Cholesteatoma merupakan ketumbuhan akibat pengumpulan sel-sel kulit mati, lendir, atau kotoran telinga. Ia boleh membesar dan menghancurkan struktur tulang di kawasan telinga tengah. Ia bukan merupakan kanser, yang terjadi di rongga tengah telinga dalam, tepat di belakang gendang telinga. Ia terjadi kerana telinga yang sering mengalami jangkitan kuman seperti sinusitis atau otitis interna. Ia juga disebabkan fungsi saluran Eustachian yang kurang baik. Cholesteatoma boleh menyebabkan pendengaran terganggu, kehilangan keseimbangan tubuh serta fungsi otot wajah terganggu. Jadi ia adalah situasi yang serius. Gejala akibat cholesteatoma adalah : 1. Terdapat bau dari dalam telinga 2. Masalah pendengaran, dan rasa sakit pada dalam …
Read More »BAGAIMANA MINUM TEH HIJAU?
BAGAIMANA MINUM TEH HIJAU? Ramai orang tahu kebaikan teh hijau. Tetapi mereka tidak tahu cara terbaik dan waktu terbaik minum teh hijau. Jadi mereka tidak mendapat manfaat sebaiknya. Untuk mendapatkan kesan antioksidan yang optima, teh hijau seharusnya diminum sejam sebelum atau selepas waktu makan bagi memastikan catechin (antioksida yang terdapat pada teh) dapat diserap dengan baik. Tetapi teh hijau tidak diharus diambil ketika perut kosong kerana ia mengandungi kafein yang bersifat asid. Walaupun tahap kafein dalam teh tidak banyak seperti kopi, namun ia menyebabkan rasa pedih ulu hati (tanda gastritis) bagi mereka yang sensitif atau mempunyai masalah …
Read More »BERAPA LAMA JANGKITAN SINUSITIS BOLEH SEMBUH?
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya sering menghidap sinusitis dan doktor telah mendiagnosa saya sebagai pesakit sinusitis yang kronik. Saya sedang dalam rawatan. Hampir dua minggu ambil antibiotik tetapi belum sembuh. Kahak dan hingus masih kuning tetapi bertambah baik berbanding dengan mula-mula dulu. Nampaknya sinusitis kali ini lambat baik. Ada tak suplemen yang saya boleh ambil selain dari ubat yang diberikan doktor? Terima kasih.” Waalaikumussalam. Jangkitan sinus atau sinusitis adalah jangkitan kuman pada rongga sinus pada tengkorak dan rongga dalam hidung. Ia menyebabkan lendiran pekat berterusan keluar dari hidung atau ke bahagian tekak. Jangkitan ini juga menyebabkan …
Read More »FAKTA BERKAITAN INSOMNIA
1. Terdapat empat dari sepuluh orang dewasa di Malaysia mengalami gangguan tidur, menurut sebuah kajian pada tahun 2018. 2. Yayasan Tidur (Sleep Foundation) memberitahu bahawa tidur yang berkualiti meningkatkan sistem imun seseorang, meningkatkan fungsi otak, menaikkan mood dan meningkatkan kesihatan mental secara keseluruhan. 3. Tidur yang mencukupi juga dapat membantu memperbaiki sel-sel tubuh dan mengimbangkan hormon, yang secara beransur-ansur akan mempengaruhi berat badan dan penampilan kita. 4. Sukar tidur (insomnia) berlaku apabila tidak mampu untuk tidur setelah berbaring 30 minit. 5. Terjaga dari tidur dan sukar tidur semula juga sebahagian dari masalah tidur yang tidak berkualiti. 6. Buat pemeriksaan doktor sebelum mengambil sebarang pil …
Read More »TAHAP HEMOGLOBIN YANG TINGGI
TAHAP HEMOGLOBIN YANG TINGGI Hemoglobin merupakan salah satu kandungan dalam sel darah merah yang menyebabkan warna merah. Ia adalah protein dalam sel darah merah yang juga bergabung dengan zat besi. Fungsi Hb adalah mengangkut oksigen ke seluruh tubuh, terutama paru-paru. Pesakit boleh mempunyai tahap yang tinggi walaupun bilangan sel darah merah berada dalam julat yang normal. Tahap hemoglobin yang normal bagi lelaki adalah 14-18 gm/dL, sementara bagi wanita dewasa adalah 12-16 gm/dL. Kadar Hb yang tinggi dalam darah hanya diketahui ketika melakukan pemeriksaan darah. Ia mungkin berlaku pada sesetengah individu yang: Dehidrasi akibat kurang minum air atau mengalami cirit-birit. Berada …
Read More »ADAKAH KITA MENDAPAT TIDUR YANG MENCUKUPI?
