✅ Sakit otot dan kelemahan (myopathy)
✅ Penurunan CoQ10 dalam sel yang menjejas penghasilan tenaga
✅ Kesan hati (naik enzim hati)
✅ Menyebabkan tubuh berasa sakit dan cepat penat
Suplemen Disarankan:
✅ CoQ10 – sangat penting untuk kurangkan sakit otot & penat
✅ Vitamin D – bantu kurangkan myalgia dan inflamasi
✅ Omega-3 – sokong kesihatan jantung dan kurangkan trigliserida
✅ Vitamin E – untuk mengurangkan keradangan dalam hati dan otot.
Tidak perlu ambil semua suplemen kecuali ada kekurangan nutrisi akibat pengambilan ubat-ubatan ini.
Pilih beberapa suplemen yang sesuai.
Semoga menjawab soalan yang ditanyakan.
#HealthDrZubaidi
Anda ada banyak soalan? Dapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi melalui Live Zoom, boleh daftar di link https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz