Masalah bau badan (bromhidrosis), adalah masalah yang kronik akibat pengeluaran peluh secara berlebihan oleh dua jenis kelenjar pada kulit kita, iaitu kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin. Ini menyebabkan kulit menjadi lembap dan menggalakkan pembiakan bakteria. Kelenjar ekrin mengeluarkan peluh masin ke permukaan kulit dan ia tidak berbau. Ia berada di permukaan kulit seluruh tubuh kita. Kelenjar apokrin lebih banyak pada ketiak, celah paha, kemaluan dan kulit kepala yang merembeskan cecair berminyak dan ia tidak berbau. Bau yang tidak menyenangkan ini berlaku apabila terdapat aktiviti bakteria yang menghasilkan gas ammonia, asid butirik dan asid formik yang mengeluarkan aroma busuk dan tidak …
Read More »PENGAMBILAN BIJIRAN PENUH MEMBANTU MENGAWAL TAHAP GULA, KOLESTROL DAN TEKANAN DARAH
Pesakit metabolik yang kronik dapat mengawal penyakit mereka dengan lebih baik jika mereka mengambil lebih banyak bijiran penuh dalam pemakanan mereka. Saintis di Jean Mayer USDA Human Nutrition Research Center on Aging di Tufts University, Amerika Syarikat mendapat orang dewasa yang makan bijiran penuh sekurang-kurangnya tiga kali sehari dapat mengurangkan keboroian perut (ukur lilit pinggang), tahap gula dan kolestrol dan tekanan darah selepas 4 bulan. Dengan ini mereka dapat mencegah dari mendapat serangan sakit jantung dan serangan stroke. Kajian ini diterbitkan dalam Journal of Nutrition. Mengikut Panduan Pemakanan Amerika Syarikat 2020 – 2025, kita digalakkan mengambil tiga kali hidangan bijiran …
Read More »DOS ASID FOLIK BERLEBIHAN BOLEH MELEMAHKAN SISTEM DAYA TAHAN
“Assalamualaikum, doktor. Saya membaca satu penulisan dalam journal yang mengatakan pengambilan asid folik sebanyak 5mg boleh menyebabkan tahap Natural Killer Cell menjadi rendah. Saya tiada masalah kesihatan dan merancang untuk pregnant, saya ambil 5mg folic acid. Adakah dose ini berlebihan?. Terima kasih.“ WALAIKUMUSALAM Pengambilan asid folik adalah selamat bagi wanita yang merancang untuk hamil, sedang hamil dan yang sedang menyusukan anak. Boleh dapatkan di farmasi. Cuma jangan ambil secara berlebihan atau overdose. Kecuali atas arahan doktor kerana mungkin ada pemantauan yang dijalankan. Dos yang biasa diambil adalah 500 microgram atau 0.5 mg. Bagi wanita yang hamil, yang merancang untuk hamil …
Read More »ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI
ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI Assalamualaikum, doctor. Tahun lepas saya ada buat pemeriksaan kesihatan kerana saya kerapa rasa lemah badan dan pening. Hasil pemeriksaan darah mendapati Hb saya rendah, iaitu 9.4. Doktor yang merawat mencadangkan saya mengambil suplemen zat besi dan asid folik. Setelah amalkan selama setahun, pemeriksaan terbaru menunjukkan hb saya telah normal iaitu 13. Adakah saya perlu mengamalkan terus suplemen tersebut atau saya perlu menghentikannya kerana tahap hb saya sudah normal. Terima kasih. WALAIKUMUSALAM. Anemia adalah bukan penyakit. Ia adalah tanda yang disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan penyerapan nutrient, masalah berkaitan dengan sel darah merah …
Read More »BRAIN ANEURYSM IBARAT BOM JANGKA DI DALAM KEPALA