Adakah kita berasa tidak cukup segar apabila kita bangun tidur pada waktu pagi, dan berasa letih sepanjang hari? Adakah kita sering berasa mengantuk semasa kita sedang berehat? Jika jawapan bagi soalan di atas adalah ya, mungkin kita mengalami kekurangan masa tidur. Dalam bahasa mudah adalah anda kita tidak cukup tidur. Berapa masa yang diperlukan untuk kita rehat ketika tidur? Secara am, orang dewasa memerlukan 7–8 jam tidur setiap malam. Namun demikian, bergantung pada individu. Asalkan kita dapat bangun dan rasa segar, bermakna kita mendapat rehat yang mencukupi ketika tidur. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa kebanyakan …
Read More »TEKAK SELALU BERKAHAK
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya selalu perasan yang tekak saya sentiasa ada lendiran dan kahak. Ini menyebabkan tekak saya rasa gatal dan mahu batuk. Saya berjumpa doktor dan pemeriksaan xray telah dilakukan. Doktor kata paru-paru saya tiada masalah. Sebenarnya apa masalah yang saya alami? Walaikumusalam. Saya percaya tuan mengalami masalah yang dikenali sebagai Post Nasal Drip, iaitu lendiran yang keluar dari rongga sinus, tidak keluar melalui rongga hidung tetapi mengalir ke belakang tekak. Ini menyebabkan tekak akan sentiasa berlendir, berkahak, rasa gatal dan batuk kecil. Oleh itu pemeriksaan x-ray dada adalah sia-sia kerana ia hanya ia hanya melibatkan …
Read More »BOLEHKAH SALURAN FALLOPIAN TIUB YANG DIIKAT DISAMBUNG SEMULA?
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Lima tahun lepas, saya telah mengikat saluran fallopian saya di hospital. Sekarang saya mempunyai suami baru dan ingin hamil semula. Bolehkah saya saluran fallopian itu dibuka atau disambung semula? Terima kasih Dr Zubaidi. Walaikumusalam. Prosedur ikat salur peranakan atau kita sebut bilateral tubal ligation (BTL) merupakan satu cara menghalang kehamilan secara kekal dengan cara mengikat kedua-dua saluran fallopian yang menghalang pergerakan sperma untuk bertemu ovum di ovari bagi tujuan persenyawaan. Ini bermakna wanita yang telah menjalani prosedur ini tidak akan dapat hamil lagi. Jadi fikir semasak-masaknya sebelum menandatangani surat persetujuan dan menjalani prosedur. Bila sudah …
Read More »BOLEHKAH AMBIL FOLIC ACID SEBELUM HAMIL?
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Sebelum hamil saya tidak mengambil asid folik. Sekarang saya hamil lima minggu. Bolehkah saya mulakan pengambilan asid folik? Terima kasih dr Zubaidi. Walaikumusalam. Folate merupakan sejenis vitamin B yang boleh didapati daripada makanan. Bahan ini amat penting dalam perkembangan tubuh manusia. Asid folik adalah vitamin B sintetik bagi folate dicadangkan kepada sesetengah individu kerana makanan yang dimakan tidak mencukupi untuk menampung keperluan tubuh terutamanya bagi wanita hamil. Asid folik adalah penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak. Oleh itu ia amat penting …
Read More »SAYA PENGAMAL UBAT ANTI-KOLESTROLE STATIN. PERLUKAH SAYA AMBIL SUPLEMEN CO-ENZYME Q10?