BRAIN ANEURYSM IBARAT BOM JANGKA DI DALAM KEPALA Pernah dengar berita seorang pekerja yang terlalu stress dengan pekerjaan terpaksa melakukan kerja lebih masa setiap hari, tidak cukup tidur, dan tidak mendapat makanan sesimbang untuk beberapa minggu, tiba-tiba mengadu sakit kepala dan akhirnya meninggal dunia? Tentu menghairankan kerana beliau mungkin tiada penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi). Beliau mungkin mengalami pendarahan dalam otak (haemorrhagic stroke) akibat kebocoran saluran darah pada bahagian yang sangat lemah. Bahagian yang lemah ini selalunya akibat pembentukan aneurysm yang berlaku sejak dilahirkan (faktor keturunan) yang selalunya berlaku pada orang yang muda. Pada orang yang berusia, ia berlakuk akibat …
Read More »OMEGA 3 DAPAT MENURUNKAN TAHAP TRIGLYCERIDE DAN MENGELAKKAN SERANGAN JANTUNG
OMEGA 3 DAPAT MENURUNKAN TAHAP TRIGLYCERIDE DAN MENGELAKKAN SERANGAN JANTUNG Pagi ini saya membaca satu kajian yang menarik berkaitan Omega 3 dan masalah kardiovaskular (serangan sakit jantung). Dalam kajian terbaru (2018) yang dinamakan Reduction of Cardiovascular Events with Icosapent Ethyl-Intervention Trial (REDUCE-IT) yang telah diterbitkan dalam journal terkemuka, New England Journal of Medicine menunjukkan pengambilan ethyl ester dari eicosapentaenoic acid (EPA) yang banyak terdapat dalam minyak ikan dapat membantu pesakit yang mengalami risiko kardiovaskular dari serangan sakit sakit jantung. Sebelum ini memang terdapat persoalan adakah EPA dan DHA yang menjadi sebahagian Omega 3 dapat membantu pesakit kronik terutama pesakit yang …
Read More »OSTEOARTHRITIS: TERUK KE SAKIT SENDI KITA?
Osteoarthritis atau kerosakan pada tulang rawan dalam sendi (terutama sendi lutut dan sendi pinggul) merupakan penyakit degeneratif (kerosakan akibat pertambahan usia) yang banyak terjadi pada usia di 40 tahun ke atas. Semakin bertambahnya usia, sendi semakin kurang menghasilkan lendiran sendi (synovial fluid) dan ini menyebabkan dua tulang bertemu. Inilah yang kemudian menimbulkan rasa sakit. Osteoarthritis memiliki empat tingkatan berdasarkan gejala (rasa sakit apabila sendi dibengkokkan) dan pemeriksaan xray. Tingkatan Pertama apabila rasa sakit sendi ketika banyak melakukan aktiviti yang agresif. Rasa sakit itu biasanya akan hilang setelah berhenti melakukan aktiviti tersebut. Tingkatan Kedua sama seperti yg pertama tetapi rasa sakit …
Read More »MAHU MENCARI KOLAGEN YANG TERBAIK?
Saya ingin berkongsi tentang tips memilih produk kolagen yang terbaik. Produk kolagen ini tidak sesuai diamalkan oleh semua orang. Jadi dapatkan nasihat dulu dari doktor yang merawat. Di farmasi juga terdapat pilihan untuk memilih produk kolagen. Sebelum pilih, bincang dulu dengan ahli farmasi yang bertugas. Ada beberapa tips pemilihan. 1. Ambil bersama vitamin C Tubuh kita tidak menghasilkan vitamin C. Kolagen yang menjadi sebahagian struktur asas kulit pula tidak dapat menghasilkan kolagen tanpa Vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk merangsangkan penghasilan fibroblast, dan meningkatkan penghasilan kolagen. Oleh itu vitamin C sangat penting untuk menjadikan kulit menjadi pejal dan kelihatan lebih …
Read More »MENGUKUR SISTEM DAYA TAHAN KITA?
Ramai bertanya saya, apa tanda sistem daya tahan kita berada di peringkat yang paling rendah? Saya menjawab apabila kita sudah mula sakit, tidak bertenaga dan tidak bermaya. Namun sebelum kita sakit, kita telah mengalami tanda-tanda awal seperti demam, sering bersin dan batuk, sistem penghadaman yang tidak menentu, kulit kerap gatal, sering pening dan sakit kepala. Tetapi itu semua adalah tanda yang tidak spesifik. Yang lebih tepat apabila kita melakukan pemeriksaan darah. Tetapi pemeriksaan ini kebanyakannya tidak dilakukan sebagai pemeriksaan kesihatan yang asas. Mungkin disebabkan harga yang agak mahal. Pemeriksaan boleh dilakukan di klinik swasta atau di makmal swasta terdekat. Antara …
Read More »SABAR DAN ISTIQAMAH
Hari ini lambat beriadah. Masa terlalu pantas. Bangun 430AM pun rasa macam tak sempat buat apa-apa. Tahu-tahu sudah pukul 930AM. Saya dikemaskinikan diari 6hb Julai 2020. Mendung di JB. Kadang kala saya rasa geli hati bila orang tanya berapa lama masa untuk saya mengurangkan berat badan? Saya tanya balik, sudah mula berdiet dan melakukan aktiviti fizikal? Dia jawab belum… Dalam hati saya, “emmm sembang kari”. Buatlah dulu, baru sembang. Mungkin ada yg sudi melayan dia, memujuk dan memotivasikan. Tapi saya bukan orangnya. Saya suka orang yang terus melakukannya tanpa sebarang pertanyaan remeh. Banyak dah kajian membuktikan kebaikan berdiet terutama Diet …
Read More »XEROSTOMIA SALAH SATU TANDA PENYAKIT DIABETES MELLITUS
Salah satu tanda penyakit diabetes mellitus jenis 2 adalah rasa kering dalam mulut, atau dikenali sebagai xerostomia. Tidak semua pesakit diabetis mengalaminya. Pengawalan gula dengan lebih baik dapat mengurangkan rasa kekeringan dalam mulut. Tanda-tanda yang mungkin menyamai masalah ini adalah: 1. Lidah rasa kering dan kasar. 2. Mulut rasa kurang lembap. 3. Rasa pedih dalam mulut 4. Lidah mereka 5. Jangkitan kuman pada gusi 6. Sukar untuk menelan. Tanda-tanda di atas menunjukkan tahap gula yang tinggi untuk jangkamasa yang lama. Buat pemeriksaan doktor. Amalkan pemakanan yang sihat. Semoga bermanfaat. #HealthDrZubaidi
Read More »SABAR DAN ISTIQAMAH
Hari ini lambat beriadah. Masa terlalu pantas. Bangun 430AM pun rasa macam tak sempat buat apa-apa. Tahu-tahu sudah pukul 930AM. Saya dikemaskinikan diari 6hb Julai 2020. Mendung di JB. Kadang kala saya rasa geli hati bila orang tanya berapa lama masa untuk saya mengurangkan berat badan? Saya tanya balik, sudah mula berdiet dan melakukan aktiviti fizikal? Dia jawab belum… Dalam hati saya, “emmm sembang kari”. Buatlah dulu, baru sembang. Mungkin ada yg sudi melayan dia, memujuk dan memotivasikan. Tapi saya bukan orangnya. Saya suka orang yang terus melakukannya tanpa sebarang pertanyaan remeh. Banyak dah kajian membuktikan kebaikan berdiet terutama Diet …
Read More »KESAN PENGAMBILAN SUPLEMEN VITAMIN C DAN VITAMIN E BAGI MENGURANGKAN KECEDERAAN OTOT
KESAN PENGAMBILAN SUPLEMEN VITAMIN C DAN VITAMIN E BAGI MENGURANGKAN KECEDERAAN OTOT Baru-baru ini saya terbaca dalam satu terbitan journal International Journal of Preventive Medicine, 2013, satu kajian yang dijalankan di Isfahan University of Medical Sciences, Isfahan, Iran. Bagi mereka yang melakukan senaman (terutama senaman aerobik yang agresif), akan berlaku kerosakan otot sebelum otot ini diperbaiki dan diperkuatkan. Ini yang menyebabkan otot-otot kita akan berasa sakit. Dalam kajian ini pengambilan suplemen vitamin C 1000mg dan vitamin E 100mg dapat melindungi kerosakan otot dan rasa sakit otot (muscle sore) selepas menjalani senaman yang agresif. Pada mereka yang tidak biasa bersenam, senaman …
Read More »MENURUNKAN KOLESTEROL DENGAN LEBIH BERKESAN