SAYA PENGAMAL UBAT ANTI-KOLESTROLE STATIN. PERLUKAH SAYA AMBIL SUPLEMEN CO-ENZYME Q10? Soalan: Doktor telah memberikan saya ubat simvastatin untuk menurunkan kolesterol saya. Setelah enam bulan, keadaan saya bertambah baik, tetapi saya mengalami rasa sakit badan, dan kadangkala berasa dada. Saya mendengar bahawa jika kita mengambil ubat anti-kolestrol statin, kita perlu mengambil CoQ10 untuk mencegah masalah keradangan otot. Adakah itu benar? Jawapan: Terdapat bukti klinikal yang menunjukkan bahawa CoQ10 dapat membantu, sama ada untuk mengelakkan atau merawat masalah keradangan otot akibat penggunaan ubat anti-kolestrol statin . Co-enzyme Q10 juga dikenali sebagai ubiquinone adalah coenzyme yang membantu otot menghasilkan tenaga …
Read More »SUSU ALTERNATIF BAGI PESAKIT GINJAL
Susu yang terbaik sebagai pilihan alternatif bagi pesakit ginjal adalah susu berasaskan tumbuh-tumbuhan. Contohnya susu soya dan susu almond. Ini kerana kebanyakan susu tumbuhan mengandungi bahan phosphorus, kalsium dan potassium yang lebih rendah berbanding dengan susu yang bersumber haiwan. Oleh itu pesakit ginjal atau chronic kidney disease (CKD) harus menghadkan pengambilan susu dari haiwan. Tulang kita dibina dari kalsium dan phosphorus. Ketika ginjal berfungsi secara normal, tahap kedua-dua kalsium dan phosphorus dapat diseimbangkan dalam darah dan tulang. Apabila ginjal bermasalah, tahap phosphorus akan tinggi dalam darah. Ini kerana ia tidak dilepaskan ke dalam air kencing. Selain itu pesakit ginjal …
Read More »KENCING SEMASA TIDUR
Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Malam semalam dalam pukul 2. 30 pagi, suami saya berusia 44 tahun tersedar dan ingin buang air kecil. Tetapi di tempat tidur didapati tilam telah basah. Kainnya juga basah. Ini adalah kali pertama berlaku. Suami saya mengalami terkencing tanpa disedari semasa tidur. Mengapakah perkara ini terjadi? Terima kasih. Walaikumusalam. Kencing semasa tidur jarang berlaku pada orang dewasa. Jika ia pertama kali berlaku semasa dewasa ia dinamakan “secondary enuresis“. Jika ia berlaku beberapa kali mungkin sudah tiba masanya untuk pemeriksaan yang lebih lanjut. Punca masalah ini mungkin : 1. Penyumbatan mana-mana bahagian dalam sistem pembuangan air kencing seperti …
Read More »BOLEHKAH SERANGAN STROKE DIELAKKAN?
Stroke tidak berlaku dengan sekelip mata. Proses mendapat serangan stroke bermula antara 10-15 tahun sebelum terjadinya stroke. Sebagai contoh jika seorang itu mengalami stroke pada usia 55 tahun, proses untuk mendapat serangan stroke bermula ketika berumur 40-45 tahun, apabila pesakit tidak mengawal penyakit metabolik kronik mereka dengan baik. Contoh penyakit metabolik yang kronik adalah diabetes, hipertensi dan tahap kolestrol. Penyakit ini harus dikawal dengan baik. Jika tidak dalam masa 10-15 tahun, pesakit tersebut boleh mendapat serangan stroke. Selain itu tabiat merokok dan minum arak haruslah dihentikan. Pastikan cukup rehat dan tidur, dan kawal stress dengan baik. …
Read More »PUNCA UTAMA TANGAN KEBAS