Ramai di antara pesakit saya yang mengeluh. Sudah makan ubat anti-kolestrol statin tapi tahap kolesterol masih tak turun. Kesan sampingan sudah terasa. Sakit otot dan rasa tidak bertenaga. Doktor sudah bagi dos dari 20mg kepada 40mg. Tapi masih tak turun. Ada juga yang takut ambil ubat statin kerana percaya ubat sintetik sangat berbahaya. Saya sendiri tidak menjadi orang kanan atau kiri iaitu orang yang menolak atau orang yg fanatik. Saya mahu menjadi orang bersederhana. Jika ubat sintetik statin masih tidak berkesan, ambillah langkah yang lebih berkesan. Saya menggalakkan yang ada masalah kolesterol ambillah dua pendekatan ini, iaitu lakukan aktiviti fizikal …
Read More »AMBIL VITAMIN E DAN MINYAK ZAITUN
ALHAMDULILLAH. Saya nak kongsikan diari fitness saya. 5 Julai 2021. Saya tak mahu bertanding dengan sesiapa. Cuma masih tersenyum pada 5 Julai 2022 melihat susah payah saya ketika ini. Pada masa itu otot bahu dan lengan dah berketul-ketul. Bolehlah angkat wife ke bilik tidur bila dia tertidur di ruang tamu. Dah lama tak buat macam tu… Chewah.. Semalam saya tak buat brisk walking. Otot betis terlalu sakit. Tok Guru Fitness saya kata rehat dulu. Bagi tubuh baiki otot yang cedera dan menghasilkan otot-otot baru yang lebih kuat. Dia pesan tambahkan kuantiti protein dalam makanan. Tapi saya masih beraktiviti fizikal. Tengok …
Read More »BRISK WALKING AMALAN TERBAIK INDIVIDU BERUSIA 50 TAHUN KE ATAS
Ramai yang beranggapan bahawa berjalan kaki adalah suatu aktiviti yang biasa, tidak boleh dikategorikan sebagai senaman. Tetapi banyak kajian menunjukkan berjalan kaki dapat memberikan banyak manfaat jika dilakukan dengan betul. Berjalan laju (brisk walking) 2.5 jam setiap minggu dapat merendahkan risiko untuk mati lebih awal akibat serangan sakit jantung dan stroke. Risiko mendapat kanser tertentu juga menjadi rendah. Brisk walking membantu kesihatan otak dan minda. Pemeriksaan MRI selepas melakukan aktiviti anaerobic akan meningkatkan pengaliran darah ke otak dan mengembangkan saluran darah di leher. Jadi saya mencadangkan pengamalan berjalan kaki laju (brisk walking) 30 minit setiap hari untuk 5 hari dalam …
Read More »BRISK WALKING
ALHAMDULILLAH. Saya ingin berkongsi diari hari ini. Saya masih lagi belajar dengan Tok Guru Fitness saya. Ramai yang masih tak tahu makna Brisk Walking yang saya amalkan. Makna mudah adalah Berjalan Laju. Bukan berjogging atau berlari anak. Hanya jalan sahaja. Rentak yang saya amalkan dua langkah setiap saat. Degupan jantung antara 110-115 perminit sepanjang brisk walking. Sesuai untuk orang sebaya saya, umur 50an. Bagi adik-adik berusia 30an, korang jogginglah. Bakar lemak tu. Saya berbrisk walking dengan menggunakan treadmill. Bagi yang tak ada, boleh berlari setempat atau menaiki tangga dalam rumah. Kita masih dlm PKP, kan. Duduk rumah pun boleh beraktiviti …
Read More »TANDA KEKURANGAN NUTRISI DI KALANGAN WARGAMAS
TANDA KEKURANGAN NUTRISI DI KALANGAN WARGAMAS Kekurangan nutrisi (nutritional deficiency) adalah masalah yang sering berlaku di kalangan wargamas yang berusia 60 tahun ke atas. Ini disebabkan mereka tidak lagi berselera untuk makan dan ada kalanya hanya memilih makanan tertentu saja bagi menepati selera mereka. Oleh itu tubuh mereka mungkin tidak mendapat sejumlah nutrisi yang diperlukan setiap hari. Kekurangan nutrisi akan menyebabkan kesihatan mereka bertambah teruk. Apa yang lebih menyedihkan mereka tidak mempunyai kualiti hidup seperti warga mas yang lain. Wargamas lain walaupun berusia 70an, tetapi masih aktif, ceria dan bersemangat. Wargamas yang tidak mendapat nutrisi yang secukupnya mungkin terlantar atas …
Read More »INSPIRASI DAN KESUNGGUHAN
Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi diari. Bukan untuk menunjuk pandai. Tetapi untuk memperbaiki diri yang semalam. Sambil memberikan inspirasi pada yang ingin mengikut saya. Untuk mengubah habit atau amalan atau gaya hidup bukan mudah. Kadang kala hampir hilang motivasi. Bayangkan kita nak membersihkan punggung periuk yang sudah lama dibiarkan. Penat, give up, tak ada masa, dan macam-macam alasan untuk lari dari tugas. Tapi setiap hari kita gosok, lama-lama semakin bersih. Jangan mengharap kerja sehari dua dapat mengubah gaya hidup lama yang bertahun-tahun kita amalkan. Saya bagi masa tiga hari (fasa permulaan) untuk berubah. Saya sudah melepasi. Kemudian 40 hari …
Read More »NILAI PHYTONUTRIENT DALAM MAKANAN YANG KITA MAKAN
NILAI PHYTONUTRIENT DALAM MAKANAN YANG KITA MAKAN Dengan menambah sayur-sayuran dan buah-buahan ia membantu kita hidup dengan lebih sihat. Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi “phytonutrients”, iaitu sebatian yang memberikan warna, rasa dan aroma bagi setiap sayur-sayuran dan buah-buahan. Jadi bila kita mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan, sebatian phytonutrients ini akan melindungi diri kita dari penyakit kronik. Ini kerana phytonutrients mengandungi antioksida yang bersifat antikanser dan anti-keradangan. American Cancer Society sendiri mencadangkan kita mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak 2 1/2 cawan setiap hari. Malah Panduan Pemakanan Amerika Syarikat (US Dietary Guide) mencadangkan 2 1/2 cawan sayur-sayuran dan 2 cawan buah-buahan setiap …
Read More »SABAR DAN ISTIQAMAH
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tujuan posting ini hanya untuk memotivasikan. Jika mahu ikut, silakan. Yang banyak alasan dan jika ada rasa irihati dan dengki, tak perlu buat apa-apa. Tengok saja. Saya dapat lakukan brisk walking sejam hari ini. Brisk Walking maknanya berjalan laju. Macamana tu? Kiraan mudah, paling kurang dua langkah dalam sesaat. Kalau ada alatan, cuba capai degupan nadi antara 110-120 degupan per minit. Saya buat sejam. Buat 15 minit boleh tak? Boleh. Lebih baik dari duduk layan henfon saja. Tapi Tok Guru Fitness saya kata 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu. Lagi lama lagi bagus, bergantung pada stamina yang …
Read More »VITAMIN C DAN DIABETES
Saya ingin bawakan satu kajian dari ribuan kajian yang telah diterbitkan dalam puluhan journal. Kajian yang saya teliti ini menunjukkan penurunan Fasting Blood Glucose, Post Prandial Blood Glucose, dan HbA1c dan juga peningkatan tahap ascorbic acid dalam darah pesakit diabetes yang diberikan suplemen vitamin C 500 mg dua kali sehari bersama dengan ubat sintetik Metformin, berbanding dengan pesakit diabetes yang hanya mengambil hanya Metformin. Kajian ini sesuatu permulaan yang memberikan harapan kepada pesakit diabetes yang hampir putus asa untuk mengawal tahap gula dgn lebih baik. Sebelum ini ada beberapa kajian yang hampir sama. (2,3). Masalah yang dihadapi oleh pesakit diabetes …
Read More »VITAMIN C DAN PENYEMBUHAN LUKA
VITAMIN C DAN PENYEMBUHAN LUKA Para saintis telah melakukan banyak kajian dan percaya bahawa penyembuhan luka memerlukan pembentukan dan pengumpulan kolagen, dan kolagen ini akan merapatkan tisu yang rosak tadi bagi membentuk parut. Jadi bagaimana mendapatkan kolagen yang mencukupi bagi penyembuhan luka? Kajian menunjukkan pengambilan suplemen vitamin C bagi mendapatkan bekalan yang optima mampu menghasilkan pembentukan parut dan kesembuhan luka yang baik. (1) Banyak juga kajian yang dilakukan untuk menilai peranan ascorbic asid dalam penyembuhan luka kerana ascorbic acid sangat penting dalam merangsang pembentukan kollagen. Oleh itu membekal vitamin C yang mencukupi (daripada makanan dan suplemen) sangat penting dalam penyembuhan …
Read More »KENAPA VITAMIN C PENTING?