1. Tangan berasa kebas adalah masalah di mana tangan kita akan berasa seolah-olah terasa seperti cucuk-cucuk. Ia boleh bermula dari jari tangan ke lengan dan bahu. 2. Punca utama tangan kebas bagi mereka yang banyak menggunakan tangan ketika melakukan kerja yang berterusan adalah masalah ‘carpal tunnel syndrome’. Ini disebabkan saraf pada tangan mengalami sedikit tekanan. Masalah ini berlaku untuk sementara. Ia akan bertambah baik nanti jika diberikan rawatan yang betul. 3. Seseorang mungkin kekurangan vitamin B12 dalam badan dan menyebabkan masalah ini. 4. Kekurangan vitamin E juga menyebabkan masalah yang sama. 5. Kencing manis menyebabkan kebas pada bahagian kaki dan …
Read More »AIR KENCING BERWARNA MERAH
Air kencing berwarna merah tidak selalunya disebabkan oleh kehadiran sel darah merah. Ia juga boleh disebabkan oleh: ✅ Hemoglobin (yang membawa oksigen dalam sel darah merah) dalam air kencing kerana pemecahan sel darah merah ✅ Protein otot (myoglobin) dalam air kencing disebabkan oleh pemecahan sel-sel otot ✅ ‘Porphyria’ (sejenis penyakit yang terhasil disebabkan oleh kekurangan enzim yang terlibat dalam penghasilan heme, sebatian kimia yang mengandungi zat besi dan memberikan kemerahan kepada warna darah) ✅ Makanan (seperti ubi bit, rhubarb, dan kadang-kadang pewarna makanan) ✅ Ubat-ubatan seperti rifampin dan phenazopyridine. Jika mengalami air kencing berwarna merah, buatlah pemeriksaan air kencing. Semoga …
Read More »EPILEPSI (SAWAN)
EPILEPSI (SAWAN) Epilepsi adalah gangguan otak apabila sel-sel saraf dalam otak kadang-kala mengeluarkan isyarat yang luar biasa. Corak aktiviti neuron terganggu dan menjejaskan perasaan, tingkah laku dan emosi atau kadang-kala menyebabkan kejang otot dan pengsan. Seseorang yang mengalami sawan tidak bermakna ia mempunyai epilepsi. Sekiranya seseorang kerap mengalami sawan (dua atau lebih) dikenalpasti mempunyai epilepsi. Epilepsi tidak berjangkit dan tidak disebabkan oleh penyakit atau kemerosotan mental. Epilepsi boleh dikawal, namun sesetengahnya sembuh dengan sendiri. PUNCA Epilepsi berpunca dari pelbagai faktor. Sebarang gangguan pada aktiviti normal neuron samada penyakit mahupun kecederaan otak boleh menyebabkan sawan. Sebahagian besar sawan tidak diketahui …
Read More »PENGAMALAN CUKA BUAH (VINEGAR) DAPAT MENGELAKKAN BATU DALAM GINJAL
PENGAMALAN CUKA BUAH (VINEGAR) DAPAT MENGELAKKAN BATU DALAM GINJAL Jom amalkan cuka Teen. Batu dalam ginjal (nephrolithiasis) biasa berlaku di kalangan penduduk dunia. Dianggarkan 5% hingga 8.8% yang mengalami masalah ini. Selain dari menanggung kesakitan, pesakit harus ditahan di hospital untuk rawatan pembedahan dan mungkin menyebabkan masalah penyakit ginjal yang kronik (chronic kidney disease). Sekali berlaku, ia boleh berulang dalam masa 5 tahun pada 50% pesakit yang pernah mengalaminya. Terdapat beberapa jenis batu dalam ginjal. Namun batu jenis calcium oxalate (CaOx) adalah batu yang biasa terbentuk pada ginjal. Sehingga kini tiada ubat sintetik yang spesifik untuk mengelakkan pembentukan batu CaOx …
Read More »BOLEHKAH COENZYME Q10 MERENDAHKAN RISIKO KESAN SAMPINGAN UBAT SINTETIK STATIN
1. Ramai yang tidak mengetahui bahawa selain merendahkan tahap kolestrol, ubat sintetik anti-kolestrol statin memberikan kesan sampingan. 2. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami adalah: ✅ Sakit kepala✅ Pening✅ Lemah badan✅ Sakit-sakit otot, otot lembik atau lemah otot yang bukannya berpunca dari kurang bersenam✅ Rhabdomyolysis: pengoyakan otot lembut ke dalam saluran darah.✅ Kenaikan tahap alanine dan aspartate transaminase (parameter untuk ujian fungsi hati)✅ Kurang darah merah (anemia)✅ Hati Bengkak✅ Jaundis (kekuningan)✅ Reaksi hipersensitif seperti bengkak, kulit kemerah-merahan dan kegatalan✅ Sakit urat✅ Kebas otot✅ Sukar tidur✅ Boleh menyebabkan hiperglisemia (kadar gula naik dalam darah) 3. Jika mengalami kesan sampingan di atas, …
Read More »MENGAMALKAN VITAMIN C 1000MG SEHARI MENGAWAL DIABETES DAN KOLESTROL DENGAN LEBIH BAIK
Diabetes mellitus adalah salah satu masalah penyakit metabolik yang biasa di kalangan rakyat Malaysia. Dianggarkan seorang dari lima orang rakyat Malaysia yang menghidap masalah diabetes. Dalam jangka masa yang panjang, antara 10-15 tahun, peningkatan gula dalam tubuh akan merosakkan saluran darah dalam tubuh. Gabungan peningkatan gula dan kolestrol dalam darah meningkatkan risiko untuk mengalami serangan jantung dan stroke. Vitamin C diketahui sangat bermanfaat membantu mengawal tahap gula dan kolestrol. Cuma berapa banyak yang diperlukan? Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam tahun 2007, sekumpulan pesakit diabetes diberikan vitamin C 500mg dan 1000mg secara rawak selama enam minggu. Kemudian bacaan fasting blood …
Read More »BAHAYA ASID BORIK DALAM MI KUNING
1. Asid borik digunakan dalam industri makanan sebagai pengawet bagi tujuan bahan makanan itu menjadi tahan lama. Selain itu ia memberikan kekenyalan pada tekstur produk makanan tersebut. 2. Ia biasa digunakan dalam industri makanan terutamanya dalam pembuatan mi kuning, dan juga bebola ikan atau bebola makanan laut. 3. Dalam kajian yang dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia asid borik ditemui sampel makanan seperti mi kuning, bebola ikan, mi wantan dan kuey teow, dengan kepekatan kandungan yang berbeza. Mi kuning mempunyai kandungan asid borik yang tertinggi berbanding sampel makanan lain. 4. Peraturan Makanan 1985 hanya membenarkan penggunaan bahan pengawet …
Read More »BERLARI-LARI ANAK SETIAP HARI MAMPU JAUHI RISIKO PENYAKIT KRONIK
1. Setiap individu digalakkan untuk melakukan pergerakan fizikal atau bersenam untuk kekal sihat. 2. Sekurang-kurangnya melakukan senaman berlari-lari anak atau berjalan pantas. (brisk walking). 3. Dalam satu kajian mendapati bahawa mereka yang melakukan brisk walking antara 5 hingga 10 minit setiap dapat menghindari dari pelbagai penyakit. 4. Dengan brisk walking saja dapat mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar, mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular. 5. Ia juga mampu mengurangkan risiko menghidap barah serta menjauhkan diri daripada menghidap penyakit neurologi seperti Alzheimer dan Parkinson. 6. Dalam panduan kesihatan American Health Association, setiap orang …
Read More »PENAMBAHAN OMEGA-3 KETIKA HAMIL MENGELAKKAN KELAHIRAN PRAMATANG
Pengambilan Omega-3 seawal 12 minggu kehamilan memberikan kebaikan pada ibu dan anak Kelahiran pramatang adalah kelahiran bayi sebelum minggu ke-37 kehamilan. Sementara tempoh kehamilan normal adalah antara 38 hingga 42 minggu. Semakin awal bayi dilahirkan, semakin tinggi risiko kematian atau masalah kesihatan. Kelahiran pramatang adalah faktor utama kecacatan atau kematian bayi yang disedari dalam lima tahun pertama kehidupan mereka. Ini bermakna adakalanya apabila dilahirkan, bayi didapati sihat dan normal. Apabila mereka meningkat usia, baru disedari mereka mengalami masalah kecacatan (yang tidak disedari) semenjak lahir. KETAHUI PERBEZAAN ANTARA OMEGA-3 DAN MINYAK IKAN. BACA https://drzubaidi.com/blog/perbezaan-antara-omega-3-dan-minyak-ikan/ Pengambilan ikan dan minyak ikan yang mengandungi …