Kita memerlukan vitamin C atas dua sebab. 1. Kita tidak menghasilkan vitamin C dalam tubuh. Maknanya kena dapat dari makanan dan suplemen. 2. Penggunaan vitamin C dalam tubuh sangat cepat, terutama mereka yang ada masalah kesihatan seperti pesakit diabetes, hipertensi dan hiperkolestrolemia. Begitu juga wanita hamil, perokok dan pesakit kanser yang baru menjalani rawatan kimo dan radioterapi. Ini disebabkan oleh masalah kesihatan mereka yang menggunakan lebih banyak dan lebih cepat vitamin C untuk merendahkan proses pengoksidaan. Bagi mereka yang muda sudah tentu keperluan vitamin C tidak banyak. Tetapi mereka yang berusia, tiada selera makan (terutama tidak ambil sayur dan buah …
Read More »MENGAPA KITA PERLU VITAMIN C?
Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air (water soluble), oleh itu ia tidak disimpan dalam tubuh dan penggunaannya dalam tubuh sangat cepat. Maksudnya tahap vitamin C akan mudah menjadi rendah dan perlu ditingkatkan setiap masa agar tubuh dapat menjalankan fungsi dengan berkesan. Tubuh memerlukan vitamin C untuk tugas seperti: Membantu tubuh menghasilkan kollagen, L-Carnitine, and beberapa bahan neurotrasmitter. Bertindak sebagai antioksida yg akan melawan reactive oxidative species (ROS) atau juga dikenali sebagai radikal bebas. Membantu penyerapan zat besi Meningkatkan sistem daya tahan melawan virus. Mempercepatkan penyembuhan luka ROS adalah sebatian yang terhasil dari proses semulajadi dalam tubuh (contoh metabolisme), …
Read More »PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI PARU-PARU
PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI PARU-PARU Paru-paru adalah salah satu organ yang penting dalam sistem respirasi (pernapasan). Apabila udara masuk ke dalam paru-paru, berlakulah proses pertukaran antara oksigen dari luar tubuh, dengan karbon dioksida dari dalam darah. Jika paru-paru mengalami gangguan atau masalah, proses tersebut akan terganggu. ANATOMI PARU-PARU Bahagian Struktur Fungsi Rongga nasal Rongga yang terdiri dari tisu lembap dan rerambut halus. Melembapkan udara yang melaluinya serta memerangkap habuk pada udara. Trakea Dinding luaran terdiri dari gegelang tulang rawan, manakala dinding dalamannya terdiri dari dari sel-sel epithelium dengan silia dan sel-sel yang merembeskan mucus. Gelang tulang rawan menghalang trakea daripada …
Read More »BAGUSKAH TIDUR PADA WAKTU SIANG?