Read More »KENCING KOTOR PADA WANITA HAMIL
Ia bahaya dan pemeriksaan air kencing saringan di kalangan wanita hamil adalah suatu yang penting. Melakukan pemeriksaan air kencing adalah suatu pemeriksaan rutin yang dilakukan pada wanita yang air hamil. Tujuannya untuk mengesan jangkitan kuman dalam saluran air kencing. Sistem pembuang air kencing bermula dari ginjal hingga ke saluran kencing yang terakhir. Jangkitan kuman dalam air kencing, dikenali dalam masyarakat sebagai “kencing kotor” Apa itu kencing kotor pada wanita hamil? Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI) atau kencing kotor adalah masalah yang sering dialami oleh golongan wanita, terutama wanita yang hamil. Kencing kotor selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman. Sistem saluran …
Read More »KENCING BERDARAH MUNGKIN TANDA KANSER
1. Kencing berdarah atau ‘haematuria’ adalah tanda yang serius. 2. Adakala ia nampak jelas dan ada kala ia hanya dikesan melalui pemeriksaan di bawah mikroskop. 3. Jika darah kelihatan jelas dalam air kencing, ia mungkin tanda awal kanser pada sistem pembuangan air kecil, terutama bila sudah berumur 60 tahun ke atas. 4. Selain itu, kehadiran darah dalam air kencing selalunya diakibatkan oleh jangkitan kuman (disebut sbg kencing kotor) di kalangan wanita atau batu karang dan kanser (pundi kencing dan ginjal) di kalangan lelaki. 5. Lelaki berusia 60an, mengadu air kencingnya berwarna merah, sukar kencing akibat tersumbat dan air kencing bercampur …
Read More »HARI SUBUR WANITA BERMASALAH
Ramai wanita yang lambat hamil. Mengapa? Tidak semua wanita mempunyai hari subur wanita yang tetap pada setiap bulan. Terdapat juga wanita yang mengalami masalah untuk mendapat hari subur wanita. Ini menyebabkan mereka sukar hamil. APAKAH HARI SUBUR? BACA https://drzubaidi.com/blog/hari-subur-wanita/ Apakah punca tidak mengalami hari subur wanita? 1. Masalah berat badan yang sesuai. Dalam satu rencana yang diterbitkan oleh American Society for Reproductive Medicine menjelaskan bahawa wanita yang memiliki berat badan yang berlebihan atau rendah lebih berisiko untuk mengalami malah kitaran yang yang tidak menentu. Ini akan menyebabkan hari subur wanita sukar diperolehi. 2. Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) Polycystic Ovarian Syndrome …
Read More »PERLUKAH PANTANG DALAM MERAWAT?
Penyakit yang disebabkan pemakanan, ubatnya adalah pemakanan itu sendiri. Contoh diabetes, jika kita percaya puncanya gula maka gula perlulah dihentikan dari pemakanan. Bukan dikurangkan saja. Ini kerana setiap kali gula diambil akan menyebabkan lebih mudarat. Tahap gula sentiasa tinggi dalam darah. Jika kita tidak mengambilnya, tahap gula lebih rendah. Ketika bulan puasa, sebelum berbuka cuba periksa tahap gula dalam darah. Setelah tidak mengambil sebarang makanan (termasuk makanan berkarbohidrat) selama 14 jam, tahap gula menjadi normal walaupun tidak mengambil sebarang ubat. Bila ambil sekeping biskut atau satu cawan teh O (bergula sedikit) bacaan gula terus mencanak. Sebab itu tidak benar …
Read More »DOKTOR, ADAKAH PENGGUNAAN OVEN MIKROWAVE BERBAHAYA BAGI KESIHATAN?