BAGUSKAH TIDUR PADA WAKTU SIANG? Tidur pada waktu siang terutamanya pada waktu tengahari adalah digalakkan. Dalam Islam ia disebut qailullah. Ia boleh memberi rangsangan dari segi kecergasan sepanjang hari. Kajian menunjukkan bahawa tidur sebentar pada siang hari membantu menurunkan tekanan darah. Namun demikian, tidur siang tidak dapat boleh menggantikan tidur pada waktu malam. Jika kita sukar untuk lelapkan mata pada waktu malam, kita patut mengehadkan tidur siang (kurang 20 minit). Ambil suplemen melatonin juga membantu jika mengalami rasa susah tidur, bagi mereka yang mengalami jetlag, terlalu penat atau terlalu runsing. Boleh dapatkan dan berbincang dengan farmasi yang berdekatan. #HealthDrZubaidi
Read More »AMBIL SUPLEMEN TANPA PEMERIKSAAN DOKTOR
Assalamualaikum doc,,nak tanya jika seseorang tu tak pernah buat pemeriksaan kesihatan. Tetapi dia selalu penat, sakit dada. Boleh ke dia sekadar mengambil apa2 suplemen tanpa nasihat dr doc. Terima kasih. Walaikumusalam. Paling baik adalah melakukan pemeriksaan darah bagi melihat tahap kesihatan puan. Jika perlu, doktor akan mencadangkan pemeriksaan lain yang lebih mendalam. Bagi rasa tidak selesa yang ringan, bolehlah mendapatkan suplemen dari farmasi. Bagi masalah yang lebih serius, berjumpalah dengan doktor dulu. Suplemen bukanlah ubat yang perlu preskripsi doktor. Ia boleh dibeli terus di farmasi. Berbincang dengan mereka untuk mendapat suplemen yang diperlukan mengikut masalah yang dihadapi. #HealthDrZubaidi
Read More »MUNTAH DI KALANGAN BAYI
Bayi muntah tidak memerlukan rawatan? Ramai di kalangan ibu bapa yang runsing apabila bayi mereka muntah selepas disusukan. Lantas mereka segera membawakan ke Jabatan Kecemasan dan mengharapkan agar bayi mereka diberikan rawatan sewajarnya. Namun mereka kecewa apabila diberitahu bahawa anak mereka tidak perlukan apa-apa rawatan dan dibenarkan pulang. Kerunsingan ibubapa amat mudah difahami. Apabila melihat keadaan bayi mereka yang muntah setiap kali disusukan, ibubapa menyangka tentu adalah masalah besar dengan sistem penghadaman bayi mereka. Sayangnya tiada penerangan yang diberikan, menyebabkan ibubapa akhirnya membawa bayi mereka ke klinik atau farmasi yang memberikan apa saja ubat untuk ’merawat kekecewaan hati mereka’. Saya …
Read More »ANCAMAN KANSER PARU-PARU
PENGENALAN Kanser paru-paru adalah antara kanser ketiga tertinggi dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah antara kanser paling agresif. Bermakna kebarangkalian untuk tidak dapat diselamatkan agak tinggi. Kira-kira 11.8 peratus dari jumlah kanser adalah disebabkan oleh kanser paru-paru. Ia adalah kanser kedua dalam kalangan lelaki dan ketiga paling lazim bagi golongan Wanita. 90 peratus pesakit didiagnosis pada peringkat lanjut, iaitu tahap tiga dan empat. Ramai beranggapan kanser paru-paru adalah penyakit yang hanya dihidapi perokok, pada hal ia jua menyebabkan kanser pada orang yang tinggal bersama perokok. Kanser paru-paru terbentuk apabila sel paru-paru normal mengalami beberapa peringkat perubahan atau mutasi, membiak …
Read More »APA ITU UBAT CAIR DARAH?
APA ITU UBAT CAIR DARAH? Ubat cair darah merupakan salah satu jenis ubat yang digunakan untuk menghalang darah membeku dengan cepat. Jadi risiko utama apabila diambil berlebihan dos boleh menyebabkan pendarahan pendalaman yang teruk. Oleh itu pemeriksaan berskala dilakukan bagi mengelakkan masalah ini. Tujuan pemberian ubat ini adalah untuk menghalang pengubatan dalam saluran darah yang menjadi sebab utama serangan jantung dan stroke. Kesemua ubat cair darah bertindak secara berbeza bergantung kepada jenis ubat. Terdapat 2 jenis ubat cari darah iaitu : 1. Anti-coagulant Ia menghalang fungsi protein dalam pembekuan darah. Contoh : – Heparin– Warfarin– Enoxaparin (Lovenox)– Fondaparinox(Arixtra)– Dabigatran(Pradaxa) 2. …
Read More »TEKANAN DARAH MENINGKAT PADA WAKTU PAGI