DOKTOR, ADAKAH PENGGUNAAN OVEN MIKROWAVE BERBAHAYA BAGI KESIHATAN? 1. Penggunaan oven microwave sangat mudah dan ringkas untuk memanaskan makanan dalam waktu yang singkat. 2. Oven microwave merupakan peralatan masak elektronik yang menghasilkan gelombang elektromagnetik kecil (mikro) untuk memanaskan makanan. Tidak seperti alat masak biasa, oven microwave tidak menggunakan api untuk memasak. Gelombang pada oven dihasilkan oleh pipa elektron dari dalam mesin, kemudian dipancarkan oleh interior oven yang dibuat dari besi. 3. Radiasi gelombang tersebut akan diserap oleh makanan dalam bentuk haba, sehingga menyebabkan partikel di dalam makanan bergerak dan menghasilkan lebih banyak energi panas. 4. Namun gelombang dari oven microwave …
Read More »HARI SUBUR WANITA
Ketahui Tanda-Tanda Wanita Sedang Subur Bagi mereka yang agak lewat berkahwin, sudah tentu ingin mendapat anak dengan segera. Jadi mengetahui hari subur wanita adalah penting bagi kehamilan kerana setiap wanita mempunyai hari subur wanita yang tersendiri. Bagi wanita yang masih muda, dengan mengetahui hari subur wanita sangat membantu mereka untuk merancang kehamilan. Dengan memilih hari tidak subur untuk melakukan jimak bersama suami, dapat mengelakkan kehamilan. Kitaran haid dan hari subur wanita Jadi untuk mengetahui hari subur wanita, perlu ketahui apa yang dinamakan kitaran haid. Kitaran haid bermula dari hari pertama seorang wanita mengalami darah haid (ini dinamakan hari pertama haid) …
Read More »UBAT KESUBURAN WANITA
Benarkah ubat kesuburan ini tidak berbahaya? Ramai wanita kini lambat hamil walaupun sudah dua atau tiga tahun berkahwin. Terutamanya bagi pasangan yang sudah berumur 30an. Sudah tentu ini menjadi bahan bualan di antara kawan-kawan dan sahabat andai. Ada juga pasangan yang berusia 30an, agak sukar untuk hamil semula setelah mendapat anak pertama, yang mungkin sudah berumur 3-5 tahun. Dalam kedua-dua keadaan ini, pasangan ini dikatakan mengalami masalah kesuburan. Jika mahu menambah bilangan anak, mereka digalakkan agar segera mendapatkan rawatan kesuburan dan mengambil ubat kesuburan wanita kerana apabila umur semakin meningkat, semakin sukar untuk hamil semula. Jika hamil pun mereka mungkin …
Read More »DOKTOR, APA ITU ECZEMA?
DOKTOR, APA ITU ECZEMA? 1. ECZEMA juga dikenali sebagai atopic dermatitis, kerana ia melibatkan sistem daya tahan yang terlalu memberikan tindakbalas terhadap punca alahan. 2. Tindakbalas ini menyebabkan keradangan yang terlalu kuat di lapisan bawah kulit. Jadi ruam yang kelihatan sebenarnya adalah sebahagian kecil keradangan yang lebih teruk. 3. Rasa gatal yang berlaku sebenarnya sedang menjadi sebahagian dari sistem daya tahan memberikan isyarat pada kulit. 4. Rasa gatal akan menyebabkan kita menggaru dan ini melukakan kulit. Bakteria dan virus akan lebih mudah masuk ke dalam kulit. 5. Ini menyebabkan kita rasa lebih gatal dan menggaru. 6. Antara tanda eczema yang …
Read More »DOKTOR, APA TAHAP BACAAN KEKUNINGAN BAYI YANG BAHAYA PADA BAYI
1. Masalah kekuningan pada bayi yang baru lahir boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan bayi. 2. Ia boleh berlaku selepas 2-3 hari dilahirkan dan menyebabkan kulit atau mata putih mereka menjadi kekuningan. 3. Ia mudah dilihat dalam cahaya semula jadi dan agak sukar dilihat pada bayi yang berkulit gelap. Kita perlu menekan jari secara perlahan pada kulit bayi. Jika tekanan itu menyebabkan kulit menjadi kuning, ia berkemungkinan tanda jaundis. 👉Wajah merupakan bahagian pertama yang kelihatan kuning.👉kemudian merebak ke bawah tubuh seperti pada dada, perut, lengan dan kaki.👉Ia boleh bermula seawal 2 hingga 4 hari selepas kelahiran.👉Tahap bilirubin ini …
Read More »BOLEHKAH MEWARNA RAMBUT KETIKA HAMIL?
Secara amnya, selamat bagi wanita hamil untuk mewarnakan rambut. Tetapi elok dilakukan selepas 12 minggu pertama kehamilan. Ini kerana selepas 12 minggu, kehamilan lebih stabil dan tidak mudah mengalami keguguran. Dibimbangi jika dilakukan boleh berlaku keguguran atau kerosakan genetik. Dalam pewarna rambut, ada bahan kimia toksik terutamanya dalam dos yang tinggi. Walaupun bagaimanapun kebanyakan salon menggunakan bahan pewarna yang berdos rendah. Jadi berhati-hatilah jika kehamilan belum mencapai 12 minggu. Jangan guna pewarna secara berlebihan. #HealthDrZubaidi
Read More »DOKTOR, APA MANFAAT OMEGA 3?
1. Ramai yang menyangka semua lemak dan lemak berbahaya. Namun terdapat lemak sihat yang perlu kita perolehi dari makanan dan suplemen kerana ia tidak dibentuk oleh tubuh kita. Antaranya minyak ikan yang mengandungi Omega 3. 2. Omega-3 adalah sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fat) yang diperlukan oleh tubuh. Ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti diambil dalam diet harian. 3. Terdapat 3 jenis asid lemak omega-3 yang utama iaitu :✅Alpha-linolenic acid (ALA)✅Eicosapentanoic acid (EPA)✅Docosahexanoic acid (DHA). Namun DHA dan EPA adalah dua komponen penting yang perlu kita perhatikan ketika memilih suplemen minyak ikan. …
Read More »DOKTOR, APA ITU ACRYLAMIDE?
1. Baru-baru ini heboh mengenai beberapa biskut di Malaysia yang mengandungi acrylamide yang bersifat pro-kanser yang boleh menyebabkan kanser. 2. Biskut ini pula telah lama di pasaran dan dimakan sebagai kudapan sejak dulu lagi. 3. Tapi apakah sebenarnya acrylamide? Secara amnya acrylamide adalah sebatian yang terbentuk semasa pemanasan makanan yang berasaskan karbohidrat dan protein pada suhu melebihi 100 darjah Celsius, iaitu, semasa menggoreng, memanaskan dan membakar. 4. Pembentukan sebatian ini bergantung kepada tiga faktor. ✅ Faktor makanan: berlaku pada makanan yang kaya karbohidrat, dan makanan berprotein. Kedua-dua makanan ini apabila terdedah pada suhu tinggi menyebabkan tindak balas kimia dipanggil de Maillard, yang …
Read More »SARCOPENIA PUNCA RASA LEMAH DAN KETIDAKUPAYAAN PADA WARGAMAS
SARCOPENIA PUNCA RASA LEMAH DAN KETIDAKUPAYAAN PADA WARGAMAS Sejak bermula kita lahir sehingga kita berusia 30an, otot-otot kita akan membesar dan bertambah kuat. Namun tidak lama selepas itu, jisim otot kita akan berkurangan dan kita mula bertambah lemah. APA ITU SARCOPENIA Sarcopenia adalah keadaan di mana kehilangan jisim otot (skeletal muscle) dan fungsinya secara progressive. Ia selalunya berlaku pada wargamas, namun ia mungkin bermula pada usia yang lebih muda. Ia akan menyebabkan masalah ketidakupayaan, kualiti hidup yang rendah dan kematian. Kehilangan otot ini mungkin Bersama dengan peningkatan penyimpanan lemak dalam tubuh. Ini menyebabkan tubuh tidak mengalami penurunan berat badan tetapi …
Read More »BAGI PESAKIT DIABETES CAPAI DAN KEKAL
✅ Pesakit diabetes bukan mesti hanya mengawal tahap gula, tetapi tekanan darah, tahap kolestrol dan berat badan. ✅ Paras gula dalam darah berada dalam julat normalPuasa 4.4 – 6.1 mmol/lTidak puasa 4.4 – 8.0 mmol/lHbA1c < 6.5 % ✅ Paras lemak dan kolesterol dalam julat normalTriglycerides < 1.7 mmol/LHDL cholesterol > 1.1 mmol/LLDL cholesterol < 2.6 mmol/L ✅ Tekanan darah kurang atau sama 130/80 mmHg. ✅ Indeks Jisim Tubuh (BMI) antara 18.5 – 24.9kg/m². Semoga bermanfaat. #HealthDrZubaidi
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