TEKANAN DARAH MENINGKAT PADA WAKTU PAGI Tekanan darah kita akan menurun pada waktu malam (terutama kita sedang tidur). Ia meningkat secara perlahan-lahan menjelang waktu pagi apabila kita mula bangun pagi secara semulajadi. Selalunya bermula sebaik saja kita bangun pagi. Ini kerana pada waktu pagi, tubuh kita mula bekerja dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu. Peningkatan tekanan darah ini akan berterusan sepanjang hari, biasanya ia akan sampai tahap yang paling tinggi pada tengahari. Kemudian ia akan menurun secara perlahan-lahan apabila menjelang lewat petang. Tetapi bagi bagi pesakit hipertensi, tekanan darah boleh melonjak terlalu tinggi pada awal pagi sehingga menyebabkan kerosakan pada ginjal, jantung …
Read More »MAKAN BERLEBIHAN DI HARI RAYA
MAKAN BERLEBIHAN DI HARI RAYA10 May 2021 – Tanya DZ – Dr Zubaidi 1- Apakah kesan pemakanan tinggi karbohidrat terhadap diri kita seperti lemang, ketupat, kuah kacang dan rendang? Aidilfitri sudah menjelang tiba. Kita berhari raya selama sebulan. Dengan arahan kerajaan yang menghaldkan pergerakan (perintah kawalan pergerakan), kita ‘terperangkap’ di dalam rumah. Tanpa aktiviti sosial, dan kurangnya aktiviti fizikal kita berkecenderung untuk makan lebih makanan yang berat berkalori tinggi. Makanan dan minuman yang diambil semasa hari raya kebiasaannya mengandungi kandungan lemak, gula, garam dan kalori yang tinggi. Ini kerana kebanyakan juadah tradisi kita berasaskan karbohidrat. Karbohidrat adalah sumber tenaga yang …
Read More »PENAMBAHAN OMEGA-3 KETIKA HAMIL
PENAMBAHAN OMEGA-3 KETIKA HAMIL Kelahiran pramatang (bayi dilahirkan sebelum minggu ke-37 kehamilan) adalah faktor utama kecacatan atau kematian bayi yang disedari dalam lima tahun pertama kehidupan mereka. Ini bermakna adakalanya apabila dilahirkan, bayi didapati sihat dan normal. Apabila mereka meningkat usia, baru disedari mereka mengalami masalah kecacatan (yang tidak disedari) semenjak lahir. Pengambilan ikan dan minyak ikan yang mengandungi omega-3 (terutamanya docosahexaenoic acid (DHA) dan eicosapentaenoic acid (EPA)) mampu mengurangkan bilangan kelahiran bayi pramatang dan meningkatkan kesihatan anak dan ibu. Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu-ibu hamil tidak memakan ikan dengan begitu kerap. Dengan menggalakkan ibu hamil memakan ikan berlemak atau mengambil …
Read More »VITAMIN C UNTUK MENINGKATKAN SISTEM DAYA TAHAN
Semenjak wabak virus Co19 menular ke seluruh dunia, ramai pakar perubatan mencadangkan pengambilan vitamin C selain dari yang kita ambil dari makanan. Ini bertujuan untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Menurut kajian, tahap vitamin C dalam badan yang mencukupi dapat mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus Co19. Untuk mendapatkan tahap vitamin C yang mencukupi dalam badan, ia bergantung kepada kadar penyerapan vitamin C mengikut penyediaan. Jika dalam bentuk pil, penyerapannya lebih rendah (mungkin dalam 40-50%). Ini disebabkan faktor asid yang ada di dalam perut. Jadi jika kita mengambil 1000mg, hanya 400-500mg yang menyerap dalam tubuh. Jika ia ditambah gula, penyerapannya semakin menurun. …
Read More »VIRUS BOLEH MEREBAK MELALUI SEBARAN UDARA?
Assalamualaikum. Betul ke ada berita kematian akibat virus Covid yang disebarkan melalui udara ketika beliau sedang menjemur baju dan kain. Terima kasih. Waalaikumussalam. Saya tidak pasti tentang kes yang tuan maksudkan. Tetapi tidak benar, ketika kita sedang jemur baju atau membasuh kereta boleh dijangkiti virus akibat bawaan angin. Setakat ini belum ada fakta yang kukuh yang sebaran virus boleh merebak dengan jauh, contoh dari satu taman ke taman yang lain. Dari satu rumah ke rumah yang lain. Sehingga sekarang fakta menunjukkan penyebaran berlaku apabila seorang yang positif batuk dan bersih menerbangkan virus bersama cecair hidung dan tekak sejauh 1 meter. …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
